Sinar Islam Plus
  • Berita Semasa
    • Dalam Negara
    • Antarabangsa
    • Istimewa Panggilan Baitullah
    • Semarak Patriotik: 65 tahun Malaysia Merdeka
    • Rindu Rasulullah
  • Isu
  • Hukum
    • Soal Jawab Agama
    • Dari Fail Mahkamah Syariah
    • Ibadah
  • Iqtisad
    • Faraid
    • Perbankan Islam
  • Personaliti
  • Video
  • Aqidah

Popular

  • Taliban Tukar Bendera Afghanistan Menjadi “La Ilaha Illallah Muhammadur Rasulullah”

    Taliban Tukar Bendera Afghanistan Menjadi “La Ilaha Illallah Muhammadur Rasulullah”

    August 17, 2021
  • ‘Laluan Tikus’ Perut Bumi Gaza, Strategi Perang Ditakuti Zionis

    ‘Laluan Tikus’ Perut Bumi Gaza, Strategi Perang Ditakuti Zionis

    May 21, 2021
  • Zakat perniagaan tetap perlu dibayar walaupun rugi

    Zakat perniagaan tetap perlu dibayar walaupun rugi

    February 25, 2021
  • UEFA ‘Koyak’ Denda Celtic FC Kerana Palestin

    UEFA ‘Koyak’ Denda Celtic FC Kerana Palestin

    May 18, 2021

Ikuti Kami

Pilihan Editor

  • Wanita wajib siasat jejaka yang akan dinikahi sebelum setuju dijadikan suami

    Wanita wajib siasat jejaka yang akan dinikahi sebelum setuju dijadikan suami

    January 25, 2023
  • Realiti pahit yang terpaksa ditelan rakyat Syria

    Realiti pahit yang terpaksa ditelan rakyat Syria

    December 2, 2022
  • Bantu segera, berjuta sedang sengsara di Syria

    Bantu segera, berjuta sedang sengsara di Syria

    July 29, 2022
  • Pelarian Syria: Cerita kita dan kisah mereka

    Pelarian Syria: Cerita kita dan kisah mereka

    April 8, 2022
Sinar Islam Plus
  • Berita Semasa
    • Dalam Negara
    • Antarabangsa
    • Istimewa Panggilan Baitullah
    • Semarak Patriotik: 65 tahun Malaysia Merdeka
    • Rindu Rasulullah
  • Isu
  • Hukum
    • Soal Jawab Agama
    • Dari Fail Mahkamah Syariah
    • Ibadah
  • Iqtisad
    • Faraid
    • Perbankan Islam
  • Personaliti
  • Video
  • Aqidah
Isu,

Risau dengan ‘trend’ umrah untuk kejar populariti, Ustaz Kamilin Jamilin tegur pempengaruh.

by Fatin Fatihah HussinMarch 3, 2023
2
Shares
Share on FacebookShare on Twitter
GAMBAR PORTAL FB - 2023-03-03T100946.203
USTAZ Kamilin Jamilin, bersuara di laman media sosialnya akan ‘trend’ umrah yang dilakukan oleh segelintir pempengaruh serta selebriti.

Risau dengan ‘trend’ umrah untuk kejar populariti, Ustaz Kamilin Jamilin tegur pempengaruh.

SEBAIK sahaja tiba di Tanah suci, suasana dan perasaan sepanjang berada di sana akan berubah. Kita akan jadi lebih semangat untuk melakukan ibadat kerana orang sekeliling turut melakukan perkara sama dan sudah tidak sempat fikirkan hal dunia lagi.

Namun, bukanlah setiap orang akan dikurniakan perasaan teruja untuk beribadah sepanjang berada di tanah suci. Ada juga yang dilihat seolah hanya ala kadar melaksanakan ibadah itu dengan melebihkan dan mementingkan perkara lain.

Apabila tibanya musim umrah, ramai tidak melepaskan peluang untuk menjejakkan kaki ke sana. Terutama golongan pempengaruh yang majoritinya akan mendapat perhatian warganet di media sosial, pasti setiap ‘trend’ atau apa sahaja yang dilakukan mereka akan memberikan kesan.

IKLAN

‘Trend’ yang sering dipamerkan mereka ketika berada di bumi Mekah agak merisaukan seperti terlebih berseronok, mempromosikan produk, ‘show-off content’, jalan-jalan cari makanan viral sehingga hilangnya fokus ibadah dan tidak rasa keagungan ALLAH dan barakah Rasulullah SAW.

Pensyarah di Fakulti Pengajian Pengajian Al-Quran dan As-Sunnah di Universiti Sains Islam Malaysia (USIM), Ahmad Kamil Jamilin atau lebih dikenali sebagai Ustaz Kamilin Jamilin, bersuara di laman media sosialnya akan ‘trend’ umrah yang dilakukan oleh segelintir pempengaruh serta selebriti.

DR KAMILIN JAMILIN

Katanya, dulu-dulu sebelum muncul medsos yang pelbagai ini dan pempengaruh terkenal, orang kalau dapat pergi umrah Mekah dan Madinah merupakan satu benda besar buat mereka.

“Memang menjadi satu medan keinsafan buat kita untuk betul-betul merasai keagungan ALLAH SWT dan kemulian Tanah Suci, ramai bila pergi ke sana akan bertaubat dan berubah ke arah yang lebih baik”

“Kalau dlihat sekarang, sebahagian artis dan selebriti tetapi bukan semua, pergi ke sana sekadar hanya untuk membuat ‘content’ dan ‘selfie’ ibarat berlakon cium Kaabah, berlakon solat bagai dan ada juga yang pergi ke sana, semata-mata hanya untuk mempromosikan produk mereka.

IKLAN

Baca Juga Dua bekas transgender berpeluang menjadi tetamu ALLAH

“Ambil gambar di depan Kaabah, nak menampakkan produk tersebut kelihatan barakah dan pergi ke Tanah Suci ibarat seperti hendak melancong sahaja bukannya melakukan ibadah.

“Bila ada duit pergi dan cari populariti, cari duniawi sehingga hilang rasa keagungan ALLAH dalam hati, ke’izzahan dua Tanah Suci itu. Pergi ke sana cukup sekadar untuk membuat ‘content’ yang menarik dan mendapatkan tontonan tinggi sahaja,” ujarnya menerusi satu hantaran video di TikTok.

IKLAN

MEKAH merupakan tempat suci untuk umat Islam melakukan ibadah. Elakkanlah daripada melakukan perkara-perkara yang melalaikan sehingga alpa akan niat asal untuk mengerjakan ibadah. 

Dalam al-Quran, ALLAH berfirman dalam surah al-Hajj ayat 32, “Demikianlah (ajaran ALLAH); dan sesiapa yang menghormati syiar-syiar agama ALLAH maka (dia lah orang yang bertakwa) kerana sesungguhnya perbuatan itu satu kesan dari sifat-sifat takwa hati orang Mukmin”.

Berdasarkan ayat di atas, Ustaz Kamilin menjelaskan, mengagungkan syiar ALLAH yang meliputi ibadah, dan tempat masa kita buat ibadah haji dan umrah itu petanda takwa dalam hati. Tetapi bila takwa sudah tipis dalam hati, petanda agama hanya sekadar pembalut kotak yang kosong, luarannya terlihat indah dipertonton di mata manusia, sedangkan di dalamnya tiada apa yang bernilai di sisi ALLAH SWT.

Baca Juga Ibadah umrah diwajibkan bagi mereka yang mampu, ini maksud sebenar kemampuan tersebut

Sejak video tersebut dikongsikan, ramai netizen bersetuju dengan pandangan ustaz Kamilin. Rata-rata turut berasa risau melihat segelintir selebriti seolah-olah menjadikan ‘content’ di Tanah Suci demi secebis populariti.

Apapun, kita tidak pernah tahu niat mereka. Jika niat mereka hanya ingin berkongsi dan menginspirasi orang lain untuk turut tanam cita-cita ke tanah suci, itu sudah cukup baik. Cukup sekadar berkongsi agar tidak menjadi ikutan kepada yang lain.

IKLAN
Previous

Pasak nilai kemanusiaan dalam diri, jangan sampai bersifat seumpama haiwan

March 3, 2023
Next

Surah al-Insan penawar sifat manusia yang mudah lupa diri

March 3, 2023

Related posts

Rumah terbuka
Isu,

Ziarah-menziarahi tidak terikat ketika Aidilfitri sahaja, tetapi juga pada hari-hari lain

by Nurulfatiha MuahMay 5, 2023
Raya berjemput
Isu,

Hendak raya rumah orang pun kena berjemput ke? Ketahui pandangan Islam dalam hal ini

by Nurulfatiha MuahMay 5, 2023
buka tudung
Isu,

Isu buka tudung dan perkara lagha, ini pesan Nabi SAW terhadap orang yang ‘berubah’ ke arah kurang elok

by Sarrah MohsinApril 26, 2023
Zikir
Isu,

Boleh amalkan zikir daripada ulama dan salafussoleh, tapi pastikan tiada elemen-elemen yang dilarang syarak

by Nurulfatiha MuahApril 7, 2023

Popular

  • Taliban Tukar Bendera Afghanistan Menjadi “La Ilaha Illallah Muhammadur Rasulullah”

    Taliban Tukar Bendera Afghanistan Menjadi “La Ilaha Illallah Muhammadur Rasulullah”

    August 17, 2021
  • ‘Laluan Tikus’ Perut Bumi Gaza, Strategi Perang Ditakuti Zionis

    ‘Laluan Tikus’ Perut Bumi Gaza, Strategi Perang Ditakuti Zionis

    May 21, 2021
  • Zakat perniagaan tetap perlu dibayar walaupun rugi

    Zakat perniagaan tetap perlu dibayar walaupun rugi

    February 25, 2021
  • UEFA ‘Koyak’ Denda Celtic FC Kerana Palestin

    UEFA ‘Koyak’ Denda Celtic FC Kerana Palestin

    May 18, 2021
  • Lelaki Lumpuh Digeruni Zionis

    Lelaki Lumpuh Digeruni Zionis

    May 20, 2021

Ikuti Kami

Pilihan Editor

  • Wanita wajib siasat jejaka yang akan dinikahi sebelum setuju dijadikan suami

    Wanita wajib siasat jejaka yang akan dinikahi sebelum setuju dijadikan suami

    January 25, 2023
  • Realiti pahit yang terpaksa ditelan rakyat Syria

    Realiti pahit yang terpaksa ditelan rakyat Syria

    December 2, 2022
  • Bantu segera, berjuta sedang sengsara di Syria

    Bantu segera, berjuta sedang sengsara di Syria

    July 29, 2022
  • Pelarian Syria: Cerita kita dan kisah mereka

    Pelarian Syria: Cerita kita dan kisah mereka

    April 8, 2022

© 2021 Sinar Karangkraf All rights reserved.