Browsing Tag

Usain Bolt

All Football
Jendela Dunia,

“Maaf, saya tidak minum arak”- Khabib

no comment

ATLET seni bela diri campuran (MMA), Khabib Nurmagomedov ingin ‘membelasah’ bekas pengendali Manchester United, Sir Alex Ferguson kerana segelas wain, hanyalah sekadar gurauan.

Khabib bertemu legenda bola sepak kelahiran Scotland itu ketika menyaksikan United menentang Everton di Old Trafford untuk memberi sokongan kepada rakan baiknya Cristiano Ronaldo pada Sabtu lalu.

Dia yang juga bekas juara dunia, Ultimate Fighting Championship (UFC) mendedahkan cara menolak perlawaan Ferguson dengan cara baik, sebelum bergurau bahawa wain itu boleh membuatkan dia ‘menghancurkan’ bekas pengendali United itu.

Atlet berusia 33 tahu itu adalah seorang Muslim yang taat dan mempunyai jumlah pengikut yang sangat ramai.

Khabib menjelaskan sesuatu kepada Alex Ferguson sambil diperhatikan Patrice Evra dan Usain Bolt. Gambar: The Sun

“Saya harus menjelaskan kepada beliau (Ferguson). Ada dua perkara, anda boleh berterus terang dengannya dan berkata ‘tidak, tidak, tidak. Saya seorang Muslim, saya tidak minum arak.

“Tapi saya juga memaklumkan kepada beliau, ini tidak baik kerana jika saya minum saya boleh menghancurkan anda semua. Ia bukan satu idea yang baik.”

“Patrice Evra dan Usain Bolt memahaminya. Alex Ferguson memahami, jadi dia berkata OK, jangan minum,” katanya yang turut menyiarkan gambarnya bersama Ferguson di Instagram di samping kapsyen ia satu penghormatan yang besar dapat bercakap dengan legenda.

Bekas atlet MMA adalah peminat Real Madrid tapi persahabatannya dengan Ronaldo membawanya ke Old Trafford.

Ronaldo menghadiahkan jersi bernombor 7 kepada Khabib. Gambar: All Football

Khabib turut memuat naik gambarnya sambal memegang baju United dengan tulisan ‘Khabib – 7’ di bahagian belakang. Persahabatannya dengan bintang Portugal itu bermula sejak zaman Ronaldo di Madrid. Malah ramai peminat keduanya mengetahui bahawa mereka sentiasa berhubung dan bercakap hampir setiap hari.

Setelah Ronaldo kembali ke Old Trafford selepas 12 tahun meninggalkan kelab itu, Khabib mendedahkan bahawa dia telah mengetahui mengenai perpindahan itu sebulan sebelumnya.

“Sebulan yang lalu, dia memberitahu saya bahawa dia akan pindah ke Manchester United. Saya menjangkakan perjanjian ini akan berlaku. Saya berpendapat bahawa Manchester United lebih sesuai untuknya daripada Juventus. Bagi saya, peralihan itu bukanlah satu kejutan,” katanya kepada wartawan di New Knowledge Marathon di Moscow.

Ronaldo juga mengucapkan tahniah kepada orang Rusia atas kerjaya yang penuh gemilang daripada sahabatnya itu selepas dia bersara daripada UFC 254.

Sumber: Daily Mail