Browsing Tag

syubhah

cuci wang haram
Iqtisad,

Ini caranya ‘cuci’ atau lupuskan wang haram

INI caranya ‘cuci’ atau lupuskan wang haram…

Jika kita berniaga, wang yang diperoleh daripada hasil keuntungan sudah tentu kepunyaan kita dan statusnya halal asalkan perniagaan yang dilakukan itu mematuhi syariah.

Namun, jika kita memiliki sejumlah wang tunai yang dicuri daripada seseorang, maka jelaslah bahawa ia bukan hak kita dan statusnya adalah haram. Harta itu pula dikira wang syubhah.

Yang dikatakan wang syubhah ini bermaksud sesuatu harta yang diperolehi daripada sumber yang tidak patuh syariah dan diragui seperti hasil curi, riba, berjudi, penipuan, rasuah dan sebagainya.

Baca juga Jumpa wang di tepi jalan, ambil atau biarkan. Ini penjelasan Dr Zulkifli

Manakala, dalam istilah syarak, pemilikan harta atau wang syubhah ini disebut sebagai al-mal ghair mutaqawwam yang bermakna ‘harta yang tidak bernilai’. Definisi ‘tidak bernilai’ di sini bermaksud, walaupun secara fizikalnya harta itu ada pada tangan kita dan dianggap ‘bernilai’ daripada segi komersial, namun hakikatnya ia tidak diiktiraf langsung di sisi ALLAH SWT.

Oleh itu, umat Islam dilarang menggunakan wang tersebut bagi apa saja tujuan, lebih-lebih lagi untuk kepentingan peribadi atau keluarga. Hal ini kerana kita tidak mempunyai hak ke atasnya dan harta tersebut perlu dikembalikan kepada pemilik asal.

Turut disyorkan Enam punca harta jadi haram yang orang tidak sedar

Wang curi perlu dikembalikan

Memetik perkongsian di laman portal mufti Terengganu, jika harta itu diketahui pemiliknya yang sebenar seperti dalam kes curi atau rompakan, maka ia perlu dikembalikan kepada pemilik asalnya.

Jika pemiliknya telah meninggal dunia atau tidak dapat dijumpai, maka harta itu perlu dipulangkan kepada ahli warisnya. Malah jika warisnya juga tidak diketahui, maka ia hendaklah diserahkan kepada Baitulmal atau mana institusi Islam seumpamanya.

Baca juga Jangan simpan benda tak pakai, koleksi barang dan harta juga akan dihisab

Walau bagaimanapun, bagi kes harta yang diperolehi daripada sumber haram seperti perjudian, arak atau riba, hak pemilikan harta tersebut telah terpindah kepada kemaslahatan umum.

Ia perlulah diserahkan kepada Baitulmal bagi urusan selanjutnya, selain turut diserahkan kepada golongan fakir miskin dan memerlukan menggunakan prosedur yang betul.

Dalam hal ini, wang syubhah tersebut akan digunakan untuk maslahah umum umat Islam bagi kegunaan awam, contohnya membiayai penyelenggaraan jambatan, jalan raya, tandas dan lain-lain.

WANG syubhah boleh diberikan kepada masjid atau surau untuk ‘dicucikan’ atas alasan kemaslahatan umum namun status harta tersebut perlu dimaklumkan kepada pihak kariah terlebih dahulu. Foto: 123RF

Baca juga Dilema Sedekah Barangan Dan Pakaian Lama, Bimbang Amalan Itu Tidak Diterima. Ini Penjelasannya

Boleh diguna untuk kemaslahatan umum

Mungkin ada yang tertanya, bagaimana wang yang diperoleh daripada sumber syubhah dan haram boleh digunakan untuk kemaslahatan umum.

Seperti yang dijelaskan Portal Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan, penggunaan wang daripada sumber haram untuk kegunaan umum seperti menyelenggara jambatan, membaik pulih tandas masjid dan sebagainya adalah dibolehkan sekiranya pemberinya itu sudah bertaubat dan ingin berlepas diri daripada dosanya.

Pun begitu, penggunaannya mestilah hanya pada perkara yang tidak ada kena-mengena dengan ibadat seperti membaiki tandas masjid dan surau.

Turut disyorkan Sedekah harta suami tanpa izin, ini hukumnya yang wajib diketahui

cuci wang haram

TERUS memohon keampunan ALLAH SWT jika terlibat dalam maksiat yang menyebabkan wang haram. Foto: 123RF

Dalam pada itu, orang ramai diingat bahawa hukum harus ini bukanlah lesen untuk kekal melakukan amalan maksiat yang melahirkan wang syubhah tersebut dengan alasan harta itu boleh ‘dicuci’ semula dengan memberikan ke masjid dan surau.

Sebaliknya ditegaskan bahawa si pelaku atau empunya wang syubhah itu hendaklah bertaubat kepada ALLAH SWT dan berazam tidak mengulangi perbuatan maksiat itu lagi.

Bagi mereka yang memiliki wang syubhah, ia hendaklah disalurkan kepada pihak agama berautoriti seperti Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan, Jabatan Agama Islam Negeri dan seumpamanya agar harta itu dapat diuruskan melalui prosedur yang ditetapkan.

Namun jika wang syubhah atau haram itu jelas melibatkan aktiviti jenayah yang berkaitan dengan undang-undang negara seperti pengubahan wang haram, perdagangan manusia, penyalahgunaan dadah dan rasuah.

Pihak yang terlibat hendaklah melaporkan mengenai wang syubhah ini kepada pihak berkuasa seperti polis dan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia untuk siasatan lanjut.

Sumber: Solusi Anak Muda , Jabatan Mufti Negeri Terengganu & Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan

Foto: 123RF