Sinar Islam Plus
  • Berita Semasa
    • Dalam Negara
    • Antarabangsa
    • Istimewa Panggilan Baitullah
    • Semarak Patriotik: 65 tahun Malaysia Merdeka
    • Rindu Rasulullah
  • Isu
  • Hukum
    • Soal Jawab Agama
    • Dari Fail Mahkamah Syariah
    • Ibadah
  • Iqtisad
    • Faraid
    • Perbankan Islam
  • Personaliti
  • Video
  • Aqidah

Popular

  • Taliban Tukar Bendera Afghanistan Menjadi “La Ilaha Illallah Muhammadur Rasulullah”

    Taliban Tukar Bendera Afghanistan Menjadi “La Ilaha Illallah Muhammadur Rasulullah”

    August 17, 2021
  • ‘Laluan Tikus’ Perut Bumi Gaza, Strategi Perang Ditakuti Zionis

    ‘Laluan Tikus’ Perut Bumi Gaza, Strategi Perang Ditakuti Zionis

    May 21, 2021
  • UEFA ‘Koyak’ Denda Celtic FC Kerana Palestin

    UEFA ‘Koyak’ Denda Celtic FC Kerana Palestin

    May 18, 2021
  • Zakat perniagaan tetap perlu dibayar walaupun rugi

    Zakat perniagaan tetap perlu dibayar walaupun rugi

    February 25, 2021

Ikuti Kami

Pilihan Editor

  • Realiti pahit yang terpaksa ditelan rakyat Syria

    Realiti pahit yang terpaksa ditelan rakyat Syria

    December 2, 2022
  • Bantu segera, berjuta sedang sengsara di Syria

    Bantu segera, berjuta sedang sengsara di Syria

    July 29, 2022
  • Pelarian Syria: Cerita kita dan kisah mereka

    Pelarian Syria: Cerita kita dan kisah mereka

    April 8, 2022
  • Selain kefarduan solat, berikut perkara lain semasa peristiwa Israk dan Mikraj

    Selain kefarduan solat, berikut perkara lain semasa peristiwa Israk dan Mikraj

    February 28, 2022
Sinar Islam Plus
  • Berita Semasa
    • Dalam Negara
    • Antarabangsa
    • Istimewa Panggilan Baitullah
    • Semarak Patriotik: 65 tahun Malaysia Merdeka
    • Rindu Rasulullah
  • Isu
  • Hukum
    • Soal Jawab Agama
    • Dari Fail Mahkamah Syariah
    • Ibadah
  • Iqtisad
    • Faraid
    • Perbankan Islam
  • Personaliti
  • Video
  • Aqidah
Isu,

Beli Produk Sendiri Dan Buat ‘Review’ Palsu Untuk Tarik Pelanggan, Perbuatan Ini Sama Dengan Menipu

by Nurulfatiha MuahJuly 6, 2021
1
Shares
Share on FacebookShare on Twitter
Review palsu
JANGAN melakukan 'review' palsu demi untuk mendapatkan pembeli.

SEJAK Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) 1.0 dilaksanakan awal Mac tahun lalu, trend pembelian online semakin meningkat. Platform berkenaan menjadi pilihan kerana ramai yang memilih untuk tidak keluar rumah.

Semuanya bagi memutuskan rantaian penularan wabak Covid-19 yang boleh mengancam nyawa.

Malah, data yang dikeluarkan oleh Jabatan Perangkaan Malaysia merekodkan, peratusan individu yang membuat pesanan barangan atau perkhidmatan dalam talian sama ada menerusi telefon, aplikasi WhatsApp atau laman sosial Facebook kian meningkat kepada 54.4 peratus pada tahun 2020 daripada 22.5 peratus pada tahun sebelumnya.

Melihat kepada potensi berkenaan, terdapat segelintir masyarakat yang cuba berjinak-jinak sebagai peniaga online tidak kiralah menerusi apa jua platform termasuklah e-dagang. Sebagai pendatang baharu, sudah tentu pelbagai cabaran terpaksa direntas terutama dalam meraih kepercayaan pembeli.

Lebih-lebih lagi jika kedai online yang diusahakan sendiri atau menerusi laman web e-dagang terkemuka baru bertapak dan tiada lagi pembeli. Justeru, ada sebilangan peniaga online baharu itu membeli produk sendiri dan membuat review palsu demi meraih kepercayaan daripada bakal pelanggan supaya melakukan pembelian dengannya.

IKLAN
Review palsu

‘REVIEW’ palsu mempunyai unsur penipuan dan diharamkan dalam Islam.

Ketahuilah bahawa dalam Islam, perkara sedemikian adalah sama dengan perbuatan menipu. Ini kerana penjual memanipulasi sistem platform e-dagang dan seumpamanya dengan membuat pembelian barang sendiri dan meninggalkan ulasan pada barang tersebut.

Pada masa sama, bakal pelanggan sebenarnya tidak mengetahui tentang perbuatan tersebut. Hakikatnya, perbuatan menipu adalah salah di sisi agama Islam dan tidak menunjukkan akhlak sebagai seorang Muslim.

Demikian pandangan yang dilontarkan oleh Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan menerusi artikel Irsyad al-Fatwa Siri ke-590: Hukum Seller Membuat Belian Barang Sendiri dan Membuat Review Palsu baru-baru ini.

Dalam hal itu, Abu Hurairah RA meriwayatkan bahawa Rasulullah SAW bersabda: “Siapa yang menipu, maka dia bukan daripada kalangan kita (umat Islam).” (Riwayat Muslim)

Walaupun perkara itu nampak remeh pada mata kasar, namun perlu diketahui bahawa penipuan jual beli boleh berlaku dalam pelbagai bentuk.

Review palsu

JAUHKAN unsur penipuan ketika melakukan urusan jual beli.

Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan mengambil contoh penipuan yang telah dirancang oleh penjual semata-mata untuk melariskan produknya atau menarik perhatian bakal pembeli supaya mendapatkan barangan tersebut.

Baca juga Barang Diterima Tak Seperti Yang Dipesan, Ketahui Hak Kita Menurut Islam

IKLAN

“Fuqaha menyebut, perbuatan menipu sebegini disebut sebagai al-tadlis (menipu). Antara persamaan yang disifatkan adalah pada cara penipuan tersebut yang mana wujudnya unsur perancangan daripada penjual sendiri untuk menipu pelanggan dan mencipta persepsi bahawa barang dagangannya itu bagus, berkualiti dan sebagainya,” katanya.

Dalam kitab al-Umm, Imam Syafie menjelaskan, hukum asal bagi jual beli adalah harus selagi mana ia berlandaskan apa yang dibenarkan oleh syarak.

Namun begitu, seandainya terdapat perkara yang dilarang oleh Rasulullah SAW, maka jual beli itu akan menjadi haram.

Mudah kata, hukum keharusan jual beli boleh bertukar menjadi haram kerana wujudnya unsur-unsur yang dilarang ataupun diharamkan.

Dalam konteks ini, jelas Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan, penipuan yang dirancang oleh penjual untuk memperdayakan bakal pelanggan itulah yang dilarang oleh Rasulullah SAW dalam hadis tadi.

“Bahkan, Rasulullah SAW bersabda bahawa peniaga yang jujur dan amanah akan ditempatkan bersama para nabi, orang yang benar dan mereka yang syahid di akhirat kelak.

IKLAN

“OIeh itu, amat penting bagi seorang peniaga untuk bersikap jujur dalam pekerjaannya di samping mengaut keuntungan menerusi perniagaan yang dijalankan,” katanya.

Review palsu

SEBAGAI peniaga, bersikap jujurlah dengan pelanggan dan barang yang diniagakan.

Begitupun, dalam transaksi jual beli yang berlaku antara penjual tersebut dan pembeli, ia merupakan satu isu yang lain, jelas pejabat mufti berkenaan.

“Transaksi jual beli tersebut dikira sah sekiranya cukup syarat dan rukun jual beli iaitu dua pihak yang melakukan akad (penjual dan pembeli), sighah (ijab dan kabul) serta perkara yang dijual beli (barang dan harga).

“Meskipun jual beli tersebut adalah sah, tetapi tindakan penjual yang melakukan penipuan tersebut adalah diharamkan. Peniaga perlu bertaubat dan menghentikan perbuatan tersebut kerana ia akan menyebabkan dosa yang berpanjangan.

“Ya, walaupun tujuannya untuk mendapatkan penarafan yang baik dalam meningkatkan jualan masing-masing, tetapi biarlah usaha menaikkan jualan itu mestilah selari dengan apa yang diharuskan oleh syarak.

“Antaranya para penjual boleh menjalankan kempen pemasaran, promosi atau iklan di medium lain dan kemudiannya meminta bakal pembeli yang berminat untuk membuat pembayaran menerusi laman web e-dagang miliknya,” saran pejabat mufti berkenaan.

Foto: Freepik

IKLAN
jual beli onlinepembelian onlineReview palsusinarislamplusunsur penipuan
Previous

UEFA Larang Bendera Pelangi Pada Euro 2020 di Rusia, Azerbaijan

July 6, 2021
Next

Palestin Dalam Tulisan Hieroglif Mesir

July 6, 2021

Related posts

GAMBAR PORTAL FB (74)
Isu,

Suka tengok gusti, Ustaz Azhar Idrus jelaskan hukum melihat aurat ahli gusti

by Fatin Fatihah HussinJanuary 19, 2023
GAMBAR PORTAL FB (71)
Isu,

Adakah pengurus masjid perlu mengganti duit masjid yang dicuri?

by Fatin Fatihah HussinJanuary 18, 2023
ambil hutang
Isu,

Kawan liat bayar hutang, bolehkah ambil wangnya secara senyap-senyap?

by Sarrah MohsinJanuary 17, 2023
GAMBAR PORTAL FB (58)
Isu,

Jauhkan diri daripada pengampu

by Fatin Fatihah HussinJanuary 17, 2023

Popular

  • Taliban Tukar Bendera Afghanistan Menjadi “La Ilaha Illallah Muhammadur Rasulullah”

    Taliban Tukar Bendera Afghanistan Menjadi “La Ilaha Illallah Muhammadur Rasulullah”

    August 17, 2021
  • ‘Laluan Tikus’ Perut Bumi Gaza, Strategi Perang Ditakuti Zionis

    ‘Laluan Tikus’ Perut Bumi Gaza, Strategi Perang Ditakuti Zionis

    May 21, 2021
  • UEFA ‘Koyak’ Denda Celtic FC Kerana Palestin

    UEFA ‘Koyak’ Denda Celtic FC Kerana Palestin

    May 18, 2021
  • Zakat perniagaan tetap perlu dibayar walaupun rugi

    Zakat perniagaan tetap perlu dibayar walaupun rugi

    February 25, 2021
  • Lelaki Lumpuh Digeruni Zionis

    Lelaki Lumpuh Digeruni Zionis

    May 20, 2021

Ikuti Kami

Pilihan Editor

  • Realiti pahit yang terpaksa ditelan rakyat Syria

    Realiti pahit yang terpaksa ditelan rakyat Syria

    December 2, 2022
  • Bantu segera, berjuta sedang sengsara di Syria

    Bantu segera, berjuta sedang sengsara di Syria

    July 29, 2022
  • Pelarian Syria: Cerita kita dan kisah mereka

    Pelarian Syria: Cerita kita dan kisah mereka

    April 8, 2022
  • Selain kefarduan solat, berikut perkara lain semasa peristiwa Israk dan Mikraj

    Selain kefarduan solat, berikut perkara lain semasa peristiwa Israk dan Mikraj

    February 28, 2022

© 2021 Sinar Karangkraf All rights reserved.