KETAHUILAH, 24 jam sehari sepanjang Ramadan adalah waktu mustajab untuk berdoa, jadi rebutlah peluang keemasan ini.
Daripada Abu Hurairah RA, Rasulullah SAW bersabda: “Tiga orang yang tidak akan ditolak doa-doa mereka. (Pertama) Seorang yang berpuasa sehingga dia berbuka, (kedua) seorang imam (pemerintah) yang adil dan (ketiga) doa seorang yang dizalimi. ALLAH SWT akan mengangkat doanya ke atas awan dan dibukakan untuknya pintu-pintu langit.
Pastinya sebagai umat Islam, kita akan rebut sehabis mungkin untuk berdoa sepanjang bulan mulia ini. Antara tiga doa utama yang perlu kita lazimi setiap hari adalah doa mohon diampunkan segala dosa, doa diselamatkan dari api neraka dan doa agar dimasukkan ke dalam syurga.
Baca Juga Ramadan diraikan penuh meriah di London
Sementara itu, pendakwah terkenal, Don Daniyal Don Biyajid atau lebih dikenali sebagai Ustaz Don berkongsi satu doa yang tidak akan ditolak peluangnya hanyalah 30 hari.
Habatnya doa ini kerana ulama-ulama seperti Imam Ghazali dan sebagainya menyuruh kita mengamalkannya setiap pagi, siang dan malam.
Para ulama juga menyimpulkan inilah doa dan zikir yang elok dibaca oleh mereka yang berpuasa terutama menjelang waktu berbuka puasa.
Boleh juga dibaca setiap kali selepas solat atau bila-bila masa yang disukai.
Baca Juga Ketahuilah, kalau malas bersahur serupa puasa orang Yahudi
Doanya adalah seperti berikut:
أَشْهَدُ أَنْ لَا إِلَهَ إِلَّا اللهُ، أَسْتَغْفِرُ اللهَ، أّسْأَلُكَ الجَنَّةَ، وأَعُوْذُ بِكَ مِنَ النَّارِ
Aku bersaksi bahwa tiada Tuhan selain ALLAH, Aku memohon ampun kepada ALLAH. Aku memohon kepadamu (ya ALLAH) akan syurga dan aku berlindung denganMu (ya ALLAH) daripada api neraka.
اَلَّلهُمَّ إِنَّكَ عَفُوٌّ كَرِيْمٌ تُحِبُّ العَفْوَ فَاعْفُ عَنَّيْ يَا كَرِيْمُ
Ya ALLAH Ya Tuhan-KU sesungguhnya ENGKAU MAHA PEMAAF lagi MAHA MULIA. Engkau suka permohonan maaf, maka maafkanlah daripada aku, wahai YANG MAHA PEMURAH.
Baca Juga Boleh cium tapi jangan lebih-lebih, khuatir nanti bau makanan sebabkan puasa jadi makruh
Selain itu, antara anjuran untuk membaca zikir ini adalah:
– Setiap kali selepas solat fardu
– Dibaca sebanyak-banyaknya sepanjang hari
– Dibaca ketika hendak bersahur
– Dibaca ketika hendak berbuka
– Dibaca pada malam hari sebaik sahaja selesai solat tahajjud, khususkan untuk zikir ini sebanyak 100x
Berminat sertai kami, boleh follow telegram