Browsing Tag

Talbina

talbinah
Gaya Hidup,

Semangkuk bubur talbinah pengubat hati penawar duka, ini cara Rasulullah

Semangkuk bubur talbinah pengubat hati penawar duka, ini cara Rasulullah.

LAZIMNYA apabila badan kita terasa panas atau ada semacam rasa gatal di tekak, fikiran pertama yang hinggap di minda mungkin adalah untuk pergi ke klinik bertemu doktor.

Masakan tidak, perubatan Barat sering menjadi rawatan konvensional atau pilihan utama masyarakat ketika menghidap sesuatu penyakit.

Namun, di sebalik itu jangan lupa tentang al-Quran dan as-Sunnah sebagai panduan teragung umat Islam dalam melayari kehidupan.

Baca juga Rasulullah SAW memenuhi imej lelaki maskulin, sihat dan cergas

Nabi Muhammad SAW sendiri merupakan suri teladan terbaik. Setiap ajarannya menyimpan 1001 kebaikan yang mampu diterapkan dalam kehidupan seharian tanpa disedari.

Antara sunnah baginda Nabi yang dilazimi dalam perubatan Islam adalah sajian bubur talbinah.

Makanan sunnah itu dikatakan bukan sahaja dapat mengubat hati dan mengurangkan kesedihan, malah ramai juga dalam kalangan masyarakat Islam yang mengamalkannya untuk menyembuhkan demam.

Turut disyorkan Ini 7 makanan kegemaran Rasulullah SAW kita amalkan tanpa sedar

talbinah

 

Talbinah, bubur pengubat hati dan penawar duka

Ada sebuah hadis yang disebut dalam sahih Bukhari; Telah disampaikan kepada kami oleh Yahaya bin Bukair, telah menceritakan kepada kami oleh al-Laits daripada Uqail daripada Ibnu Syihab daripada Urwah daripada Aisyah, isteri Nabi SAW bahawa,

Jika ada seseorang keluarganya meninggal dunia lalu kaum wanita datang berhimpun di rumah dan setelah itu mereka pulang ke rumah mereka masing-masing, kecuali keluarga dan orang-orang terdekatnya maka dia (Aisyah) memerintahkan untuk mengambil seperiuk bubur talbinah untuk dimasak diambil roti untuk dipotong kecil-kecil dan bubur itu dituangkan ke atasnya.

Aisyah berkata, “Makanlah. Saya pernah mendengar Rasulullah SAW bersabda, “bubur Talbinah (bubur campuran tepung barli dan gandum) dapat melegakan hati dan menghilangkan perasaan dukacita.” (Hadis Riwayat Bukhari)

Baca juga Ini pesanan Rasulullah SAW dalam khutbah terakhir baginda

TALBINAH turut berfungsi sebagai minuman berkhasiat untuk melancarkan sistem pencernaan. Foto: Mama’s Secret Recipe

Baca juga Kenali Makanan Super Yang Disebut Dalam Al-Quran Dan Hadis

Apa yang dimaksudkan dengan talbinah atau talbin? Ia adalah sejenis bubur lembut yang diperbuat dari tepung barli dimasak dengan susu atau air sehingga pekat. Madu biasanya ditambah bagi memberi rasa kemanis-manisan pada bubur.

Ia dinamakan talbinah kerana mempunyai persamaan dengan yogurt (al-laban), iaitu disebabkan sifat makanan tersebut yang lembut dan putih.

Talbinah

TALBINAH dapat memberikan tenaga lantas menjadi sajian itu sesuai untuk dinikmati pada bulan Ramadan. Foto: Times of Oman.

Baca juga Sunnah tutup makanan dan minuman walaupun dengan sebatang kayu, ini sebab-sebabnya

Khasiat bubur talbinah

Memetik artikel yang disiarkan di sebuah media tempatan, ulama terkenal Ibnu Qayyim berkata, bubur talbinah amat berkhasiat kerana senang untuk dihadamkan dan nutrisinya dapat diserap oleh sistem tubuh dengan pantas.

Tambahnya, juadah itu turut mampu meningkatkan keberkesanan fungsi usus, menghilangkan kolesterol, melawaskan air kencing serta menghindari penyakit seperti kencing manis dan darah tinggi.

Bagi segelintir masyarakat dunia pula, bubur talbinah diamalkan untuk menghilangkan demam dan memperbaiki kesihatan mental.

Dalam pada itu, sebuah kajian dilakukan sekumpulan penyelidik dari Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) mendapati kandungan karbohidrat dan gula yang tinggi dalam bubur talbinah sememangnya dapat meningkatkan ‘mood’ baik dalam diri sekaligus mengurangkan kemurungan.

Baca juga Amalkan tip kesihatan ini agar mudah beribadah

BARLI yang dikisar bersama kulitnya sering digunakan untuk memasak bubur talbinah. Foto: Pexels

Baca juga 12 amalan ringkas Rasulullah SAW. Rupanya senang nak dapat pahala

Cara membuat talbinah

Bubur talbinah biasanya disediakan menggunakan tepung barli yang dimasak bersama susu atau air sehingga pekat. Setelah masak, anda boleh menambah madu serta bahan lain seperti kurma, kacang atau kismis untuk melazatkan lagi bubur.

Jika tidak mempunyai tepung barli, anda juga boleh mengisar biji barli sehingga teksturnya bertukar halus.

Selain itu, Ibnu Qayyim ada mengajarkan bagaimana untuk menyediakan air barli yang baik iaitu satu bahagian barli direbus bersama lima bahagian air sehingga menjadi ¾ bahagian yang tinggal dan warna barli itu bertukar menjadi seperti susu.

Pesakit darah tinggi dan kencing manis atau sesiapa sahaja yang sedang mengalami kemurungan, bolehlah mengamalkan bubur talbinah sebagai salah satu ikhtiar penyembuhan.

Foto: Food Fusion, Times of Oman, Pexels & Mama’s Secret Recipe