Browsing Tag

wakaf

POV Podcast
POV Podcast,

WAKAF: Hebatnya Erti Memberi

SELAIN Zakat dan Sedekah, WAKAF merupakan amalan yang amat digalakkan oleh Islam terhadap umatnya yang berharta agar kesenangan yang dikurniakan itu dapat dinikmati oleh golongan kurang berkemampuan.

Hal ini kerana Institusi wakaf perlu dilihat sebagai antara instrumen penting dalam membantu memperhebatkan pembangunan ekonomi negara selain membantu pelbagai bidang sosial lain.

Nak tahu lebih lanjut mengenai pengurusan harta wakaf, jangan lupa saksikan podcast POV Sinar Islam Plus, pada 14 Julai jam 8:30 malam di platform Sinar Islam Plus dan Sinar Harian.

FB SI+ : https://www.facebook.com/344035726971489/posts/pfbid02qKd7tqeEqvLTEKwxf7tsfNbXHNYAeihUbMtecfpPJo7y5YJASwnnaQqVVreuWeVml/?mibextid=afzh1R
IG SI+ : https://www.instagram.com/p/CulLkY-pkKc/igshid=OGIzYTJhMTRmYQ==
TIKTOK SI+ : https://vt.tiktok.com/ZSLfD2SWe/

FB SH : https://www.facebook.com/photo?fbid=695320525969389&set=a.634216988746410
FB SP : https://www.facebook.com/photo/?fbid=662369679260312&set=a.609644804532800
IG SH : https://www.instagram.com/p/CujeMTQrTcC/?igshid=MzRlODBiNWFlZA==
IG SP : https://www.instagram.com/p/CujeVQTL2wJ/?igshid=MzRlODBiNWFlZA==

Untitled design - 2023-03-03T152800.246
Berita Semasa,

Tunai zakat, wakaf dan bersedekah dengan mudah guna aplikasi Dinaruna

Tunai zakat, wakaf dan bersedekah dengan mudah guna aplikasi Dinaruna

KEPADA mereka yang berhajat untuk bersedekah mahupun menunaikan zakat tanpa tunai, barangkali aplikasi Dinaruna boleh dimasukkan ke dalam senarai pilihan masing-masing.

Dengan ciri-ciri gerbang pembayaran yang ada padanya memudahkan kita untuk membuat sebarang transaksi mahupun kiriman wang kepada sesiapa dan di mana-mana sahaja.

Itulah kelainan Dinaruna berbanding aplikasi-aplikasi Muslim sedia ada.

Di samping itu, platform itu turut dipenuhi informasi berkaitan waktu solat, arah kiblat, doa, 99 nama ALLAH, syahadah, sedekah, wakaf dan pelbagai lagi.

Lebih istimewa lagi, para jemaah haji dan umrah boleh menggunakan kad Dinaruna semasa berada di Tanah Suci Makkah dan Madinah untuk berbelanja sambil mendapat tawaran cashback (rebat tunai).

Bukan sahaja memudahkan pengguna menjadikannya sebagai alat memudahkan urusan ibadah, Dinaruna App turut menyediakan maklumat terkini tentang perkembangan masyarakat Islam di seluruh dunia terutama negara di bawah naungan Pertubuhan Kerjasama Islam (OIC).

Baca juga JPAF sahut seruan Setiausaha Agung OIC lawan dasar aparteid Israel

Bagi memberi tambah nilai kepada kemudahan aplikasi itu, Dinaruna baru-baru ini menandatangani perjanjian kerjasama melibatkan syarikat itu dengan Perwira Niaga Malaysia (Pernama) dan Kor Agama Angkatan Tentera (Kagat) di ibu kota.

Tunai zakat

PENGURUS Besar Pernama, Mat Rostam bin Mat Abas (dua, kiri) bertukar-tukar dokumen perjanjian kerjasama dengan Pengarah Urusan Dinaruna, Datuk Abdul Aziz Ishak (dua, kanan) pada satu majlis di Kuala Lumpur baru-baru ini. -Foto: Ihsan DINARUNA

Kolaboratif tersebut melibatkan perkhidmatan dinamakan sebagai Sadaqah Barang yang antara lain memberi ruang kepada sesiapa sahaja untuk melakukan infak kepada golongan memerlukan.

Dalam satu kenyataan medianya, Dinaruna menjelaskan, penginfak boleh bersedekah sama ada kepada anggota tentera mahupun mana-mana pihak yang layak menerima sumbangan berupa barang-barang keperluan asas.

Menerusi aplikasi itu, orang ramai boleh bersedekah dengan nilai paling minimum antara RM5 dan RM100.

“Sedekah yang disalurkan akan diterima oleh pihak Pernama menerusi platform Dinaruna. Seterusnya mereka akan menterjemahkan bantuan tadi dalam bentuk barangan menerusi kedai-kedai Pernama dengan nilai barangan paling minimum RM25 yang akan diubah mengikut kesesuaian semasa.

“Kemudian item-item tadi akan disampaikan kepada Kagat untuk tujuan pengagihan mengikut penerima berkelayakan. Antaranya anggota tentera yang memerlukan, bekas tentera, mereka yang ditimpa bencana mahupun orang awam seperti anak-anak yatim, asnaf dan warga emas,” katanya.

Baca juga Bayar zakat fitrah online tetap sah walau tanpa lafaz akad

Menurut Dinaruna, kerjasama itu turut menyaksikan hampir Kagat menerusi hampir 120,000 anggota tentera di seluruh negara membuat potongan gaji bagi tujuan pembayaran zakat menerusi Dinaruna App.

“Selain itu, platform ini akan digunakan oleh tentera Kagat untuk berwakaf dan bersedekah,” katanya.

Aplikasi Dinaruna yang mula dibangunkan sejak dua tahun lalu boleh dimuat turun menerusi Google App dalam tempoh terdekat.

Ikuti kami di TiktokInstagramFacebookTwitter dan Youtube Sinar Islam Plus.

***Foto: Canva

Wakaf
Muamalah,

Wakaf Sumber Ekonomi Terpendam Umat Islam, Ramai Yang Masih Belum Sedar Tentangnya

no comment

Oleh PROF MADYA DR IBRAHIM @ ATAN SIPAN & DR NOOR AZIMAH GHAZALI

WAKAF merupakan perkara yang tidak asing lagi dalam kalangan masyarakat Islam. Mereka yang mewakafkan harta benda akan mendapat ganjaran berterusan di akhirat kelak selagi mana ia diguna dan dimanfaatkan.

Firman ALLAH SWT: “Bandingan (pahala) orang-orang yang membelanjakan harta mereka pada jalan ALLAH seumpama sebiji benih yang tumbuh menerbitkan tujuh tangkai dan tiap-tiap tangkai itu pula terdapat seratus biji. Dan ingatlah ALLAH akan melipatgandakan pahala bagi sesiapa yang dikehendaki-NYA dan ALLAH MAHA LUAS (Kurnia-NYA) lagi MAHA MENGETAHUI.” (Surah al-Baqarah, ayat 261)

Jika diteliti dari segi sifat-sifatnya, wakaf mempunyai ciri-ciri kekal, tidak boleh dipindah milik dan tidak boleh diwarisi. Hal itu membuatkan harta wakaf begitu istimewa dan terpelihara sepanjang zaman.

Secara asasnya, harta wakaf boleh dibahagikan kepada dua jenis iaitu harta alih dan tidak alih. Harta alih adalah seperti buku, kitab dan peralatan yang boleh dimanfaatkan. Sementelah, harta tidak alih pula melibatkan sesuatu yang penting dan lazimnya dibangunkan seperti tanah serta kepentingan di atasnya.

Bercerita tentang tanah wakaf, ia sebenarnya sudah diperkenalkan sejak zaman Nabi Ibrahim AS lagi apabila Kaabah didirikan di Tanah Suci Makkah. Sehingga kini, ia kekal menjadi tempat untuk umat Islam beribadah dan menunaikan Rukun Islam kelima.

Secara umumnya, tanah wakaf ditadbir dan diurus oleh nazir (pemegang amanah). Ia digunakan sebagai tanah perkuburan, tapak masjid atau tapak madrasah.

Wakaf


TANAH wakaf yang dibangunkan dengan lebih progresif dan menyeluruh mampu meningkatkan sumber pendapatan dan pegangan hartanah milik orang Islam di negara ini.

Kini, tanah wakaf boleh didirikan pelbagai jenis bangunan yang patuh syariah seperti perumahan, pelancongan, pendidikan, kesihatan seperti hospital dan pusat rawatan yang mana hasil pendapatannya terus disalurkan kepada penerima manfaat dalam kalangan umat Islam.

Dengan inovasi penyelidikan dan pembangunan, projek-projek pembangunan itu berjaya ditampung daripada sumber janaan wakaf itu sendiri seperti dana kutipan wakaf tunai, hasil pelaburan saham wakaf dan sukuk serta pelbagai pembiayaan lain daripada kerajaan dan perbankan Islam yang patuh syariah.

Sumber ekonomi terpendam

Ketahuilah bahawa tanah wakaf merupakan sumber ekonomi terpendam umat Islam. Pengurusan tanah wakaf yang baik mampu mewujudkan limpahan ekonomi dan seterusnya memperkasa ekonomi Muslim di negara ini.

Tanah wakaf yang dibangunkan dengan lebih progresif dan menyeluruh mampu meningkatkan sumber pendapatan dan pegangan hartanah milik orang Islam di negara ini.

Namun begitu, masih banyak lagi tanah wakaf yang belum dimanfaatkan sepenuhnya. Sejak tahun 2017, didapati kira-kira 30,888 hektar tanah wakaf di Malaysia belum dibangunkan.

Baca juga Wakaf antara cara ‘ubati’ impak ekonomi

Bukan itu sahaja, sistem wakaf juga belum dieksploitasikan sepenuhnya kerana pembangunan tanah wakaf lazimnya hanya tertumpu kepada pembinaan masjid, surau, madrasah dan tanah kubur.

Oleh yang demikian, terdapat keperluan untuk mewujudkan rangka kerja mengenai tatacara pembangunan harta tanah wakaf. Tujuannya adalah untuk memberi kefahaman kepada sektor pentadbiran dan pembangunan bagi menjawab pelbagai soalan berkaitan hartanah wakaf.

Soalan yang acap kali berlegar-legar dalam kalangan masyarakat adalah tentang sumbangan tanah wakaf di dunia maju, syarat dan sekatan di tanah wakaf, senario dan trend semasa dalam negara, perbezaan tanah wakaf daripada hartanah lain, peranan dan rangka kerja perkongsian antara kerajaan tempatan, sektor swasta dan organisasi wakaf serta faedah perkongsian itu kepada negara.

Kewujudan rangka kerja tersebut sebenarnya berpotensi untuk diguna pakai oleh Unit Perancang Persekutuan dan Negeri, Majlis Agama Islam Negeri dan pemaju dari sektor swasta.

Wakaf


HASIL sumbangan dan pembangunan tanah wakaf dapat mengurangkan beban kewangan kerajaan dalam usaha meningkatkan taraf hidup rakyat berdapatan rendah dan sederhana.

Pada masa sama, ia dapat membantu organisasi wakaf dan kepakaran sektor swasta bekerjasama untuk pembangunan tanah wakaf. Selain itu, ia juga mampu melestarikan undang-undang Islam dan pembangunan tanah di Malaysia secara optimum.

Malaysia sebenarnya berupaya menyediakan sumber kewangan yang mapan dan menjana ekonomi melalui sistem wakaf. Sumbangan dan pembangunan tanah jenis itu dapat mengurangkan beban kewangan kerajaan dalam usaha meningkatkan taraf hidup rakyat berdapatan rendah dan sederhana.

Bahkan, projek-projek berkaitan dengan wakaf akan memberi peluang pekerjaan kepada pelbagai lapisan masyarakat dalam fasa-fasa pembangunan dengan cara yang mampan.

Oleh yang demikian, usaha mengeksploitasinya (tanah wakaf) haruslah digiatkan dengan mewujudkan kerjasama dan penglibatan pelbagai pihak termasuklah kerajaan, swasta dan masyarakat.

Baca juga Tuai Hasilnya Di Dunia Dan Akhirat

Selain itu, kajian penyelidikan ke atas pembangunan tanah wakaf juga menjadi satu keperluan pada masa kini.

Akhir kata, projek wakaf adalah aset penting negara yang harus dibangunkan sejajar dengan matlamat Belanjawan 2021. Ia untuk mengimbangi kemapanan kewangan, keseimbangan pembangunan antara wilayah dan bandar serta mengangkat nilai murni membentuk ekonomi yang kita idamkan.

***Prof Madya Dr Ibrahim @ Atan Sipan & Dr Noor Azimah Ghazali merupakan Pensyarah & Penyelidik Pusat Kajian Hartanah, Fakulti Alam Bina dan Ukur, Universiti Teknologi Malaysia

Foto: Freepik

Photo by Samad Deldar from Pexels 2
Berita Semasa,

Wakaf Air : Inisiatif Projek Perkhidmatan Air Berskala Kecil

no comment

KUALA LUMPUR, 1 APRIL – Pengurusan Aset Air Berhad (PAAB) menyerahkan RM500,000 kepada Dana Wakaf Tunai Khas Perkhidmatan Air (Wakaf Air) di bawah Wakaf Tunai Malaysia Yayasan Waqaf Malaysia (YWM).

Menurut Ketua Pegawai Eksekutif PAAB, Abdul Hadi Ali, syarikat milik penuh Menteri Kewangan Diperbadankan (MKD) ini menyahut seruan kerajaan supaya menghulurkan sumbangan kepada Wakaf Air sebagai usaha kerajaan untuk membekalkan air bersih terawat kepada rakyat terutama di luar bandar.

Beliau berkata, Wakaf Air merupakan inisiatif Kementerian Alam Sekitar dan Air (KASA) dengan kerjasama YWM bertujuan mengumpul dana wakaf bagi membiayai projek-projek perkhidmatan air berskala kecil merangkumi sumber air, bekalan air dan pembentungan dalam skala kecil dengan kos projek bernilai di bawah RM50,000.

Pengurusan Aset Air Berhad (PAAB) menyerahkan RM500,000 kepada Dana Wakaf Tunai Khas Perkhidmatan Air (Wakaf Air) di bawah Wakaf Tunai Malaysia Yayasan Waqaf Malaysia (YWM).

Abdul Hadi berharap, sumbangan dana Wakaf Air ini menjadi pelengkap kepada usaha kerajaan dalam menyediakan perkhidmatan air yang yang akan dinikmati oleh seluruh rakyat tanpa mengira agama dan kaum.

Majlis Penyerahan Sumbangan Wakaf Air PAAB Kepada Yayasan Waqaf Malaysia disaksikan oleh Menteri Alam Sekitar dan Air, Datuk Seri Tuan Ibrahim Tuan Man dengan PAAB diwakili oleh Ketua Pegawai Eksekutif, Abdul Hadi Ali dan YWM diwakili Ketua Pegawai Eksekutifnya Prof. Madya Dr. Amir bin Shaharuddin.

Antara projek perkhidmatan air yang berpotensi dibangunkan hasil sumbangan dana Wakaf Air ini termasuklah sistem pengepaman sumber air dari perigi, pembelian alat-alat ganti, penyelenggaraan bersifat ‘sekali beri’ (one-off), dana bantuan operasi pencegahan serta pemulihan sistem bekalan air luar bandar; dan penyediaan sumber air alternatif yang melibatkan kos penyelenggaraan yang rendah dan selamat digunakan.

Masyarakat termasuk kakitangan PAAB juga digalakan untuk turut sama dalam pelaksanaan Wakaf Air, dengan berwakaf secara tunai melalui Sistem Wakaf Tunai Malaysia ke akaun Yayasan Waqaf Malaysia di RHB Islamic Bank melalui nombor akaun 2124-57600-01304 atau secara potongan gaji. Setiap sumbangan layak mendapat potongan cukai pendapatan di bawah Seksyen 44(11C) Akta Cukai Pendapatan 1967

Masyarakat termasuk kakitangan PAAB juga digalakan untuk turut sama dalam pelaksanaan Wakaf Air, dengan berwakaf secara tunai melalui Sistem Wakaf Tunai Malaysia ke akaun Yayasan Waqaf Malaysia di RHB Islamic Bank melalui nombor akaun 2124-57600-01304 atau secara potongan gaji. Setiap sumbangan layak mendapat potongan cukai pendapatan di bawah Seksyen 44(11C) Akta Cukai Pendapatan 1967

PAAB ditubuhkan pada tahun 2006 dan dikawal selia oleh Suruhanjaya Perkhidmatan Air Negara (SPAN) melalui Akta Industri Perkhidmatan Air 2006 bagi membantu Kerajaan Persekutuan dalam merealisasikan Pelan Penstrukturan Semula Industri Perkhidmatan Air Negara sebagai syarikat yang bertanggungjawab membangunkan aset air di Semenanjung Malaysia dengan kadar pembiayaan yang kompetetif. Manakala YWM merupakan sebuah entiti wakaf peringkat Persekutuan yang ditubuhkan dibawah Akta Pemegang Amanah [Pemerbadanan] 1952 oleh Jabatan Wakaf Zakat dan Haji (JAWHAR) bertujuan untuk membangunkan wakaf di Malaysia.

Untuk maklumat lanjut mengenai Wakaf Air, sila layari https://www.ywm.gov.my

Wakaf Air merupakan inisiatif Kementerian Alam Sekitar dan Air (KASA) dengan kerjasama YWM bertujuan mengumpul dana wakaf bagi membiayai projek-projek perkhidmatan air berskala kecil merangkumi sumber air, bekalan air dan pembentungan dalam skala kecil.

Screenshot 2021-03-24 at 9.13.12 AM
Berita Semasa, Gaya Hidup, Pilihan Editor,

Tuai Hasilnya Di Dunia Dan Akhirat

no comment

Melabur sambil beramal, satu konsep yang sebelum ini asing tapi kini akhirnya berjaya direalisasikan. Bayangkan anda meraih pendapatan dan pada masa sama turut membantu membangunkan komuniti sekeliling menerusi wakaf.

BIMB Investment Management Bhd menjadi institusi kewangan pertama di negara ini yang menggabungkan prinsip wakaf dan pelaburan melalui Dana Makmur myWakaf yang dilancarkan baru-baru ini.

Klik video untuk info lanjut.

#BIMB #BimbInvestment #SinarIslamPlus #SinarHarian #Wakaf

Jangan sia-siakan Ramadan
Berita Semasa, Gaya Hidup, Pilihan Editor,

Saham Dunia dan Akhirat

no comment

MELABUR sambil beramal – satu konsep yang sebelum ini asing tapi kini sudah direalisasikan. Bayangkan anda meraih pendapatan dan pada masa sama turut membantu membangunkan komuniti anda. Beginilah konsep pelaburan baharu dipelopori BIMB Investment Management Bhd, yang menggabungkan prinsip wakaf dan pelaburan melalui Dana Makmur myWakaf yang dilancarkannya minggu lalu.

Pengenalan produk wakaf-pelaburan itu banyak berkait dengan pergerakan pelaburan ESG atau mesra alam sekitar, sosial dan ketelusan tadbir korporat yang kian rancak dituntut masyarakat pelabur global masa kini.

Penularan prinsip ESG ini kian dirasai dan menjadi trend. Malah BIMB Investment – anak syarikat Bank Islam Malaysia Bhd – sudah sejak 2015 mengamalkannya dalam pengurusan pelaburannya.Namun tidak mahu berpuas hati dengan hanya ESG, BIMB Investment bergerak setapak lagi dengan mengintegrasikan prinsip pengurusan pasaran dengan prinsip Waqf.

“Kami percaya wakaf beperanan penting dalam membangunkan ekonomi masyarakat dan menghasilan kesan positif dan keseluruhan terhadap ekonomi komuniti dan persekitaran Malaysia,” kata Ketua Pegawai Eksekutif BIMB Investment, Najmuddin Mohd Lutfi pada temubual bersama portal siplus.com.my, Khamis lalu.

Ketua Pegawai Eksekutif BIMB Investment, Najmuddin Mohd Lutfi.

“Dalam sejarah wakaf ia memainkan peranan besar dalam pencapaian ilmiah dalam dunia Islam seperti penyebaran pengetahuan, pembinaan sekolah, masjid dan perpustakaan awam serta menanggung pembelajaran awam.

“Dana Makmur myWakaf mempunyai ciri-ciri yang unik dan sesuai kepada pelabur yang ingin menyalurkan sebahagian daripada pulangan pelaburan mereka untuk tujuan wakaf kepada masyarakat yang kurang bernasib baik dalam sektor-sektor yang difokuskan iaitu penjagaan kesihatan pendidikan dan pemekasaan masyarakat sambil memberikan pulangan pelaburan kepada pelabur itu sendiri dalam bentuk pennambahan unit pelaburan,” katanya.
(Ikuti temubual penuh dalam siplus.com.my)

Sementara itu, Penyelidik Kanan, Akademi Penyelidikan Syariah Antarabangsa untuk Kewangan Islam, Dr Noor Suhaida Kasri, berkata Dana Makmur myWakaf adalah unit pelaburan unik yang memberi impak sangat besar dalam menyumbang kepada kemajuan seluruh masyarakat di negara ini.

Penyelidik Kanan, Akademi Penyelidikan Syariah Antarabangsa untuk Kewangan Islam Dr Noor Suhaida Kasri.

“Dana ini menyasarkan untuk memberikan agihan pendapatan yang stabil kepada pelabur melalui pelaburan secara dinamik dalam aset-aset pelaburan patuh shariah yang pelbagai.

Dana ini menggunakan pendekatan berasaskan peraturan untuk menganalisis sekuriti demi sekuriti secara sistematik bagi mengenal pasti pelaburan prospektif yang telah disaring untuk prestasi yang lestari, menggabungkan prinsip-prinsip “United Nation Global Compact” (UNGC) dan prinsip ESG serta menerapkan metodologi pembinaan portfolio pelaburan berasaskan analisis fundamental.

“Menariknya, 50 peratus daripada pengagihan pendapatan akan disalurkan untuk tujuan wakaf melibatkan penjagaan kesihatan, alam sekitar, komuniti dan pendidikan.

Malah Dana ini bertujuan untuk menjana pendapatan melalui portfolio pelaburan berlandaskan Shariah di seluruh kelas pelaburan tempatan dan global.

“Laporan Aset Wakaf Pertengahan Tahun akan dipaparkan di dalam laporan interim dan tahunan Dana, di mana Pemegang Unit akan dimaklumkan mengenai pengedaran Aset Wakaf, serta pelabur juga akan mendapat agihan pendapatan secara bulanan, namun tertakluk kepada ketersediaan pendapatan,” kata Noor Suhaida ketika dihubungi.

Dana Makmur myWakaf ditawarkan di dalam RM, USD dan AUD dengan harga tawaran awal sebanyak 25 sen/cent seunit dengan pelaburan awal minimum sebanyak RM200, USD200 dan AUD200.

Dana Makmur myWakaf terbuka kepada semua bangsa dan agama di negara ini.

Berita Semasa,

Boleh ke ambil upah kalau kutip derma dan wakaf?

BERSEDEKAH dan melakukan amalan wakaf amat dituntut dalam agama Islam. Apatah lagi pada hari Jumaat yang mulia ini.

Ada banyak cara untuk melakukan amalan mulia itu. Ada yang gemar untuk dimasukkan dalam tabung masjid, surau dan seumpamanya.

Segelintir orang pula lebih gemar untuk melakukan wakaf seperti pembinaan madrasah, masjid dan seumpamanya.

Jika melibatkan wakaf atau sumbangan sebegini, lazimnya akan ada individu atau pihak yang dipertanggungjawabkan untuk mengutipnya.

Apakah hukumnya orang yang kutip derma ambil beberapa peratus daripada hasil kutipan dermanya sebagai upah?

Jelas pendakwah dan penulis, Ustaz Mustafar Mohd Suki, hukum asal samsarah atau komisen jualan adalah diharuskan seperti pendapat Imam Atha’ Ibrahim al-Nakhaie dan selainnya.

“Adapun komisen daripada kutipan derma atau wakaf diharuskan kerana qias kepada amil zakat mengikut sebahagian pandangan ulama,” ujar beliau.

Pun demikian, tegas agamawan itu, ia mengandungi beberapa syarat yang perlu diikuti.

“Pertama, setiap badan atau pihak-pihak tertentu hendaklah membuat pertimbangan dan garis panduan khusus tentang berapa peratus komisen yang ingin diambil dan dirujuk kepada pihak berkuasa agama tempat masing-masing.

“Kedua, wajib dinyatakan kepada penyumbang atau pewakaf berapakah jumlah komisen yang diambil.

“Sebagai contoh, derma RM10 oleh penyumbang. Lima peratus daripada jumlah itu iaitu 50 sen akan diambil untuk kos pengurusan dan pentadbiran,” terang beliau.

Meskipun diharuskan dengan syarat tertentu, jelas Ustaz Mustafar lagi, apa yang penting adalah komisen itu mestilah telus dan tidak ada perkara yang disembunyikan apatah lagi menipu.

“Jika itulah yang berlaku, maka sudah tentu hukumnya tidak dibenarkan,” tegasnya.

Ingatilah, tanamkan dalam diri dengan sifat jujur dan amanah. Ia jadi penentu tahap keimanan seseorang.