Browsing Tag

Water

blogs.unicef.org
Jendela Dunia, Pilihan Editor,

‘Persenjataan Air’: Penaklukan Tersirat Rejim Israel

no comment

Oleh MUHAMMAD YUSUFF HASSAN

Kita sudah sedia maklum tentang kekerasan yang digunakan Israel unutk merampas tanah rakyat Palestin. 

Namun bukan hanya misil dan bom yang digunakan sebagai senjata dalam pertempuran ini.

Bekalan air pun digunakan oleh rejim zionis sebagai senjata untuk mengusir rakyat Palestin daripada kampung halaman dan kebun mereka.

Saluran televisyen Al Jazeera melaporkan bagaimana Israel menggunakan air bagi mengawal rakyat Palestin dan kemudian menghalau mereka dari tanah milik mereka. 

Sejak 1967 Israel telah mengawal hampir semua saluran air di sebelah barat sungai Jordan dan hal ini telah membawa kesan buruk kepada rakyat Palestin.

Petikan dari Washington Post mengenai sekatan air yang dilakukan regim Zionis terhadap rakyat Palestin

Manakala Washington Post telah melaporkan “salah satu kota tertua di dunia iatu Jericho yang terkenal dengan tanaman pisangnya menyaksikan produk itu hampir pupus kerana bekalan air bersih disekat oleh penjajah Israel.”

Perkara ini boleh berlaku kerana petani-petani Palestin tidak diberikan akses air bersih yang cukup untuk mereka meneruskan kehidupan dan pertanian mereka. 

Dalam waktu yang sama Israel telah merobohkan puluhan telaga dan perigi di kawasan yang diduduki rakyat Palestin. Ini menjadikan rakyat Palestin sangat bergantung kepada bekalan air dari sebuah syarikat milik negara Israel.

Bukan itu sahaja, Israel juga telah menghancurkan sebarang jenis sistem tadahan air hujan yang dibina oleh rakyat Palestin di kawasan perkampungan dengan alasan “tidak mempunyai permit pembinaan.”

Menurut Dontatella Rovera seorang wartawan yang berkhidmat untuk Amnesty International ketika ditemu bual oleh stesen Al Jazeera, syarikat air milik negara Israel “Mekorot” menjual air kepada rakyat Palestin dengan harga yang tinggi, sehinggakan ramai yang tidak mampu membelinya.

Perkara ini adalah “perang” yang memang sudah lama dirancang kerana negara haram Israel tahu bagi bahwa air  adalah sumber kehidupan dan sekira dapat menguasainya maka segalanya dapat dikawal.

Sungai Jordan yang turut menjadi sumber air di rantau itu di takluk Regim Zionis./ Sumber gambar : Karimeh Abbud, circa 1925

Dua punca air bersih utama di tebing barat adalah Sungai Jordan dan Gunung Akuifer. Kedua-dua punca air bersih ini terletak di bawah garisan sempadan Isreal-Palestin dan adalah rentas sempadan yang membentuk air sebagai sumber bersama untuk digunakan oleh Israel dan Palestin. 

Perkara ini sepatutnya dibahagikan secara sama rata demi memastikan keamanan rantau ini menurut undang-undang antarabangsa.

Namun, Israel melarang rakyat Palestin bukan sekadar menggunakan air dari sungai Jordan tetapi juga telah mengukuhkan penguasaannya ke atas Gunung Akuifer melalui perjanjian Oslo II pada tahun 1995 yang berat sebelah.

Perjanjian itu mengizinkan Israel untuk mendapat 80% akses air bersih manakala baki 20% kepada rakyat Palestin.

Namun, Israel melarang rakyat Palestin bukan sekadar menggunakan air dari sungai Jordan tetapi juga telah mengukuhkan penguasaannya ke atas Gunung Akuifer melalui perjanjian Oslo II pada tahun 1995 yang berat sebelah.

Perjanjian itu mengizinkan Israel untuk mendapat 80% akses air bersih manakala baki 20% kepada rakyat Palestin. 

Perjanjian yang sepatutnya tamat tempoh dalam masa lima tahun ini masih berterusan sehingga sekarang.

Perjanjian Oslo II pada tahun 1995 yang berat sebelah telah mengizinkan Israel untuk mendapat 80% akses air bersih manakala baki 20% kepada rakyat Palestin. /Sumber peta :whosewaterisitanyway .org

Kekurangan bekalan air telah menjadikan ramai di kalangan penduduk Palestin meninggalkan tanah dan rumah mereka untuk mencari penempatan baharu seperti apa yang sedang berlaku di Jericho. 

Jelas ia adalah taktik Israel untuk mengusir rakyat Pakestin agar mereka dapat membangunkan penempatan Yahudi di tanah yang ditinggalkan.

“Sekitar 1980 banyak penempatan haram baharu Yahudi dibina berdekatan dengan sumber aliran air bersih. Mereka juga telah membina kawasan tadahan air hujan dan telaga-telaga telah dibina di kawasan atas bukit seterusnya mengehadkan penggunaan air kepada petani-petani Palestin.

 Perkembangan ini memaksa petani Palestin  berpindah” menurut satu laporan Charles Straford Wartawan Al Jazeera yang bertugas di tebing barat.

Menurut Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB) rakyat negara haram Isreal dapat mengakses lebih empat kali ganda air bersih berbanding rakyat Palestin yang tinggal di Tebing Barat. 

Menurut Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB) rakyat negara haram Isreal dapat mengakses lebih empat kali ganda air bersih berbanding rakyat Palestin yang tinggal di Tebing Barat.

Malah jumlah bekalan air bersih yang diperolehi oleh rakyat Palestin adalah di bawah  jumlah piawaian yang ditetapkan oleh Pertubuhan Kesihatan Sedunia ((WHO).

salah satu kota tertua di dunia iatu Jericho yang terkenal dengan tanaman pisangnya menyaksikan produk itu hampir pupus kerana bekalan air bersih disekat oleh penjajah Israel

Agak lebih menyedihkan apa yang menimpa rakyat yang duduk di Gaza di mana sumber air mereka  jauh lebih buruk di mana 90-95% air yang disalurkan adalah sumber air tercemar dan tidak sesuai untuk kegunaan harian. 

Sebagai mana yang dilaporkan oleh PBB, hanya 10% daripada 2 juta penduduk Gaza memiliki akses ke air minum yang selamat.

Pada tahun 2020 pengkaji dari PBB turut menyatakan: ‘“Israel merampas hak jutaan rakyat Palestin menerusi sekatan bekalan air bersih.”

Dua punca air bersih utama di tebing barat adalah Sungai Jordan dan Gunung Akuifer.

Ironiknya Israel mendahului sistem pengelolaan dan efisiensi air dunia sehingga pernah digelar sebagai ’a superpower of sustainability’ – kuasa besar kemampanan.

Gelaran ini dijolokkan kepada mereka kerana mendestilasi air laut untuk kegunaan pertanian dan kehidupan harian. 

Hari ini negara haram Israel bukan sahaja mempunyai sumber air yang cukup, malah mereka sebenarnya mempunyai sumber air yang cukup untuk dikongsikan kepada negara jiran.

Sebagai kuasa penjajah yang kononnya “berdemokrasi”  seharusnya Israel bertanggungjawab memastikan kestabilan dan keperluan rakyat Palestin. 

Namun dengan keupayaan  “mempersenjatakan air,” mereka menjadi lebih rakus untuk mengusir lebih rakyat Palestin dan merampas tanah yang ditinggalkan.

Sumber BBC/ Middle East Monitor/Tooba Altaf-Matrix

 

Infografik statistik yang disediakan oleh Facebook/waterconflict.psci3702