Sinar Islam Plus
  • Berita Semasa
    • Dalam Negara
    • Antarabangsa
    • Istimewa Panggilan Baitullah
    • Semarak Patriotik: 65 tahun Malaysia Merdeka
    • Rindu Rasulullah
  • Isu
  • Hukum
    • Soal Jawab Agama
    • Dari Fail Mahkamah Syariah
    • Ibadah
  • Iqtisad
    • Faraid
    • Perbankan Islam
  • Personaliti
  • Video
  • Aqidah

Popular

  • Taliban Tukar Bendera Afghanistan Menjadi “La Ilaha Illallah Muhammadur Rasulullah”

    Taliban Tukar Bendera Afghanistan Menjadi “La Ilaha Illallah Muhammadur Rasulullah”

    August 17, 2021
  • ‘Laluan Tikus’ Perut Bumi Gaza, Strategi Perang Ditakuti Zionis

    ‘Laluan Tikus’ Perut Bumi Gaza, Strategi Perang Ditakuti Zionis

    May 21, 2021
  • Zakat perniagaan tetap perlu dibayar walaupun rugi

    Zakat perniagaan tetap perlu dibayar walaupun rugi

    February 25, 2021
  • UEFA ‘Koyak’ Denda Celtic FC Kerana Palestin

    UEFA ‘Koyak’ Denda Celtic FC Kerana Palestin

    May 18, 2021

Ikuti Kami

Pilihan Editor

  • Wanita wajib siasat jejaka yang akan dinikahi sebelum setuju dijadikan suami

    Wanita wajib siasat jejaka yang akan dinikahi sebelum setuju dijadikan suami

    January 25, 2023
  • Realiti pahit yang terpaksa ditelan rakyat Syria

    Realiti pahit yang terpaksa ditelan rakyat Syria

    December 2, 2022
  • Bantu segera, berjuta sedang sengsara di Syria

    Bantu segera, berjuta sedang sengsara di Syria

    July 29, 2022
  • Pelarian Syria: Cerita kita dan kisah mereka

    Pelarian Syria: Cerita kita dan kisah mereka

    April 8, 2022
Sinar Islam Plus
  • Berita Semasa
    • Dalam Negara
    • Antarabangsa
    • Istimewa Panggilan Baitullah
    • Semarak Patriotik: 65 tahun Malaysia Merdeka
    • Rindu Rasulullah
  • Isu
  • Hukum
    • Soal Jawab Agama
    • Dari Fail Mahkamah Syariah
    • Ibadah
  • Iqtisad
    • Faraid
    • Perbankan Islam
  • Personaliti
  • Video
  • Aqidah
Antarabangsa,

Turkiye berada dalam salah satu zon gempa bumi paling aktif di dunia

by Fatin Fatihah HussinFebruary 7, 2023
1
Shares
Share on FacebookShare on Twitter
GAMBAR PORTAL FB - 2023-02-07T144823.154
GEMPA bumi besar yang menggegarkan Turkiye dan barat laut Syria pada Isnin dalam dua kejadian berasingan, dilaporkan ribuan orang maut serta cedera.

Turkiye berada dalam salah satu zon gempa bumi paling aktif di dunia!

SEJAK semalam, dunia dikejutkan dengan satu berita menyayat hati apabila negara Turkiye sedang menangis dengan ujian gempa bumi berukuran 7.8 skala ritcher. Tidak hanya sekali tetapi hampir 20 kali gegaran dilaporkan terjadi.

Menerusi satu hantaran Facebook oleh seorang pengguna yang dikenali sebagai Syu Azis menyatakan negara Turkiye sememangnya berada dalam salah satu zon gempa bumi paling aktif di dunia.

Ujarnya, gempa bumi paling kuat dalam hampir satu abad (84 tahun) melanda Turkiye dan Syria awal Isnin, membunuh lebih 2,300 orang dalam tidur mereka, meratakan bangunan dan menyebabkan gegaran dirasai sejauh Cyprus, Lebanon.

“Magnitude berukuran 7.8 yang berselangseli dengan gempa kuat berasingan diramalkan akan terus berlaku disebabkan kedudukan unik Turkiye meletakkannya di persimpangan tiga plat tektonik yang berbeza.

IKLAN

KEJADIAN gempa bumi ini paling kuat setelah hampir satu abad (84 tahun) melanda negara Turkiye. 

“Di utara terletak Plat Eurasia, manakala di selatan adalah Plat Afrika. Tetapi di sebelah timurnya, terletak plat Arab. Dengan plat Arab menolak ke dalam plat Eurasia, betul-betul di seluruh negara, Turkiye menghadapi gempa bumi besar dan merbahaya.

“Seluruh negara. Bayangkan negara yang sangat cantik, negara penuh dengan sejarah umat manusia dan runtuhan budaya kuno lama dari zaman Parsi, Macedonia, Rom, Byzantine, Saljuk dan Uthmaniyyah (antara empayar yang wujud) ini menanggung kesan gempa besar dalam dunia.

“Plat tektonik bawah yang berada di luar dari perut bumi bergeser dan kadang kala tersekat. Dan apabila dah tak tersekat antara satu sama lain akibat peningkatan tekanan maka satu gelombang tenaga yang sangat besar berbentuk gempa bumi akan berlaku,” katanya.

BACA JUGA Istana bersejarah Gaziantep berusia lebih 2000 tahun musnah akibat gegaran

Tambahnya lagi, pakar telah lama memberi amaran gempa besar boleh memusnahkan Istanbul yang mempunyai populasi seramai 16 juta orang.

IKLAN

MENURUT ahli seismologi Azerbaijan, susulan gempa sejak semalam, gegaran akan dirasai sepanjang bulan ini di kawasan tersebut. 

“Gegaran 7.8 magnitud terakhir menggegarkan Turkiye adalah pada 1939, apabila 33,000 orang maut di wilayah timur Erzincan.

“Sangat sedih, namun hikmah yang saya nampak adalah bahawasanya harta, anak-anak, mahu pun nyawa apabila perlu diambil, maka lenyaplah semua. Tiada apa yang kekal dalam dunia yang hanya bersifat sementara,” ungkap Syu Azis juga merupakan salah seorang warga Malaysia yang menetap di Turkiye.

BACA JUGA Gempa bumi Turkiye dan Syria: Pelajar Malaysia mohon doa orang ramai

IKLAN

Dalam al-Quran surah al-Zalzalah ayat 1-2, ALLAH SWT berfirman tentang gempa bumi. “Apabila bumi digoncangkan dengan goncangan (yang dahsyat), “Dan bumi telah mengeluarkan beban-beban berat (yang dikandung)nya”

Al-fatihah buat mangsa yang terkorban.

‎ لَا حَوْلَ وَلَا قُوَّةَ إِلَّا بِٱللَّٰهِ

 

IKLAN
Previous

Istana bersejarah Gaziantep berusia lebih 2000 tahun musnah akibat gegaran

February 7, 2023
Next

Solat hajat, jenazah ghaib untuk mangsa gempa Turkiye dan Syria bermula Maghrib malam ini

February 7, 2023

Related posts

GAMBAR PORTAL FB (97)
Antarabangsa,

Sambung ayat ikut urutan hijaiyyah, dua huffaz buktikan kehebatan

by Fatin Fatihah HussinMay 19, 2023
GAMBAR PORTAL FB (89)
Antarabangsa,

Masjid-e-Taqwa hasil restorasi dan renovasi gereja yang telah 150 tahun terbiar

by Fatin Fatihah HussinMay 17, 2023
GAMBAR PORTAL FB (83)
Antarabangsa,

Hari NAKBA : Peristiwa penting rampasan tanah Palestin bermula

by Fatin Fatihah HussinMay 17, 2023
replika al-Quran
Antarabangsa,

Replika al-Quran gergasi di Yala tarik ribuan pengunjung

by Sarrah MohsinMay 15, 2023

Popular

  • Taliban Tukar Bendera Afghanistan Menjadi “La Ilaha Illallah Muhammadur Rasulullah”

    Taliban Tukar Bendera Afghanistan Menjadi “La Ilaha Illallah Muhammadur Rasulullah”

    August 17, 2021
  • ‘Laluan Tikus’ Perut Bumi Gaza, Strategi Perang Ditakuti Zionis

    ‘Laluan Tikus’ Perut Bumi Gaza, Strategi Perang Ditakuti Zionis

    May 21, 2021
  • Zakat perniagaan tetap perlu dibayar walaupun rugi

    Zakat perniagaan tetap perlu dibayar walaupun rugi

    February 25, 2021
  • UEFA ‘Koyak’ Denda Celtic FC Kerana Palestin

    UEFA ‘Koyak’ Denda Celtic FC Kerana Palestin

    May 18, 2021
  • Lelaki Lumpuh Digeruni Zionis

    Lelaki Lumpuh Digeruni Zionis

    May 20, 2021

Ikuti Kami

Pilihan Editor

  • Wanita wajib siasat jejaka yang akan dinikahi sebelum setuju dijadikan suami

    Wanita wajib siasat jejaka yang akan dinikahi sebelum setuju dijadikan suami

    January 25, 2023
  • Realiti pahit yang terpaksa ditelan rakyat Syria

    Realiti pahit yang terpaksa ditelan rakyat Syria

    December 2, 2022
  • Bantu segera, berjuta sedang sengsara di Syria

    Bantu segera, berjuta sedang sengsara di Syria

    July 29, 2022
  • Pelarian Syria: Cerita kita dan kisah mereka

    Pelarian Syria: Cerita kita dan kisah mereka

    April 8, 2022

© 2021 Sinar Karangkraf All rights reserved.