Browsing Tag

tugas nazir masjid

wanita nazir
Berita Semasa,

Selangor lantik wanita pertama sebagai nazir masjid, namun apa tugas nazir?

AWAL bulan lalu, Selangor melakar sejarah selepas Majlis Agama Islam Selangor (MAIS) melantik seorang wanita sebagai nazir masjid dalam Istiadat Pengurniaan Watikah Pelantikan Nazir dan Imam Masjid-Masjid negeri tersebut.

Lantaran itu, Presiden dan Naib Canselor Universiti Infrastruktur Kuala Lumpur (IUKL), Prof Datuk Dr Noor Inayah Yaakub menjadi wanita pertama di Selangor dilantik menjadi nazir bagi Masjid Ikram IUKL, Bangi.

Mengulas jawatan nazir yang biasanya dipelopori golongan lelaki, Noor Inayah, 53, memberitahu media, mungkin pelantikan wanita sangat jarang berlaku, tetapi beliau mendapat sokongan daripada rakan lain yang berpengalaman dalam bidang berkenaan.

Baca juga Kenali Razia Sultan, Sosok Sultan Wanita Pertama Dalam Sejarah Islam

wanita nazir

“Walaupun saya satu-satunya wanita dilantik sebagai nazir, Insya-ALLAH dari sudut pengurusan masjid, tiada halangan dan masalah seorang wanita menjadi nazir kerana ia lebih kepada pengurusan dan tadbir urus masjid lebih-lebih lagi di institusi,” katanya.

Tambah beliau, pelantikan tersebut membuktikan wanita boleh memainkan peranan dalam pengurusan dan pentadbiran masjid serta menyusun program dan aktiviti pembangunannya untuk manfaat penduduk setempat.

Baca juga Dosa diampunkan sejauh bunyi azan. Kelebihan tok bilal yang ramai tak tahu

nazir wanita

NAZIR memainkan peranan penting dalam urusan pentadbiran masjid. Foto: Unsplash

Turut disyorkan Niat letupkan masjid, lelaki ini akhirnya peluk Islam – Dokumentari dicalonkan anugerah Oscar

Tugas nazir masjid

Sebelum ini, Nazir Masjid Kampung Johan Setia, Klang, Jeffry Isa memberitahu Sinar Harian bahawa nazir ibarat seorang pengurus yang mengendalikan semua perkara berkaitan masjid dan kini peranan dimainkan semakin luas dan bukan setakat di masjid sahaja.

Jelasnya, “Konteks kerja nazir kini tidak tertakluk kepada tugas hakiki mengurus masjid tapi turut bertanggungjawab untuk berhubung dengan masyarakat, buat pengesahan nikah kahwin, pengesahan dokumen untuk murid-murid sekolah, berurusan di pejabat agama, pusat zakat termasuk buat tangkapan bagi membantu operasi Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS). Kadang-kadang sampai kena jadi saksi dan pergi ke balai polis.

“Banyak lagi peranan lain yang perlu dijalankan seorang nazir dan tanggungjawab dipikul ini turut memberi risiko besar termasuk dipecat jika gagal dijalankan dengan sebaiknya.”

Baca juga Lepak minum kopi tepi pantai cuma ‘release’ sikit saja. Masjid ialah lokasi ‘healing’ terbaik

MUNGKIN ada yang tidak pernah dengar jawatan ‘nazir masjid’, apalagi tahu tentang peranannya. Foto: Unsplash

Baca juga Bersendirian di saf belakang atau berada lebih tinggi dari imam, antara posisi makruh makmum perlu elak ketika solat berjemaah

Manakala, portal e-syariah pula menyenaraikan tugas nazir masjid seperti berikut:

1. Mengetuai pengurusan dan pentadbiran masjid, seperti mempengerusikan mesyuarat serta menandatangani segala dokumen rasmi masjid.

2. Mewakili Pegawai Masjid dan Jawatankuasa Kariah masjid dalam mana-mana mesyuarat yang diadakan oleh mana-mana pihak lain.

3. Menerima dan mematuhi apa-apa arahan yang diberikan oleh MAIS atau Setiausaha MAIS.

Sumber: Sinar Harian & e-syariah

Foto: Google & Unsplash