DOA patut dibaca oleh pengundi ‘keliru’ serta adab-adab yang elok diamalkan sepanjang Pilihan Raya…
Pengundian 12 Ogos esok pastinya bukan mudah bagi sebahagian masyarakat tempatan menentukan pemimpin sesuai meneraju negara melihatkan pilihan calon yang pelbagai.
Ditambah pula dengan komen serta tohmahan yang dilontarkan warganet di media sosial terhadap individu atau parti politik tertentu, ada segelintir yang sudah keliru untuk mengundi calon yang mana satu.
Baca juga Calon pemimpin ini patut ditolak, perhatikan 5 ciri ini yang jelas ditegah dalam Islam
Baca juga Buat istikharah berkali-kali, tapi masih tiada jawapan…rupanya ini sebabnya
Dalam situasi begini iaitu buntu hendak membuat keputusan, ingatlah bahawa Nabi SAW pernah mengajarkan para sahabat agar memohon istikharah dengan bersolat sunat dua rakaat kepada ALLAH SWT, meminta panduan-NYA dalam apa jua urusan.
Apabila melaksanakan solat istikharah, antara doa yang disarankan pula ialah:
اللَّهُمَّ إِنِّي أَسْتَخِيرُكَ بِعِلْمِكَ ، وَأَسْتَقْدِرُكَ بِقُدْرَتِكَ ، وَأَسْأَلُكَ مِنْ فَضْلِكَ العَظِيمِ ، فَإِنَّكَ تَقْدِرُ وَلاَ أَقْدِرُ ، وَتَعْلَمُ وَلاَ أَعْلَمُ ، وَأَنْتَ عَلاَّمُ الغُيُوبِ ، اللَّهُمَّ إِنْ كُنْتَ تَعْلَمُ أَنَّ هَذَا الأَمْرَ خَيْرٌ لِي فِي دِينِي وَمَعِيشَتِي وَعَاقِبَةِ أَمْرِي
Maksudnya: “Ya ALLAH, aku memohon pilihan dengan ilmu-Mu, aku memohon kekuatan dengan kekuatan-Mu, Aku juga memohon daripada limpahan-Mu yang Agung. Engkau mampu sedangkan aku tidak. Engkau Maha Mengetahui sedangkan aku tidak tahu. Engkau Maha Tahu tentang perkara yang ghaib. Ya ALLAH, jika Engkau mengetahui bahawa perkara ini baik untuk untuk agamaku, kehidupanku dan penghujungku.” (Hadis Riwayat Bukhari)
Turut disyorkan Bercuti atau balik kampung, jangan lupa sunnah Rasulullah SAW ini ketika bermusafir.
Baca juga Benarkah politik tiada dalam al-Quran dan as-Sunnah? Berikut penjelasannya
Selain itu, sebagai umat Islam kita tidak terlalu terbawa-bawa dengan semangat dan emosi dalam berpolitik sehingga mengetepikan prinsip dan nilai Islam.
Oleh itu, portal Mufti Wilayah Persekutuan mengingatkan orang ramai agar menjaga tiga adab ini sepanjang musim pilihan raya serta pada hari mengundi kelak:
1. Ucapkan perkataan yang baik atau diam.
Sabda Rasulullah SAW, “Sesiapa yang beriman kepada ALLAH dan hari akhirat, maka dia hendaklah mengucapkan perkara yang baik atau diam.” (Hadis Riwayat Bukhari)
Perbuatan memfitnah serta mengamalkan politik kotor terhadap pihak lawan bagi mencapai kepentingan politik merupakan satu tindakan yang sangat dilarang oleh agama.
Walaupun berbeza fahaman politik dan parti, setiap pihak wajar mengambil pendekatan yang baik dan matang dalam berkempen tanpa memburuk-burukan pihak lawan.
Baca juga Sesuka hati ‘body shaming’ ibarat menghina ciptaan ALLAH
2. Pastikan maklumat sahih sebelum sebar.
Baginda SAW bersabda, “Tidak akan masuk syurga qattat (golongan yang membawa cerita sedangkan dia hanya mendengar-dengar daripada orang lain tanpa diketahui pucuk-pangkal cerita tersebut).” (Hadis Riwayat Bukhari)
Apabila mendapat suatu maklumat, pastikan ia sahih terlebih dahulu sebelum disebarkan kepada orang lain. Ingat, menuduh seseorang secara melulu atau atas perkara yang tidak benar akan diazab kelak oleh ALLAH SWT.
Firman ALLAH: “Sesungguhnya orang-orang yang suka terhebah tuduhan-tuduhan yang buruk dalam kalangan orang-orang yang beriman, mereka akan beroleh azab seksa yang tidak terperi sakitnya di dunia dan di akhirat; dan (ingatlah) ALLAH mengetahui (segala perkara) sedang kamu tidak mengetahui (yang demikian).” (Surah al-Maidah, ayat 19)
Turut disyorkan Lima hadis popular ini rupanya hadis palsu
Baca juga [VIDEO] Neraka menanti pencipta hadis palsu
3. Tidak memberi dan menerima rasuah.
Diriwayatkan oleh Abdullah bin Amr RA, Nabi SAW bersabda: “Laknat ALLAH kepada pemberi rasuah dan penerima rasuah.” (Hadis Riwayat Ibnu Majah)
Memancing undi dengan cara memberikan sogokan atau rasuah, tidak kira dalam bentuk wang atau hadiah, bukan sahaja salah di sisi undang-undang bahkan ia dilarang dalam Islam.
Setiap daripada kita memainkan peranan yang penting dalam pilihan raya ini. Satu undian, walaupun kecil adalah satu usaha untuk memilih pemimpin yang mampu menggalas tanggungjawab serta menunaikan amanah buat rakyat, negara dan agama.
Turut disyorkan Rakyat wajib pilih pemimpin, berikut perinciannya
Sumber: Mufti Wilayah Persekutuan & Tzkrh
Foto: BERNAMA, Pexels & 123rf