SAYIDAH Fatimah Nabihah, 19, seorang remaja istimewa. Meskipun dirinya didiagnos mengalami autisme, itu tidak menghalangnya untuk mempelajari al-Quran lantas berjaya menghafaz sehingga 23 juzuk.
Fatimah berasal dari Labuan, dan belajar di sekolah tahfiz berasrama di Madrasah Darul Hadis sejak berumur 13 tahun.
Sungguh istimewa sekali gadis ini, kerana dikurniakan sekeping qalbu (hati) yang amat bersih dan minda yang cerdas lalu mudah sekali menghafaz ayat-ayat suci al-Quran.
Baca Juga 7 bulan khatam hafalan al-Quran, Ustazah Asma’ kongsi saat bahagia bersama anak
Namun, rezeki Fatimah untuk menamatkan pengajian al-Quran tidak kesampaian apabila dia kerap kali mengalami tantrum di asrama.
Keadaan itu bagaimanapun tidak mematahkan semangat kakaknya Sayidatul Syahirah atau Humaira, 32, untuk terus memberikan perhatian yang tidak berbelah bahagi kepada Fatimah.
Fatimah kini tinggal bersama kakaknya. Sebagai inisiatif membantu perkembangan kognitif adiknya, Humaira membantu Fatimah untuk memulakan perniagaan.
Lebih menarik lagi, Humaira mencipta sistem perekodan jualan yang mudah, di mana ia dapat membantu adiknya untuk memasukkan data jualan dengan tepat dan mudah.
Unik lagi kreatif, itulah yang dapat digambarkan oleh Sinar Islam Plus terhadap idea Humaira, sebagaimana dikongsi oleh wanita itu menerusi sebuah hantaran di dalam kumpulan Facebook, Autisme Malaysia baru-baru ini.
“Saya buatkan rekod jualan guna tick (/) untuk mudahkan pengiraan. Tick berwarna pula untuk bayaran tunai/tanpa tunai,”
Baca Juga Sampai ke Tanah Suci selepas setahun berjalan kaki 8,640 km
Dalam kedai kecil tersebut, semua makanan ringan dan aiskrim Malaysia akan dijual dengan harga serendah RM1.
Baginya, ini adalah satu permulaan yang baik bagi adiknya untuk berdikari, lagi-lagi jika dirinya sudah lagi tidak berada di samping adiknya.
Melalui kaedah ini, sekurang-kurangnya adiknya mampu menjalankan perniagaan kecil-kecilan untuk membantu kehidupannya, kongsi Humaira.
Ujarnya lagi, sebelum ini adiknya itu pernah masuk ke sekolah tahfiz berasrama dari umur 13 tahun sebelum dia dan kakak sulungnya mengesan perubahan pola pembelajaran adiknya itu.
PKP titik permulaan
“PKP menjadi titik permulaan apabila saya dan kakak sulung perasan adik kami ini sedikit istimewa berbanding yang lain.
“Sebelum PDPR, dia bersekolah di Madrasah Darul Hadis, Sabah. Ustazah di Madrasah tu sangat memahami dan melayan adik dengan baik.
ARTIKEL BERKAITAN
- Kisah gengster muka ganas masuk Islam, raih perhatian ramai termasuk Ustaz Ebit
- Kisah menantu dari syurga ini meruntun jiwa ramai
- Cacat penglihatan, tapi celik al-Quran. Kisah adik Muhammad Adib Iskandar wajar jadi inspirasi buat kita
“Alhamdulillah tantrum di asrama dapat dikawal asbab Ustazah yang sangat-sangat memahami.
“Tapi selepas sahaja PDPR, arwah Umi tidak sempat berbuat apa-apa untuk rawatan adik, Umi disahkan sakit dan meninggal dunia.
“Saya ambil tanggungjawab jaga adik selepas arwah Umi meninggal dunia dan juga saya pernah masukkan dia ke sekolah pondok atas permintannya sendiri.
“Tapi keadaan emosi yang kurang stabil disebabkan baru kehilangan arwah Umi menyebabkan dia mudah tantrum di asrama,” katanya yang berasal dari Wilayah Persekutuan Labuan itu.
Ditanya mengenai jualan adiknya setakat ini, Humira bersyukur kerana ia mendapat sambutan yang menggalakkan daripada penduduk kampung.
Baca Juga Tren Mekah-Madinah tingkat perkhidmatan sepanjang musim haji
Adakah autisme dikira kecacatan yang melayakkan mereka mendapat kad OKU
Menurut Majlis Profesor Negara (MPN), autisme ialah satu bentuk gangguan perkembangan yang biasanya bermula sebelum kanak-kanak mencapai umur tiga tahun.
Ia berlaku sepanjang hayat dan akan menjejaskan interaksi sosial, komunikasi dan fleksibiliti pemikiran, imaginasi serta kelakuan.
Bagi penghidap autisme, Jabatan Kebajikan Masyarakat turut mengeluarkan kad orang kurang upaya (OKU) khas untuk golongan ini.