Sinar Islam Plus
  • Berita Semasa
    • Dalam Negara
    • Antarabangsa
  • Isu
  • Hukum
    • Soal Jawab Agama
    • Dari Fail Mahkamah Syariah
  • Iqtisad
    • Faraid
    • Perbankan Islam
  • Personaliti
  • Video

Popular

  • Taliban Tukar Bendera Afghanistan Menjadi “La Ilaha Illallah Muhammadur Rasulullah”

    Taliban Tukar Bendera Afghanistan Menjadi “La Ilaha Illallah Muhammadur Rasulullah”

    August 17, 2021
  • ‘Laluan Tikus’ Perut Bumi Gaza, Strategi Perang Ditakuti Zionis

    ‘Laluan Tikus’ Perut Bumi Gaza, Strategi Perang Ditakuti Zionis

    May 21, 2021
  • UEFA ‘Koyak’ Denda Celtic FC Kerana Palestin

    UEFA ‘Koyak’ Denda Celtic FC Kerana Palestin

    May 18, 2021
  • Zakat perniagaan tetap perlu dibayar walaupun rugi

    Zakat perniagaan tetap perlu dibayar walaupun rugi

    February 25, 2021

Ikuti Kami

Pilihan Editor

  • Pelarian Syria: Cerita kita dan kisah mereka

    Pelarian Syria: Cerita kita dan kisah mereka

    April 8, 2022
  • Selain kefarduan solat, berikut perkara lain semasa peristiwa Israk dan Mikraj

    Selain kefarduan solat, berikut perkara lain semasa peristiwa Israk dan Mikraj

    February 28, 2022
  • Usah batalkan puasa ganti sesuka hati, ini penjelasannya

    Usah batalkan puasa ganti sesuka hati, ini penjelasannya

    February 21, 2022
  • Jangan mengeluh ketika hujan

    Jangan mengeluh ketika hujan

    February 4, 2022
Sinar Islam Plus
  • Berita Semasa
    • Dalam Negara
    • Antarabangsa
  • Isu
  • Hukum
    • Soal Jawab Agama
    • Dari Fail Mahkamah Syariah
  • Iqtisad
    • Faraid
    • Perbankan Islam
  • Personaliti
  • Video
Berita Semasa,

Jual barang ‘indah khabar daripada rupa’, hasil pendapatan boleh ‘jatuh’ haram

by Muhd Azman Mohd NawiMay 1, 2020
0
Shares
Share on FacebookShare on Twitter

SEJAK Perintah Kawalan Pergerakan dikuatkuasakan pada 18 Mac lalu, boleh dikatakan platform dalam talian kian popular sebagai ‘destinasi’ untuk membeli-belah.

Masakan tidak, cara itu lebih mudah berbanding keluar rumah untuk membeli barang keperluan, barang basah dan sebagainya.

Sudahlah kena menunggu giliran dan perlu beratur panjang, ditambah pula barang yang hendak dicari langsung tak nampak ‘bayang’.

Bagi mengelakkan situasi itu, maka tugas membeli-belah diserahkan kepada jari jari kita untuk membuat pilihan barangan yang diingini. Tahu-tahu saja, barang sudah sampai depan pintu rumah!

Bukan itu sahaja, juadah berbuka turut disediakan menerusi bazar Ramadan dalam talian (e-bazar) untuk kemudahan kita hidangan berbuka puasa dan dihantar ke rumah pelanggan.

Benar, hampir semua proses itu dilakukan menerusi maya. Bagaimanapun, ketahuilah bahawa Islam menyediakan garis panduan yang lengkap dan berstruktur supaya tiada pihak yang tertipu atau tertindas.

IKLAN

Apakah panduan jual beli yang disyariatkan?

Pendakwah, Ustaz Ahmad Faiz Hafizuddin Rosli atau dikenali sebagai Pencetus Ummah (PU) Faiz berkata, ALLAH menghalalkan jual beli kerana perniagaan merupakan sumber rezeki paling banyak.

PU FAIZ

Namun begitu, jelas beliau, Islam menetapkan syarat dalam berjual beli iaitu mesti ada pembeli, penjual, barang niaga dan lafaz ijab serta kabul.

“Ijab merupakan lafaz yang menunjukkan barang itu diserahkan secara nyata. Kabul pula proses menerima barang yang dilihat dengan jelas.

“Majoriti ulama Mazhab Syafie menyarankan agar barang yang hendak dijual beli itu mestilah dilihat dahulu dengan mata kasar, bukan melalui skrin dan sebagainya. Ia sebagai (langkah) ihtiyat iaitu berhati-hati supaya tiada unsur penipuan,” katanya kepada Sinar Islam baru-baru ini.

Dalam erti kata lain, katanya, penjual tidak boleh mengiklankan atau mempromosikan barang lain, namun yang sampai di tangan pembeli pula berlainan daripada yang digambarkan.

Jelas PU Faiz, itu dipanggil penipuan. Rezeki diperoleh juga tidak berkat.

Meskipun tiada ijab dan kabul yang jelas dalam jual beli online, agamawan itu berkata, ia dibolehkan. Ini kerana, segala bentuk jual beli dengan menggunakan telefon pintar dianggap sebagai wasilah atau medium yang digunakan pada hari ini.

“Tiada masalah kerana ia melibatkan kemajuan teknologi. Akan tetapi, hukum syarak tetap dijaga antaranya tidak gharar (sesuatu yang tidak jelas).

IKLAN

“Dalam hal ini, Nabi Muhammad SAW pernah pada suatu hari melewati seseorang yang menjual buah-buahan di pasar. Baginda melihat buah-buahan yang bagus dan baik di atas. Apabila baginda memasukkan tangannya ke bawah, terasa buah-buahan yang tidak elok. Lalu Rasulullah bersabda: ‘Siapa yang menipu kami, maka dia bukan dalam kalangan kami’,” jelasnya.

Justeru, PU Faiz menasihatkan peniaga agar tidak terlalu mengejar keuntungan dunia hingga sanggup menipu. Buat peniaga e-bazar, jangan sesekali memberikan gambaran makanan ‘indah khabar daripada rupa’.

“Pembeli pula perlu bermujahadah dan melawan nafsu ketika membuat pilihan hidangan,” nasihat beliau.

Tahu hukum niaga

Pendakwah, Ustaz Mohamed Hanafiah Abd Malek atau lebih dikenali sebagai Ustaz Hanafi pula menjelaskan, peniaga perlu mengetahui hukum jual beli dalam Islam.

IKLAN

USTAZ HANAFI

“Kalau tak pandai masak, jangan berniaga berkaitan juadah makanan. Ingat, orang berpuasa ini doanya makbul. Bila kita beli makanan dan ia tidak sedap, orang akan marah. 

“Bila dia bayar, hukum peniaga yang menerima duit tersebut adalah berdosa. Ia (dikira) menipu,” terangnya. 

Pesannya, buat jualan yang melibatkan timbangan, kuantiti barang yang sengaja dikurangkan juga boleh mengundang dosa, apatah lagi dalam bulan Ramadan. Jangan ambil kesempatan termasuklah menaikkan harga.

Dalam sebuah hadis diriwayatkan oleh Abdullah bin Umar, ada seorang lelaki mengadu kepada Nabi Muhammad SAW kerana dia sering ditipu dalam hal jual beli. Maka baginda SAW bersabda: “Jika engkau melakukan jual beli, maka katakanlah, ‘Jangan ada tipu-menipu’.” (Riwayat al-Bukhari)

Bagi yang menawarkan perkhidmatan, Ustaz Hanafi mengingatkan agar tidak mengurangkan kecekapan masing-masing. Hukumnya juga berdosa seolah-olah menipu.

“Jangan ambil kesempatan dalam keadaan kita yang sedang menghadapi kesukaran ketika (wabak Covid-19) ini. Itu namanya menzalimi pengguna.

“Ketahuilah bahawa peniaga yang jujur antara golongan yang mendapat rahmat ALLAH. Berniaga juga menjadi satu ibadah dalam Ramadan jika jujur. Jika tidak, bukan sahaja dimurkai ALLAH, mereka tidak dapat naungan-NYA di padang mahsyar kelak,” ujar beliau.

Agamawan itu turut menasihatkan peniaga agar jangan sesekali menipu. Pendapatan diperoleh juga akan menjadi haram.

Foto: Bernama & Sinarplus

IKLAN
agamadominasi gaya hidupJual barang indah khabar daripada rupaPastiAdaSinarramadansinar islamsinar plus
Previous

Ini tanda-tanda puasa kita diterima oleh ALLAH SWT

April 30, 2020
Next

Mandi junub lepas Subuh, puasa tetap sah

May 1, 2020

Related posts

an (4)
Berita Semasa,

Hikmah daripada tarikh-tarikh penting sepanjang Zulhijjah 1443Hijrah

by Fatin Fatihah HussinJune 30, 2022
sangat biadap
Berita Semasa,

Sangat biadap, ayat al-Quran dicetak di bikini

by Sarrah MohsinJune 28, 2022
an (3)
Berita Semasa,

Waspada rumah tidak berpenghuni kerana jin gemar bertandang

by Fatin Fatihah HussinJune 22, 2022
Blue cupcake photo collage (770 × 513px) (22)
Berita Semasa,

Beri hadiah tidak senonoh di majlis perkahwinan. Apakah hukumnya?

by Fatin Fatihah HussinJune 21, 2022

Popular

  • Taliban Tukar Bendera Afghanistan Menjadi “La Ilaha Illallah Muhammadur Rasulullah”

    Taliban Tukar Bendera Afghanistan Menjadi “La Ilaha Illallah Muhammadur Rasulullah”

    August 17, 2021
  • ‘Laluan Tikus’ Perut Bumi Gaza, Strategi Perang Ditakuti Zionis

    ‘Laluan Tikus’ Perut Bumi Gaza, Strategi Perang Ditakuti Zionis

    May 21, 2021
  • UEFA ‘Koyak’ Denda Celtic FC Kerana Palestin

    UEFA ‘Koyak’ Denda Celtic FC Kerana Palestin

    May 18, 2021
  • Zakat perniagaan tetap perlu dibayar walaupun rugi

    Zakat perniagaan tetap perlu dibayar walaupun rugi

    February 25, 2021
  • Lelaki Lumpuh Digeruni Zionis

    Lelaki Lumpuh Digeruni Zionis

    May 20, 2021

Ikuti Kami

Pilihan Editor

  • Pelarian Syria: Cerita kita dan kisah mereka

    Pelarian Syria: Cerita kita dan kisah mereka

    April 8, 2022
  • Selain kefarduan solat, berikut perkara lain semasa peristiwa Israk dan Mikraj

    Selain kefarduan solat, berikut perkara lain semasa peristiwa Israk dan Mikraj

    February 28, 2022
  • Usah batalkan puasa ganti sesuka hati, ini penjelasannya

    Usah batalkan puasa ganti sesuka hati, ini penjelasannya

    February 21, 2022
  • Jangan mengeluh ketika hujan

    Jangan mengeluh ketika hujan

    February 4, 2022

© 2021 Sinar Karangkraf All rights reserved.