Naikkan martabat pendidikan awal kanak-kanak dengan kaedah Montessori Islamik – AlKauthar EduQids
KEKAL releven dan terus utuh dengan asas kelainan yang dibawa menerusi sistem pendidikan iaitu menggunakan modul Islamik Montessori akhirnya membawa Alkauthar EduQids menempa nama di seluruh Malaysia.
Dinobatkan sebagai Anugerah Montessori Islamik Pilihan 2023 di Majlis Anugerah Bisnes Sinar Harian Awards (BISA) pada Khamis. Pemilik AlKauthar EduQids, Datin Dr (hc) Nor Fadilah Alias menzahirkan rasa syukur kerana terpilih untuk penganugerahan yang sangat berprestij ini.
“Alhamdulilah, hari ini kami dianugerahkan BISA Awards dan kami sangat berbangga. Trofi ini adalah untuk team kami (Alkauthar EduQids). Terima kasih kepada pihak penganjur kerana memilih kami sebagai penerima anugerah dalam kategori pendidikan awal kanak-kanak yang terbaik.
Baca juga Lebih 3,000 penonton hadir meriahkan Konsert Garis Masa Raihan
Tekad Nor Fadilah amat jelas. Iltizamnya akan terus memberikan yang terbaik untuk pendidikan awal kanak-kanak.
“Kami akan terus memberikan perkhidmatan yang terbaik dan kepada ibu bapa di luar sana, juga menaikkan martabat pendidikan kanak-kanak.
“AlKauthar EduQids berbeza dengan tadika lain kerana saya menggabungkan silibus kaedah terkini dengan pendidikan kendiri yang bercirikan keislaman dan ia merupakan elemen terpenting untuk masa depan anak-anak,” ujarnya kepada Sinar Islam Plus selepas menerima anugerah tersebut.
Baca juga Enam anugerah bernuansakan Islam ungguli anugerah BISA
Tambahnya, anak-anak yang diasuh di AlKauthar EduQids didedahkan dengan kaedah pembelajaran dan permainan yang menyeronokkan. Ciri yang diketengahkan ini akan memudahkan mereka menyerap setiap ilmu yang diajar dengan bebas dan gembira.
Nor Fadilah hadir bersama suaminya, Datuk Dr Bakhtiar Aliff Ibrahim selaku Pengasas dan Ketua Pegawai Eksekutif AlKauthar EduQids di majlis berlangsung di Double Tree by Hilton, I-City Shah Alam.