Browsing Tag

Tertekan

Ibu mertua laser
Gaya Hidup,

Islam Anjurkan Kita Lakukan Pendekatan Ini Jika Tertekan Dengan Kerja Atau Keluarga

no comment

KETIKA ini, masih ramai yang bekerja dari rumah. Paling tidak pun, kebanyakan daripada kita akan bergilir-gilir untuk masuk ke pejabat demi melunaskan tugas yang dipertanggungjawabkan oleh majikan.

Malah, dengan kes harian Covid-19 yang nampaknya masih belum surut, wajarlah kita bersama-sama memutuskan penularan wabak berbahaya berkenaan. Apatah lagi, Malaysia telah mencatatkan lebih 13,000 kematian akibat pandemik tersebut.

Meskipun bekerja dari rumah, kita tidak dapat lari daripada tekanan hidup. Apatah lagi apabila terpaksa menguruskan hal kerja dan mengendalikan hal keluarga secara serentak.

Bagi mengatasi masalah itu, pendakwah Ahmad Fuad Mohamad Mokhtar atau lebih dikenali sebagai Da’i Fuad menjelaskan, kita perlu meraikan emosi masing-masing.

DA’I FUAD

“Terdapat tiga perkara iaitu kecerdasan emosional, intelektual dan spiritual yang sangat penting dalam kehidupan kita,” katanya.

ALLAH SWT berfirman: “…Ketahuilah dengan zikrullah itu, tenang tenteramlah hati manusia.” (Surah ar-Ra’d, ayat 28)

Namun, kadangkala mereka yang ‘diserang’ tekanan itu sudah menunaikan solat, membaca al-Quran dan sebagainya, tetapi tetap tidak sembuh daripada ‘penyakit’ berkenaan.

Baca juga  Kaedah Terbaik Urus Tekanan Yang Dianjur Oleh Islam

Ujarnya, andai kita ditakdirkan berjumpa dengan individu sebegini, menjadi tugas kita untuk menenangkan mereka dan kenalkan dirinya semula kepada ALLAH SWT.

“Ingatlah bahawa masalah tidak akan selesai jika kita terus menyuruh mereka mendirikan solat. Ini kerana dirinya tidak akan mendapat ketenangan disebabkan memasukkan masalah sewaktu berhubung dengan ALLAH SWT.

Tertekan

URUS hal kerja dan keluarga dengan baik serta raikan emosi dalam kehidupan kita dengan meninggalkan seketika masalah yang sedang dihadapi.

“Justeru, jika ingin keluar daripada masalah tersebut, maka berhentilah seketika daripada memikirkannya. Ambil rehat dan luahkan emosi kita dengan banyak perkara.

Antaranya dengan membaca al-Quran dan bermain dengan anak-anak dalam keadaan tenang. Raikan emosi kita dengan banyakkan berzikir,” sarannya.

Seperkara lagi, Da’i Fuad turut menyarankan agar mereka yang kerap menghadapi tekanan atau masalah jiwa, lazimkanlah membaca zikir Lahaula wala quwwata illa billahil aliyyil ‘azim (Tiada Tuhan, tiada daya, tiada tenaga yang boleh mengalahkan kuasa daripada ALLAH SWT) sebanyak 100 kali.

Mudah-mudahan ALLAH SWT mengubati segala keresahan yang dihadapi.