Sinar Islam Plus
  • Berita Semasa
    • Dalam Negara
    • Antarabangsa
    • Istimewa Panggilan Baitullah
  • Isu
  • Hukum
    • Soal Jawab Agama
    • Dari Fail Mahkamah Syariah
  • Iqtisad
    • Faraid
    • Perbankan Islam
  • Personaliti
  • Video
  • Sinar Harian

Popular

  • Taliban Tukar Bendera Afghanistan Menjadi “La Ilaha Illallah Muhammadur Rasulullah”

    Taliban Tukar Bendera Afghanistan Menjadi “La Ilaha Illallah Muhammadur Rasulullah”

    August 17, 2021
  • ‘Laluan Tikus’ Perut Bumi Gaza, Strategi Perang Ditakuti Zionis

    ‘Laluan Tikus’ Perut Bumi Gaza, Strategi Perang Ditakuti Zionis

    May 21, 2021
  • UEFA ‘Koyak’ Denda Celtic FC Kerana Palestin

    UEFA ‘Koyak’ Denda Celtic FC Kerana Palestin

    May 18, 2021
  • Zakat perniagaan tetap perlu dibayar walaupun rugi

    Zakat perniagaan tetap perlu dibayar walaupun rugi

    February 25, 2021

Ikuti Kami

Pilihan Editor

  • Bantu segera, berjuta sedang sengsara di Syria

    Bantu segera, berjuta sedang sengsara di Syria

    July 29, 2022
  • Pelarian Syria: Cerita kita dan kisah mereka

    Pelarian Syria: Cerita kita dan kisah mereka

    April 8, 2022
  • Selain kefarduan solat, berikut perkara lain semasa peristiwa Israk dan Mikraj

    Selain kefarduan solat, berikut perkara lain semasa peristiwa Israk dan Mikraj

    February 28, 2022
  • Usah batalkan puasa ganti sesuka hati, ini penjelasannya

    Usah batalkan puasa ganti sesuka hati, ini penjelasannya

    February 21, 2022
Sinar Islam Plus
  • Berita Semasa
    • Dalam Negara
    • Antarabangsa
    • Istimewa Panggilan Baitullah
  • Isu
  • Hukum
    • Soal Jawab Agama
    • Dari Fail Mahkamah Syariah
  • Iqtisad
    • Faraid
    • Perbankan Islam
  • Personaliti
  • Video
  • Sinar Harian
Uncategorized,

Hukum mencium al-Quran, ramai yang masih keliru tentang perkara ini. Jom hadamkan penjelasan pendakwah ini

by Nurul Fatiha MuahJanuary 17, 2021
1
Shares
Share on FacebookShare on Twitter
malik-shibly-lKbz2ejxYbA-unsplash

KITA mungin berasa agak janggal apabila melihat orang yang selesai membaca al-Quran bingkas bangun, lalu terus menyimpan mushaf al-Quran tanpa menciumnya terlebih dahulu.

Masakan tidak, kebanyakan daripada kita akan mencium kitab suci itu sama ada sebelum atau selepas membacanya.

Sejak kecil lagi, kita diajar berbuat demikian. Jika tiada sesiapa yang menyuruh kita melakukannya, perkara itu tetap akan dibuat juga. Ini kerana kita sudah terbiasa melihat orang lain melakukannya.

Apakah perbuatan mencium al-Quran itu merupakan suatu yang wajib?

Namun begitu, ada juga orang yang menganggap perbuatan itu adalah bidaah semata-mata. Benarkah tanggapan itu?

IKLAN

Menjawab persoalan itu, pendakwah Ustaz Azhar Idrus menjelaskan, dalam perihal hukum, para ulama mempunyai tiga pandangan berbeza mengenainya sebagaimana yang dijelaskan menerusi Facebook miliknya baru-baru ini.

Pandangan pertama katanya, hukumnya adalah sunat. Ia merupakan pandangan para fuqaha Mazhab Syafie antaranya Imam al-Nawawi, Ibnu Hajar al-Haithami, Imam az-Zarkasyi dan pada satu riwayat bagi Imam Ahmad.

Antara dalil yang digunakan termasuklah yang diriwayatkan daripada Umar RA: “Sesungguhnya adalah Umar RA mengambil mushaf pada setiap pagi dan menciumnya dan berkata: ‘Inilah perjanjian Tuhanku yang datang dari Tuhanku’.”

Mencium al-Quran

Satu lagi dalil diriwayatkan daripada Uthman bin ‘Affan RA bahawa beliau mencium mushaf dan menyapunya ke mukanya.

Selain itu, Ustaz Azhar Idrus turut menukilkan pandangan Imam al-Nawawi yang menyatakan: “Telah kami riwayatkan pada kitab Musnad ad-Darimi dengan sanad yang sahih daripada Ibnu Abi Mulaikah, sesungguhnya Ikrimah bin Abi Jahl RA, beliau meletakkan mushaf atas wajahnya dan berkata ‘Kitab Tuhanku Kitab Tuhanku’.

IKLAN

Baca juga Memang mudah baca al-Quran tulisan rumi, tapi elakkanlah. Ini sebabnya…

Menyambung hujahnya, Ustaz Azhar Idrus menjelaskan, pandangan kedua menyatakan, hukum mencium al-Quran adalah harus dan bukan sunat.

“Inilah pendapat Mazhab Hanafi dan satu riwayat daripada Imam Ahmad. Pandangan sama turut disuarakan oleh Ibnu Taimiyah dan as-Syaukani yang mana mereka menjelaskan bahawa hukum mencium mushaf itu harus kerana tiada dalilnya, tetapi jika menciumnya juga, maka tidak menjadi kesalahan.

“Sementara itu, pandangan ketiga adalah makruh hukumnya apabila kita mencium al-Quran. Ia sebagaimana yang dinyatakan oleh Mazhab Maliki,” katanya.

Seperkara lagi, mengulas tentang dakwaan yang mengaitkan perbuatan mencium al-Quran dengan unsur bidaah, ujar Ustaz Azhar Idrus, ia sebenarnya bidaah yang tidak dilarang.

Mencium al-Quran

“Ketahuilah, bidaah yang dilarang akan menyebabkan pelakunya jadi sesat masuk neraka.

IKLAN

“Mana mungkin seorang manusia akan masuk neraka kerana memuliakan al-Quran. Sedangkan memberi minum anjing yang dahaga pun dibalas dengan syurga sebagaimana disebutkan dalam hadis sahih, inikan pula memuliakan kalam ALLAH SWT,” jelas beliau.

Justeru, tiada masalah untuk kita mencium mushaf berkenaan atau tidak. Ia sebagai antara cara kita memuliakan al-Quran.

Mencium al-Quran atau tidak sebenarnya bukanlah isu utama. Sebaliknya, bacalah, hayati dan ambil panduan daripada kalam ALLAH itu buat bekalan kita di akhirat kelak.

Sumber: Facebook Ustaz Azhar Idrus (Original)

Foto: Freepik & Unsplash

IKLAN
berita-semasalifestylesinarharianMencium al-Quransinarislamplus
Previous

Trend kotak misteri, kotak teka-teki ketika membuat pembelian online, ini pandangan Islam mengenai pendekatan terbaharu penjual itu…

January 16, 2021
Next

Lakar sejarah baharu, Arab Saudi bakal lantik hakim kerajaan dalam kalangan wanita tidak lama lagi…

January 18, 2021

Related posts

punca harta haram
Hukum, Uncategorized,

Mesin ‘claw’ didik amalan judi dalam kalangan kanak-kanak

by Nurizan Abu KassanJune 30, 2022
Penuhi enam hak sesama Muslim
Isu, Uncategorized,

Penuhi enam hak sesama Muslim, jamin keteguhan ukhuwah.

by Sarrah MohsinJune 10, 2022
Untitled design (13)
Hukum, Uncategorized,

Ketahui 5 cara hapuskan dosa mengumpat

by Nurizan Abu KassanJune 2, 2022
pexels-michael-burrows-7129750
Berita Semasa, Uncategorized,

4 langkah mudah bangun tahajud dan qiamullail

by Nurizan Abu KassanMay 24, 2022

Popular

  • Taliban Tukar Bendera Afghanistan Menjadi “La Ilaha Illallah Muhammadur Rasulullah”

    Taliban Tukar Bendera Afghanistan Menjadi “La Ilaha Illallah Muhammadur Rasulullah”

    August 17, 2021
  • ‘Laluan Tikus’ Perut Bumi Gaza, Strategi Perang Ditakuti Zionis

    ‘Laluan Tikus’ Perut Bumi Gaza, Strategi Perang Ditakuti Zionis

    May 21, 2021
  • UEFA ‘Koyak’ Denda Celtic FC Kerana Palestin

    UEFA ‘Koyak’ Denda Celtic FC Kerana Palestin

    May 18, 2021
  • Zakat perniagaan tetap perlu dibayar walaupun rugi

    Zakat perniagaan tetap perlu dibayar walaupun rugi

    February 25, 2021
  • Lelaki Lumpuh Digeruni Zionis

    Lelaki Lumpuh Digeruni Zionis

    May 20, 2021

Ikuti Kami

Pilihan Editor

  • Bantu segera, berjuta sedang sengsara di Syria

    Bantu segera, berjuta sedang sengsara di Syria

    July 29, 2022
  • Pelarian Syria: Cerita kita dan kisah mereka

    Pelarian Syria: Cerita kita dan kisah mereka

    April 8, 2022
  • Selain kefarduan solat, berikut perkara lain semasa peristiwa Israk dan Mikraj

    Selain kefarduan solat, berikut perkara lain semasa peristiwa Israk dan Mikraj

    February 28, 2022
  • Usah batalkan puasa ganti sesuka hati, ini penjelasannya

    Usah batalkan puasa ganti sesuka hati, ini penjelasannya

    February 21, 2022

© 2021 Sinar Karangkraf All rights reserved.