Sinar Islam Plus
  • Berita Semasa
    • Dalam Negara
    • Antarabangsa
  • Isu
  • Hukum
    • Soal Jawab Agama
    • Dari Fail Mahkamah Syariah
  • Iqtisad
    • Faraid
    • Perbankan Islam
  • Personaliti
  • Video

Popular

  • Taliban Tukar Bendera Afghanistan Menjadi “La Ilaha Illallah Muhammadur Rasulullah”

    Taliban Tukar Bendera Afghanistan Menjadi “La Ilaha Illallah Muhammadur Rasulullah”

    August 17, 2021
  • ‘Laluan Tikus’ Perut Bumi Gaza, Strategi Perang Ditakuti Zionis

    ‘Laluan Tikus’ Perut Bumi Gaza, Strategi Perang Ditakuti Zionis

    May 21, 2021
  • UEFA ‘Koyak’ Denda Celtic FC Kerana Palestin

    UEFA ‘Koyak’ Denda Celtic FC Kerana Palestin

    May 18, 2021
  • Zakat perniagaan tetap perlu dibayar walaupun rugi

    Zakat perniagaan tetap perlu dibayar walaupun rugi

    February 25, 2021

Ikuti Kami

Pilihan Editor

  • Pelarian Syria: Cerita kita dan kisah mereka

    Pelarian Syria: Cerita kita dan kisah mereka

    April 8, 2022
  • Selain kefarduan solat, berikut perkara lain semasa peristiwa Israk dan Mikraj

    Selain kefarduan solat, berikut perkara lain semasa peristiwa Israk dan Mikraj

    February 28, 2022
  • Usah batalkan puasa ganti sesuka hati, ini penjelasannya

    Usah batalkan puasa ganti sesuka hati, ini penjelasannya

    February 21, 2022
  • Jangan mengeluh ketika hujan

    Jangan mengeluh ketika hujan

    February 4, 2022
Sinar Islam Plus
  • Berita Semasa
    • Dalam Negara
    • Antarabangsa
  • Isu
  • Hukum
    • Soal Jawab Agama
    • Dari Fail Mahkamah Syariah
  • Iqtisad
    • Faraid
    • Perbankan Islam
  • Personaliti
  • Video
Berita Semasa,

Jangan jadi ayah biologi saja, tapi pimpinlah keluarga menuju ke jannah dengan cara ini

by Muhd Azman Mohd NawiMay 15, 2020
0
Shares
Share on FacebookShare on Twitter

SAAT dikhabarkan bahawa isteri tercinta disahkan mengandung, bukan sahaja wanita, tetapi suami juga begitu teruja untuk bergelar ayah. Sesetengah lelaki mungkin kita boleh nampak keterujaan mereka untuk menyambut kehadiran orang baharu dalam keluarga.

Namun begitu, ada juga lelaki yang sukar mempamerkan rasa gembira berkenaan. Tapi dalam hati bukan kepalang rasa seronok dan teruja.

Sebagai ketua keluarga, tanggungjawab ayah begitu besar. Bukan sekadar cari nafkah dan pastikan segala keperluan keluarga mencukupi, tapi kena juga pastikan jiwa anak-anak juga ‘terisi’.

Sebab itulah kaum bapa ini tak boleh sekadar menjadi ayah biologi saja, tapi kena juga jadi daddy ideologi sama. Apa bendanya ayah ideologi ni? Bunyinya nampak hebat, bukan?

Berkongsi tip menjadi ayah pilihan dalam slot Risalah Ayah, Pengasas Ar-Rahman Quranic Learning Center dari Indonesia, Ustaz KH Bachtiar Nasir berkata, ada beza antara ayah biologi dan ideologi.

IKLAN

Ayah biologi, katanya, sangat prihatin dengan perkembangan fizikal anak sejak dari kandungan dalam isterinya. Dia akan memastikan anak dapat dibesarkan dengan penuh kasih sayang, sanggup bekerja keras membanting tulang untuk memberi makan kepada anaknya dan memastikan anak dapat pendidikan sempurna.

“Golongan ibu ayah sedemikian kebiasaannya tidak menghiraukan perkara halal dan haram serta tidak mengutamakan pendidikan agama. Ayah biologi membesarkan anak secara fizikal, manakala ayah idealogi membesarkan jiwa anak. Ayah biologi membesarkan anak di dunia, tetapi ayah biologi menghantar anak hingga ke syurga.

“Untuk menjadi ayah biologi dan idealogi, dia akan memastikan anaknya mengenal Tuhan, kemudian menjadi anak soleh, berbakti kepada ibu ayah. Kebanyakan ayah biologi kecewa apabila anak yang semakin membesar menjadi musuh, fitnah dan tidak dapat menjadi sandaran,” katanya berkongsi ilmu baru-baru ini.

UNTUK mengetahui bagaimana ayah memimpin supaya satu keluarga masuk syurga, jangan lupa tonton Majlis Ayah sepanjang Ramadan ini.

Tambah beliau, Nabi Ibrahim AS menjadi contoh teladan yang baik sebagai ayah. Walaupun berjauhan dengan anak, tetapi kedua-duanya saling bantu-membantu untuk membangunkan agama, iaitu membina Kaabah.

Ini menunjukkan si ayah membimbing anak untuk membina legasi jangka panjang hingga ke akhirat.

“Bagaimanapun, bagi ayah yang mempunyai anak seperti monster, janganlah berputus asa dan segera bertaubat. Mereka perlu rebut hati dan ambil jiwa anak dengan pelukan batin iaitu memberi pengisian untuk mengenali ALLAH. Jangan berhenti berjuang dan berharaplah kepada pertolongan ALLAH SWT.

“Kisah Luqman yang dirakamkan dalam Surah Luqman telah memberi nasihat kepada anaknya agar tidak menyekutukan ALLAH. Ayah ideologi akan menghunjamkan ke dalam jiwa dan pemikiran anak bahawa syirik merupakan bentuk penganiayaan bagi manusia,” ujar beliau.
Dalam Surah al-Baqarah, ayat 132 hingga 133 menceritakan Nabi Ibrahim AS dan Nabi Yaacub AS berwasiat kepada anak masing-masing bahawa ALLAH telah memilih agama (Islam) sebagai ikutan dan janganlah mati selain dalam Islam.

Nabi Yaakub AS berpesan kepada anak-anaknya: “…jangan kamu berputus asa daripada rahmat ALLAH. Sesungguhnya tiada berputus asa dari rahmat ALLAH melainkan kaum yang kafir.” (Surah Yusuf, ayat 87)

IKLAN

Ustaz Bachtiar yang juga penulis buku Masuk Syurga Sekeluarga berkata, terdapat tiga perkara yang disebut oleh anak-anak Nabi Yaakub AS apabila ditanya oleh ayah mereka.

Pertama: “Kami akan menyembah Tuhan ayah, datuk Nabi Ibrahim dan Nabi Ishak.”

Kedua: “Kami akan mentauhidkan dan tidak mempersekutukan sembahan Tuhan ayah dan datuk kami”.

IKLAN

Ketiga: “Kami akan berserah sepenuhnya kepada Tuhan ayah dan datuk kami serta mengikut disiplin dan atauran Tuhan ayah dan datuk”.

Inilah kesan didikan ayah idealogi, terang beliau.

“Ayah yang membaca al-Quran dan menjadikan kitab itu sebagai panduan hidup adalah ayah biologi. Ketika itu ayah sebagai ketua keluarga memimpin seisi keluarga ke syurga dengan bermula dari syurga di rumah.

“Ayah idealogi akan melindungi keluarga daripada pelbagai perkara haram masuk ke rumah. Rumah yang mempunyai perkara haram boleh menyebabkan keluarga berantakkan dan bercerai-berai. Oleh itu, ayah bertauhid mempunyai visi yang jelas dan tidak mengikuti tradisi keluarga,” ujarnya.

Sempena Ramadan 1441 Hijrah, Yayasan Warisan Ummah Ikhlas dengan kerjasama Majlis Agama Islam Selangor, Jabatan Agama Islam Selangor, Masjid Sultan Abdul Aziz Shah, Shah Alam, menganjurkan program Majlis Ayah untuk mengukuhkan peranan ayah dengan al-Quran.

Orang ramai dijemput mengikuti siaran secara langsung di Facebook Sinar Harian pada setiap hari jam 6 petang dan siaran ulangan di TV Alhijrah pada jam 4.30 pagi dan manakala di Astro Oasis (10 malam).

Untuk maklumat lanjut boleh kunjungi Facebook Quran Hour.

Penulis: Fouziah Amir

IKLAN
Ayah biologi
Previous

Betul ke dosa akan digandakan bila buat kesalahan dalam bulan Ramadan?

May 15, 2020
Next

Puasa, tapi tak solat

May 16, 2020

Related posts

an (4)
Berita Semasa,

Hikmah daripada tarikh-tarikh penting sepanjang Zulhijjah 1443Hijrah

by Fatin Fatihah HussinJune 30, 2022
sangat biadap
Berita Semasa,

Sangat biadap, ayat al-Quran dicetak di bikini

by Sarrah MohsinJune 28, 2022
an (3)
Berita Semasa,

Waspada rumah tidak berpenghuni kerana jin gemar bertandang

by Fatin Fatihah HussinJune 22, 2022
Blue cupcake photo collage (770 × 513px) (22)
Berita Semasa,

Beri hadiah tidak senonoh di majlis perkahwinan. Apakah hukumnya?

by Fatin Fatihah HussinJune 21, 2022

Popular

  • Taliban Tukar Bendera Afghanistan Menjadi “La Ilaha Illallah Muhammadur Rasulullah”

    Taliban Tukar Bendera Afghanistan Menjadi “La Ilaha Illallah Muhammadur Rasulullah”

    August 17, 2021
  • ‘Laluan Tikus’ Perut Bumi Gaza, Strategi Perang Ditakuti Zionis

    ‘Laluan Tikus’ Perut Bumi Gaza, Strategi Perang Ditakuti Zionis

    May 21, 2021
  • UEFA ‘Koyak’ Denda Celtic FC Kerana Palestin

    UEFA ‘Koyak’ Denda Celtic FC Kerana Palestin

    May 18, 2021
  • Zakat perniagaan tetap perlu dibayar walaupun rugi

    Zakat perniagaan tetap perlu dibayar walaupun rugi

    February 25, 2021
  • Lelaki Lumpuh Digeruni Zionis

    Lelaki Lumpuh Digeruni Zionis

    May 20, 2021

Ikuti Kami

Pilihan Editor

  • Pelarian Syria: Cerita kita dan kisah mereka

    Pelarian Syria: Cerita kita dan kisah mereka

    April 8, 2022
  • Selain kefarduan solat, berikut perkara lain semasa peristiwa Israk dan Mikraj

    Selain kefarduan solat, berikut perkara lain semasa peristiwa Israk dan Mikraj

    February 28, 2022
  • Usah batalkan puasa ganti sesuka hati, ini penjelasannya

    Usah batalkan puasa ganti sesuka hati, ini penjelasannya

    February 21, 2022
  • Jangan mengeluh ketika hujan

    Jangan mengeluh ketika hujan

    February 4, 2022

© 2021 Sinar Karangkraf All rights reserved.