Browsing Category

Video

Cucuk insulin
Video,

[Video] Sahkah puasa jika kena cucuk insulin?

Sahkah puasa jika kena cucuk insulin?

BAGI pesakit diabetes atau kencing manis, adakalanya mereka perlu suntikan insulin supaya paras gula dalam darahnya terkawal.

Meskipun ia hanyalah untuk tujuan perubatan, tetapi ada yang masih waswas dengan status puasa mereka apabila terpaksa mengambil suntikan tersebut.

Benarkah puasa boleh batal disebabkan suntikan insulin tadi?

Baca juga Perhatikan enam golongan yang tetap tidak boleh makan, minum walaupun puasa Ramadannya telah batal

Bersama Pensyarah Akademi Pengajian Islam Kontemporari, Universiti Teknologi MARA, Ustazah Sharifah Fadylawaty merungkaikan jawapannya.

***Foto: Canva

Jual makanan basi
Video,

[Video] Hukum jual makanan basi di bazar Ramadan tanpa sedar

Hukum jual makanan basi di bazar Ramadan tanpa sedar

KETIKA mahu menikmati juadah berbuka yang dibeli dari bazar Ramadan, tiba-tiba sahaja terasa makanan itu sudah masam. Sah, memang basi!

Barangkali ada yang pernah mengalami situasi itu. Hanya mereka yang pernah menghadapinya tahu perasaan tersebut.

Sudahlah seharian menahan lapar dan dahaga, tetapi apabila berbuka, tidak dapat menjamah makanan yang dibeli pula. Kecewa sungguh.

Begitupun, adakalanya peniaga berkenaan langsung tidak sedar dia telah menjual makanan yang sudah rosak. Apakah hukumnya dalam Islam?

Baca juga Jual barang ‘indah khabar daripada rupa’, hasil pendapatan boleh ‘jatuh’ haram

Dengarkan kupasannya bersama Pensyarah Akademi Pengajian Islam Kontemporari, Universiti Teknologi MARA, Ustazah Sharifah Fadylawaty Syed Abdullah.

***Foto: Freepik

Banyak tidur ketika Ramadan
Video,

[Video] Tip Elak Banyak Tidur Ketika Ramadan

Tip Elak Banyak Tidur Ketika Ramadan

KELETIHAN dan kurang bermaya. Demikianlah alasan klise yang sering dilontarkan oleh segelintir orang ketika sedang berpuasa.

Disebabkan itu, ada yang mengambil peluang untuk tidur. Jika tidur sekadar untuk melepaskan kepenatan tidak mengapa. Namun, lain pula jadinya sehinggakan kadangkala waktu solat hampir sahaja terbabas.

Namun begitu, terdapat juga pandangan yang menyatakan tidur itu ibadah ketika bulan Ramadan. Benarkah begitu?

Baca juga Elak melakukan perkara ini ketika Ramadan, agar tidak merugikan diri sendiri

Ayuh sama-sama kita dengarkan penjelasan pendakwah Ustaz Muhidin Mokter dalam segmen Soal Jawab Agama Edisi Ramadan.

Moreh
Video,

[Video] Pentingkah moreh?

Pentingkah moreh?

DALAM masyarakat Melayu, jika solat terawih di mana-mana masjid atau surau, tidak sah rasanya kalau tiada moreh. Pihak masjid akan sediakan pelbagai makanan dan minuman untuk dihidangkan kepada para jemaah selepas selesai menunaikan solat terawih atau witir.

Ada juga yang mula menjamah di pertengahan solat terawih, berulang alik keluar masjid mengambil makanan. Bersemangat betul.

Baca juga Makan pada awal malam tidak dikira bersahur, berikut penjelasannya

Bukankah tujuan ke masjid untuk beribadat? Apa hukumnya bagi moreh?

Ikuti penjelasan pendakwah Ustaz Dai’ Fuad Mokhtar tentang kelebihan moreh dalam segmen Soal Jawab Agama Edisi Ramadan.

***Foto: Freepik 

Puasa tapi tak solat
Video,

[Video] Puasa, tapi tak solat?

Puasa, tapi tak solat? Macam mana tu?

SEGELINTIR orang begitu bersemangat ketika berpuasa. Barangkali ibadah berkenaan hanya diwajibkan selama sebulan setiap tahun. Mungkin juga juadah yang disajikan ketika berbuka menjadi antara daya penariknya.

Namun begitu, apabila tibanya waktu solat, ada sahaja alasan individu berkenaan untuk tidak menunaikan kewajipan yang satu itu.

Nampak pelik, tetapi itulah realitinya dalam kehidupan segelintir orang. Dari segi hukum pula bagaimana? Adakah puasanya diterima?

Baca juga Puasa, tapi tak solat

Jom dengarkan penjelasan pendakwah Ustaz Muhidin Mokter dalam segmen Soal Jawab Agama Edisi Ramadan.

Ibu menyusukan anak
Video,

(Video) Boleh ke ibu yang menyusukan anak berpuasa?

(Video) Boleh ke ibu yang menyusukan anak berpuasa?

BULAN Ramadan sudah bermula. Bagi para ibu yang sedang menyusukan anak pertama, pasti timbul pelbagai persoalan di fikiran tentang kewajipan puasa.

Hati setulusnya meyakini dan ingin meneruskan puasa namun ada yang bimbang tentang pengeluaran susu badan yang mungkin merudum atau keadaan diri menjadi penat dan lesu jika berpuasa.

Namun, dalam masa yang sama, tidak pasti jika mereka dibolehkan tidak berpuasa. Jika meninggalkan puasa, bagaimana pula?

Dalam segmen Soal Jawab Agama Edisi Ramadan kali ini, Ustaz Dai’ Fuad Mokhtar menjawab persoalan ini.

Tip hadapi Ramadan
Video,

[Video] Tip hadapi Ramadan

Tip hadapi Ramadan

Perkongsian Tip Hadapi Ramadan Daripada Ustaz Muhidin Mokter

BARANGKALI kita sudah biasa berpuasa pada bulan Ramadan saban tahun. Namun begitu, setiap dalam kalangan kita pasti menyimpan impian untuk menjadikan Ramadan ini cukup mendatangkan impak kepada diri sendiri.

Baca juga Jangan Sia-Siakan Ramadan, Ikuti Tatacara Yang Betul Sambut Bulan Mulia Itu

Apakah persiapan kerohanian yang boleh dilakukan supaya Ramadan kali ini mencipta momen penuh bermakna dalam hidup kita?

Bersama pendakwah Ustaz Muhidin Mokter dalam segmen Soal Jawab Agama Edisi Ramadan berkongsi tip mengenainya.

Kentut dalam solat
Video,

[Video] Hukum suka menangguh-nangguhkan dan solat pada hujung waktu?

Hukum suka menangguh-nangguhkan dan solat pada hujung waktu?

“BANYAK betul kerja hari ni, nantilah solat Zuhur hujung-hujung, boleh Asar terus,” getus Ema dalam hati.

Ema seorang yang menjaga solat dan tidak pernah meninggalkan kewajipan itu. Namun, perbuatan yang dilakukan wanita itu hampir setiap hari kadangkala mengundang persoalan kepada orang lain yang melihat situasi tersebut. Bolehkah begitu?

Solat pada hujung waktu ibarat menangguh-nangguhkan solat dan perbuatan itu tidak disukai Baginda Nabi Muhammad SAW. Seharusnya sebagai Muslim, Rukun Islam kedua itu adalah keutamaan kita walau di mana sahaja keberadaan diri.

Baca juga Berdosakah melewat-lewatkan solat fardu? Ini penjelasannya

Persoalannya, bagaimana hendak mendidik hati agar bersegera menunaikan solat pada awal waktu?

Pendakwah, Ustaz Mohd Fakhrurrazi Hussin atau lebih dikenali sebagai Imam Muda Fakhrul ada jawapannya.

Membasuh baju
Video,

[Video] Bolehkah membasuh baju yang terkena najis bersama pakaian lain dalam mesin basuh?

Bolehkah membasuh baju yang terkena najis bersama pakaian lain dalam mesin basuh?

KALAU bab basuh baju, golongan ibu antara orang paling pening hendak asingkan baju. Mana tidaknya, jika pakaian itu terlalu kotor ia terpaksa direndam dahulu.

Namun begitu, ada juga memilih untuk masukkan saja pakaian ke dalam mesin basuh kerana tidak mahu berfikir panjang.

Bolehkah baju bernajis dibasuh bersama pakaian lain dalam mesin basuh? Ini penjelasan Imam Masjid Seksyen 7, Shah Alam, Selangor, Ustaz Mohamad Zulkarnain dalam Soal Jawab Agama.

Ibu mertua laser
Video,

[Video] Dilema menantu bila dapat ibu mertua ‘laser’

Dilema menantu bila dapat ibu mertua ‘laser’

PENING kepala dibuatnya apabila memikirkan sikap ibu mertua yang bermulut ‘laser’.

Apa sahaja yang dilakukan pasti akan menjadi perhatiannya. Ada sahaja tidak kena pada matanya.

Bagaimana cara terbaik untuk berhadapan dengan ibu mertua sebegini?

Baca juga Dilema tinggal dengan mertua dan ipar… Ini pandangan agama yang perlu kita tahu

Dengarkan penerangan daripada penceramah bebas, Dr Robiah K Hamzah berkaitan hal itu.