Virtual haji, beri pengalaman tunai rukun Islam kelima…
BAGI yang belum berkemampuan untuk menunaikan haji atau umrah secara fizikal, kini boleh merasai pengalaman tersebut secara virtual menerusi aplikasi Muslim 3D.
Muslim 3D merupakan sebuah aplikasi simulator untuk pengguna menikmati Tanah Suci selain merasai keadaan sebenar di Mekah dan Madinah secara virtual.
Menariknya, pengguna juga boleh mendapat pengalaman menunaikan haji dan mencium batu hitam Hajarul Aswad tanpa bersesak.
Baca Juga Masjidil Haram lancarkan aplikasi (AI) sempena menyambut Ramadan 1444H
Aplikasi Muslim 3D merupakan hasil ciptaan syarikat aplikasi BIGITEC GmbH yang berpusat di Jerman.
Menerusi portal Arab News, pengasas Muslim 3D, Adan Maqbool, berkata aplikasi ini dibuat sedekat mungkin dengan keadaan sebenar di Kota Suci Mekah.
“Anda akan merasa seperti benar-benar berjalan di sepanjang jalan Safa dan Marwa, melalui persekitaran Jamarat dan tawaf yang sebenar di sekitar kaabah,” kata Adnan.
Tambah Adnan lagi, begitu pun ukuran aplikasinya hanya sebesar 285 megabyte namun ia menawarkan pemandangan 360 darjah dengan resolusi yang cukup tinggi. Hal ini membolehkan pengguna untuk berkeliaran secara bebas sekitar tempat ibadah suci itu.
“Kami juga mengambil sekitar 80,000 gambar Tanah suci dalam resolusi ultra tinggi 8K (7,680 x 4,320 pixel) untuk projek ini,” kata Adnan.
Walaupun telah dilancarkan sejak 2019, aplikasi ini telah kembali menjadi viral di media sosial baru-baru ini.
ARTIKEL BERKAITAN
- Diinspirasikan Asmaa ul-Husna, masjid di Sulawesi ini ada 99 kubah indah
- Arab Saudi keluarkan garis panduan fotografi, ini yang jemaah haji patut tahu
- Persiapan Masya’ir haji capai 60%, jemaah siap sedia ke Arafah
- Lebih 98 peratus nama Muslim dalam senarai pantauan FBI
Seorang pengguna di laman Twitter telah memuat naik dan berkongsikan video pendek yang memaparkan aplikasi simulator tersebut.
Dalam video yang dikongsikan itu, dapat dilihat seorang lelaki memakai pakaian ihram berhampiran Kaabah dan boleh mengelilingi sekitar Tanah Suci.
Haji “maya” adalah untuk tujuan pendidikan sahaja
Sebelum ini, Lembaga Pengarah Ehwal Keagamaan Turki, Diyanet İşleri Başkanlığı-Diyanet mengisytiharkan bahawa menziarahi Kaabah melalui metaverse (Virtual Reality) tidak akan dianggap sebagai menunaikan “haji yang sah”.
Hasil perbincangan, Diyanet memuktamadkan keputusan ini pada 1 Februari 2022 bahawa meskipun lawatan ke Kaabah boleh dilakukan menerusi Realiti Maya (VR), ia tidak akan dikira sebagai mengerjakan ibadah haji yang sah. Hal ini kerana ibadah haji sepatutnya dan akan dikerjakan dengan menjejakkan kaki ke Tanah suci.
Merujuk artikel yang disiarkan di laman rasmi Mufti Wilayah juga, inisiatif melaksanakan haji atau umrah secara virtual adalah bagi tujuan pengajaran dan pembelajaran sahaja.
Bahkan, ramai yang akan dapat memanfaatkan teknologi ini untuk belajar melakukan haji dan umrah secara Virtual Reality (VR).
Baca Juga Usah sempitkan pengorbanan hanya ketika raya haji
Tidak wajar untuk sesetengah pihak menganggap bahawa dengan adanya VR di hadapan Kaabah, sudah cukup untuk tidak mengunjungi Kaabah secara nyata dan boleh melakukan ibadah melaluinya, sedangkan hakikatnya dia berada di bilik rumahnya.
Mufti menegaskan, bahawa ibadah haji dan umrah wajib dilakukan di tempat-tempat yang telah disyariatkan untuk dilakukan padanya, seperti di Masjid al-Haram, tempat bersaie, mina, Arafah, dan Muzdalifah. Sekiranya ia hanya hadir secara virtual, maka tidak sah ibadah haji dan umrahnya.