Browsing Tag

surau

GAMBAR PORTAL FB - 2023-02-05T221327.085
Gaya Hidup,

Beribadah sambil rawat sanubari di Surau Batu Sungai, Sintok

Beribadah sambil rawat sanubari di Surau Batu Sungai, Sintok

SIAPA sangka, niat asalnya hanya untuk menginfakkan pembinaan surau atas nama kedua orang tuanya, telah menghasilkan impak besar buat penduduk sekitar. Binaan rumah ALLAH yang menggunakan 12 ribu bongkah batu sungai, dengan kos RM25,000 diatas tanah seluas 25 kaki lebar x 35 kaki panjang kini berfungsi bukan sekadar tempat ibadah ketika waktu solat bahkan menjadi ruang untuk merawat sanubari.

Struktur pembinaan surau yang menggunakan batu-batu daripada sungai antara keunikan yang terdapat di Bukit Kachi, Sintok, Kedah yang hanya berjarak 3 kilometer (km) dari Universiti Utara Malaysia (UUM).

Dikenali dengan nama ‘Surau Batu Sungai Bukit Kachi’ ini selalu menjadi tumpuan ramai khususnya penduduk sekitar Kedah dan warga UUM.

Mula dibina pada 28 April 2018 dan telah siap pada 4 Februari 2019, surau tersebut telah dihasilkan oleh seorang pesara tentera, Mejar (B) Mustafa Musa, 62, hasil titik peluhnya sendiri.

Mustafa memberitahu Sinar Islam Plus, surau tersebut mampu memuatkan seramai 85 orang jemaah.

MAKLUMAT berkaitan Surau Batu Sungai

“Saya beli tanah ini dengan tujuan untuk membina surau. Sekaligus menunaikan satu fardu kifayah kerana kawasan ini masih belum mempunyai surau,”

“Sebanyak 12 ribu batu sungai digunakan, selain ruang ibadat, bilik air dan lain-lain kemudahan turut didirikan. Kos yang dikeluarkan untuk pembinaan itu adalah sebanyak RM25,000 termasuk kemudahan elektrik,”

Ujarnya, pada mulanya amat susah untuk membina konsep surau sedemikian kerana struktur pembinaanya yang jarang dibina oleh sesiapa pun namun dengan iltizam yang kuat, didorong pula niat untuk menginfakkannya bagi kedua orang tua, beliau berjaya membina surau ini.

BACA JUGA Berdoa tidak perlukan lafaz khusus dan skrip

“Berkat doa dan petunjuk daripada ALLAH SWT, ditambah sokongan keluarga dan sahabat dalam bentuk kewangan dan barang-barang binaan telah membangkitkan lagi semangat meneruskan pembinaan surau tersebut,” katanya.

Mustafa menjelaskan, surau yang dibina itu adalah semata-mata hanya infaq (wakaf) buat pengunjung dan tidak mengenakan apa-apa bayaran. Jika ada juga sumbangan yang diberikan, ia akan disalurkan khusus untuk tabung surau dan digunakan untuk urusan penyelenggaraan.

BINAAN surau yang menggunakan 12 ribu bongkah batu sungai, dengan kos RM25,000 diatas tanah seluas 25 kaki lebar x 35 kaki panjang. 

Selain surau, antara kemudahan lain yang dibina oleh Mustafa adalah tandas dan bilik air, kolam mandi batu sungai, tapak perkemahan, dewan serbaguna, dapur BBQ, dapur kayu dan dua buah chalet.

Manakala dari segi kemudahan asas yang lain seperti kerusi dan meja kebanyakannya disumbangkan oleh orang awam. Semua item yang ada di sekitar Surau Batu Sungai disediakan secara percuma kepada pengunjung yang kecuali chalet. Pengunjung dikenakan sedikit bayaran untuk bermalam di chalet.

BACA JUGA Perlu ke asingkan saf kanak-kanak ketika solat? Hadamkan penjelasan agamawan ini

Antara aktiviti yang sering dijalankan di sini adalah seperti hari keluarga, kem bina solat, bina semangat, motivasi, majlis perjumpaan, majlis perkahwinan dan sebagainya.

Antara tarikan lain yang ada di situ ialah air terjun Bukit Kachi yang hanya mengambil masa selama 30 minit perjalanan dari Surau Batu Sungai.

FAIZATUL Akmal Zulkifli

Sinar Islam Plus turut menemu bual seorang pelajar tahun akhir UUM, Faizatul Akmal Zulkifli yang kerap berkunjung ke situ bersama rakan-rakannya.

Katanya, antara sebab utama dia memilih untuk beriadah di kawasan tersebut adalah kerana keunikan surau.

“Suasananya sangat indah lagi menenangkan. Fasiliti disediakan mesra pengguna memudahkan kami untuk bersantai di sini.

“Sesuai dengan tujuan utama ke sana untuk mencari ketenangan. Surau unik ini membolehkan kami beribadah tanpa diganggu sekaligus menghayati ciptaan ALLAH SWT.

“Jemputlah datang ke sini mencari kedamaian jiwa sambil menghayati keindahan alam yang belum tercemar,” katanya.

KEM Batu Sungai, Sintok, Kedah. 

9cc7c8f3-93ad-4cae-9683-b539b67e687e
Gaya Hidup, Gaya Hidup, Pilihan Editor,

Rangsang Remaja Ikut Trend

no comment

BERIADAH, bersukan dan melakukan aktiviti bermanfaat yang bertujuan untuk mengekalkan kesihatan adalah sangat dituntut dalam Islam.

Nabi Muhammad SAW pernah bersabda: “Orang mukmin yang kuat (segalanya) itu, lebih baik dan lebih dikasihi Allah daripada mukmin yang lemah sedang setiap (mukmin) itu semuanya baik. Utamakanlah (berusahalah) terhadap perkara yang menjamin kemanfaatanmu dan sentiasa bermohon pertolongan Allah tanpa rasa lemah semangat.” Riwayat Muslim (2664) dan Ibn Majah (4168).

Selain daripada mampu memiliki tubuh badan yang sihat, bersukan juga menjadi medan merapatkan hubungan ukhwah dan silatulrahim bukan saja sesama umat Islam tetapi juga berlainan kepercayaan agama di dunia.

Mohamad Shukri ketika menyertai aktiviti berbasikal bersama jemaah SBP Cabaran 120 Kilometer.

Mantan Pengerusi Surau Bukit Permata (SBP) yang juga Peguam Sivil dan Peguam Syarie, Haji Mohamad Shukri Senafi, berkata, rumah ibadah seperti masjid dan surau bukan semata ruang untuk bersolat, namun perlu disemarakkan fungsinya bagi memberi manfaat kepada ummah.

Semua perlu bermula dari rumah ibadah.

“Bagi kami, semuanya perlu bermula dari surau, bersukan dan beriadah adalah salah satu agenda yang disusun untuk menarik remaja untuk mendekati surau sekali gus melatih sifat keperibadian dan tanggungjawab mereka yang akan menjadi pelapis menguruskan rumah Allah itu suatu masa nanti.

“Sebelum menarik golongan muda ini, kita juga harus mengenali mereka terlebih dahulu dan diakui sukan dan beriadah menjadi batu loncatan untuk mendekati mereka terutamanya golongan lelaki yang sukakan aktiviti lasak.

Aktiviti sukan perlu di awasi ibu bapa

“Sejak dulu kami telah berjaya menganjurkan pelbagai jenis sukan yang akan diturut serta dengan penglibatan mereka antaranya futsal, hiking, boling, renang, sepak takraw, sukan permotoran, paintball, rock climbing, golf, boling padang, berkayak, beyblade dan sukan basikal,” katanya yang ditemui ketika menganjurkan aktiviti berbasikal melibatkan Ahli Jawatankuasa Surau Bukit Permata (SBP), Cabaran Berbasikal 120 Kilometer SBP bersama ahli kariah dan remaja sebelum bulan Ramadan baru-baru ini.

Aktiviti sukan lasak antara pilihan remaja bagi menguji keberanian diri.

Aktiviti berbasikal yang disertai jemaah dengan perjalanan kayuhan sejauh 120 kilometer itu juga menjadi penghubungan ikatan ukhwah antara jemaah yang sering ditemui di surau namun tidak berkesempatan bertegur sapa atas kekangan waktu.

Cabaran Berbasikal SBP 120 Kilometer bersama jemaah surau.

“Jemaah yang hadir ke surau setiap hari datang dari pelbagai latar belakang, kerjaya, usia dan ilmu pengalaman yang berbeza. Apabila kita bersatu dalam menjayakan sesuatu aktiviti, ilmu pengalaman masing-masinglah yang dikongsi dan dapat dimanfaatkan bersama dijadikan pengetahuan baru buat seseorang.

SBP turut menubuhkan pasukan boling dan menggalakkan menyertai apa saja pertandingan sukan.

“Sepanjang perjalanan sudah tentu pelbagai dugaan akan kita tempuhi, semangat kerjasama, tolong-menolong, bertolak-ansur ketika menuju satu tujuan akan mewujudkan ikatan yang dipanggil silatulrahim.

Aktivit ‘Rock Climbing’ memerlukan keberanian dan kerjasama berkumpulan.

“Kita tidak akan mampu mencapai objektif itu sekiranya hanya di ruang solat surau semata, namun perlu keluar. Sama juga seperti berdakwah kita harus bergerak dari satu tempat ke satu tempat, namun asasnya harus bermula dari rumah ibadah sama ada surau atau masjid,” katanya.

Menurut Shukri, bukan saja aktiviti dirancang semua menyaran kepada golongan remaja, malah didikan awal itu sudah digalak sewal usia kanak-kanak lagi untuk mendekati surau.

Pertandingan Beyblade yang dianjurkan menarik perhatian kanak-kanak dan ahli kariah.

“Sebelum ini kami juga pernah menganjurkan aktiviti sukan Beyblade yang suatu masa lalu menjadi trend kanak-kanak. Pertandingan yang di adakan di ruang solat selepas solat fardhu itu dihadiri ramai kanak-kanak hadir dengan pakaian yang sopan berserta dengan Beyblade masing-masing.

Menganjurkan aktiviti lasak memandu kenderaan pacuan 4×4 yang turut disertai anak-anak kariah SBP.

“Malah bagi menunjukkan sokongan dan sifat menyantuni kanak-kanak ini, jemaah yang terdiri dari bapa-bapa juga turut menyertai pertandingan Beyblade termasuk imam dan bilal surau. Kami dapat mewujudkan suasana yang sangat harmoni dan menunjukkan kepada kanak-kanak, surau bukan semata tempat untuk bersolat tetapi adalah pusat umat Islam untuk mencari keredhaan Allah,” katanya.

Meskipun menganjurkan aktiviti sukan hingga ke puncak Gunung Halasan, Korea Selatan, solat tetap menjadi keutamaan bagi ahli kariah SBP.