Sinar Islam Plus
  • Berita Semasa
    • Dalam Negara
    • Antarabangsa
    • Istimewa Panggilan Baitullah
    • Semarak Patriotik: 65 tahun Malaysia Merdeka
    • Rindu Rasulullah
  • Isu
  • Hukum
    • Soal Jawab Agama
    • Dari Fail Mahkamah Syariah
    • Ibadah
  • Iqtisad
    • Faraid
    • Perbankan Islam
  • Personaliti
  • Video
  • Aqidah

Popular

  • Taliban Tukar Bendera Afghanistan Menjadi “La Ilaha Illallah Muhammadur Rasulullah”

    Taliban Tukar Bendera Afghanistan Menjadi “La Ilaha Illallah Muhammadur Rasulullah”

    August 17, 2021
  • ‘Laluan Tikus’ Perut Bumi Gaza, Strategi Perang Ditakuti Zionis

    ‘Laluan Tikus’ Perut Bumi Gaza, Strategi Perang Ditakuti Zionis

    May 21, 2021
  • UEFA ‘Koyak’ Denda Celtic FC Kerana Palestin

    UEFA ‘Koyak’ Denda Celtic FC Kerana Palestin

    May 18, 2021
  • Zakat perniagaan tetap perlu dibayar walaupun rugi

    Zakat perniagaan tetap perlu dibayar walaupun rugi

    February 25, 2021

Ikuti Kami

Pilihan Editor

  • Realiti pahit yang terpaksa ditelan rakyat Syria

    Realiti pahit yang terpaksa ditelan rakyat Syria

    December 2, 2022
  • Bantu segera, berjuta sedang sengsara di Syria

    Bantu segera, berjuta sedang sengsara di Syria

    July 29, 2022
  • Pelarian Syria: Cerita kita dan kisah mereka

    Pelarian Syria: Cerita kita dan kisah mereka

    April 8, 2022
  • Selain kefarduan solat, berikut perkara lain semasa peristiwa Israk dan Mikraj

    Selain kefarduan solat, berikut perkara lain semasa peristiwa Israk dan Mikraj

    February 28, 2022
Sinar Islam Plus
  • Berita Semasa
    • Dalam Negara
    • Antarabangsa
    • Istimewa Panggilan Baitullah
    • Semarak Patriotik: 65 tahun Malaysia Merdeka
    • Rindu Rasulullah
  • Isu
  • Hukum
    • Soal Jawab Agama
    • Dari Fail Mahkamah Syariah
    • Ibadah
  • Iqtisad
    • Faraid
    • Perbankan Islam
  • Personaliti
  • Video
  • Aqidah
Gaya Hidup,

Suka bercakap tentang orang lain? Hati-hatilah dengan perbuatan ini

by Nurulfatiha MuahJanuary 11, 2023
0
Shares
Share on FacebookShare on Twitter
Bercakap tentang orang lain
HATI-HATI apabila bersembang, jangan sampai menjadi kelompok yang suka mengaibkan orang lain. -FOTO: UNSPLASH

SETIAP hari, ada sahaja perkara yang mahu dibualkan termasuklah bercakap tentang orang lain.

Kadangkala perkara tersebut bukan sengaja dijadikan modal untuk berbicara. Barangkali topik perbualan yang dituturkan kena benar dengan situasi ketika itu.

Maklum sahajalah, apabila terlalu banyak berborak, semakin berjelalah ceritanya bagaikan tiada hari esok.

Begitupun, Timbalan Dekan Penyelidikan dan Inovasi, Fakulti Pengajian Quran Sunnah, Universiti Sains Islam Malaysia, Prof Madya Dr Ahmad Sanusi Azmi mengingatkan agar umat Islam tidak terlalu seronok bercerita sehingga mengutuk dan membuka aib orang lain dan terlupa cela yang ada pada diri sendiri.

DR AHMAD SANUSI

Jelas beliau, Rasulullah SAW pernah menegur sikap sebahagian manusia yang suka melihat aib orang lain.

IKLAN

Baca juga Usah ‘jaga tepi kain orang lain’, teguran Rasulullah terhadap manusia yang suka menyelongkar aib saudaranya

Dalam sebuah dialog yang panjang, ujar Dr Ahmad Sanusi, Nabi Muhammad SAW berpesan kepada Saidina Abu Zar beberapa perkara penting berkaitan aib yang boleh dipraktikkan dalam kehidupan kita.

Baginda SAW berpesan kepada Abu Zar: “Hendaklah kamu banyak berdiam melainkan pada perkara kebaikan. Sesungguhnya ia menjauhkan syaitan darimu dan pembantu buat agamamu.” (Sahih Ibn Hibban)

Kemudian, Abu Zar bertanya lagi kepada Rasulullah: “Tambahkan lagi nasihatmu kepadaku wahai Rasulullah.”

Lalu Baginda antara lain berpesan kepada Abu Zar: “Hendaklah kamu menjauhi dari manusia apa yang engkau ketahui (tentang keaiban) berkenaan dirimu.” (Sahih Ibn Hibban)

Berdasarkan hadis berkenaan, ahli akademik itu kemudian menukilkan pandangan Sheikh Taha al-Afifi bahawa sabda Rasulullah itu bermaksud agar kita tidak banyak membicarakan tentang keaiban orang lain, tetapi hanya memfokuskan kepada keperluan diri sendiri sahaja.

“Sheikh Taha al-Afifi dalam Wasaya al-Rasul menyatakan; ‘Kemudian hendaklah kamu sibuk dengan keaiban yang ada pada dirimu dan tidak disibukkan dengan keaiban orang lain’,” katanya sebagaimana dipetik menerusi hantaran di laman sosial Facebook miliknya baru-baru ini.

Bercakap tentang orang lain

BERWASPADALAH ketika bersembang dan usah jadikan perihal orang lain sebagai topik perbualan. -FOTO: FREEPIK

IKLAN

Dalam sebuah hadis lain, Rasulullah SAW bersabda: “Salah seorang dari kamu mampu untuk melihat kotoran kecil yang menempel di kelopak mata temannya, tapi lupa dengan batang kayu besar yang menutupi matanya sendiri.” (Hadis Riwayat Ibn Hibban)

Baca juga Jaga aib sendiri, orang lain. Tidak ada orang yang tak berdosa

“Menerusi hadis ini, Rasulullah SAW memberikan kita bimbingan agar sentiasa memperbaiki diri dan tidak terlalu sibuk bercakap tentang keaiban orang lain sehingga terlupa akan kekurangan diri,” katanya.

Sebelum menoktahkan perkongsian ilmunya, Dr Ahmad Sanusi mengajak umat supaya merenung kembali bait mutiara yang pernah diungkapkan oleh al-A’masyh.

Al-A’masy berpesan bahawa beliau mendengar Ibrahim berkata: “Aku melihat banyak perkara yang aku tidak suka (yang ada pada manusia), namun tidak ada yang menghalangku untuk bercakap mengenai perkara tersebut melainkan kerana takut aku akan diuji seperti orang yang ditimpanya.”

IKLAN

Begitupun, terdapat segelintir orang mendakwa; ‘Saya hanya bercerita saja, bukannya mengumpat’.

Bercakap tentang orang lain

JAUHI bercerita keburukan atau mengumpat orang lain ketika bersembang dengan kenalan. -GAMBAR HIASAN/ FOTO: 123RF

Ketahuilah bahawa mengumpat bermaksud menceritakan atau menyebut keburukan atau kekurangan seseorang kepada yang lain. Demikian menurut laman web halaqah.net.

Baca juga Jangan sesekali buka aib diri dan orang lain. ALLAH SWT tutup segala cela manusia, tak wajar kita dedahkannya

Perkara itu ada dijelaskan dalam hadis yang mana Rasulullah SAW bersabda: “Mengumpat itu ialah apabila kamu menyebut perihal saudaramu dengan sesuatu perkara yang dibencinya.” (Hadis Riwayat Muslim)

Justeru, berhati-hatilah ketika bersembang. Sebaiknya, elakkan daripada berbual mengenai perihal orang lain.

***Foto: Unsplash

IKLAN
Bercakap tentang orang lainsinarislamplus
Previous

Cara giliran bermalam antara isteri dalam perkahwinan poligami. Ini saranan Islam.

January 11, 2023
Next

Mandi bunga percepat jodoh. Khurafat yang menjerumuskan ke lembah syirik!

January 11, 2023

Related posts

GAMBAR PORTAL FB (52)
Gaya Hidup,

Sebenarnya kita yang menjemput makhluk halus balik ke rumah. Istiqamah dengan EMPAT amalan mulia ini, elak terus diganggu iblis.

by Fatin Fatihah HussinJanuary 16, 2023
Istighfar
Gaya Hidup,

Istighfar bukan sekadar memohon keampunan ALLAH, tetapi juga dibuka pintu rezeki

by Nurulfatiha MuahJanuary 14, 2023
GAMBAR PORTAL FB (27)
Gaya Hidup,

‘Orang tak suka dekat kita’, Ustaz Abdullah Khairi kongsi tips agar disenangi ramai

by Fatin Fatihah HussinJanuary 10, 2023
doa ketika sakit
Gaya Hidup,

Ada ayat khusus yang turun bersama hikmah dan khasiat, amalkannya selalu mudah-mudahan jadi penawar

by Sarrah MohsinJanuary 9, 2023

Popular

  • Taliban Tukar Bendera Afghanistan Menjadi “La Ilaha Illallah Muhammadur Rasulullah”

    Taliban Tukar Bendera Afghanistan Menjadi “La Ilaha Illallah Muhammadur Rasulullah”

    August 17, 2021
  • ‘Laluan Tikus’ Perut Bumi Gaza, Strategi Perang Ditakuti Zionis

    ‘Laluan Tikus’ Perut Bumi Gaza, Strategi Perang Ditakuti Zionis

    May 21, 2021
  • UEFA ‘Koyak’ Denda Celtic FC Kerana Palestin

    UEFA ‘Koyak’ Denda Celtic FC Kerana Palestin

    May 18, 2021
  • Zakat perniagaan tetap perlu dibayar walaupun rugi

    Zakat perniagaan tetap perlu dibayar walaupun rugi

    February 25, 2021
  • Lelaki Lumpuh Digeruni Zionis

    Lelaki Lumpuh Digeruni Zionis

    May 20, 2021

Ikuti Kami

Pilihan Editor

  • Realiti pahit yang terpaksa ditelan rakyat Syria

    Realiti pahit yang terpaksa ditelan rakyat Syria

    December 2, 2022
  • Bantu segera, berjuta sedang sengsara di Syria

    Bantu segera, berjuta sedang sengsara di Syria

    July 29, 2022
  • Pelarian Syria: Cerita kita dan kisah mereka

    Pelarian Syria: Cerita kita dan kisah mereka

    April 8, 2022
  • Selain kefarduan solat, berikut perkara lain semasa peristiwa Israk dan Mikraj

    Selain kefarduan solat, berikut perkara lain semasa peristiwa Israk dan Mikraj

    February 28, 2022

© 2021 Sinar Karangkraf All rights reserved.