Sinar Islam Plus
  • Berita Semasa
    • Dalam Negara
    • Antarabangsa
    • Istimewa Panggilan Baitullah
    • Semarak Patriotik: 65 tahun Malaysia Merdeka
    • Rindu Rasulullah
  • Isu
  • Hukum
    • Soal Jawab Agama
    • Dari Fail Mahkamah Syariah
    • Ibadah
  • Iqtisad
    • Faraid
    • Perbankan Islam
  • Personaliti
  • Video
  • Aqidah

Popular

  • Taliban Tukar Bendera Afghanistan Menjadi “La Ilaha Illallah Muhammadur Rasulullah”

    Taliban Tukar Bendera Afghanistan Menjadi “La Ilaha Illallah Muhammadur Rasulullah”

    August 17, 2021
  • ‘Laluan Tikus’ Perut Bumi Gaza, Strategi Perang Ditakuti Zionis

    ‘Laluan Tikus’ Perut Bumi Gaza, Strategi Perang Ditakuti Zionis

    May 21, 2021
  • UEFA ‘Koyak’ Denda Celtic FC Kerana Palestin

    UEFA ‘Koyak’ Denda Celtic FC Kerana Palestin

    May 18, 2021
  • Zakat perniagaan tetap perlu dibayar walaupun rugi

    Zakat perniagaan tetap perlu dibayar walaupun rugi

    February 25, 2021

Ikuti Kami

Pilihan Editor

  • Wanita wajib siasat jejaka yang akan dinikahi sebelum setuju dijadikan suami

    Wanita wajib siasat jejaka yang akan dinikahi sebelum setuju dijadikan suami

    January 25, 2023
  • Realiti pahit yang terpaksa ditelan rakyat Syria

    Realiti pahit yang terpaksa ditelan rakyat Syria

    December 2, 2022
  • Bantu segera, berjuta sedang sengsara di Syria

    Bantu segera, berjuta sedang sengsara di Syria

    July 29, 2022
  • Pelarian Syria: Cerita kita dan kisah mereka

    Pelarian Syria: Cerita kita dan kisah mereka

    April 8, 2022
Sinar Islam Plus
  • Berita Semasa
    • Dalam Negara
    • Antarabangsa
    • Istimewa Panggilan Baitullah
    • Semarak Patriotik: 65 tahun Malaysia Merdeka
    • Rindu Rasulullah
  • Isu
  • Hukum
    • Soal Jawab Agama
    • Dari Fail Mahkamah Syariah
    • Ibadah
  • Iqtisad
    • Faraid
    • Perbankan Islam
  • Personaliti
  • Video
  • Aqidah
Berita Semasa,

Asal kejadian wanita bukan daripada tulang rusuk lelaki. Fahami penjelasannya melalui kitab al-Quran dan Bible

by Fatin Fatihah HussinNovember 29, 2022
1
Shares
Share on FacebookShare on Twitter
Untitled design - 2022-11-29T164942.220
AL-QURAN dan hadis merupakan pegangan umat Islam manakala Bible pulak adalah pegangan untuk Kristian.

WANITA diciptakan daripada tulang rusuk lelaki, itulah ayat yang sering menjadi bualan sehingga sudah sebati dalam diri dan fikiran setiap masyarakat. Tidak dinafikan dalam al-Quran dan Hadis terdapat banyak hujahan yang menerangkan perkara ini.

Namun, adakah maksudnya benar seperti yang termaktub dalam al-Quran dan hadis kerana fakta ini juga dijumpai di dalam kitab Bible akan kejadian hawa diciptakan daripada tulang rusuk Nabi Adam.

Pembimbing motivasi dakwah, Ahmad Iqram Mohamad Noor menjelaskan secara mendalam mengenai satu perspektif yang sering disebut masyarakat akan benarkah wanita itu dijadikan daripada tulang rusuk lelaki.

Jelas Iqram, di dalam dunia Islam, ulama berbeza pandangan mengenai asal usul kejadian isteri Nabi Adam AS. Yang masyhur adalah mengatakan ia dijadikan daripada tulang rusuk Adam.

Berdalilkan ayat al Quran yang bermaksud “Hai sekalian manusia, bertakwalah kepada Tuhan-mu yang telah menciptakan kamu dari diri yang satu, dan daripadanya ALLAH menciptakan isterinya; dan daripada keduanya ALLAH memperkembang biakkan lelaki dan perempuan yang banyak. Dan bertakwalah kepada ALLAH yang dengan (mengunakan) nama-NYA kamu saling meminta satu sama lain, dan (peliharalah) hubungan silaturahim. Sesungguhnya ALLAH selalu menjaga dan mengawasi kamu.” (Surah an-Nisa ayat 1)

lelaki iddah

IMAM Badiuzzaman Said Nursi ada menyebut, “Wanita adalah sejenis makhluk mulia yang dikhususkan untuk mengecapi kehidupan berkeluarga yang bahagia di dalam lingkungan tarbiah Islamiyyah.”

Ulama menafsir ayat “menciptakan kamu dari diri yang satu (Adam) dan daripadanya ALLAH mencipta isteri” dengan hadis nabi yang mengatakan wanita itu dari tulang rusuk:

IKLAN

“…Saling berwasiatlah kalian untuk berbuat baik kepada wanita. Kerana, mereka tercipta dari tulang rusuk. Yang paling bengkok dari tulang rusuk itu adalah yang paling atas. Jika berusaha meluruskannya, engkau akan membuatnya patah. Dan jika dibiarkan, ia akan terus bengkok. Kerana itu, saling berwasiatlah kalian untuk berbuat baik kepada wanita.” (Hadis Riwayat Bukhari)

“Mereka berpendapat dari diri Adam yang satu itu dicipta isterinya daripada tulang rusuk Adam. Antara ulama yang berpegang dengan pendapat isteri Adam berasal daripada tulang rusuk ialah Abdullah Bin Abbas, Abdullah Bin Mas’ud, Imam Mujahid, Ibn Munzir, Ibn Humaid dan ramai lagi” katanya.

Baca juga Mimpi bermacam-macam, rupanya ada 2 roh ini dalam jasad manusia

Asal wanita bukan dari tulang rusuk

Menurut iqram lagi, adapun pandangan yang mengatakan sebaliknya, mereka membahas pendapat isteri Adam bukan dicipta dari tulang rusuk sebaliknya dicipta sama seperti Adam iaitu dari tanah. Ini kerana di dalam al-Quran dan hadis tidak pernah mengatakan wanita itu dicipta dari bahagian rusuk Adam. Mereka membahas ayat yang sama dalam surah an-Nisa ayat 1.

“DAN di antara tanda-tanda kebesaran-NYA ialah DIA menciptakan kamu daripada tanah, kemudian tiba-tiba kamu (menjadi) manusia yang hidup bertebaran di muka bumi” – (Al-Rum ayat 20)

“Yang mana penafsiran mereka terhadap ayat bermaksud “Tuhan-mu yang telah menciptakan kamu dari diri yang satu, dan daripadanya ALLAH menciptakan isterinya”. Dimaksudkan dicipta daripada diri yang satu itu adalah tanah. Sepertimana Adam dicipta dari tanah maka isterinya juga dicipta dari tanah yang sama.

“Manakala di dalam hadis Bukhari diatas menyebut wanita daripada tulang rusuk itu adalah berbentuk majazi atau kiasan. Malah di dalam hadis itu juga nabi tidak menyatakan secara khusus wanita manakah yang dari tulang rusuk itu dan tidak disebut juga tentang isteri nabi Adam di dalam hadis itu. Ini menunjukkan bahawa hadis itu berbicara dalam bentuk metafora kepada sifat perempuan.

Baca juga Benarkah wanita tercipta daripada tulang rusuk lelaki, berikut perinciannya

IKLAN

“Ini kerana apabila dihimpun hadis-hadis lain, Nabi menyebut “Perempuan itu seperti tulang rusuk. Jika kamu ingin meluruskannya, sama halnya kamu akan mematahkannya. (Hadis Riwayat Bukhari)

“Hadis ini lebih jelas lagi menyatakan sifat perempuan itu seperti tulang rusuk bukan diciptakan daripada tulang rusuk. Antara ulama yang menyokong bahawa wanita bukan berasal dari tulang rusuk adalah Imam Bukhari sendiri.

“Ia merupakan satu bentuk tasybih atau perumpamaan yang mempunyai nilai balaghah yang tinggi. Oleh itu hadis-hadis mengenai wanita dan tulang rusuk boleh juga dikatakan tidak boleh difahami secara harfiah (literal). Ungkap beliau dalam tulisannya.

DIMAKSUDKAN dicipta daripada diri yang satu itu adalah tanah. Sepertimana Adam dicipta dari tanah maka isterinya juga dicipta dari tanah yang sama.

Hasil perbincangan dan penilaian yang dilakukan oleh Iqram dan kumpulan penyelidikannya, pandangan yang lebih cenderung adalah wanita itu bukan berasal daripada tulang rusuk Adam. Ini kerana hadis-hadis nabi berbicara tentang wanita dan tulang rusuk adalah lebih kepada berbentuk majazi.

Hadis-hadis yang berkaitan dengan wanita dan tulang rusuk ini lebih membawa kepada saranan lelaki supaya berlemah lembut dengan wanita. Isyarat tulang rusuk itu menunjukkan kedudukan yang paling dekat apabila seseorang itu memeluk dan menjaga sesuatu dengan sangat berhati-hati. Jika tidak sudah tentu nabi boleh menggunakan kiasan pelepah tamar yang bengkok berbanding dengan tulang rusuk.

IKLAN

Bible dan kejadian hawa

Tambahnya lagi, di dalam Bible jelas menceritakan bagaimana penciptaan isteri Adam yang disebut sebagai Eve atau Hawa. Nama Hawa terdapat di dalam Perjanjian Lama dan tidak terdapat di dalam al Quran. Di dalam Perjanjian Lama ini ada menyebut tentang awal penciptaan wanita.

“Di dalam buku kejadian menyebut: “Lalu TUHAN membuat manusia itu tidur nyenyak; ketika ia tidur, TUHAN mengambil salah satu rusuk dari padanya, lalu menutup tempat itu dengan daging. Dan dari rusuk yang diambil TUHAN dari manusia itu, dibangun-Nyalah seorang perempuan, lalu dibawa-Nya kepada manusia itu. Lalu berkatalah manusia itu: “Inilah dia, tulang dari tulangku dan daging dari dagingku. Ia akan dinamai perempuan, sebab ia diambil dari lelalki.” Sebab itu seorang lelaki akan meninggalkan ayahnya dan ibunya dan bersatu dengan isterinya, sehingga keduanya menjadi satu.” (Kejadian 2: 21-24)

BIBLE jelas menceritakan penciptaan Hawa adalah daripada tulang rusuk Adam.

“Di dalam ayat Bible ini jelas menceritakan penciptaan Hawa adalah daripada tulang rusuk Adam. Ia dicipta daripada salah satu tulang itu lalu dibentukkan menjadi Hawa.

“Di dalam al-Quran tidak menyebut isteri Adam dicipta daripada tulang rusuk. Akan tetapi di dalam Bible jelas menyebut tentangnya.

“Adapun berkait dengan hadis Nabi yang dibincangkan sebelum ini. Hadis itu lebih membincangkan soal metafora dan perumpamaan yang dikaitkan dengan sifat wanita. Malah tidak ada satu pun hadis yang mengatakan isteri Adam dicipta daripada tulang rusuk.

“Walaupun begitu kita menghormati pandangan ulama tafsir yang mengatakan asal kejadian isteri Adam adalah dari tulang rusuk baginda”. Demikian penjelasan oleh Iqram merangkap seorang penulis buku.

 

SUMBER FOTO: CANVA

IKLAN
Previous

Kenali Ghanim al Muftah, duta Piala Dunia FIFA Qatar 2022

November 29, 2022
Next

Amalkan 3 cara didik anak ikut umur, ikuti panduan daripada Sayidina Ali RA

November 29, 2022

Related posts

GAMBAR PORTAL FB - 2023-02-04T125553.887
Berita Semasa,

KDN serbu rumah pangsa jadi tempat sembunyi al-Quran tanpa kelulusan

by Fatin Fatihah HussinFebruary 4, 2023
Hormat Barat terhadap Islam
Berita Semasa,

Hilangnya deria hormat Barat terhadap Islam

by Nurulfatiha MuahFebruary 4, 2023
My #QuranTime 2.0
Berita Semasa, Dalam Negara,

Jom saksikan My #QuranTime 2.0 di TV9 mulai 5 Februari ini

by Nurulfatiha MuahFebruary 3, 2023
MOHD Na’im Mokhtar (tengah) bergambar bersama para hadirin selepas Majlis Perhimpunan Agensi di bawah Menteri di JPM (Hal Ehwal Agama) di Kompleks Islam Putrajaya.
Berita Semasa, Dalam Negara,

Pelan Transformasi Al-Falah menuju Malaysia Madani

by Muhd Azman Mohd NawiFebruary 1, 2023

Popular

  • Taliban Tukar Bendera Afghanistan Menjadi “La Ilaha Illallah Muhammadur Rasulullah”

    Taliban Tukar Bendera Afghanistan Menjadi “La Ilaha Illallah Muhammadur Rasulullah”

    August 17, 2021
  • ‘Laluan Tikus’ Perut Bumi Gaza, Strategi Perang Ditakuti Zionis

    ‘Laluan Tikus’ Perut Bumi Gaza, Strategi Perang Ditakuti Zionis

    May 21, 2021
  • UEFA ‘Koyak’ Denda Celtic FC Kerana Palestin

    UEFA ‘Koyak’ Denda Celtic FC Kerana Palestin

    May 18, 2021
  • Zakat perniagaan tetap perlu dibayar walaupun rugi

    Zakat perniagaan tetap perlu dibayar walaupun rugi

    February 25, 2021
  • Lelaki Lumpuh Digeruni Zionis

    Lelaki Lumpuh Digeruni Zionis

    May 20, 2021

Ikuti Kami

Pilihan Editor

  • Wanita wajib siasat jejaka yang akan dinikahi sebelum setuju dijadikan suami

    Wanita wajib siasat jejaka yang akan dinikahi sebelum setuju dijadikan suami

    January 25, 2023
  • Realiti pahit yang terpaksa ditelan rakyat Syria

    Realiti pahit yang terpaksa ditelan rakyat Syria

    December 2, 2022
  • Bantu segera, berjuta sedang sengsara di Syria

    Bantu segera, berjuta sedang sengsara di Syria

    July 29, 2022
  • Pelarian Syria: Cerita kita dan kisah mereka

    Pelarian Syria: Cerita kita dan kisah mereka

    April 8, 2022

© 2021 Sinar Karangkraf All rights reserved.