Sinar Islam Plus
  • Berita Semasa
    • Dalam Negara
    • Antarabangsa
    • Istimewa Panggilan Baitullah
    • Semarak Patriotik: 65 tahun Malaysia Merdeka
    • Rindu Rasulullah
  • Isu
  • Hukum
    • Soal Jawab Agama
    • Dari Fail Mahkamah Syariah
    • Ibadah
  • Iqtisad
    • Faraid
    • Perbankan Islam
  • Personaliti
  • Video
    • POV Podcast
  • Aqidah

Popular

  • Taliban Tukar Bendera Afghanistan Menjadi “La Ilaha Illallah Muhammadur Rasulullah”

    Taliban Tukar Bendera Afghanistan Menjadi “La Ilaha Illallah Muhammadur Rasulullah”

    August 17, 2021
  • Zakat perniagaan tetap perlu dibayar walaupun rugi

    Zakat perniagaan tetap perlu dibayar walaupun rugi

    February 25, 2021
  • ‘Laluan Tikus’ Perut Bumi Gaza, Strategi Perang Ditakuti Zionis

    ‘Laluan Tikus’ Perut Bumi Gaza, Strategi Perang Ditakuti Zionis

    May 21, 2021
  • UEFA ‘Koyak’ Denda Celtic FC Kerana Palestin

    UEFA ‘Koyak’ Denda Celtic FC Kerana Palestin

    May 18, 2021

Ikuti Kami

Pilihan Editor

  • Wanita wajib siasat jejaka yang akan dinikahi sebelum setuju dijadikan suami

    Wanita wajib siasat jejaka yang akan dinikahi sebelum setuju dijadikan suami

    January 25, 2023
  • Realiti pahit yang terpaksa ditelan rakyat Syria

    Realiti pahit yang terpaksa ditelan rakyat Syria

    December 2, 2022
  • Bantu segera, berjuta sedang sengsara di Syria

    Bantu segera, berjuta sedang sengsara di Syria

    July 29, 2022
  • Pelarian Syria: Cerita kita dan kisah mereka

    Pelarian Syria: Cerita kita dan kisah mereka

    April 8, 2022
Sinar Islam Plus
  • Berita Semasa
    • Dalam Negara
    • Antarabangsa
    • Istimewa Panggilan Baitullah
    • Semarak Patriotik: 65 tahun Malaysia Merdeka
    • Rindu Rasulullah
  • Isu
  • Hukum
    • Soal Jawab Agama
    • Dari Fail Mahkamah Syariah
    • Ibadah
  • Iqtisad
    • Faraid
    • Perbankan Islam
  • Personaliti
  • Video
    • POV Podcast
  • Aqidah
Berita Semasa,

Nabi larang sekeras-kerasnya memukul wajah isteri

by Fatin Fatihah HussinMarch 3, 2023
2
Shares
Share on FacebookShare on Twitter
GAMBAR PORTAL FB - 2023-03-03T181211.866
IBU kepada dua anak itu mencetuskan tanda tanya apabila memuat naik hantaran memaparkan kecederaan di bahagian kiri wajahnya.

Nabi larang sekeras-kerasnya memukul wajah isteri…

KES rumah tangga yang melibatkan para selebriti dan pelakon pasti mendapat perhatian pantas dalam kalangan masyarakat. Belum reda kes Syamsul dan isteri-isterinya; Puteri Sarah dan Ira Kazar, melarat kepada kes Zarina Anjoulie.

Terbaharu melibatkan Hafidz Roshdi. Kini aktor itu sekali lagi berdepan kontroversi apabila didakwa menumbuk isterinya, Nurul Shuhada Mat Shukri di bahagian muka sebanyak tiga kali dalam satu kejadian, semalam.

Sumber berkata, kecederaan tersebut berlaku apabila pasangan tersebut bertengkar sehingga pelakon itu didakwa hilang kawalan dan menumbuk wajah isterinya.

“Kejadian berlaku awal pagi tadi. Mula-mula, mereka bertengkar di dalam sebuah kereta dan Hafidz kemudian menumbuk Shuhada tiga kali di bahagian wajah.

IKLAN

“Gambar yang dimuat naik itu adalah Shuhada. Dia dikejarkan ke hospital dan terpaksa menerima jahitan akibat luka pada wajahnya.

“Shuhada turut menjalani imbasan tomografi berkomputer bagi memastikan tiada sebarang kecederaan dalaman.Dia sudah dibenarkan pulang,” dakwa sumber tersebut.

Suami beronani

SIKAP isteri cerminan seorang suami ini simbolik untuk menunjukkan betapa besarnya tanggungjawab suami dalam mendidik dan memimpin isteri ke arah jalan yang diredai-NYA.

Sebelum itu, ibu kepada dua anak itu mencetuskan tanda tanya apabila memuat naik hantaran memaparkan kecederaan di bahagian kiri wajahnya dipercayai berkaitan kecederaan dialaminya ketika ini.

Nurul Shuhada dalam hantaran sama turut memaklumkan sedang menerima rawatan di hospital.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Sungai Buloh Superintenden Shafa’aton Abu Bakar mengesahkan laporan tersebut dan akan memanggill semua saksi-saksi yang terlibat untuk bantu siasatan.

Wajah musuh tidak dipukul, apatah lagi anak dan isteri

IKLAN

Mufti Perlis, Prof Madya Dato Dr Mohd Asri bin Zainul Abidin dalam laman webnya mengulas Nabi SAW melarang kita memukul, menampar ataupun mencederakan wajah ataupun muka sesama insan. Ini kerana muka merupakan tempat kemuliaan seseorang.

BACA JUGA Dr Farid Ravi kongsi perjalanan terakhir isteri, mahu sempurnakan impian arwah

Menurutnya, ini kerana muka merupakan anggota mulia yang dengannya insan menghadap ke arah tempat ibadah dan lambang kesungguhan seorang manusia itu menyerahkan diri kepada ALLAH.

“Wajah atau muka merupakan anggota yang memberikan identiti seseorang insan untuk dikenali. Kerinduan, kasih, suka, benci antara sesama insan sering berkaitan dengan wajah.

IKLAN

ISLAM memerintahkan umatnya berdisiplin dalam tindakan sekalipun ketika marah. -Foto: Canva

“Pada raut wajah seseorang itu juga melambangkan kasih sayang, maruah, penghormatan dan pelbagai perkara yang membabitan keinsanan seseorang. Maka, Islam mengajar agar wajah insan itu dihormati,” katanya.

Mohd Asri menjelaskan lagi bahawa Islam memerintahkan umatnya berdisiplin dalam tindakan sekalipun ketika marah. Jika musuh di medan peperangan disuruh untuk kita elakkan mencacatkan wajah ataupun muka mereka ketika bertempur, padahal keadaan di medan peperangan itu biasanya sukar untuk dikawal pergerakan.

“Maka, apatah lagi mereka yang bukan musuh serta tidak bertarung dengan kita. Anak, isteri dan juga murid bukanlah musuh kita, maka lebih wajar untuk tidak memukul ataupun menampar muka mereka. Perintah larangan memukul atau menampar muka mereka tentu lebih utama.

“Pendidikan dibina atas kasih sayang. Bagaimanakah mungkin untuk ibu bapa ataupun guru menampar muka orang yang mereka kasihi? Mungkin kadangkala atas perasaan marah, namun kemarahan dalam kehidupan ini hendaklah dikawal agar tidak melanggar batasannya.

BACA JUGA Risau dengan ‘trend’ umrah untuk kejar populariti, Ustaz Kamilin Jamilin tegur pempengaruh.

“Sepertimana cinta, sedih, cemburu dan perasaan yang lain ada kawalannya, demikianlah kemarahan dalam diri seseorang. Memukul ataupun merotan anak dibolehkan dengan syarat-syaratnya tetapi bukan pada muka dan mana-mana anggota yang boleh mendatangkan kecacatan kekal ataupun serius,” jelas beliau.

IKLAN
Previous

Memperingati kejatuhan Khilafah Uthmaniah 3 Mac 1924

March 3, 2023
Next

Kebiadapan atas nama kreatif, filem ‘Mentega Terbang’ papar mesej buruk tentang Islam, dimana sensitiviti pembuat filem?

March 6, 2023

Related posts

gambar_tular
Berita Semasa,

Nasi ayam claypot viral, JAKIM sahkan tiada Sijil Pengesahan Halal Malaysia (SPHM)

by Fatin Fatihah HussinSeptember 11, 2023
sertu-kedai
Berita Semasa,

Bawa anjing ke premis makanan, tindakan pantas pengusaha restoran sertu tempat raih pujian

by Fatin Fatihah HussinSeptember 6, 2023
Abdur Rahman Amir Ruddin,
Berita Semasa,

Rawat Jiwa depan Kaabah, Abdur Rahman dibawa ke Mekah tunaikan umrah

by Fatin Fatihah HussinSeptember 4, 2023
Imamkan solat jenazah
Berita Semasa, Ibadah,

Imamkan solat jenazah untuk ibu bapa meninggal, anak lebih afdal daripada tok imam

by Nurulfatiha MuahSeptember 4, 2023

Popular

  • Taliban Tukar Bendera Afghanistan Menjadi “La Ilaha Illallah Muhammadur Rasulullah”

    Taliban Tukar Bendera Afghanistan Menjadi “La Ilaha Illallah Muhammadur Rasulullah”

    August 17, 2021
  • Zakat perniagaan tetap perlu dibayar walaupun rugi

    Zakat perniagaan tetap perlu dibayar walaupun rugi

    February 25, 2021
  • ‘Laluan Tikus’ Perut Bumi Gaza, Strategi Perang Ditakuti Zionis

    ‘Laluan Tikus’ Perut Bumi Gaza, Strategi Perang Ditakuti Zionis

    May 21, 2021
  • UEFA ‘Koyak’ Denda Celtic FC Kerana Palestin

    UEFA ‘Koyak’ Denda Celtic FC Kerana Palestin

    May 18, 2021
  • Lelaki Lumpuh Digeruni Zionis

    Lelaki Lumpuh Digeruni Zionis

    May 20, 2021

Ikuti Kami

Pilihan Editor

  • Wanita wajib siasat jejaka yang akan dinikahi sebelum setuju dijadikan suami

    Wanita wajib siasat jejaka yang akan dinikahi sebelum setuju dijadikan suami

    January 25, 2023
  • Realiti pahit yang terpaksa ditelan rakyat Syria

    Realiti pahit yang terpaksa ditelan rakyat Syria

    December 2, 2022
  • Bantu segera, berjuta sedang sengsara di Syria

    Bantu segera, berjuta sedang sengsara di Syria

    July 29, 2022
  • Pelarian Syria: Cerita kita dan kisah mereka

    Pelarian Syria: Cerita kita dan kisah mereka

    April 8, 2022

© 2021 Sinar Karangkraf All rights reserved.