Browsing Tag

Syria Care

Syria
Berita Semasa, Pilihan Editor,

Realiti pahit yang terpaksa ditelan rakyat Syria

SYRIA kini berada pada kedudukan lima negara termiskin di Asia. Angka tersebut dikongsi dalam laporan Bank Dunia berdasarkan Keluaran Dalam Negeri Kasar (KDNK) pada 2020 iaitu $870.00.

Kemelut berpanjangan turut mengakibatkan mata wangnya jatuh merudum. Ketika ini di pasaran terbuka, 1USD bersamaan 2,512.03 SYP. Menurut wage.org secara purata, rakyat Syria mendapat gaji antara 9,765 SYP hingga 14,760 SYP sebulan sedangkan harga seliter petrol yang dijual di pasaran gelap adalah 7,000SYP seliter!

Inilah realiti sebenar yang terpaksa dilalui oleh penduduk negara itu. Angka berkenaan diambil berdasarkan kaji selidik yang dibuat di kawasan dikuasai tentera kerajaan sedangkan bagi pelarian dalam negeri (IDP), keperitan yang mereka tanggung di luar gambaran kita.

Kemerosotan ekonomi dan krisis yang melanda mengakibatkan penduduk setempat berdepan masalah kekurangan bekalan makanan, ubat-ubatan, diesel serta berbagai keperluan lain. Di samping itu, penularan Covid-19 menambahkan lagi tekanan sedia ada. Berdasarkan statistik Pemerhati Hak Asasi Manusia Syria tahun 2020, sekurang-kurangnya 586,000 nyawa telah terkorban termasuk lebih 116,000 orang awam.

Krisis pelarian terbesar dunia

Konflik yang berlanjutan juga menyebabkan lebih 11 juta orang menjadi pelarian di dalam dan luar negara, bahkan sehingga kini Syria kekal sebagai krisis pelarian terbesar di dunia. Lebih daripada 6.8 juta rakyat Syria telah terpaksa meninggalkan negara mereka sejak 2011 dan 6.9 juta orang telah kehilangan tempat tinggal.

Baca juga Bantu segera, berjuta sedang sengsara di Syria

Kira-kira 5.2 juta pelarian mendapatkan perlindungan di negara jiran terutamanya di Türkiye, Lubnan dan Jordan. Jerman pula merupakan negara tuan rumah bukan jiran terbesar dengan lebih 620,000 pelarian Syria.

Syria

KEMEROSOTAN ekonomi dan krisis yang melanda mengakibatkan penduduk setempat berdepan masalah kekurangan bekalan makanan, ubat-ubatan, diesel serta pelbagai keperluan lain.

Berdasarkan laporan Pejabat Koordinasi Hal Ehwal Kemanusiaan Pertubuhan Bangsa Bangsa Bersatu (UNOCHA), seramai 11.1 juta penduduk di Syria memerlukan bantuan kemanusiaan untuk meneruskan kelangsungan hidup.

Konflik kemanusiaan yang melanda Syria juga telah memusnahkan kemudahan bekalan air bersih dan infrastruktur pembetungan di sana.

Terbaharu, menurut pihak berkuasa perubatan, jumlah kematian akibat taun meningkat kepada 12 orang dan 384 yang lain disahkan dijangkiti wabak itu. 92 kematian (kadar kematian kes 0.3 peratus) dan 35,569 kes disyaki taun telah dilaporkan antara 25 Ogos dan 9 November lalu. Jumlah kes yang disahkan dan disyaki akan terus meningkat dengan drastik.

Fragmen derita masyarakat Syria masih belum berakhir dan anda mampu mengubahnya. Tambah lagi dalam musim sejuk. Cuaca sejuk yang ekstrem adalah umpama mimpi buruk buat mereka kerana kesejukan melampau di bawah paras beku boleh meragut nyawa.

Hanya semangat jadi azimat

Menambah parah apabila apa sahaja barangan termasuk sampah dijadikan bahan bakar bagi menghasilkan haba untuk memanaskan badan. Ia secara langsung mengundang satu lagi risiko asap toksik yang berupaya membuatkan seseorang itu sesak nafas dan boleh mencetuskan kebakaran khemah yang didirikan secara bersebelahan.

Menyorot pengalaman Ketua Pegawai Eksekutif Syria Care, Siti Sakinah Meor Omar Baki sewaktu melaksanakan misi bantuan ke sana, jalan-jalan dan kawasan perkhemahan pelarian penuh lecak serta berlumpur.

Hujan lebat yang turun menambah sejuk cuaca. Pada waktu malam pula, suhu pastinya turun lebih rendah lagi dengan keadaan angin kuat tidak menentu.

Baca juga Bantu segera, berjuta sedang sengsara di Syria

Khemah tempat mereka berlindung disifatkan sebagai sangat daif dengan keadaan koyak dan cenderung untuk runtuh kerana hanya dibuat daripada plastik nilon, permaidani buruk dan selimut lama.

Syria

PROJEK ‘Warm Their Winter’ diadakan untuk orang ramai menyumbangkan pakaian musim sejuk bagi kegunaan pelarian Syria.

“Bayangkan ketika salji turun, suhu jatuh ke bawah paras beku. Peserta misi yang berada di sana ketika itu semuanya berpakaian tebal, namun masih terasa kedinginannya, sedangkan ramai kanak-kanak di sana hanya berkaki ayam dan berbaju nipis.

“Keadaan mereka sangat menyedihkan namun semangat untuk bertahan sangat mengagumkan dan patut dicontohi,” ujarnya lagi.

Bagi membantu penduduk Syria menghadapi musim sejuk yang melanda, Pertubuhan Bukan Kerajaan (NGO) Syria Care menggerakkan kempen Bantuan Musim Sejuk 10.0 (BMS10.0) bermula 21 September hingga 31 Disember ini.

Tahun ini adalah kali ke-10 kempen tersebut diadakan bertujuan mengumpul dana bagi menyediakan bahan bakar seperti kayu api, diesel dan arang batu untuk menghangatkan para pelarian yang berada di utara Syria.

Di samping itu, projek ‘Warm Their Winter’ telah diadakan di Shah Alam, Selangor dan UIAM cawangan Pagoh, Johor dan orang ramai dialu-alu untuk menyumbangkan pakaian musim sejuk bagi kegunaan pelarian Syria.

Orang ramai boleh melayari laman sesawang www.syriacare.org.my/warmtheirwinter atau ikuti media sosial Syria Care Malaysia di Facebook, Instagram, Twitter dan Syria Care Media di YouTube serta TikTok bagi mendapatkan perkembangan terkini.

Kongsi juga tanda pagar #syriacareforhumanity untuk sebarang perkongsian berkaitan misi bantuan pelarian Syria di akaun media sosial masing-masing bagi menunjukkan sokongan berterusan. Ayuh seluruh rakyat Malaysia, sama-sama kita jayakannya.

***Artikel dan foto disediakan oleh Syria Care

Ikuti kami di Tiktok, Instagram, Facebook, Twitterdan Youtube Sinar Islam Plus.

syria care
Berita Semasa,

Kempen Syria Care bantu pelarian Syria hadapi musim sejuk

BAGI membantu penduduk Syria menghadapi musim sejuk yang bakal melanda negara itu tidak lama lagi, Pertubuhan Bukan Kerajaan (NGO) Syria Care mengadakan kempen Bantuan Musim Sejuk 10.0 (BMS10.0) bermula 21 September hingga 31 Disember ini.

Tahun ini adalah kali ke-10 kempen tersebut diadakan bertujuan mengumpul bekalan buat pelarian berada di utara Syria yang mana sejuk melampau di bawah paras beku mampu meragut nyawa penduduk tempatan.

Sehubungan itu, Syria Care dan Sinar Karangkraf Sdn. Bhd. telah memeterai satu memorandum persefahaman (MoU) sebagai kerjasama strategik untuk menjayakan BMS10.0, petang semalam.

Baca juga Pelarian Syria: Cerita kita dan kisah mereka

syria care

MAJLIS tandatangan memorandum persefahaman (MoU) antara Syria Care dan Sinar Karangkraf Sdn. Bhd. itu diadakan atas tujuan hebahan dan pemerkasaan bersama kempen BMS10.0. Foto: Sinar Harian

Menurut Pengerusi Syria Care, Siti Sakinah Meor Omar Baki, antara projek yang dijalankan di bawah kempen tersebut termasuk ‘Warm Their Winter’ di mana orang ramai boleh menyumbangkan pakaian musim sejuk mereka untuk kegunaan pelarian Syria.

Tambahnya, proses pengumpulan pakaian musim sejuk itu akan dijalankan dari 2 hingga 8 Oktober ini di Laman 83, Bukit Jelutong, Shah Alam.

Bagi mereka yang berada di kawasan Selatan, pakaian tersebut boleh diserahkan ke Mahallah Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIA) Pagoh di Muar, Johor pada 17 hingga 24 Oktober akan datang.

Dalam masa sama, penyertaan sukarelawan ke lapangan turut diperlukan bagi membantu proses pengumpulan serta pembungkusan barangan sepanjang projek Warm Their Winter berlangsung.

Baca juga Dilema Sedekah Barangan Dan Pakaian Lama, Bimbang Amalan Itu Tidak Diterima. Ini Penjelasannya

AMBIL peluang untuk menghulurkan bantuan dengan mendermakan pakaian musim sejuk di tempat dan pada tarikh yang tertera.

Kata Siti Sakinah lagi, krisis kemanusiaan di Syria telah berlanjutan lebih 10 tahun dan pihaknya sangat mengharapkan kesediaan umat Islam untuk turut sama menyempurnakan misi BMS10.0 bagi meringankan beban saudara-saudara seIslam yang ada di negara tersebut.

“Kemelut kemanusiaan di Syria telah berlanjutan lebih dari 10 tahun dan lebih 6.9 juta orang (penduduk Syria) telah kehilangan tempat tinggal.

“Jadi saya ingin mengambil kesempatan di sini, khususnya (kepada) kita umat Islam, kerana Syria adalah sebahagian dari bumi Syam yang disebut dalam al-Quran sebagai tanah yang diberkati.

“Kita berperanan membantu saudara-saudara kita yang ada di tanah yang terpilih ini (untuk) meringankan bebanan mereka untuk menghadapi musim sejuk tahun ini,” ujar beliau kepada Sinar Islam Plus selepas majlis tandatangan MoU dijalankan di Karangkraf, Shah Alam.

Baca juga Ini Kelebihan Sedekah Secara Sembunyi Yang Ramai Mungkin Tidak Sedar

syria care

PENGERUSI Syria Care, Siti Sakinah Meor Omar Baki. Foto: Sinar Harian

Mengulas tentang kerjasama Syria Care dan Sinar Karangkraf, Timbalan Pengerusi Kumpulan Karangkraf, Datuk Muhammad Nasir Hamzah berkata, pihaknya akan memastikan misi bantuan kemanusiaan yang dijalankan oleh pertubuhan tersebut dapat dijayakan serta sampai ke destinasi yang sepatutnya di Syria.

Kata beliau lagi, Karangkraf sentiasa terbuka untuk bekerjasama dengan mana-mana badan bukan kerajaan yang ikhlas ingin membantu umat Islam di serata dunia.

“Mana-mana organisasi NGO yang hendak membantu umat Islam di Palestin atau Ukraine, umpamanya, Insya-ALLAH kita akan membantu.

“Kami (Karangkraf) membuka peluang kepada sesiapa (untuk bekerjasama) dengan syarat, (mereka) jujur, ikhlas dan berjuang kerana ALLAH,” ujar Muhammad Nasir ketika ditemu bual Sinar Islam Plus.

syria care

BUAT pelarian Syria, musim sejuk umpama mimpi buruk kerana kesejukan melampau di bawah paras beku boleh meragut nyawa mereka. Foto: Sinar Harian

Bagi sebarang pertanyaan atau sumbangan, sila hubungi Syria Care di talian 03-5523 4077 atau 011-2880 9820 atau layari laman sesawang www.syriacare.org.my serta saluran media sosial Syria Care Malaysia di Facebook, Instagram dan Twitter atau subscribe Syria Care Media di Youtube.

Foto: Sinar Harian & Facebook Syria Care

 

Syria
Berita Semasa, Pilihan Editor,

Bantu segera, berjuta sedang sengsara di Syria

DI utara Syria, projek Wakaf Perumahan Pelarian Syria – Kampung Malaysia Syria Care (KMSC) di al-Bardaqli, menjadi salah satu ikon di sana.

Sebaik bermula pada April 2020 dan kemudian mula dihuni hampir 11 bulan kemudian, kawasan yang menempatkan 272 unit rumah kediaman memerlukan peruntukan yang besar bagi menampung pelbagai keperluan asas dan infrastruktur.

Perancangan KMSC bermula dengan tumpuan membina rumah kerana ia menjadi perkara yang begitu kritikal. Menyedari keperluan yang mendesak ketika itu, Syria Care bersama rakan kerjasama di utara Syria menguruskan projek berkenaan menggunakan tagline “Dari ke khemah ke rumah”.

Kempen menerusi pelbagai platform media telah digerakkan bagi melaksanakan pendekatan wakaf. Ia bagi merealisasi penempatan yang bersifat kekal dengan memindahkan pelarian yang mempunyai keutamaan tertentu seperti ibu tunggal, anak yatim, cacat dan syarat-syarat ketat lain.

Baca juga Pelarian Syria: Cerita kita dan kisah mereka

Sambutan hangat daripada rakyat Malaysia telah mempercepatkan projek yang dijalankan dan ia dapat disiapkan lebih awal daripada jadual.

Perlindungan sebelum tiba musim sejuk

Menjelang Mac 2021, pelarian dibenarkan berpindah masuk dan ia dibuat secara berperingkat-peringkat. Keutamaan ketika itu adalah memberi perlindungan sebaik mungkin sebelum ketibaan musim sejuk.

Satu musim yang mana sebahagian kita teruja untuk menikmati salji dan suhu dingin sedangkan mereka di sana berada dalam keadaan sebaliknya, pelarian bertarung untuk terus hidup.

Syria

DI Kampung Malaysia Syria Care (KMSC), penghuninya ada rumah yang beratap dan berdinding dengan bekalan air bersih, nun di celahan pepohon zaitun di atas muka bumi yang tandus ramai lagi yang terpaksa bertarung untuk menghadapi musim sejuk.

Kini hasrat untuk merealisasi penempatan kekal telah menjadi kenyataan walaupun ramai lagi senarai menunggu. Perlu ditekankan, ia hanya bersifat transit kepada penghuni sebelum mereka mampu berupaya membina sendiri kediaman yang bernama ‘rumah’.

Namun dalam keadaan konflik yang tidak menampakkan kesudahan, lebih banyak prasarana tambahan diperlukan untuk melengkapkan perkampungan berkenaan.

Pembinaan KMSC yang turut merangkumi sebuah masjid, bangunan sekolah bagi peringkat rendah hingga menengah tinggi, tadika, kios perniagaan, pusat perubatan, telaga dan tangki air, dan berpagar memerlukan kos tambahan.

Itu belum dikira dengan urusan kewangan yang membabitkan penyelenggaraan di mana dalam keadaan yang serba kekurangan, penghuninya tidak mampu untuk mengurusnya sendiri.

Beberapa peruntukan tambahan juga diperlukan bagi pembinaan beberapa infrastruktur lain seperti tingkat kedua masjid, gudang, kos alat penjana, penambahan rumah imam dan khatib.

Mata wang merudum beri impak

Hakikatnya dalam keadaan sekarang, dana yang dikumpul sebelum ini tidak mampu menampung kesan inflasi kerana 100 peratus barangan import yang dihantar dibawa masuk melalui Turki.

Kadar inflasi yang mencecah 80 peratus menjadikan mata wang Lira jatuh merudum dan memberi impak ketara kepada Syria Care dan rakan kongsi di sana menguruskan penempatan itu. Segala aneka benda naik mendadak!

Kebimbangan kami semakin tidak keruan kerana itu baharu di KMSC, belum lagi nasib lebih tiga juta pelarian yang bertebaran di utara Syria.

Syria

Kalau di penempatan itu, penghuninya ada rumah yang beratap dan berdinding dengan bekalan air bersih, nun di celah-celah pepohon zaitun di atas muka bumi yang bercerakah ramai yang terpaksa bertarung untuk menghadapi musim sejuk.

Khemah kanvas telah lama dimakan usia. Pemandangan compang-camping ditampal dengan selimut, plastik dan apa sahaja menjadi perkara biasa. Apa sahaja dapat dibuat demi mengelak cuaca sejuk. Itu cerita pasal khemah belum lagi bab makanan dan pakaian.

 

Inilah kisah pelarian di negara empat musim. Keperluan mereka perlu disesuaikan mengikut keadaan. Kalau di musim panas, bahangnya adakala mencecah 40 darjah Celsius, tinggal dalam khemah ibarat duduk dalam oven, bila tiba musim sejuk suhu jatuh menjunam!

Ujian bertimpa-timpa

Keadaan lebih teruk bila hujan. Persekitaran menjadi becak dan lebih menguji iman, tempat berlindung hanyut dibawa arus banjir. Ujian yang mereka terima bertimpa-timpa.

Bagaimana mereka dapat bertahan dalam keadaan begini tanpa bantuan? Memandang kepada keperluan berkenaan, Syria Care seperti tahun sebelumnya telah merangka pelan menggerakkan bantuan musim sejuk (BMS).

Sumbangan kewangan amat diperlukan agar penghantaran dapat dibuat sebelum ketibaan musim sejuk. Lebih cepat dana dikumpul, lebih cepat penghantaran dapat dibuat.

Syria

ANAK-ANAK pelarian menghitung nasib masa depan yang kelam.

Kepada anda yang ingin menyumbang, sila salurkan melalui akaun berikut:

Maybank Islamic: 562106653575

CIMB Islamic: 8601894560

Untuk sebarang pertanyaan sila hubungi talian: 011-3703 0900

Bersama Syria Care, kita bantu.

***Artikel ditulis oleh Syria Care

Pelarian Syria
Berita Semasa, Pilihan Editor,

Pelarian Syria: Cerita kita dan kisah mereka

Oleh SYRIA CARE

MOMENTUM simpati orang ramai terhadap nasib lebih 12 juta pelarian Syria semakin kendur sama seperti isu kemanusiaan di tempat lain. Ia satu realiti yang dihadapi oleh semua pertubuhan bukan kerajaan (NGO) atau agensi kemanusiaan seluruh dunia.

Bukan sahaja dalam konteks Syria, bahkan di tempat lain yang dilanda konflik. Perhatian kepada isu utama yang mendominasi negara Islam seperti nasib penduduk Palestin turut tenggelam, sedangkan setiap hari ada sahaja penduduk Arab yang dihalau dari tanah air sendiri di Tebing Barat.

Berita serangan berterusan tentera pakatan yang diketuai Arab Saudi ke atas orang awam di Yaman sehingga menyebabkan lebih lima juta penduduknya berdepan kebuluran, nasib rakyat Afghanistan yang tidak berkesudahan, kepungan tentera India ke atas Muslim di Kashmir, masa depan pelarian Rohingya dan terkini pembantaian Rusia ke atas Ukraine hanya menjadi content media sosial. Gambar dan video mereka sekadar menjadi bahan trafik tetapi bantuan amat kurang.

Kisah mereka semakin ke bawah

Itulah yang turut terjadi kepada mangsa di Syria. Dugaan di sana perang tidak berkesudahan, sedangkan cabaran kami yang menggerakkan kerja kemanusiaan adalah masalah dana. Tanpa sumbangan orang ramai, segala projek akan terhenti.

Itulah perkara yang paling ditakuti. Bayangkan, jika selama ini mereka bergantung keperluan asas untuk mengalas perut, tanpa bantuan daripada luar, pelarian terus menunggu dengan penuh harapan.

Pelarian Syria

Mereka bukan tidak ingin berdikari, namun segalanya telah musnah. Kawasan tempat mereka melarikan diri, misalnya di utara Idlib yang bersempadan Turki, kebanyakannya berbatu batan dan di situ lebih empat juta orang terpaksa bertarung untuk terus hidup.

Sudahlah kawasan tanah yang ada terhad, pelarian di situ tidak boleh bercucuk tanam dengan bebas kerana ada sahaja serangan yang dilancarkan sama ada oleh tentera rejim Bashar al Assad atau tentera Rusia serta kumpulan bersengketa.

Oleh itu, segalanya perlu konsisten untuk membantu mereka kerana keperluan di sana berubah mengikut perubahan musim.

Realitinya, ia bukan sahaja Syria Care bahkan kesulitan yang sama turut dirasai Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) dan agensinya termasuk Tabung Kanak-Kanak Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNICEF).

Dalam laporannya untuk tahun 2021, menyatakan hak lima juta kanak-kanak di Syria begitu memerlukan bantuan kemanusiaan.

Itu baharu sekelompok, belum dikira mereka yang berada di kawasan terpencil dan masih dikuasai pelbagai kumpulan seperti di kem Al Hol, di timur laut negara itu yang sukar dimasuki agensi bantuan kemanusiaan dan NGO, penilaian sebenar sukar untuk dibuat.

Baca juga Kubur Besar Bongkar Jenayah Perang di Syria

Lestarikan amanah

Syria Care yang melaksanakan kerja-kerja kemanusiaan di bahagian utara Syria, secara khususnya di kawasan sekitar utara Idlib, Al Bab, Afrin sebahagian Latakia melestari amanah yang diberikan rakyat Malaysia serta penderma dari negara lain hanya menumpukan usaha berskala kecil jika dibandingkan dengan kemusnahan yang berlaku.

Sejak pandemik berlaku dan ketika mula Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) fasa pertama dikuatkuasa, 18 Mac 2020, ia menjadi satu lagi ujian getir di luar jangkaan.

Apapun, gerak kerja hasil amanah orang ramai perlu diteruskan dan tidak boleh berhenti separuh jalan. Ketika itu, segala kerja diserahkan kepada enam rakan kerjasama kami di sana.

Alhamdulillah, ketika itu projek mega kami, wakaf Kampung Malaysia, Syria Care yang membina lebih 260 buah unit rumah dapat diteruskan dan dirasmikan pada 16 Mac 2021.

Tujuh projek teras yang perlu digerakkan:

  1. Kempen Ramadan Al Khair
  2. Bantuan Musim Sejuk
  3. The Orphans Project
  4. Wakaf Kampung Malaysia Syria Care
  5. Care4Syria
  6. Edu4Syria
  7. Qurban4Syria
Pelarian Syria


ATAS prinsip ukhuwah Islamiah, sifat saling membantu adalah asas yang dibentuk tanpa sempadan politik atau geografi.

Sesetengahnya bersifat bermusim seperti Ramadan Al Khair, Bantuan Musim Sejuk (BMS) dan Qurban4Syria.

Walaupun terikat dengan waktu dan masa, ia tidak akan berhenti kerana keperluan hidup adalah sepanjang hayat.

Di dalam kalendar, musim sejuk mungkin telah berakhir tetapi hakikatnya sehingga artikel ini disiarkan cuaca sejuk masih berterusan. Belum reda kepayahan itu, mereka seperti juga umat Islam di seluruh dunia bersedia menyambut Ramadan dengan apa yang ada.

Ada yang beruntung kerana memiliki sekeping roti, jeruk, buah zaiton serta garam dan tidak kurang juga yang terus menadah tangan berdoa supaya ada bantuan yang tiba.

Pada 2022, Syria Care meletakkan sasaran RM4.2 juta rendah sedikit berbanding sasaran dua tahun sebelumnya iaitu RM3,415,341.00 pada 2020 dan RM4,383,274.79 pada 2021.

Dapur Ramadan tetap berjalan, tetapi bilangan serta agihan terpaksa dikurangkan. Ia perkara yang sukar dibuat tetapi tidak dapat dielakkan kerana kutipan cukup merosot kebelakangan ini.

Sebolehnya, Syria Care ingin membantu semua, tetapi kami turut berdepan dugaan. Pasca banjir, bencana alam serta pengangguran akibat Covid-19 juga perlu diberi perhatian.

Namun atas prinsip ukhuwah Islamiah, sifat saling membantu adalah asas yang dibentuk tanpa sempadan politik atau geografi. Bersama kita imarahkan kedatangan Ramadan al-Mubarak untuk memperbanyakkan sedekah termasuk kepada mangsa konflik di Syria.

Bagi memudahkan orang ramai, Syria Care menawarkan perkhidmatan OderFood. Sesiapa saja boleh menyumbang set iftar bernilai RM15 atau set barangan kering berjumlah RM150 menerusi platform dalam talian.

Sila layari https://www.syriacare.org.my/oderfood/ untuk menyalurkan sumbangan anda.