Browsing Tag

Temple Emanuel

Samuel Gruber's Jewish Art & Monuments
Berita Semasa, Jendela Dunia, Pilihan Editor,

Akademi Islam Lulus untuk Beroperasi di Bekas Rumah Ibadat Paterson

no comment

WALAUPUN mendapat tentangan daripada penduduk kejiranan, sebuah Akademik Islam di North Jersey mendapat persetujuan Lembaga Perancangan Paterson untuk beroperasi.

Akademik itu akan membuka kampus ketiganya di sebuah bangunan bersejarah yang menempatkan rumah ibadat Temple Emanuel yang telah wujud sejak beberapa dekad lamanya.

Pelajar tadika di The Academy for Greatness and Excellence (AGE). Gambar: NEHS

The Academy for Greatness and Excellence (AGE) merancang untuk memiliki sehingga 250 pelajar. Seramai 175 pelajar yang berusia hingga lapan tahun akan ditempatkan di sekolah tadika dan 75 pelajar akan ditempatkan ke sekolah menengah Paterson yang berada di bahagian Broadway dan East 33rd Street.

Masyarakat yang tinggal di kawasan kejiranan itu membantah dan menyuarakan kepada mesyuarat Lembaga Perancangan minggu lalu dengan mengatakan bahawa mereka bimbang akan berulangnya masalah kualiti hidup yang pernah berlaku pada tahun 2013. Ketika itu sekolah piagam beroperasi di bekas rumah ibadat.

Jiran meluahkan rasa tidak puas hati yang akan menimbulkan pelbagai masalah seperti kesesakkan jalan akibat bas sekolah dan kenderaan ibu bapa yang ingin mengambil anak mereka meletakkan kenderaan menyekat jalan masuk rumah persendirian. Ia termasuk masalah sampah dari akademik itu dibiarkan lama berada di tempat sampah.

Laluan utama East 33rd Street yang digunakan penduduk setiap hari. Gambar: Salem_NJ

“Situasi ini boleh mencetuskan perbalahan antara penduduk dan ibu bapa serta pentadbiran akademik. Ketika waktu puncak, penduduk akan berhadapan masalah untuk masuk dan keluar dari rumah disebabkan kenderaan ibu bapa pelajar dan bas sekolah menghalang laluan.

“Sampah-sampah yang datangnya dari akademik tidak diuruskan dengan baik, bau yang busuk menyebabkan kehadiran banyak tikus yang akan masuk ke rumah penduduk sekitar dan ia telah pun berlaku apabila di rumah jiran saya,” kata penduduk, Daneell Shearin.

Peguam yang mewakili akademik Islam itu, Alan Mariconda, berkata kepada Lembaga Perancangan bahawa tidak adil bagi penduduk untuk menentang permohonan pelanggannya berdasarkan masalah yang berlaku dengan akademik lain sejak lapan tahun yang lalu.

“Akademi itu tidak merancang untuk menggunakan bas sekolah. Ini adalah perubahan baharu yang telah diputuskan dengan mengambil kira kebaikkan dan keselesaan semua pihak” kata Mariconda.

Bilik darjah yang selesa akan digunakan pelajar. Gambar: www.northjersey.com

Salah seorang bahagian pentadbir akademi itu, Wahid Melook, mengatakan bahawa akademik kini telah mendaftarkan 500 pelajar di laman webnya di Teaneck dan Ridgefield Park, dengan 150 pelajar dalam senarai menunggu.

“Ramai anak-anak daripada Paterson perlu mejalani perjalanan yang jauh ke lokasi Bergen County untuk bersekolah dan dengan pembukaan kampus baharu ini akan memberi banyak manfaat kepada ibu bapa di bandar ini, katanya.

Suruhanjaya Pemeliharaan Bersejarah Paterson menyokong untuk membuka kampus itu di bekas rumah ibadat walaupun telah ditetapkan bangunan itu sebagai tempat bersejarah. Kelulusan untuk projek itu perlu mematuhi syarat agar mengekalkan struktur bangunan asal, cermin tingkap berwarna dan tulisan Ibrani di dalam serta di luarnya, kata seorang pegawai suruhanjaya.

 

Sumber: northjersey.com