Sinar Islam Plus
  • Berita Semasa
    • Dalam Negara
    • Antarabangsa
    • Istimewa Panggilan Baitullah
    • Semarak Patriotik: 65 tahun Malaysia Merdeka
    • Rindu Rasulullah
  • Isu
  • Hukum
    • Soal Jawab Agama
    • Dari Fail Mahkamah Syariah
    • Ibadah
  • Iqtisad
    • Faraid
    • Perbankan Islam
  • Personaliti
  • Video
  • Aqidah

Popular

  • Taliban Tukar Bendera Afghanistan Menjadi “La Ilaha Illallah Muhammadur Rasulullah”

    Taliban Tukar Bendera Afghanistan Menjadi “La Ilaha Illallah Muhammadur Rasulullah”

    August 17, 2021
  • ‘Laluan Tikus’ Perut Bumi Gaza, Strategi Perang Ditakuti Zionis

    ‘Laluan Tikus’ Perut Bumi Gaza, Strategi Perang Ditakuti Zionis

    May 21, 2021
  • UEFA ‘Koyak’ Denda Celtic FC Kerana Palestin

    UEFA ‘Koyak’ Denda Celtic FC Kerana Palestin

    May 18, 2021
  • Zakat perniagaan tetap perlu dibayar walaupun rugi

    Zakat perniagaan tetap perlu dibayar walaupun rugi

    February 25, 2021

Ikuti Kami

Pilihan Editor

  • Realiti pahit yang terpaksa ditelan rakyat Syria

    Realiti pahit yang terpaksa ditelan rakyat Syria

    December 2, 2022
  • Bantu segera, berjuta sedang sengsara di Syria

    Bantu segera, berjuta sedang sengsara di Syria

    July 29, 2022
  • Pelarian Syria: Cerita kita dan kisah mereka

    Pelarian Syria: Cerita kita dan kisah mereka

    April 8, 2022
  • Selain kefarduan solat, berikut perkara lain semasa peristiwa Israk dan Mikraj

    Selain kefarduan solat, berikut perkara lain semasa peristiwa Israk dan Mikraj

    February 28, 2022
Sinar Islam Plus
  • Berita Semasa
    • Dalam Negara
    • Antarabangsa
    • Istimewa Panggilan Baitullah
    • Semarak Patriotik: 65 tahun Malaysia Merdeka
    • Rindu Rasulullah
  • Isu
  • Hukum
    • Soal Jawab Agama
    • Dari Fail Mahkamah Syariah
    • Ibadah
  • Iqtisad
    • Faraid
    • Perbankan Islam
  • Personaliti
  • Video
  • Aqidah
Gaya Hidup,

Buat dosa dahulu, taubat kemudian… antara tipu daya syaitan

by Fatin Fatihah HussinDecember 29, 2022
1
Shares
Share on FacebookShare on Twitter
Untittled Image (89)
TAUBAT adalah untuk perbuatan dosa yang dilakukan tanpa sengaja dan bukannya "jalan keluar" bagi melakukannya. - Foto: Canva

“BUAT dosa dulu. Nanti bila-bila aku taubat.”

“Kali ni je aku buat dosa. Lepas ni aku taubat.”

Ini antara kata-kata yang sering kita ucapkan untuk cuba mengurangkan rasa bersalah sebelum melakukan dosa seolah taubat dijadikan “penguat” untuk melakukan dosa.

Penulis buku FainniQarib, Fakhri Fadzli berkongsi segala kata-kata yang hadir dalam sanubari manusia untuk membuat kemungkaran sebenarnya ia datang daripada tipu daya syaitan.

Jelasnya, syaitan menjadikan taubat dan keampunan ALLAH SWT sebagai alasan untuk semakin melakukan dosa. “Tidak mengapa ALLAH SWT kan MAHA PENGAMPUN, Lepas buat dosa ni, aku jadilah orang yang soleh.”

“Ini yang telah berlaku kepada adik-beradik Nabi Yusuf AS tatkala mereka merancang untuk menyingkirkan baginda daripada keluarga mereka. Perancangan mereka pada mulanya adalah untuk membunuh baginda.

IKLAN

“Namun membunuh adalah terlalu berat. Maka salah seorang daripada mereka mencadangkan agar baginda dibuang ke tempat yang jauh.

SETIAP sirah dan kisah yang berlaku dalam al-Quran adalah sebaik-baik pengajaran dan petunjuk kepada umat manusia hari ini. – Foto: Canva 

“Tetap masih dirasakan perbuatan ini berat. Mereka menyedapkan hati sesama mereka bahawa perbuatan itu untuk mendapat perhatian ayah mereka.

“Mereka cuba membalutinya dengan niat untuk bertaubat sebelum melakukan dosa agar dosa tersebut terasa ringan, indah dan bersemangat untuk dilakukan. Kemudian mereka berazam untuk menjadi orang yang soleh selepas melakukan perbuatan jahat itu,” katanya di laman facebook beliau.

Baca juga 3 jenis kejayaan bersumberkan dosa

Menurut Fakhri lagi, walaupun sebab selepas itu mereka akan “bertaubat”. Namun bermula daripada satu dosa yang kecil tanpa disedari kita akan melakukan pelbagai dosa lain secara berangkai.

“Adik-beradik Nabi Yusuf ketika ingin melakukan satu dosa iaitu membuang baginda ke dalam telaga telah melakukan dosa-dosa yang lain. Mereka berbohong dan melakukan pelbagai tipu daya.

IKLAN

“Pertama mereka bersangka buruk kepada ayah mereka dengan mengatakan bahawa Nabi Ya’qub tidak pernah membenarkan Nabi Yusuf dalam jagaan mereka. Kedua mereka berbohong ingin bermain dengan baginda serta berbohong untuk menjaganya.

“Ketiga mereka berbohong dengan tangisan palsu. Keempat mereka berbohong dengan mendakwa Nabi Yusuf dimakan serigala. Kelima mereka berbohong dengan baju yang berlumuran darah palsu.

BERMULA daripada satu dosa pembohongan yang kecil tanpa disedari akan melakukan pelbagai dosa lain secara berangkai. – Foto: Canva

“Keenam mereka mencela ayah mereka, bahawa baginda tidak akan mempercayai mereka. Kesemua dosa ini dilakukan ketika mereka membuka peluang untuk melakukan satu dosa sahaja iaitu membuang Nabi Yusuf ke dalam telaga.

IKLAN

“Akhirnya adakah mereka menjadi orang yang soleh seperti yang dijanjikan sebelum melakukan dosa ini? Tidak sama sekali.

Baca juga 5 cara ALLAH SWT menghapuskan dosa hamba-NYA. Cara yang kelima sangat sukar dilalui manusia, namun besar ganjaran menanti

Ujar Fakhri, berdasarkan kisah di atas antara pengajaran yang boleh diambil adalah:

1) Taubat adalah untuk perbuatan dosa yang dilakukan tanpa sengaja dan bukannya “jalan keluar” bagi melakukannya.

2) Dosa perlu dicegah daripada awal. Maka jalan ke arahnya perlu ditutup.

3) Syaitan akan sentiasa menjadikan dosa itu kecil dan indah dengan memperlihatkan kebaikan-kebaikan palsu yang ada padanya serta menjanjikan taubat.

Ikuti kami di Tiktok, Instagram, Facebook, Twitter dan Youtube Sinar Islam Plus

IKLAN
Previous

Haram menulis atau baca bahan bacaan berunsur lucah

December 29, 2022
Next

Walaupun balik dari kerja, masuk rumah berilah salam

December 29, 2022

Related posts

GAMBAR PORTAL FB (52)
Gaya Hidup,

Sebenarnya kita yang menjemput makhluk halus balik ke rumah. Istiqamah dengan EMPAT amalan mulia ini, elak terus diganggu iblis.

by Fatin Fatihah HussinJanuary 16, 2023
Istighfar
Gaya Hidup,

Istighfar bukan sekadar memohon keampunan ALLAH, tetapi juga dibuka pintu rezeki

by Nurulfatiha MuahJanuary 14, 2023
Bercakap tentang orang lain
Gaya Hidup,

Suka bercakap tentang orang lain? Hati-hatilah dengan perbuatan ini

by Nurulfatiha MuahJanuary 11, 2023
GAMBAR PORTAL FB (27)
Gaya Hidup,

‘Orang tak suka dekat kita’, Ustaz Abdullah Khairi kongsi tips agar disenangi ramai

by Fatin Fatihah HussinJanuary 10, 2023

Popular

  • Taliban Tukar Bendera Afghanistan Menjadi “La Ilaha Illallah Muhammadur Rasulullah”

    Taliban Tukar Bendera Afghanistan Menjadi “La Ilaha Illallah Muhammadur Rasulullah”

    August 17, 2021
  • ‘Laluan Tikus’ Perut Bumi Gaza, Strategi Perang Ditakuti Zionis

    ‘Laluan Tikus’ Perut Bumi Gaza, Strategi Perang Ditakuti Zionis

    May 21, 2021
  • UEFA ‘Koyak’ Denda Celtic FC Kerana Palestin

    UEFA ‘Koyak’ Denda Celtic FC Kerana Palestin

    May 18, 2021
  • Zakat perniagaan tetap perlu dibayar walaupun rugi

    Zakat perniagaan tetap perlu dibayar walaupun rugi

    February 25, 2021
  • Lelaki Lumpuh Digeruni Zionis

    Lelaki Lumpuh Digeruni Zionis

    May 20, 2021

Ikuti Kami

Pilihan Editor

  • Realiti pahit yang terpaksa ditelan rakyat Syria

    Realiti pahit yang terpaksa ditelan rakyat Syria

    December 2, 2022
  • Bantu segera, berjuta sedang sengsara di Syria

    Bantu segera, berjuta sedang sengsara di Syria

    July 29, 2022
  • Pelarian Syria: Cerita kita dan kisah mereka

    Pelarian Syria: Cerita kita dan kisah mereka

    April 8, 2022
  • Selain kefarduan solat, berikut perkara lain semasa peristiwa Israk dan Mikraj

    Selain kefarduan solat, berikut perkara lain semasa peristiwa Israk dan Mikraj

    February 28, 2022

© 2021 Sinar Karangkraf All rights reserved.