Sinar Islam Plus
  • Berita Semasa
    • Dalam Negara
    • Antarabangsa
  • Isu
  • Hukum
    • Soal Jawab Agama
    • Dari Fail Mahkamah Syariah
  • Iqtisad
    • Faraid
    • Perbankan Islam
  • Personaliti
  • Video

Popular

  • Taliban Tukar Bendera Afghanistan Menjadi “La Ilaha Illallah Muhammadur Rasulullah”

    Taliban Tukar Bendera Afghanistan Menjadi “La Ilaha Illallah Muhammadur Rasulullah”

    August 17, 2021
  • ‘Laluan Tikus’ Perut Bumi Gaza, Strategi Perang Ditakuti Zionis

    ‘Laluan Tikus’ Perut Bumi Gaza, Strategi Perang Ditakuti Zionis

    May 21, 2021
  • UEFA ‘Koyak’ Denda Celtic FC Kerana Palestin

    UEFA ‘Koyak’ Denda Celtic FC Kerana Palestin

    May 18, 2021
  • Zakat perniagaan tetap perlu dibayar walaupun rugi

    Zakat perniagaan tetap perlu dibayar walaupun rugi

    February 25, 2021

Ikuti Kami

Pilihan Editor

  • Pelarian Syria: Cerita kita dan kisah mereka

    Pelarian Syria: Cerita kita dan kisah mereka

    April 8, 2022
  • Selain kefarduan solat, berikut perkara lain semasa peristiwa Israk dan Mikraj

    Selain kefarduan solat, berikut perkara lain semasa peristiwa Israk dan Mikraj

    February 28, 2022
  • Usah batalkan puasa ganti sesuka hati, ini penjelasannya

    Usah batalkan puasa ganti sesuka hati, ini penjelasannya

    February 21, 2022
  • Jangan mengeluh ketika hujan

    Jangan mengeluh ketika hujan

    February 4, 2022
Sinar Islam Plus
  • Berita Semasa
    • Dalam Negara
    • Antarabangsa
  • Isu
  • Hukum
    • Soal Jawab Agama
    • Dari Fail Mahkamah Syariah
  • Iqtisad
    • Faraid
    • Perbankan Islam
  • Personaliti
  • Video
Isu,

Ketahui ciri-ciri bapa unggul

by Nurul Fatiha MuahJune 17, 2022
0
Shares
Share on FacebookShare on Twitter
Bapa
BAHANG matahari bukan penghalang untuk ayah membanting tulang buat membesarkan anak-anaknya. Gambar kecil, Dr Zaizul Ab Rahman.

SELALU kita dengar, ‘ayah mana yang tak sayang anak.’ Kerana terlalu kasih, bapa sanggup korbankan segalanya termasuk nyawa dan perasaan sendiri demi melihat anak bahagia. Hakikatnya, ayah yang bijaksana tidak sekadar menyediakan makanpakai, bahkan memfokuskan perhatian agar si anak terus kekal di dalam ketaatan kepada ALLAH SWT meskipun anak itu telah dewasa.

Keberadaan ayah selalu tenggelam oleh kuatnya aura ibu. Kita selalu lupa tanpa ayah, tiadalah kita. Walaupun kehadiran ayah dibatasi sikapnya yang selesa berada di sebalik tabir memerhatikan pembesaran anak-anak, namun peranan ayah mencari rezeki demi keluarga amatlah besar.

Patutkah insan mulia ini hanya dihargai dan disebut-sebut ketika sambutan Hari Bapa sahaja? Semoleknya ia dihargai setiap masa kerana jasa ayah tidak terjangkau meskipun dihitung satu persatu.

Baca juga Ini Dia Peranan Bapa Sepertimana Yang Disebutkan Dalam Al-Quran

Di dalam Islam, meraikan Hari Bapa itu diharuskan kerana tiada fatwa rasmi ulama yang mengharamkan sambutannya. ALLAH berfirman di dalam al-Quran, memberitahu mengenai hak untuk diri-NYA dan hak untuk kedua ibu bapa, dalam surah al-Isyra’ 23:

IKLAN

“Dan Tuhanmu telah memerintahkan supaya kamu jangan menyembah selain DIA dan hendaklah kamu berbuat baik pada ibu bapamu dengan sebaik-baiknya. Jika salah seorang di antara keduanya atau kedua-duanya sampai berumur lanjut dalam pemeliharaanmu, maka sekali-kali janganlah kamu mengatakan kepada keduanya perkataan “ah” dan janganlah kamu membentak mereka dan ucapkanlah kepada mereka perkataan yang mulia.”

Tunjangi asas Tauhid

Tuntasnya, ayah mempunyai peranan yang amat besar menunjangi asas tauhid dalam membina keluarga Islam yang hakiki seperti yang dirakamkan oleh Luqman kepada anaknya:

“Dan (ingatlah) ketika Luqman berkata kepada anaknya, semasa ia memberi nasihat kepadanya: “Wahai anak kesayanganku, janganlah engkau mempersekutukan ALLAH (dengan sesuatu yang lain), sesungguhnya perbuatan syirik itu adalah satu kezaliman yang besar.” (Surah Luqman, ayat 13)

Ini adalah nasihat paling utama yang disebutkan oleh Luqman al-Hakim kepada anaknya seperti yang diperkukuhkan oleh al-Imam Ibn al-Qayyim dalam Tuhfah al-Maudud yang menjelaskan bahawa seawal kelahiran anak kecil lagi umat Islam telah disarankan untuk membisikkan azan pada telinga mereka.

Bapa

AYAH mempunyai peranan amat besar menunjangi asas tauhid dalam membina keluarga Islam yang hakiki.

Begitu juga kisah Nabi Ibrahim AS yang menasihati anak-anaknya agar terus istiqamah dalam agama Islam sebagaimana yang terpahat dalam al-Quran menerusi firman ALLAH SWT: “Dan Nabi Ibrahim pun berwasiat dengan agama itu kepada anak-anaknya, dan (demikian juga) Nabi Yaakub (berwasiat kepada anak-anaknya) katanya: “Wahai anak-anakku! Sesungguhnya ALLAH telah memilih agama (Islam) ini menjadi ikutan kamu, maka janganlah kamu mati melainkan kamu dalam keadaan Islam.” (Surah al-Baqarah, ayat 132)

Baca juga Jangan jadi ayah biologi saja, tapi pimpinlah keluarga menuju ke jannah dengan cara ini

IKLAN

Sedihya kini, sering kita lihat surau-surau dan masjid-masjid lebih diimarahkan oleh insan-insan lelaki warga pencen. Ke mana hilangnya anak-anak remaja dan muda-mudi yang sepatutnya dididik dari kecil lagi dengan dibawa bersama-sama oleh ayahnya ke surau-surau.

Sepatutnya peranan ayah untuk melahirkan keturunan saham akhirat dengan bersama-sama memugarkan anak-anak untuk sentiasa rindukan masjid dalam melakukan solat fardu secara berjemaah.

Ayah jangan lalai

Begitu juga dengan amalan-amalan puasa, sedekah dan zakat. Sepatutnya ayah menjadi contoh terbaik untuk anak-anak menjadi mukmin yang sejati. Menurut al-Imam al-Qurtubi dalam al-Jami Li Ahkam al-Quran, al-Qahirah, menjelaskan bahawa Rasulullah SAW akan singgah pada setiap pagi di rumah anaknya Saidatina Fatimah dan Saidina Ali dan menyeru mereka supaya menunaikan solat walaupun telah mendirikan rumah tangga.

Ini juga ditegaskan oleh doa Nabi Ibrahim di dalam al Quran surah Ibrahim ayat 40, “Ya Tuhanku, jadikanlah aku dan anak cucuku orang-orang yang tetap mendirikan solat. Wahai Tuhan kami, perkenankanlah doaku.”

IKLAN
Bapa

BAPA perlu menuntut ilmu keibubapaan dalam membesarkan anak-anak cemerlang di dunia dan akhirat.

Jadi memang berat tugas seorang ayah itu seperti kata al-Imam Ibn al-Qayyim; ‘Tidak ada yang lebih merosakkan anak-anak berbanding kelalaian para ayah terhadap anak mereka’.

Justeru itu, para bapa mestilah sentiasa menuntut ilmu keibubapaan dalam membesarkan anak-anak yang cemerlang di dunia dan akhirat. Begitu juga dengan anak-anak agar sentiasa mencari keredaan ibu bapanya walaupun sibuk oleh urusan duniawi selagi masih ada masa seperti sabda Nabi Muhammad SAW: “Keredaan Rabb itu bergantung kepada keredaan ibu bapa, kemurkaan Allah bergantung kepada kemurkaan ibu bapa.” (Hadis Riwayat Tabrani)

Baca juga 3 nasihat ’emas’ jadi ayah berwibawa yang perlu kita tahu

Takutlah kita dengan azab ALLAH SWT yang menanti anak yang derhaka kepada kedua ibu bapanya seperti pesanan Rasulullah SAW dalam sabdanya: “Dua kejahatan yang disegerakan balasan di dunia adalah zina dan menderhaka kepada kedua ibu bapa.” (Hadis Riwayat at-Tirmizi) dan “Tangisan kedua orang tua termasuk kederhakaan yang besar” (Hadis Riwayat Bukhari)

Sesungguhnya, kasih agung seorang ayah adalah manifestasi cintanya terhadap ALLAH dan Nabi Muhammad SAW. Ayah yang hebat rela mempertaruhkan nyawa demi kebahagiaan anaknya. Namun, ayah yang bijaksana akan memastikan anak kekal taat kepada ALLAH SWT.

***Artikel ditulis oleh Pensyarah Kanan dan Penolong Dekan Hal Ehwal Pelajar, Fakulti Pengajian islam, Universiti Kebangsaan Malaysia, Dr Zaizul Ab Rahman

Foto: 123rf & Freepik

IKLAN
ayahBapaHari Bapasinarislamplus
Previous

Tsabit bin Qurra, Bapa Ilmu Statistik yang disegani

June 17, 2022
Next

Tempahan ibadah korban meningkat, waspada pakej palsu

June 17, 2022

Related posts

Blue cupcake photo collage (770 × 513px) (27)
Isu,

Inilah TIGA sebab amalan menjadi sia-sia

by Nurizan Abu KassanJune 27, 2022
pexels-fauxels-3183197
Isu,

Hati-hati pilih pemimpin, jangan sampai ke neraka bersamanya

by Fatin Fatihah HussinJune 27, 2022
Pakej ibadah korban
Isu,

Hati-hati tawaran pakej ibadah korban palsu, semak pengajur dulu sebelum bayar

by Nurul Fatiha MuahJune 24, 2022
Untitled design (47)
Isu,

Hukum ucap ‘inna lillahi wa inna ilaihi roji’un’ kepada non-Muslim

by Fatin Fatihah HussinJune 23, 2022

Popular

  • Taliban Tukar Bendera Afghanistan Menjadi “La Ilaha Illallah Muhammadur Rasulullah”

    Taliban Tukar Bendera Afghanistan Menjadi “La Ilaha Illallah Muhammadur Rasulullah”

    August 17, 2021
  • ‘Laluan Tikus’ Perut Bumi Gaza, Strategi Perang Ditakuti Zionis

    ‘Laluan Tikus’ Perut Bumi Gaza, Strategi Perang Ditakuti Zionis

    May 21, 2021
  • UEFA ‘Koyak’ Denda Celtic FC Kerana Palestin

    UEFA ‘Koyak’ Denda Celtic FC Kerana Palestin

    May 18, 2021
  • Zakat perniagaan tetap perlu dibayar walaupun rugi

    Zakat perniagaan tetap perlu dibayar walaupun rugi

    February 25, 2021
  • Lelaki Lumpuh Digeruni Zionis

    Lelaki Lumpuh Digeruni Zionis

    May 20, 2021

Ikuti Kami

Pilihan Editor

  • Pelarian Syria: Cerita kita dan kisah mereka

    Pelarian Syria: Cerita kita dan kisah mereka

    April 8, 2022
  • Selain kefarduan solat, berikut perkara lain semasa peristiwa Israk dan Mikraj

    Selain kefarduan solat, berikut perkara lain semasa peristiwa Israk dan Mikraj

    February 28, 2022
  • Usah batalkan puasa ganti sesuka hati, ini penjelasannya

    Usah batalkan puasa ganti sesuka hati, ini penjelasannya

    February 21, 2022
  • Jangan mengeluh ketika hujan

    Jangan mengeluh ketika hujan

    February 4, 2022

© 2021 Sinar Karangkraf All rights reserved.