QATAR kini menjadi tumpuan selaku tuan rumah bagi Piala Dunia FIFA 2022 yang mula berlangsung semalam sehingga 18 Disember.
Ini adalah kali pertama acara bola sepak terbesar itu diadakan di negara Timur Tengah dan mempunyai penduduk majoriti Islam.
Justeru, negara teluk berkenaan telah bekerja keras mengadakan pelbagai persiapan bagi menyambut jumlah pelawat yang bakal mencanak disebabkan Piala Dunia.
Siapa sangka, selain membina fasiliti baru dan kemudahan lain, Qatar juga tidak terlepas untuk melonjakkan Islam di mata dunia dengan melaksanakan beberapa inisiatif sepanjang temasya global itu.
1. Pembukaan Muzium Kesenian Islam.
Pada Oktober lalu, Qatar membuka semula Muzium Kesenian Islam di Doha sebagai salah satu persediaan menjelang Piala Dunia FIFA 2022.
Direka oleh arkitek terkemuka, I.M Pei, muzium tersebut merupakan institusi pertama yang dibuka oleh Muzium Qatar pada tahun 2008.
Bangunan lima tingkat itu turut mempamerkan pelbagai seni dan artifak Islam sepanjang empat belas abad dari seluruh dunia.
“Kami adalah Muzium Kesenian Islam terbesar di rantau ini dan kami berada di tengah-tengah dunia Arab. Tiada tempat terbaik untuk mempelajari tentang budaya serta seni dan sejarah Islam melainkan di sini.” kata pengarah muzium Julia Gonnella kepada agensi berita, AFP
Turut disyorkan Pemuda Mesir khatam al-Quran dalam masa 7 jam
Antara artifak yang dipamerkan oleh muzium berkenaan termasuk Al-Quran Biru dari abad kesembilan, skrip Ramayana yang diberikan kepada permaisuri kerajaan Mughal, Hamida Banu Begum pada akhir abad ke-16 serta permaidani Iran, Franchetti yang berusia lebih 400 ratus tahun.
2. Kod bar (barcodes) di hotel Qatar perkenalkan Islam.
Selain itu, Al Jazeera melaporkan bahawa kod QR telah diletakkan dalam setiap bilik hotel sekitar Qatar dalam usaha memperkenalkan Islam serta budaya Qatar kepada pelawat sempena Piala Dunia 2022.
Apabila diimbas oleh telefon pintar, kod bar itu akan membawa pengguna kepada sebuah halaman milik Kementerian Wakaf Qatar yang mengandungi panduan pengenalan Islam dalam enam bahasa berbeza.
QR codes presented in Qatar hotels guest-rooms that introduce visitors to Islam and Qatari culture in all languages.#MarsalQatar #WorldcupQatar2022 pic.twitter.com/gMoNekO4AZ
— Marsal Qatar English (@MarsalQatar_EN) November 13, 2022
Di samping itu, pengguna juga boleh mempelajari bahasa Arab Komunikasi tempatan selain memuat turun aplikasi al-Quran digital menerusi pautan yang berada di halaman sama.
Dalam pada itu, pelaksanaan kod bar tersebut merupakan suatu inisiatif oleh Kementerian Wakaf dan Hal Ehwal Islam Qatar dengan kerjasama Pusat Kebudayaan Islam Abdullah bin Zaid Al-Mahmoud.
Turut disyorkan 86 peratus kandungan anti-Muslim di Twitter berasal dari AS, UK dan India
Baca juga Masjid di India muncul selepas ditenggelami air selama 30 tahun.
3. Mural hadis Nabi Muhammad SAW.
Bagi peminat Piala Dunia FIFA yang berpeluang mengunjungi Doha, mereka akan disambut oleh beberapa mural hadis Nabi Muhammad SAW yang ada di sekitar bandar tersebut.
Mural yang memaparkan pelbagai ucapan Rasulullah SAW tentang belas kasihan, amal dan perbuatan baik telah diletakkan oleh pihak Qatar untuk memperkenalkan nilai-nilai Islam kepada pengunjung luar.
Qatar appears to be preparing to share its culture and values with incoming visitors from around the world!
One resident has spotted these beautiful reminders from the Prophet Muhammad around Doha.
Have you seen any yet?
📷 @jakjakal (Twitter) pic.twitter.com/HFn7N4T3Oy
— Doha News (@dohanews) October 27, 2022
Antara hadis baginda yang dikongsikan termasuk riwayat al-Bukhari, “Sesiapa yang tidak mengasihi, maka dia tidak akan dikasihi,” serta “Siapa yang sanggup mendinding dirinya dari api neraka, walaupun dengan (bersedekah) sebelah buah kurma, maka hendaklah dia lakukan (segera),” seperti diriwayatkan oleh Muslim.
Turut disyorkan Fatima al-Fihri, pengasas universiti pertama dunia
Sumber: AFP, Al Jazeera & About Islam
Foto: 123rf, About Islam & Twitter