APABILA memilih pemimpin, elak lima golongan berikut yang ditegah Islam.
Berbaki dua hari lagi sebelum Pilihan Raya Negeri berlangsung pada 12 Ogos nanti, pastinya ramai sedang meneliti pilihan individu yang ada untuk menentukan hala tuju negeri buat beberapa tahun kehadapan.
Bagi umat Islam, menentukan dan memilih pemimpin adalah suatu kewajipan yang harus dipandukan oleh agama.
Baca juga Hati-hati pilih pemimpin, jangan sampai ke neraka bersamanya
Menerusi rancangan bual bicara, Di Sebalik Isu Bersama FY: Kita Perlu Undi Siapa Ya?, Profesor Madya Dr Ahmad Sanusi Azmi, Timbalan Dekan Fakulti Pengajian Quran Sunnah, Universiti Sains Islam Malaysia memberitahu bahawa Islam menegah umatnya memilih pemimpin dengan lima ciri-ciri ini:
1. Pemimpin bersifat anti-Islam.
Elakkan memilih pemimpin yang memiliki sentimen anti-Islam dan berpegang pada prinsip bertentangan dengan ajaran agama.
Bahkan dalam Islam, pemimpin tertinggi kaum Muslimin hendaklah dilantik dalam kalangan Muslim juga. Ini kerana tugas ketua bukan sekadar mentadbir negara tetapi termasuk memelihara agama.
Baca juga Inilah 10 Muslim hebat yang mengubah dunia
Turut disyorkan Peluk Islam ketika dalam penjara, bekas banduan kini jadi pendakwah
Dalam sebuah hadis daripada Aisyah RA, dia berkata bahawa Rasulullah SAW telah keluar menuju ke Badar (bagi tujuan perang). Apabila sampai di Harratul Wabarah, mereka telah didatangi oleh seorang lelaki.
Lelaki ini dikenali sebagai sangat berani dan boleh mendapatkan kemenangan (dalam perang). Lalu bergembiralah para sahabat ketika melihat kedatangan lelaki ini. Apabila dia sampai kepada Rasulullah SAW, dia pun berkata: “Aku datang untuk mengikutimu (wahai Rasulullah) dan berperang bersamamu.”
Lalu Rasulullah SAW bertanya: “Apakah kamu beriman kepada ALLAH dan Rasul-NYA. Lelaki ini menjawab: Tidak. Lalu Rasulullah bersabda: Pulanglah, kerana sesungguhnya kami tidak akan meminta bantuan daripada lelaki musyrik.” (Hadis Riwayat Muslim)
2. Pemimpin yang gila kuasa.
Rasulullah SAW menegaskan bahawa orang yang gilakan kuasa ini tidak seharusnya diberikan jawatan.
Perkara ini dijelaskan ketika baginda ditanya tentang mereka yang meminta untuk memegang kepimpinan lalu Nabi SAW menjawab: “Kami tidak memberikan kepimpinan kepada mereka yang memintanya, dan bukan pada mereka yang tergila-gila kan jawatan kepimpinan.” (Hadis Riwayat Bukhari)
Baca juga Jangan terlalu tergila-gilakan suatu jawatan, ini hukumnya dalam Islam
Tambah Ustaz Ahmad Sanusi, perbuatan meminta-minta jawatan sememangnya tidak digalakkan dalam Islam.
Daripada Abdul Rahman bin Samurah RA, dia berkata, sesungguhnya Nabi SAW bersabda: “Wahai Abdul Rahman bin Samurah, janganlah kamu meminta-minta untuk menjadi pemimpin. Sesungguhnya sekiranya kamu diberikan setelah meminta-minta maka kamu akan dibebankan (dengan bebanan kepimpinan), namun sekiranya kamu diberi (jawatan) tanpa meminta-minta maka kamu akan dibantu menghadapinya.” (Hadis Riwayat Bukhari)
Turut disyorkan Hanya Kerana Lidah, ALLAH Akan Mencampakkan Muka Seseorang Dahulu Ke Dalam Neraka
3. Pemimpin yang menipu.
Selain itu, orang yang sering menipu juga tidak wajar dijadikan pemimpin. Hakikatnya, terlalu banyak individu yang bertanam tebu di tepi bibir dengan memberikan janji manis semata-mata untuk bergelar pemimpin.
Sebagai pemimpin, berhati-hatilah ketika menjanjikan sesuatu kerana jika ia tidak dikotakan, takut-takut tidak mendapat tempat di dalam syurga.
Daripada Ma’qil bin Yasar al-Muzani RA, sesungguhnya aku mendengar Rasulullah SAW bersabda: “Tidak ada seorang hamba yang diberikan tanggungjawab untuk memelihara rakyat sedangkan dia mati dalam keadaan menipu rakyatnya melainkan ALLAH mengharamkan baginya syurga.” (Hadis Riwayat Muslim)
Baca juga Rakyat wajib pilih pemimpin, berikut perinciannya
Turut disyorkan Rupanya 5 perkara ini juga boleh hapuskan dosa selain taubat
4. Pemimpin terlibat dalam rasuah.
Individu yang dipilih untuk menjadi pemimpin juga tidak seharusnya terlibat dalam aktiviti rasuah.
Daripada Saidina Abdullah bin Amru RA, dia berkata: “Rasulullah SAW melaknat pemberi rasuah dan penerima rasuah.” (Hadis Riwayat Abu Daud)
Dalam masa sama, ulama Islam, al-Imam al-Shawkani turut mengatakan bahawa penerima rasuah termasuk dalam golongan fasik. Katanya “Dan (hukum) rasuah kepada pemerintah adalah haram secara ijmak. Malah menurut al-Imam Yahya: mereka boleh dikategorikan sebagai fasik kerana amaran yang berat ini.” (Rujuk Nayl al-Awtar)
5. Pemimpin kaki fitnah.
Menabur fitnah semata-mata untuk meraih undi agar dilantik menjadi seorang pemimpin tidak termasuk sikap yang dituntut oleh agama.
Sebaliknya, Ustaz Ahmad Sanusi menegaskan bahawa umat Islam harus berakhlak dalam situasi seperti kempen politik dan sebagainya.
“Sebagai Muslim, berpolitiklah secara matang. Kalau hendak kempen sekalipun, berkempenlah secara berakhlak dan berprinsip. Jangan sampai menfitnah orang dengan perkara yang tidak pasti sehingga menjatuhkan (maruah) orang lain, titipnya.
Sumber: Di Sebalik Isu bersama FY: Kita Perlu Undi Siapa Ya? & 40 Hadis tentang Politik dan Kepimpinan karya Ahmad Sanusi Azmi
Foto: 123rf & Unsplash