Sengaja letak sesuatu atas al-Quran, apa hukumnya?
AL-QURAN merupakan kalam ALLAH yang sangat istimewa. Kitab itu pula dimuliakan lagi apabila kandungannya dipelihara tidak berubah sehingga hari akhirat, berbeza dengan kitab-kitab agama lain.
Sesuai dengan statusnya yang tinggi dan mulia, al-Quran tidak boleh diperlakukan sembarangan. Malah, umat Islam diwajibkan menghormati dan mengagungkan kitab suci tersebut walau dengan sekecil-kecil perkara.
Salah satu cara untuk mengagungkannya adalah dengan menyusun al-Quran dengan baik. Kalam suci itu tidak boleh diletakkan di paras yang rendah ataupun tertindih dengan mana-mana buku serta barang lain.
Baca juga Berdosakah wanita baca al-Quran tanpa pakai tudung?
ARTIKEL BERKAITAN:
- Salahkah tampal ‘sticker’ ayat al-Quran di kereta?
- ‘Kedudukan kita di akhirat berdasarkan ayat al-Quran terakhir yang dibaca’- hadis Nabi
- Replika al-Quran gergasi di Yala tarik ribuan pengunjung
Letak kitab agama di atas al-Quran
Namun, bagaimana jika al-Quran ditindih dengan buku atau kitab-kitab agama? Adakah perkara itu dibolehkan?
Dalam hal ini, ulama menyebut bahawa kedudukan al-Quran perlu diletakkan lebih tinggi berbanding dengan barang atau kitab lain. Oleh itu, sekalipun buku itu berupa kitab agama atau hadis, ia tetap tidak boleh berada di atas al-Quran.
Namun, sebagaimana dijelaskan oleh portal Mufti Wilayah Persekutuan, jika al-Quran disusun di atas al-Quran yang lain, ia adalah dibolehkan. Perkara itu ada disebut oleh Imam Baihaqi:
“Melainkan di situ ada dua buah Al-Quran, maka diletakkan salah satunya atas yang satu lagi, maka hukumnya adalah harus.” (Rujuk kitab Syu’abul Iman)
Baca juga Bacalah al-Mathurat dua kali sehari, banyak fadilat sedia menanti
Turut disyorkan Salahkah tampal ‘sticker’ ayat al-Quran di kereta?
Hukum letak barang atas al-Quran
Sebenarnya, para ulama mazhab Syafie telah memfatwakan bahawa meletakkan sesuatu di atas mashaf adalah tidak haram selagi tidak mengandungi unsur penghinaan.
Walau bagaimanapun, seboleh-bolehnya kita mesti mengelak daripada meletakkan sebarang barangan di atas al-Quran sebagai adab mengagungkan kalam suci ALLAH itu.
Sumber: Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan
Foto: Pexels