Sinar Islam Plus
  • Berita Semasa
    • Dalam Negara
    • Antarabangsa
    • Istimewa Panggilan Baitullah
  • Isu
  • Hukum
    • Soal Jawab Agama
    • Dari Fail Mahkamah Syariah
  • Iqtisad
    • Faraid
    • Perbankan Islam
  • Personaliti
  • Video

Popular

  • Taliban Tukar Bendera Afghanistan Menjadi “La Ilaha Illallah Muhammadur Rasulullah”

    Taliban Tukar Bendera Afghanistan Menjadi “La Ilaha Illallah Muhammadur Rasulullah”

    August 17, 2021
  • ‘Laluan Tikus’ Perut Bumi Gaza, Strategi Perang Ditakuti Zionis

    ‘Laluan Tikus’ Perut Bumi Gaza, Strategi Perang Ditakuti Zionis

    May 21, 2021
  • UEFA ‘Koyak’ Denda Celtic FC Kerana Palestin

    UEFA ‘Koyak’ Denda Celtic FC Kerana Palestin

    May 18, 2021
  • Zakat perniagaan tetap perlu dibayar walaupun rugi

    Zakat perniagaan tetap perlu dibayar walaupun rugi

    February 25, 2021

Ikuti Kami

Pilihan Editor

  • Pelarian Syria: Cerita kita dan kisah mereka

    Pelarian Syria: Cerita kita dan kisah mereka

    April 8, 2022
  • Selain kefarduan solat, berikut perkara lain semasa peristiwa Israk dan Mikraj

    Selain kefarduan solat, berikut perkara lain semasa peristiwa Israk dan Mikraj

    February 28, 2022
  • Usah batalkan puasa ganti sesuka hati, ini penjelasannya

    Usah batalkan puasa ganti sesuka hati, ini penjelasannya

    February 21, 2022
  • Jangan mengeluh ketika hujan

    Jangan mengeluh ketika hujan

    February 4, 2022
Sinar Islam Plus
  • Berita Semasa
    • Dalam Negara
    • Antarabangsa
    • Istimewa Panggilan Baitullah
  • Isu
  • Hukum
    • Soal Jawab Agama
    • Dari Fail Mahkamah Syariah
  • Iqtisad
    • Faraid
    • Perbankan Islam
  • Personaliti
  • Video
Berita Semasa, Gaya Hidup,

Bank Islam Perkukuh Asas Tawaran Bank Digitalnya

by Nurul Fatiha MuahMarch 8, 2021
2
Shares
Share on FacebookShare on Twitter
Bank
Perbankan Digital Perlu Dipekasa

KUALA LUMPUR, Ahad, [7 Mac 2021]: Bank Islam Malaysia Berhad (“Bank Islam”) terus mempergiatkan peranannya sebagai pengantara berasaskan nilai dengan mewujudkan satu penyelesaian berasaskan platform yang memperluaskan lagi akses masyarakat terhadap rangkaian produk patuh Syariah yang berlandaskan perkongsian risiko dan kesaksamaan. Bank Islam, melalui divisyen baharunya, Pusat Pengalaman Digital (“Centre of Digital Experience, CDX”), telah secara aktif memperkukuhkan asas penubuhan sebuah bank digital yang dibangunkan di atas satu platform yang fleksibel yang membolehkan penggiat-penggiat industri teknologi kewangan (fintech), pasaran digital dan rakan strategik lain untuk menyertainya secara langsung.

Dalam proses penubuhan bank digital serba baharu ini, dua penggiat infrastruktur dipilih untuk bekerjasama dengan Bank Islam, iaitu Mambu, sebuah platform perbankan SaaS termaju di pasaran, dan Experian, sebuah firma perkhidmatan maklumat global. Sementara itu, Bank Islam juga baru-baru ini telah menandatangani Memorandum Persefahaman (“MoU”) dengan penggiat fintech tempatan, Pod, untuk membangunkan penawaran produk digital baharu.

Pendekatan digital ini akan menyaksikan Bank Islam menerapkan teknologi generasi terbaharu seperti perbankan digital Cloud Native dan sistem pengesahan identiti digital (“Electronic Know Your Customer, eKYC”) pada produk dan perkhidmatannya. Ini akan membolehkan penawaran produk perbankan tanpa cawangan fizikal bagi akses pelanggan yang lebih meluas, khususnya dalam kalangan segmen celik teknologi.

IKLAN

Penglibatan Mambu akan membolehkan Bank Islam menyusun produk perbankan patuh Syariah ke dalam platform baharu itu, sementara Experian akan memberikanpenyelesaian eKYC yang membolehkan pelanggan membuka akaun bank tanpa perlu hadir ke cawangan bank.

Untuk produk pula, CDX sedang membangunkan model pemarkahan kredit alternatif dengan kerjasama Pod. Melalui kerjasama ini, CDX dan Pod akan meneroka penyelesaian untuk pelanggan yang terdiri daripada segmen kurang mendapat perkhidmatan perbankan seperti pekerja-pekerja sambilan (gig workers). Ini akan dilakukan dengan mengenal pasti kaedah alternatif untuk menilai kelayakan kredit segmen pelanggan terbabit dengan menggunakan kaedah di luar cara tradisional, pada masa sama turut menyediakan fleksibiliti dan kemasukan dalam sistem perbankan formal untuk segmen ini.

Perbankan Digital

Ketua Pegawai Eksekutif Bank Islam, Mohd Muazzam Mohamed berkata, “Bank Islam, melalui CDX, telah melantik rakan strategik terkemuka seperti Mambu, Experian dan Pod untuk menangani keperluan segmen yang kurang mendapat perkhidmatan perbankan. Kami yakin bahawa menerusi kerjasama ini, Bank Islam dapat menyediakan akses yang lebih luas kepada pasaran dengan memanfaatkan teknologi digital. Pada masa yang sama, usaha ini akan terus mendorong transformasi digital sektor kewangan, terutamanya dalam industri perbankan Islam.”

IKLAN

Tambah beliau, “Dengan kepakaran Bank Islam dalam bidang pengurusan risiko dan hal-hal yang berkaitan dengan Syariah, ditambah dengan teknologi Pod dan platform perbankan SaaS Mambu yang mantap, kerjasama ini dapat memperkenalkan dan mempromosikan penyelesaian kewangan Islam yang sesuai dengan segmen sasaran. Kami juga percaya bahawa kerjasama ini akan menjadi contoh untuk menggalakkan lebih banyak penyertaan firma-firma fintech dengan institusi kewangan yang akhirnya akan menyumbang kepada pertumbuhan ekonomi digital negara.”

Pengasas Bersama dan Ketua Pegawai Eksekutif Pod, Nadia Ismadi berkata, “Segmen yang kurang mendapat perkhidmatan perbankan seperti pekerja-pekerja sambilan sering bertungkus lumus untuk menyimpan wang, agar diberi akses kepada pembiayaan dan produk kewangan, lebih-lebih lagi dalam keadaan pandemik yang melanda hari ini. Pod diwujudkan kerana kami percaya pasaran pekerjaan seperti yang kita ketahui kian berubah dan tidak lama lagi, sebahagian besar tenaga

IKLAN

kerja akan berada di bawah sektor tidak formal. Oleh itu, adalah penting untuk kita meletakkan asas-asas untuk mencipta penawaran kewangan yang khusus bagi memenuhi keperluan segmen ini.”

Sementara itu, Myles Bertrand, Pengarah Urusan Mambu APAC pula berkata “Kami gembira kerana Bank Islam telah memilih Mambu untuk membina operasi baharu CDX. Perbankan internet dan mudah alih adalah kunci untuk meneroka pembangunan ekonomi dan penyertaan kewanga. Kami amat bangga untuk menyokong Bank Islam dalam misi penting yang bertujuan memperkukuhkan akses terhadap perkhidmatan perbankan digital di Malaysia. Bank Islam sedang berusaha untuk menjadi sebuah bank patuh Syariah yang terkemuka di rantau ini dan pelaksanaan ini merupakan satu langkah besar ke hadapan. Kami teruja untuk bekerjasama dengan Bank Islam yang sedang mengorak langkah untuk memulakan fasa baharu perjalanannya.”

Penawaran penyelesaian oleh CDX akan dijangka disediakan di pasaran pada suku kedua tahun 2021.

Untuk maklumat lanjut, sila layari www.bankislam.com.

IKLAN
asnafbankingbankislamdigitalislamicMalaysia
Previous

Wanita Hebat Pelopor Sistem GPS

March 8, 2021
Next

Agrobank Bangunkan Usahawan Agro Menerusi Program Keusahawanan Asnaf

March 8, 2021

Related posts

zamzam
Berita Semasa, Dalam Negara,

Jangan beli air zamzam secara runcit, mungkin tidak tulen

by Sarrah MohsinJuly 4, 2022
an (4)
Berita Semasa,

Hikmah daripada tarikh-tarikh penting sepanjang Zulhijjah 1443Hijrah

by Fatin Fatihah HussinJune 30, 2022
sangat biadap
Berita Semasa,

Sangat biadap, ayat al-Quran dicetak di bikini

by Sarrah MohsinJune 28, 2022
an (3)
Berita Semasa,

Waspada rumah tidak berpenghuni kerana jin gemar bertandang

by Fatin Fatihah HussinJune 22, 2022

Popular

  • Taliban Tukar Bendera Afghanistan Menjadi “La Ilaha Illallah Muhammadur Rasulullah”

    Taliban Tukar Bendera Afghanistan Menjadi “La Ilaha Illallah Muhammadur Rasulullah”

    August 17, 2021
  • ‘Laluan Tikus’ Perut Bumi Gaza, Strategi Perang Ditakuti Zionis

    ‘Laluan Tikus’ Perut Bumi Gaza, Strategi Perang Ditakuti Zionis

    May 21, 2021
  • UEFA ‘Koyak’ Denda Celtic FC Kerana Palestin

    UEFA ‘Koyak’ Denda Celtic FC Kerana Palestin

    May 18, 2021
  • Zakat perniagaan tetap perlu dibayar walaupun rugi

    Zakat perniagaan tetap perlu dibayar walaupun rugi

    February 25, 2021
  • Lelaki Lumpuh Digeruni Zionis

    Lelaki Lumpuh Digeruni Zionis

    May 20, 2021

Ikuti Kami

Pilihan Editor

  • Pelarian Syria: Cerita kita dan kisah mereka

    Pelarian Syria: Cerita kita dan kisah mereka

    April 8, 2022
  • Selain kefarduan solat, berikut perkara lain semasa peristiwa Israk dan Mikraj

    Selain kefarduan solat, berikut perkara lain semasa peristiwa Israk dan Mikraj

    February 28, 2022
  • Usah batalkan puasa ganti sesuka hati, ini penjelasannya

    Usah batalkan puasa ganti sesuka hati, ini penjelasannya

    February 21, 2022
  • Jangan mengeluh ketika hujan

    Jangan mengeluh ketika hujan

    February 4, 2022

© 2021 Sinar Karangkraf All rights reserved.