Browsing Tag

Tegur

Davide Teo tegur artis buka tudung
Berita Semasa,

Bila non-Muslim mula tegur penganut Islam yang lalai, apa pendirian kita?

Bila non-Muslim mula tegur penganut Islam yang lalai, apa pendirian kita?

TOPIK melibatkan seorang artis yang menanggalkan tudung masih hangat menjadi bualan warga maya terutama dalam kalangan industri seni sendiri.

Terkini, seorang pengarah dan penerbit terkenal, David Teo tampil memberikan pendapatnya mengenai isu penampilan baharu penyanyi Masya Masyitah yang mengejutkan netizen.

Menerusi perkongsian di Instagram miliknya, David menyatakan zaman sekarang ini ramai orang lebih mengejar pahala dunia dan bukannya pahala akhirat.

Walaupun iman kita berbolak balik tapi kita sebagai manusia kenalah kembali kepada Tuhan.

Baca Juga Buka tudung sebab tak nak hipokrit, matlamat tidak menghalalkan cara

Dalam pada itu, David juga mengajak pengikutnya untuk mendoakan agar Masya diberikan hidayah dan kembali ke jalan yang benar.

Perkongsian itu telah meraih perhatian warga netizen dan ada juga yang akui berasa malu apabila individu yang bukan beragama Islam menegur isu agama atas perkara sebegini.

Malah, ramai juga yang mendoakan agar penyanyi berusia 23 tahun itu kembali menutup aurat dengan sempurna seperti yang diamanahkan oleh agama.

Diharuskan menerima pandangan orang bukan Islam

PENGARAH dan penerbit terkenal, David Teo.

Melihat komentar yang dikongsi oleh David Teo, pasti ramai yang tertanya, adakah orang bukan Islam boleh menegur tentang perkara berkait agama Islam?

Merujuk Mufti Wilayah di laman Irsyad Al-Fatwa Siri Ke-366: Hukum Menerima Pandangan Orang Bukan Islam, pada dasarnya setiap insan mempunyai hak untuk bersuara, berkata-kata serta hak untuk memberikan pendapat dan juga idea.

“Keadaan ini berbalik kepada kaedah fiqh iaitu: Asal bagi setiap insan dan perbuatannya ialah kebebasan dan juga keharusan.

“Namun, kebebasan dan juga keharusan ini tidaklah terpakai apabila wujudnya dalil ataupun hukum yang menyatakan pengharaman dan juga larangan ke atasnya.

“Ini juga berdasarkan kaedah Fiqh: Asal pada sesuatu perkara ialah harus selagi mana tiada dalil pengharaman ke atasnya.

“Maka, dengan menerima pandangan orang bukan Islam tidaklah dilarang mahupun diwajibkan, kerana tiada wujudnya nas yang jelas lagi shorih (jelas) terhadapnya.

PADA dasarnya setiap insan mempunyai hak untuk bersuara, berkata-kata serta hak untuk memberikan pendapat dan juga idea. – Foto: 123RF

“Rasulullah SAW juga pernah mencontohi orang bukan Islam dalam hal-hal yang bukan berkaitan akidah dan juga tidak bertentangan dengan agama.

“Contohnya, Nabi Muhammad ketika berbincang mengenai cara untuk menyeru orang ramai mengerjakan kefarduan solat dan menandakan sudah masuknya waktu solat, para sahabat berkongsi idea mereka dengan melihat kepada orang-orang bukan Islam bahawa mereka mempunyai cara tersendiri bagi mengajak orang yang mengikuti ajaran mereka untuk pergi beribadah dan Nabi Baginda tidak pula menghalang ataupun menolak idea mereka, bahkan Baginda menerima idea mereka supaya diadakan seruan bagi mengajak ke arah kebaikan (solat) tersebut namun dengan syarat tidak menyerupai ibadah Yahudi dan juga nasrani lantas wujudnya seruan azan yang dikumandangkan sehingga sekarang.

Turut Disyorkan Percaya syurga bukan hanya untuk orang Islam? Ustaz Kamilin tegur kenyataan tidak berasas itu

Baca Juga Niat ceraikan isteri kerana politik? Jangan sesuka hati jatuhkan talak walaupun untuk bergurau

Baca Juga Proses ‘awet mayat’ sebenarnya menyeksa jasad si mati

Melalui pencerahan di atas, dapatlah difahami bahawa tiadanya larangan ke atas orang Islam bagi mengambil idea ataupun pandangan orang bukan Islam selagimana ia tidak melibatkan ibadah mereka ataupun tidak pula bertentangan dengan akidah dan juga syariat Islam.

Beri nasihat
Gaya Hidup,

Boleh Tegur Orang, Tapi Jagalah Adab Ketika Beri Nasihat

no comment

JIKA sudah namanya manusia, sudah tentulah kita tidak lari daripada melakukan kesilapan. Sempurna manapun kita, pasti ada khilaf di mana-mana sama ada secara sedar atau tidak.

Maklum sahajalah, kita hanyalah hamba ALLAH SWT yang banyak kekurangan dan kelemahan.

Barangkali disebabkan itulah agama Islam mengajar umatnya agar saling nasihat-menasihati. Tujuannya supaya kita tidak terus hanyut daripada melakukan kesalahan yang sama berulang kali.

Ketahuilah bahawa agama itu adalah nasihat sebagaimana disebutkan oleh Nabi Muhammad SAW.

Daripada Abu Ruqayyah Tamim ad-Daary RA bahawa baginda SAW bersabda: “Agama itu nasihat.” Kami pun bertanya: “Untuk siapa (nasihat itu)?” Baginda menjawab: “Nasihat itu adalah untuk ALLAH, kitab-NYA, rasul-NYA, imam-imam kaum muslimin dan seluruh muslimin (rakyatnya).” (Riwayat Muslim)

Melihat ungkapan hadis itu, pendakwah Habib Ali Zaenal Abidin Al Hamid menjelaskan, semua orang berhak untuk dinasihatkan untuk menunaikan hak-hak ALLAH SWT, al-Quran, rasul, pemimpin mahupun rakyat.

HABIB ALI ZAENAL ABIDIN

“Tiada yang terkecuali kerana semua orang berhak dinasihatkan,” katanya sebagaimana dipetik menerusi video yang dikongsikan menerusi Instagram miliknya baru-baru ini.

Begitupun, agamawan itu mengingatkan bahawa ketika memberikan nasihat, terdapat adab yang perlu dipenuhi.

Baca juga 3 Waktu Yang Sesuai Untuk Menasihati Anak-anak

Ia umpama analogi menutup pakaian koyak yang memperlihatkan aurat seseorang, ungkapnya.

“Bayangkan kita mahu menutup ‘aurat’ orang lain iaitu dengan tidak mendedahkan kekurangan dan aibnya kepada individu lain. Begitu juga dengan nasihat.

“Jangan sampai nasihat tersebut mendedahkan aib orang lain seperti nasihat di hadapan orang ramai, melalui Facebook, Twitter dan seumpamanya,” tegasnya.

Beri nasihat

USAHLAH memberi teguran atau nasihat secara terbuka di media sosial kerana ia boleh mendedahkan aib orang lain.

Dalam hal itu, Habib Ali menitipkan pesan supaya biarlah kita menasihati atau membuat teguran terhadap seseorang itu dengan menghargai kedudukan mereka.

“Ingatlah, nasihat atau teguran yang menunjukkan kekurangan seseorang di hadapan orang ramai, ia sebenarnya bukanlah nasihat. Sebaliknya, perbuatan itu sebenarnya mendedahkan aib saja.

“Sebaiknya, hantarlah mesej peribadi. Masakan tidak, tujuan nasihat tadi sebenarnya adalah untuk menutup kekurangan orang.

“Namun, jika kita mendedahkan ‘awak begini’ dan ‘awak begitu’ hingga orang lain yang pada awalnya tidak tahu apa-apa menjadi tahu, ia akhirnya menjadi aib,” katanya.

Oleh yang demikian, pendakwah tersohor itu menyarankan agar kita memperbetul salah dan silap tersebut dengan memilih cara yang terbaik.

Beri nasihat

JIKA melihat seseorang melakukan kesilapan, tegurlah dan beri nasihat dengan cara terbaik serta tidak membuka aib mereka.

“Pepatah Arab ada menyatakan, ‘ubati luka itu mengikut kadar saiznya’. Seandainya luka tadi kecil, usahlah diperbesar sampai seluruh kaki terpaksa dibalut.

“Ikutlah batas tersebut dan itu sahajalah yang dibetulkan. Begitu juga halnya dengan aib saudara seagama kita,” nasihatnya.

Sebelum mengakhiri bicaranya, Habib Ali Zaenal Abidin Al Hamid mengemukakan sebuah hadis untuk renungan kita bersama.

Rasulullah SAW bersabda: “…Siapa yang menutup aib seorang Muslim, nescaya ALLAH akan menutup aibnya di dunia dan di akhirat…” (Riwayat Muslim)

Sumber: Instagram @habibalizaenalalhamid

Foto: Pexels & Unsplash