Sinar Islam Plus
  • Berita Semasa
    • Dalam Negara
    • Antarabangsa
    • Istimewa Panggilan Baitullah
    • Semarak Patriotik: 65 tahun Malaysia Merdeka
    • Rindu Rasulullah
  • Isu
  • Hukum
    • Soal Jawab Agama
    • Dari Fail Mahkamah Syariah
    • Ibadah
  • Iqtisad
    • Faraid
    • Perbankan Islam
  • Personaliti
  • Video
  • Aqidah

Popular

  • Taliban Tukar Bendera Afghanistan Menjadi “La Ilaha Illallah Muhammadur Rasulullah”

    Taliban Tukar Bendera Afghanistan Menjadi “La Ilaha Illallah Muhammadur Rasulullah”

    August 17, 2021
  • ‘Laluan Tikus’ Perut Bumi Gaza, Strategi Perang Ditakuti Zionis

    ‘Laluan Tikus’ Perut Bumi Gaza, Strategi Perang Ditakuti Zionis

    May 21, 2021
  • UEFA ‘Koyak’ Denda Celtic FC Kerana Palestin

    UEFA ‘Koyak’ Denda Celtic FC Kerana Palestin

    May 18, 2021
  • Zakat perniagaan tetap perlu dibayar walaupun rugi

    Zakat perniagaan tetap perlu dibayar walaupun rugi

    February 25, 2021

Ikuti Kami

Pilihan Editor

  • Realiti pahit yang terpaksa ditelan rakyat Syria

    Realiti pahit yang terpaksa ditelan rakyat Syria

    December 2, 2022
  • Bantu segera, berjuta sedang sengsara di Syria

    Bantu segera, berjuta sedang sengsara di Syria

    July 29, 2022
  • Pelarian Syria: Cerita kita dan kisah mereka

    Pelarian Syria: Cerita kita dan kisah mereka

    April 8, 2022
  • Selain kefarduan solat, berikut perkara lain semasa peristiwa Israk dan Mikraj

    Selain kefarduan solat, berikut perkara lain semasa peristiwa Israk dan Mikraj

    February 28, 2022
Sinar Islam Plus
  • Berita Semasa
    • Dalam Negara
    • Antarabangsa
    • Istimewa Panggilan Baitullah
    • Semarak Patriotik: 65 tahun Malaysia Merdeka
    • Rindu Rasulullah
  • Isu
  • Hukum
    • Soal Jawab Agama
    • Dari Fail Mahkamah Syariah
    • Ibadah
  • Iqtisad
    • Faraid
    • Perbankan Islam
  • Personaliti
  • Video
  • Aqidah
Aqidah,

ENAM cara syaitan sesatkan manusia

by Nurulfatiha MuahJanuary 17, 2023
0
Shares
Share on FacebookShare on Twitter
Syaitan
BERHATI-HATI dengan godaan syaitan. -FOTO: CANVA

UMAT Islam sememangnya mengetahui syaitan akan menyesatkan manusia sehinggalah dunia menemui penamatnya.

Itulah janji makhluk ALLAH SWT yang terkutuk dan dilaknat. Bahkan, mereka tanpa jemu dan lelah akan terus melorongkan kita ke jalan yang salah dan memesongkan.

Andai iman tidak utuh, maka mudahlah kita ditewaskan syaitan. Akhirnya kita sendiri tersungkur di lembah kehinaan dan kerugian.

Benarlah, syaitan itu musuh manusia yang nyata. Usah sesekali mempercayai kelompok menyesatkan itu kerana kelak ia menjebakkan diri lohong ‘kegelapan’.

Hal itu bertepatan dengan firman ALLAH SWT yang bermaksud: “Dan janganlah kamu mengikuti langkah-langkah syaitan; kerana sesungguhnya syaitan itu adalah musuh yang nyata bagimu. Sesungguhnya syaitan itu hanya menyuruh kami berbuat jahat dan keji, dan mengatakan terhadap ALLAH apa yang tidak kamu ketahui.” (Surah al-Baqarah, ayat 168-169)

Meskipun kita tidak boleh melihat fizikal syaitan, namun ketahuilah makhluk jahat itu begitu licik mengatur strategi agar kita goyah dengan ‘seruannya’.

Baca juga Buat dosa dahulu, taubat kemudian… antara tipu daya syaitan

Terdapat enam cara syaitan untuk menyesatkan manusia sebagaimana dipetik menerusi portal Rumaysho.com.

IKLAN
Syaitan

JANGAN terpedaya dengan tipu daya dan muslihat syaitan. -FOTO: PIXABAY

Berikut adalah perinciannya:

i. Mengajak manusia kepada kekufuran, kesyirikan dan permusuhan pada ALLAH SWT dan rasul-NYA.

Itulah langkah pertama dilakukan oleh syaitan tanpa jemu. Malah, makhluk itu akan terus mengganggu manusia untuk ‘jatuh’ ke dalam dosa. Masakan tidak, jika berjaya, kedudukan syaitan itu akan dinaikkan menjadi pengganti iblis.

ii. ‘Menyeru’ perbuatan bidaah.

Andai cara pertama itu gagal, manusia akan digoda supaya melakukan perbuatan bidaah. Perilaku itu lebih disukai oleh iblis daripada dosa besar atau maksiat lain.

Ini kerana, bidaah begitu lebih mendatangkan ancaman besar kepada pelakunya antaranya membahayakan agama seseorang, selain orang lain kerana ia akan menjadi ikut-ikutan berbuat sesuatu yang tiada tuntutan.

Di samping itu, mereka yang melakukan perbuatan bidaah akan sukar menyedarinya dan bertaubat kerana sentiasa merasakan dirinya sentiasa betul dan terjebak dengan doktrin sesat yang bercanggah dengan ajaran Rasulullah SAW.

Malah, amalan bidaah juga mengajak kita supaya tidak bersetuju dengan apa yang dibawakan oleh Nabi Muhammad SAW sehingga boleh menjerumuskan seseorang dalam kekufuran dan syirik. 

iii. Menggoda supaya manusia melakukan dosa besar (al-kabair).

Jika langkah kedua tidak berjaya, syaitan akan mengajak manusia melakukan dosa besar dalam pelbagai bentuk lebih-lebih lagi terhadap orang alim (berilmu).

IKLAN

Makhluk keji itu akan berusaha bersungguh-sungguh untuk menyesatkan orang soleh untuk menjauhkan manusia daripada mereka. Ini kerana kelompok seperti itu lazimnya diikuti oleh orang ramai.

Baca juga 3 sifat ini penyebab dosa

Bahkan tidak keterlaluan dikatakan, orang yang berjaya menyesatkan manusia itu kelak akan menjadi ‘pengganti’ syaitan tanpa disedari.

Syaitan

USAH lakukan perkara yang boleh menjebakkan diri ke lembah kebinasaan. -FOTO: 123RF

iv. Mengundang manusia melakukan dosa-dosa kecil (ash-shaghair).

Meskipun dosa itu nampak remeh dan kecil, tetapi ia sebenarnya mengundang bahaya.

Dalam sebuah hadis, Rasulullah SAW bersabda: “Berhati-hatilah kalian daripada dosa-dosa kecil yang biasa diremehkan, sebab itu semua dapat terkumpul sehingga dapat membinasakan orangnya.” Lalu baginda membuat perumpamaan, suatu kamu (rombongan) yang turun berkhemah di hutan dan ketika tiba waktunya makan, tiap orang keluar mencari lidi serta dahan pohon. Setiap orang mendapatkan satu dahan sehingga terkumpul banyak dan dinyalakan api yang dapat memasak makanan.” (Hadis Riwayat Ahmad)

IKLAN

Baca juga [VIDEO] Berkali-kali buat dosa kecil, boleh jadi dosa besarkah?

Ini bermaksud, semua orang datang dengan kayu api sehingga api dinyalakan dan membesar. Justeru, jangan pandang rendah dengan dosa-dosa kecil. Jika ditimbun akan banyak bank dosa kita.

v. Menyibukkan diri dengan perkara yang tidak berpahala.

Gara-gara sibuk dengan perkara yang sia-sia, ia akan mengakibatkan kita kehilangan pahala. Seandainya syaitan tidak berjaya menggoda pada peringkat kelima ini, maka seorang akan hamba akan menjadi benar-benar tamak dan terlalu menjaga masa berharganya. Ini kerana dirinya sedar berapa buruk natijahnya andai waktu yang tersisa dibiarkan begitu sahaja.

vi. Menyibukkan diri dengan amalan kurang sempurna walaupun ada amalan lebih lengkap dan afdal.

Barangkali ada perbuatan yang afdal dan lebih utama, tetapi syaitan menggoda manusia supaya melakukan amalan yang kurang sempurna supaya dirinya terlepas ganjaran utama.

Bukan itu sahaja, makhluk terkutuk itu akan mendorong kita supaya berfikir bahawa amalan kurang sempurna itulah yang lebih baik. Apabila kita melakukan suatu kebaikan, pasti kita akan menganggapnya satu perbuatan mulia dan mendekatkan diri kepada ALLAH SWT.

Syaitan

JANGAN pernah berhenti untuk beristighfar dan bertaubat serta berdoa agar dijauhi daripada sebarang kejahatan yang diseru oleh syaitan. -FOTO: 123RF

Hakikatnya, syaitan tidak mungkin mengajak manusia kepada kebaikan. Mereka hanya mengaburi mata manusia sahaja supaya menyangka apa yang kita lakukan dianggap baik dan semuanya digerakkan oleh ALLAH SWT.

Justeru, berhati-hatilah dengan tipu daya dan muslihat syaitan yang begitu licik. Jangan mudah terpedaya dengan bisikan yang memandu kita kepada kejahatan. Barangkali itu godaan syaitan tanpa kita sedari!

***Foto: Canva

IKLAN
cara syaitan sesatkan manusiasinarislamplussyaitan
Previous

Singgah masjid tapi tak solat tahiyyatul masjid ‘perbuatan kurang baik’

January 16, 2023
Next

Al-Quran bermotif corak tempatan bukti mukjizat ALLAH untuk semua

January 17, 2023

Related posts

GAMBAR PORTAL FB (45)
Aqidah,

Telinga berdengung tanda Rasulullah rindu, benarkah begitu?

by Fatin Fatihah HussinJanuary 13, 2023
Tempat istimewa di sisi ALLAH
Aqidah,

LIMA ciri insan yang dapat tempat istimewa di sisi ALLAH

by Nurulfatiha MuahJanuary 13, 2023
GAMBAR PORTAL FB (35)
Aqidah,

Mandi bunga percepat jodoh. Khurafat yang menjerumuskan ke lembah syirik!

by Fatin Fatihah HussinJanuary 11, 2023
GAMBAR PORTAL FB (29)
Aqidah,

Nota ringkas peristiwa di padang mahsyar

by Fatin Fatihah HussinJanuary 11, 2023

Popular

  • Taliban Tukar Bendera Afghanistan Menjadi “La Ilaha Illallah Muhammadur Rasulullah”

    Taliban Tukar Bendera Afghanistan Menjadi “La Ilaha Illallah Muhammadur Rasulullah”

    August 17, 2021
  • ‘Laluan Tikus’ Perut Bumi Gaza, Strategi Perang Ditakuti Zionis

    ‘Laluan Tikus’ Perut Bumi Gaza, Strategi Perang Ditakuti Zionis

    May 21, 2021
  • UEFA ‘Koyak’ Denda Celtic FC Kerana Palestin

    UEFA ‘Koyak’ Denda Celtic FC Kerana Palestin

    May 18, 2021
  • Zakat perniagaan tetap perlu dibayar walaupun rugi

    Zakat perniagaan tetap perlu dibayar walaupun rugi

    February 25, 2021
  • Lelaki Lumpuh Digeruni Zionis

    Lelaki Lumpuh Digeruni Zionis

    May 20, 2021

Ikuti Kami

Pilihan Editor

  • Realiti pahit yang terpaksa ditelan rakyat Syria

    Realiti pahit yang terpaksa ditelan rakyat Syria

    December 2, 2022
  • Bantu segera, berjuta sedang sengsara di Syria

    Bantu segera, berjuta sedang sengsara di Syria

    July 29, 2022
  • Pelarian Syria: Cerita kita dan kisah mereka

    Pelarian Syria: Cerita kita dan kisah mereka

    April 8, 2022
  • Selain kefarduan solat, berikut perkara lain semasa peristiwa Israk dan Mikraj

    Selain kefarduan solat, berikut perkara lain semasa peristiwa Israk dan Mikraj

    February 28, 2022

© 2021 Sinar Karangkraf All rights reserved.