Browsing Tag

waktu mustajab

doa ketika hujan
Ibadah,

Ketika hujan turun antara waktu mustajab. Ini antara doa boleh dibaca

ANTARA waktu mustajab termasuk ketika turunnya hujan. Ini antara doa yang boleh anda baca tatkala melihat titisan air dari langit tersebut.

Negara kini berada dalam fasa peralihan monsun yang dijangka berlarutan sehingga November hadapan.

Oleh itu, hujan bukan lagi suatu perkara asing buat masyarakat Malaysia, terutamanya bagi mereka di bahagian pantai barat Semenanjung, barat Sarawak dan timur Sabah.

Di samping melakukan persiapan sewajarnya, musim hujan setiap tahun juga boleh dijadikan peluang mendapatkan keampunan ALLAH SWT serta meraih pahala sunnah.

Baca juga Amalkan 2 Doa Ini Ketika Musibah, Lebih-Lebih Lagi Mereka Yang Terkesan Dengan Banjir

Ini kerana waktu turunnya hujan termasuk antara detik yang mana TUHAN memakbulkan doa hamba-hamba-NYA.

Daripada Sahl bin Saad RA, bahawa Nabi SAW bersabda: “Dua doa yang tidak akan ditolak: Doa ketika azan atau selepas daripada azan dan doa ketika turunnya hujan.” (Hadis Riwayat al-Hakim)

doa ketika hujan

ADA pelbagai doa yang boleh diamalkan ketika dan selesai hujan turun.

Merujuk kepada portal Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan, antara doa yang pernah dilazimi oleh Rasulullah SAW ketika hujan turun adalah:

1. Ketika hujan turun.

اللَّهُمَّ صَيِّبًا نَافِعًا

Ya ALLAH, jadikan hujan ini bermanfaat.” (Hadis Riwayat al-Bukhari)

2. Ketika hujan semakin lebat.

اللَّهُمَّ حَوَالَيْنَا وَلاَ عَلَيْنَا، اللَّهُمَّ عَلَى الآ كَامِ وَالظِّرَابِ وَبُطُونِ الأَوْدِيَةِ وَمَنَابِتِ الشَّجَرِ

Ya ALLAH, turunkanlah hujan di sekitar kami, bukan untuk merosak kami. Ya ALLAH, turunkanlah hujan di dataran tinggi, bukit-bukit, perut lembah dan tempat tumbuhnya pokok-pokok.” (Hadis Riwayat al-Bukhari)

3. Ketika selesai hujan turun.

مُطِرْناَ بِفَضْلِ اللهِ وَرَحْمَتِهِ

Kami diberi hujan kerana kurnia dan rahmat ALLAH.” (Hadis Riwayat al-Bukhari dan Muslim)

Baca juga Jangan abaikan 10 adab ini supaya doa dimakbulkan ALLAH SWT

Turut disyorkan 9 doa para nabi yang boleh dijadikan amalan harian kita

doa ketika hujan

USAH terus lari apabila terkena hujan, rupanya ada sunnah di sebalik membasahkan diri dengan titisan air daripada langit tersebut.

Amalan lain dianjurkan ketika hujan turun

1. Membasahkan badan dengan air hujan.

Perbuatan ini termasuk sunnah Rasulullah SAW.

Diceritakan oleh Anas bin Malik RA bahawa: “Hujan turun dan kami pada ketika itu bersama dengan Rasulullah SAW. Lalu baginda menyelak baju baginda sehinggalah hujan menimpa badan baginda. Kemudian kami bertanya: ‘Wahai Rasulullah, mengapakah anda melakukan ini?’
Maka jawab baginda SAW: “Kerana ia baru sahaja datang (turun) dari Tuhannya yang Maha Tinggi.” (Hadis riwayat Muslim)

Menurut ulama, Rasulullah SAW melakukan sedemikian untuk mengambil berkat daripada hujan yang merupakan rahmat ALLAH kepada sekalian alam.

Baca juga Jangan lari ketika hujan, sunnah basahkan badan dengan air ramai tak tahu

2. Bersuci menggunakan air hujan.
Hujan merupakan salah satu bentuk air mutlak. Oleh itu, ia boleh digunakan untuk berwuduk, mengangkat hadas besar serta menyucikan najis.

Firman ALLAH SWT: “Dan DIA menurunkan ke atas kamu air dari langit supaya kamu dapat bersuci dengannya.’’ (Surah al-Anfaal, ayat 11)

doa ketika hujan

TITISAN hujan termasuk air mutlak yang boleh digunakan untuk berwuduk.

Turut disyorkan Ini Perkara Makruh Ketika Wuduk Yang Sering Dilakukan Tanpa Sedar

3. Dilarang mencela hujan.

Ketika hujan turun, kita sama sekali ditegah daripada mencelanya kerana ia samalah seperti mengecam Penciptanya iaitu ALLAH SWT.

Sebaliknya, panjatkan kesyukuran ke hadrat ILAHI kerana diberikan nikmat hujan.

Hakikatnya setiap rintik-rintik air dari langit itu sebenarnya dapat memberikan kesuburan ke atas tanaman di atas tanah yang kering-kontang dan menjadikan alam sekitar lebih nyaman.

Foto: Pexels