Browsing Tag

world refugees day

Vogue Arabia
Berita Semasa, Jendela Dunia, Personaliti,

Adakah Anda Tahu Tokoh-Tokoh Terkenal Ini Pernah Menjadi Pelarian?

no comment

Dari Rusia,  Somalia hingga Bulgaria, Iran dan Syria, berikut adalah kisah-kisah inspirasi daripada beberapa pelarian terkenal.

Jumlah mereka yang berpindah secara paksa pada akhir tahun 2020 dianggarkan mencecah kurang daripada  82.4 juta orang dengan 26.4 juta dianggap sebagai pelarian.

Tarikh 20 Jun lalu menandakan Hari Pelarian Sedunia, pertama kali diraikan pada tahun 2001 untuk mengiktiraf ulang tahun ke-50 Konvensyen 1951 Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu yang berkaitan dengan Status Pelarian.

Berikut adalah beberapa kisah tokoh yang menjadi inspirasi dan membawa harapan kepada berjuta pelarian lain dalam beberapa dekad kebelakangan ini.

 

Maryam Monsef (AA)

 

Maryam Monsef

Dilahirkan di Mashhad, Iran, keluarga Maryam Monsef melarikan diri ke Afghanistan sebelum dia dilahirkan.

Namun pada 1996, ibunya yang juga seorang balu membawa Maryam dan dua adiknya berpindah dari Afghanistan ke Kanada untuk melepaskan diri daripada Taliban.

Pada 2015, Maryam menjadi wanita pertama Afghan-Kanada dipilih sebagai Anggota Parlimen mewakili kawasan Peterboroug-Kawartha.

Kemudian, belia dilantik sebagai Menteri Institusi Demokrat pada 4 November dalam Kabinet Perdana Menteri Justin Trudeau.

 

Yusra Mardini, (AA)

Yusra Mardini

Yusra Mardini adalah salah satu daripada berjuta-juta rakyat Syria yang hidupnya berubah berikutan perang di negara di mana belaiu sebelumnya menyimpan cita-cita mewakili negaranya dalam pertandingan renang di peringkat antarabangsa.

Ketikat Yusra, berumur 17 tahun, bersama kakaknya, Sara, mereka memutuskan  melarikan diri ke Eropah pada 2015 menaiki perahu sarat dengan penumpang.

Ramai dalam kalangan pelarian di dalam perahu berkenaan terkorban  di lautan berombak, meragut nyawa wanita dan kanak-kanak lain tetapi Yusra dan adiknya terselamat untuk meneruskan perjalanan.

Tiba di Jerman, Yusra meneruskan cita-citanya dan berkecimpung dalam sukan renang dan akhirnya bertanding di sukan Olimpik Rio pada tahun 2016 sebagai ahli Pasukan Olimpik Pelarian pertama dunia.

Sebagai tambahan, Yusra juga menjadi duta muhibah UNHCR termuda.

 

Gloria Estefan(AA)

Gloria Estefan

Bintang pop Latin yang terkenal ini dilahirkan di Havana, Cuba tetapi meninggalkan negaranya pada tahun 1959 bersama keluarganya setelah revolusi komunis Fidel Castro yang menguasai negara itu pada tahun yang sama. Estefan berusia dua tahun ketika beliau meninggalkan negaranya.

Selepas berjaya berpindah ke Florida di Amerika Syarikat, ayah Estefan menyertai tentera Amerika. Gloria diberi kewarganegaraan pada tahun 1974 dan memulakan kerjaya musiknya dengan kumpulan, the Miami Sound Machine. Langkah awal  itu, menyaksikan beliau kemudian menerima tujuh anugerah Grammy dalam kerjayanya di Amerika Syarikat.

Alek Wek (AA)

Alek Wek

 

Supermodel terkenal ini melarikan diri, ketika berusia sembilan tahun, dari Sudan bersama keluarganya berikutan tercetusnya perang saudara pada tahun 1991.

Alek Wek dan kakaknya pindah ke London dan di situlah Wek ditawar oleh agensi model sebagai model remaja dan memulakan kerjayanya yang agak panjang dalam industri fesyen.

 

Iman AbdulMajid (About Her)

Iman

Supermodel Somalia Iman Abdulmajid dan keluarganya berhijrah dari Somalia ke Kenya ketika rampasan kuasa berlaku pada tahun 1972.

Setahun kemudian, pada usia 18 tahun, beliau menyambung pelajarannya di Universiti Nairobi dalam bidang sains politik.

Iman kemudian bekerja sebagai penterjemah dan ketika itu beliau ditemui oleh Peter Beard, seorang jurugambar dan tokoh terkenal dalam dunia fesyen di Nairobi.

Beard menghantar gambar Iman ke Wilhelmina. Kemudian, Iman mula bekerja di agensi pemodelan dan memulakan kerjayanya sebagai model antarabangsa.

Dalam kerjayanya, beliau banyak menghias muka depa majalah antarabangsa seperti Vogue dan Harper’s Bazaar.

Tokoh fesyen Perancis Yves Saint Laurent yang kagum dengan kecantikan Iman menumpukan salah satu koleksi fesyennya kepada Iman yang digelarnya “Ratu Afrika.”

 

Mathangi Maya Arulpragasam, M.I.A. (AA)

M.I.A

Maya Arulpragasam, juru rap, penyanyi, produser dan juga seorang aktivis yang  dibesarkan di Sri Lanka dan kemudian berpindah bersama keluarganya ke London pada tahun 1986 semasa perang saudara tercetus di negara asalnya.

Belia mula dikenali dengan muziknya yang berunsurkan mesej politik dan merupakan satu-satunya artis yang dicalonkan untuk lima anugerah Academy, Brit Award, Grammy Award, Mercury Prize dan Alternative Turner.

Pada tahun 2019 beliau juga dianugerah sebagai Anggota Order of the British Empire (MBE).

 

Regina Spektor :(Facebook : Regina Spektor)

Regina Spektor

Penyanyi terkenal ini dilahirkan di Moscow, dan pada usia sembilan tahun, berpindah ke New York untuk melarikan diri dari penindasan agama di zaman Kesatuan Soviet.

Berdepan dengan dugaan anti-Semitik di Rusia, Regina bersama seluruh keluarganya termasuk ibu bapa, bapa saudara dan sepupunya meninggalkan negara itu untuk berpindah ke Bronx, New York. Pasport mereka dimusnahkan oleh pihak keselamatan sempadan Rusia untuk memastikan bahawa Regina dan keluarganya tidak dapat pulang ke Rusia.

Regina telah mengeluarkan puluhan album sejak tahun 2001.

Naim Suleymanoglu

Naim Suleymanoglu

Dilahirkan pada 1967 di Ptichar, Bulgaria Naim Suleymanoglu adalah etnik Turki yang mencipta nama dalam sukan angkat berat walaupun tingginya hanya 1.47 meter.

Ketika berusia 15 tahun, Naim memecahkan rekod dunia dalam sukan angkat berat di Brazil.

Ketika kerjaya memuncak, rejim komunis Todor Zhivkov di Bulgaria menjalankan dasar asimilasi terhadap etnik Turki di negara itu yang menyebabkan hampir setengah juta daripada mereka lari ke Turki antara  tahun 1980 hingga 1990.

Naim yang dipaksa tukar namanya kepada Naum Shalamanov yang mencerminkan unsur Slavik, membuat ramcangan sulit untuk lati ke Turki.

Ketika mewakili Bulgaria pada Piala Dunia Angkat Berat di Melbourne Australia pada 1986 – di mana Naim memenangi pingat emas dalam kategori 60 kilogram- beliau menghilangkan diri selepas pertandingan.

Naim kemudiannya didapati menyorok di bangunan kedutaaan Turki di Canberra.

Berkat bantuan pemerintah Turki, Naim diterbangkan ke London, kemudian tiba di Istanbul dan seterusnya ke Ankara dengan menaiki jet peribadi.

Selepas krisis dengan rejim Bulgaria diselesaikan, Naim bersaing mewakili Turki yang membuka jalan baginya untuk mengangkat namanya di seluruh dunia dalam sukan Olimpik Seoul 1988 apabila beliau memecahkan enam rekod dunia dan sembilan rekod Olimpik, selain membawa pingat emas pertama bagi Turki dalam acara sukan, selain gusti.

Naim juga memenangi pingat emas pada sukan Olimpik Barcelona pada tahun 1992 dan di Olimpik Atlanta pada tahun 1996.

Malala Yousafzai

Malala Yousafzai

Dilahirkan pada 1997, di Lembah Swat Pakistan, Malala terselamat daripada percubaan bunuh pada usia 15 tahun apabila kumpulan Taliban menembaknya pada tahun 2012 sewaktu  dalam perjalanan pulang dari sekolah.

Insiden itu merangsang beliau menentang keras usaha Taliban menghalang anak gadis menghadiri sekolah dan kini Malala muncul sebagai aktivis pendidikan kanak-kanak perempuan di seluruh dunia.

Malala yang menjadi sumber inspirasi dan suara untuk puluhan ribu gadis-gadis di seluruh dunia, dianugerahkan hadiah Nobel

pada 2014, menjadi pemenang termuda hadiah antarabangsa itu.

Kecederaan peluru yang dialaminya ketika diserang Taliban, banyak mengubah nasib Malala.

Dalam keadaan kritikal ketika itu, Malala dibawa ke sebuah hospital tentera di Peshawar di mana sebahagian tengkoraknya dikeluarkan untuk merawat kecederaan otak.

Selepas itu, beliau dipindahkan ke United Kingdom untuk rawatan lanjut.

Setahun setelah serangan itu, beliau memberi pidato di PBB dan menerbitkan buku pertamanya, “I Am Malala.”

Anan Jakich

Anan Jakich

Anan Jakich meninggalkan rumahnya di Salamiyah, Syria, pada  2014 dalam suasana perang yang semakin parah.

Pada mulanya, jurutera awam berusia 51 tahun lari  ke Turki dan kemudian nekad menaiki kapal kecil yang sesak untuk menyeludup masuk ke Greece.

Pada satu ketika dalam perjalanan beliau merasa seolah hayatnya akan berakhir kerana seharian tanpa makanan atau minuman. Namun nasib di sebelahnya kerana diselamatkan oleh pasukan sukarelawan.

Beberapa minggu kemudian, Anan diberi suaka di Jerman dan beberapa lama kemudian dapat membawa keluarganya ke negara baharunya itu.

Seorang jurutera yang berkelayakan, Anan menyedari bahawa dia perlu meningkatkan kemahiran IT untuk berjaya dalam kerjayanya.

Anan mengambil kesempatan menghadiri kursus IT percuma di Jerman dan pada 2018, dan kini bersama wanita pelarian lain menyelami dunia teknologi di negara baharunya.

 

 

 

Sumber : TRT World