Sinar Islam Plus
  • Berita Semasa
    • Dalam Negara
    • Antarabangsa
  • Isu
  • Hukum
    • Soal Jawab Agama
    • Dari Fail Mahkamah Syariah
  • Iqtisad
    • Faraid
    • Perbankan Islam
  • Personaliti
  • Video

Popular

  • Taliban Tukar Bendera Afghanistan Menjadi “La Ilaha Illallah Muhammadur Rasulullah”

    Taliban Tukar Bendera Afghanistan Menjadi “La Ilaha Illallah Muhammadur Rasulullah”

    August 17, 2021
  • ‘Laluan Tikus’ Perut Bumi Gaza, Strategi Perang Ditakuti Zionis

    ‘Laluan Tikus’ Perut Bumi Gaza, Strategi Perang Ditakuti Zionis

    May 21, 2021
  • UEFA ‘Koyak’ Denda Celtic FC Kerana Palestin

    UEFA ‘Koyak’ Denda Celtic FC Kerana Palestin

    May 18, 2021
  • Zakat perniagaan tetap perlu dibayar walaupun rugi

    Zakat perniagaan tetap perlu dibayar walaupun rugi

    February 25, 2021

Ikuti Kami

Pilihan Editor

  • Pelarian Syria: Cerita kita dan kisah mereka

    Pelarian Syria: Cerita kita dan kisah mereka

    April 8, 2022
  • Selain kefarduan solat, berikut perkara lain semasa peristiwa Israk dan Mikraj

    Selain kefarduan solat, berikut perkara lain semasa peristiwa Israk dan Mikraj

    February 28, 2022
  • Usah batalkan puasa ganti sesuka hati, ini penjelasannya

    Usah batalkan puasa ganti sesuka hati, ini penjelasannya

    February 21, 2022
  • Jangan mengeluh ketika hujan

    Jangan mengeluh ketika hujan

    February 4, 2022
Sinar Islam Plus
  • Berita Semasa
    • Dalam Negara
    • Antarabangsa
  • Isu
  • Hukum
    • Soal Jawab Agama
    • Dari Fail Mahkamah Syariah
  • Iqtisad
    • Faraid
    • Perbankan Islam
  • Personaliti
  • Video
Gaya Hidup,

Ayat Kursi Paling Agung Dalam Al-Quran, Rugi Jika Kita Tidak Amalkannya

by Nurul Fatiha MuahAugust 24, 2021
0
Shares
Share on FacebookShare on Twitter
Ayat Kursi
LAZIMKAN diri membasahkan lidah dengan ayat Kursi terutama selepas solat.

USAI menunaikan solat, perkara yang acap kali dilakukan adalah memanjatkan doa memohon keampunan dan kesejahteraan hidup di dunia serta akhirat.

Andai ada banyak masa terluang, segelintir dalam kalangan kita akan berwirid sebelum berdoa.

Begitupun, terdapat satu perkara yang tidak kurang pentingnya untuk kita lazimkan selepas menunaikan solat iaitu membaca ayat Kursi.

Ketahuilah bahawa ia merupakan sunah yang dianjurkan oleh Nabi Muhammad SAW.

Timbalan Dekan Penyelidikan dan Inovasi, Fakulti Pengajian Quran Sunnah, Universiti Sains Islam Malaysia, Prof Madya Dr Ahmad Sanusi Azmi menjelaskan, perkara itu ada disebutkan dalam hadis Rasulullah SAW.

IKLAN

DR AHMAD SANUSI

Baginda SAW bersabda: “Barang siapa yang membaca ayat Kursi setiap kali selesai daripada solat, maka tidak ada perkara yang akan menghalangnya untuk masuk ke syurga melainkan kematian. (Iaitu hanya kematian sahaja yang menghalangnya, setelah mati, dia akan mudah ke syurga).” (Riwayat an-Nasa’i & at-Tabarani)

“Hadis berkenaan jelas menunjukkan bagaimana Rasulullah SAW mendidik para sahabat agar tidak meninggalkan bacaan ayat Kursi setiap kali selesai menunaikan kewajipan solat.

“Bahkan, ayat Kursi juga diiktiraf oleh baginda sebagai antara salah satu ayat yang agung,” katanya sebagaimana dipetik menerusi hantaran di laman sosial Facebook miliknya baru-baru ini.

Baca juga Mukjizat Al-Quran Kepada Nabi Muhammad SAW Paling Agung Berbanding Kitab-Kitab Samawi Lain

Ujar ahli akademik itu, Ubai bin Ka’b pernah ditanyakan oleh oleh Rasulullah SAW tentang ayat yang paling agung.

Sabda baginda SAW: “Wahai Abu al-Munzir (gelaran bagi Ubai), apakah ayat yang paling agung di dalam al-Quran?” Ubai lalu membaca permulaan ayat Kursi. Rasulullah lalu memegang dada Ubai dan memujinya: “Bergembiralah (tahniah buatmu) dengan ilmu (yang ada padamu) wahai Abu al-Munzir.” (Riwayat Muslim)

Melihat ungkapan hadis berkenaan, ujar Dr Ahmad Sanusi, jelaslah bahawa ayat Kursi begitu istimewa dan dianggap paling agung dalam al-Quran.

IKLAN

Beliau turut menukilkan pandangan Sheikh Dr Yusuf al-Qardawi yang menyatakan: “Sesungguhnya ayat Kursi itu mempunyai kelebihan dari aspek struktur ayatnya yang memuji dan mengagungkan zat ALLAH yang MAHA TINGGI, menyucikan-NYA serta menyifatkan-NYA dengan sifat yang layak bagi zat ALLAH.”

“Al-Qardawi turut menjelaskan bahawa ayat Kursi ini boleh dibahagikan kepada 10 bahagian. Kesemua 10 bahagian ini mengandungi elemen yang mengagungkan zat ALLAH.

Ayat Kursi

AYAT Kursi dianggap paling agung dalam al-Quran kerana kelebihan yang terdapat padanya.

IKLAN

“Jelas al-Qardawi lagi: ‘Sesungguhnya ayat Kursi ini memiliki 10 bahagian ayat, kesemua pembahagian ini memuji ALLAH. Kenyataan pertama dari ayat ini dimulakan dengan nama ALLAH yang mana ia mengesahkan keesaan ALLAH dan tiada sekutu bagi ALLAH’,” jelasnya.

Disebabkan kehebatan dan keagungan ayat yang mengesakan ALLAH itu, jelas Dr Ahmad Sanusi, tidak hairanlah mengapa syaitan tidak berani mendekati mereka yang sering membasahkan lidah dengan bacaan ayat Kursi sebelum tidur.

“Ia sebagaimana yang diceritakan oleh Abu Hurairah RA menerusi hadis riwayat al-Bukhari yang masyhur iaitu rumah yang dibacakan ayat Kursi akan digeruni oleh syaitan.

“Dalam Tafsir Ibn Kathir, ada dijelaskan bahawa: ‘Sesungguhnya, seorang yang membaca ayat Kursi setiap kali masuk ke rumahnya, maka syaitan akan keluar dari rumah tersebut’,” katanya.

Justeru, pensyarah itu menitipkan pesan kepada kita, anak-anak dan ahli keluarga agar tidak lekang daripada membaca ayat Kursi saban hari.

“Lazimkan diri membacanya sama ada setiap kali selesai solat, sebelum tidur, setiap kali masuk rumah atau pada waktu pagi dan petang.

“Basahkan lidah kita dengan ayat agung ini. Mudah-mudahan ALLAH memelihara hamba-NYA yang sentiasa mengagungkan Tuhannya,” nasihatnya.

IKLAN
Ayat Kursisinarislamplus
Previous

Hamas Ucap Tahniah Kepada Taliban Atas Pembebasan Afghanistan

August 24, 2021
Next

Bintang Ragbi Muslim, Sonny Bill Williams Kecam Penentangan Pembinaan Masjid di Sydney

August 25, 2021

Related posts

qanaah
Gaya Hidup, Gaya Hidup,

Qanaah, tanda reda dengan kurnia Ilahi, tidak terkilan kalau rezeki itu sedikit

by Muhd Azman Mohd NawiJune 11, 2022
Gaya Hidup, Gaya Hidup, Panduan,

Sunnah kibas tilam sebelum tidur. Ini sebabnya

by Sarrah MohsinMay 12, 2022
Peranan ibu bapa
Gaya Hidup, Gaya Hidup,

Perkasakan peranan ibu bapa, usah biarkan gajet kuasai anak-anak

by Nurul Fatiha MuahMarch 25, 2022
Wanita dimuliakan dalam Islam
Gaya Hidup, Gaya Hidup,

Ada sebab mengapa wanita begitu dimuliakan dalam Islam, berikut perinciannya

by Nurul Fatiha MuahMarch 21, 2022

Popular

  • Taliban Tukar Bendera Afghanistan Menjadi “La Ilaha Illallah Muhammadur Rasulullah”

    Taliban Tukar Bendera Afghanistan Menjadi “La Ilaha Illallah Muhammadur Rasulullah”

    August 17, 2021
  • ‘Laluan Tikus’ Perut Bumi Gaza, Strategi Perang Ditakuti Zionis

    ‘Laluan Tikus’ Perut Bumi Gaza, Strategi Perang Ditakuti Zionis

    May 21, 2021
  • UEFA ‘Koyak’ Denda Celtic FC Kerana Palestin

    UEFA ‘Koyak’ Denda Celtic FC Kerana Palestin

    May 18, 2021
  • Zakat perniagaan tetap perlu dibayar walaupun rugi

    Zakat perniagaan tetap perlu dibayar walaupun rugi

    February 25, 2021
  • Lelaki Lumpuh Digeruni Zionis

    Lelaki Lumpuh Digeruni Zionis

    May 20, 2021

Ikuti Kami

Pilihan Editor

  • Pelarian Syria: Cerita kita dan kisah mereka

    Pelarian Syria: Cerita kita dan kisah mereka

    April 8, 2022
  • Selain kefarduan solat, berikut perkara lain semasa peristiwa Israk dan Mikraj

    Selain kefarduan solat, berikut perkara lain semasa peristiwa Israk dan Mikraj

    February 28, 2022
  • Usah batalkan puasa ganti sesuka hati, ini penjelasannya

    Usah batalkan puasa ganti sesuka hati, ini penjelasannya

    February 21, 2022
  • Jangan mengeluh ketika hujan

    Jangan mengeluh ketika hujan

    February 4, 2022

© 2021 Sinar Karangkraf All rights reserved.