Browsing Tag

vandalisme

MINOLTA DIGITAL CAMERA
Berita Semasa, Jendela Dunia, Pilihan Editor,

Institusi Islam Di Perancis jadi Sasaran Grafiti Islamofobia

no comment

BANGUNAN Institut Al Ghazali, di Masjid Agung Perancis, menjadi sasaran jenayah vandalisme oleh golongan Islamfobia.

Menteri Dalam Negeri Gerald Darmanin mengecam tindakan itu sebagai kerosakkan yang tidak dapat diterima dan memberi jaminan akan mencari pelakunya.

Kejadian itu berlaku di kampus institut di bandar selatan Martigues di Marseilles, pada Ahad.

Penguatkuasaan dipertingkatkan di hadapan masjid bagi mengelak kejadian berulang. Gambar: Anadolu Agency.

Pengurusan Masjid Agung itu menyatakan dengan tegas, peningkatan sikap tidak bertoleransi semakin meningkat dan mendesak pihak berkuasa untuk memperkuat aspek keselamatan agama di Perancis.

Rektor Masjid, Chems Eddine Hafiz yang juga ketua Institut Ghazali akan menganjurkan perhimpunan aman pada 11 Julai ini di Martigues untuk menunjukkan solidariti kepada para imam dan pelajarnya.

“Tanda-tanda perkauman dan anti-Muslim ini adalah serangan dilakukan para pelajar yang merupakan pemimpin masa depan Perancis. Dalam kami berhadapan dengan tindakan sedemikian, kami tidak akan berhenti memperjuangkan hak masyarakat Islam untuk menanganinya di negara ini.

Suasana di dalam Masjid Agung yang turut menampatkan Institut Al Ghazali. Gambar: Al Fozan

“Ini adalah kejadian keempat tahun ini di mana tempat budaya dan agama Islam dirosakkan oleh golongan anti-Muslim.

Pada bulan April lalu, Pusat Muslim Avicenna di kota Rennes dan Masjid Arrahma di Nantes yang kedua-duanya berada di wilayah Brittany barat laut, turut menjadi serangan dengan grafiti Islamfobia menjelang bulan Ramadan lalu.

Sebelum itu, pada bulan Februari, tapak pembinaan Masjid Sultan Eyyub yang dirancang menjadi tempat ibadat Islam terbesar di Eropah turut menjadi sasaran Islamofobia.

Berikutan kejadian itu, Darmanin telah berjanji akan keselamatan tempat-tempat agama dan budaya Islam dipertingkatkan setiap masa di wilayah berkenaan.

Peningkatan jumlah insiden Islamofobia di Perancis yang juga penampatan majoriti masyarakat Islam terbesar di Eropah Barat semakin membimbangkan sejak tahun lalu ketika kontroversi mengenai sikap pemerintah terhadap minoriti agama menjadi isu.

Pihak Polis menjaga persekitaran Masjid Agung. Gambar: The Irish Times.

Menurut Ketua Observatorium Islamofobia Nasional, Abdallah Zekri, berkata terdapat 235 serangan ke atas umat Islam di Perancis pada tahun 2020. Jumlah itu meningkat sebanyak 154 kes atau 53 peratus pada tahun sebelumnya.

“Sebilangan besar serangan berlaku di wilayah Ile-de-France (Greater Paris), Rhones-Alpes dan Paca,” kata Zekri dalam satu kenyataan.

 

Sumber: The Muslim News