MALAYSIA dan Indonesia sekali lagi menjalinkan kerjasama dalam bidang pensijilan halal produk tempatan kedua-dua negara menerusi permeteraian memorandum kerjasama (Moc) Pengiktirafan Bersama Pensijilan Halal bagi Produk Domestik, pada Khamis.
Melalui MOC ini, Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) disenaraikan sebagai badan pensijilan halal yang diiktiraf di Republik Indonesia manakala Badan Penyelenggaran jaminan produk halal (BPJPH) sebagai badan pensijilan halal di Republik Indonesia akan disenaraikan sebagai badan pensijilan halal yang diiktiraf di Malaysia.
“Dengan pengiktirafan ini, maka produk dan logo halal Malaysia yang disijilkan oleh JAKIM boleh memasuki pasaran Republik Indonesia tanpa halangan dan produk yang dikilangkan di Republik Indonesia dan memakai logo halal BPJPH boleh memasuki pasaran Malaysia.
Baca Juga Penggunaan logo halal palsu oleh restoran meningkat di Kemboja
“Kerjasama ini sekaligus memudahkan pengeksportan produk Malaysia ke Republik Indonesia serta menyumbang kepada peningkatan perdagangan produk halal antara kedua-dua negara,” menurut kenyataan yang dikeluarkan oleh JAKIM.
MOC ini juga membolehkan kedua-dua negara berkongsi pengalaman dan kepakaran dalam pengurusan pensijilan halal yang meliputi aspek latihan, penyelidikan dan analisis produk halal demi kepentingan bersama.
Dalam kenyataan itu lagi, MOC ini bakal menjadi perintis kepada kerjasama strategik antara kedua-dua negara dalam pengurusan halal yang lebih luas pada masa pada masa akan datang.
Baca Juga Guna logo halal palsu, Brunei rampas beberapa produk sejuk beku
Turut Disyorkan Guna produk Muslim tapi tiada status halal, ini yang umat Islam patut tahu.
Artikel Berkaitan Kerjasama Malaysia-Indonesia iktiraf bersama sijil halal produk tempatan
Memorandum of Co-Operation Between the Government of Malaysia and the Government of The Republic of Indonesia on Mutual Recognition of Halal Certification for Domestic Products yang berlangsung di Kompleks Seri Perdana, telah diwakili oleh Datuk Hajah Hakimah binti Mohd Yusoff, Ketua Pengarah, Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM), manakala Republik Indonesia pula diwakili oleh Bapak Muhammad Aqil Irham Mohd, Pengerusi Badan Penyelenggara Jaminan Produk Halal (BPJPH).