Browsing Tag

Sultan

sultan Thumbsnail
Jendela Dunia, Personaliti, Pilihan Editor,

 Sultan Abdul Hamid II : Penentang Awal Zionis 

no comment

Oleh MUHAMMAD YUSUFF HASSAN

Sebelum British bersetuju “mengizinkan” Zionis Eropah menjajah Palestin, bapa kepada idealogi Zionis yang terkenal iaitu Theodor Herzl pernah cuba untuk membeli tanah itu dari Kerjaan Turki Uthmaniyyah.

Perkara ini berlaku jauh sebelum terbentuknya Deklarasi Balfour yang penuh kontroversi di mana, deklarasi ini telah mengizinkan penjajahan secara terbuka terhadap negara Palestin dari  Empayar Britain. 

Ada dicatatkan dalam sejarah Uthmaniyyah bahawa Herzl, pernah cuba untuk berbincang meminta Kerajaan Turki Uthmaniyyah untuk membeli dan membina sebuah negara untuk menempatkan orang Yahudi.

Ketika itu Palestin adalah di bawah penguasaan Empayar Uthmaniyyah, penguasaan ini termasuk tiga kota suci umat  Islam iaitu Makkah, Madinah dan Baitulmaqdis.

Sultan yang memerintah Empayar Uthmaniyyah juga merupakan khalifah Islam di mana mereka memperoleh kewibawaan dan mendapat gelaran sebagai PENJAGA kota suci dunia Islam. 

Tetapi ketika itu Empayar Uthmaniyyah juga tidak lari dari masalah menanggung hutang yang banyak.

Tentera Uthmaniyyah mengawal persekitaran Masjid al-Aqsa . (Ottoman Imperial Archives)

Pada tahun 1896, Herzl menyangka dengan keadaan ekonomi empayar Uthmaniyyah yang sedang tenat, dia merasakan inilah masa dan peluang terbaik untuk membeli tanah di Palestin.  Herzl kemudian pergi ke Istanbul dengan harapan melakukan perjanjian yang dia sangka Sultan Abdul Hamid II tidak dapat menolak tawaran yang bakal diberikan olehnya.

Ketika itu Empayar Uthmaniyyah menanggung hutang terkumpul pada akhir abad ke-19 berjumlah AS$11.6 bilion.

Hutang-hutang itu dikawal melalui sistem yang dikenali dengan Pentadbiran Hutang Awam Uthmaniyyah (Ottoman Public Debt Administration), yang dikawal oleh kuasa besar Eropah ketika itu seperti Inggeris, Perancis, Jerman, Austria, Itali dan Belanda. Hal ini memberikan penguasaan terhadap penjajah Eropah mengawal gerak dan kuasa Empayar Uthmaniyyah yang pada akhirnya menyumbang kepada kejatuhan Kerajaan Turki Uthmaniyyah.

Sultan Abdulhamid II, 1867. (Wikimedia Commons, public domain)

Membeli Tanah Palestin

Menurut satu catatan sejarah, Herzl menawarkan untuk membayar 20 juta Pound Sterling, yang bernilai kira-kira 2.2 bilion Dolar Amerika hari ini, kepada Sultan Uthmaniyyah untuk mengeluarkan piagam agar orang-orang Yahudi  boleh menjajah Palestin.

Wang yang ditawarkan itu dijangka boleh mengurangkan sekitar 20 peratus daripada beban hutang Emapayar Uthmaniyyah. Dilaporkan bahawa Herzel turut berkata bahawa “tanpa bantuan Zionis, ekonomi Turki tidak akan berpeluang untuk pulih.”Begitulah apa yang dibicarKan  oleh Herzl kepada Sultan Empayar Uthmaniyyah pada ketika itu.

Bagaimanapun, dua orang kanan Herzl, Philip de Newlinski dan Arminius Vambery, tidak yakin akan Sultan Abdul Hamid ii akan menjual kota suci ketiga bagi umat Islam walaupun dalam keadaan ekonomi Empayar itu tidak mementu pada dan ketika itu.

Maka betullah sangkaan mereka kerana Sultan Abdul Hamid II menolak tawaran itu dengan tegas pada tahun 1896, dengan mengatakan kepada Newlinski, “jika Tuan Herzl adalah teman anda dan seperti anda, maka nasihatkan dia untuk tidak

meneruskan rancangannya.

“Saya tidak akan menjual sebidang tanah pun, kerana tanah itu bukan milik saya melainkan bangsaku. Bangsaku yang telah memenangkan Empayar ini dengan memperjuangkannya dengan darah mereka dan telah mereka telah membajakan bumi itu dengan darah mereka.”

“ Kami akan terus melindunginya dengan darah kami dan tidak akan membiarkannya dilenyapkan dari kami .” Kata-kata Sultan Abdul Hamid ii  itu sangat luar biasa . 

 

“Saya tidak akan menjual sebidang tanah pun, kerana tanah itu bukan milik saya melainkan bangsaku. Bangsaku yang telah memenangkan Empayar ini dengan memperjuangkannya dengan darah mereka dan telah mereka telah membajakan bumi itu dengan darah mereka.”

“ Kami akan terus melindunginya dengan darah kami dan tidak akan membiarkannya dilenyapkan dari kami .” Kata-kata Sultan Abdul Hamid ii  itu sangat luar biasa .

Walaupun konflik penjajahan Palestin sering digambarkan sebagai konflik kuno di mana Palestin terus diperintah dan bertahan lebih dari 1000 tahun, namun akarnya jelas terlihat pada akhir abad ke-19.

Idea Zionisme ini mula berkembang dan mendapat sokongan sebagai salah satu langkah bagi menyelesaikan apa yang dikenali ‘masalah Yahudi’ di Eropah.

Landskap pemandangan kota Baitulmaqdis sekitar akhir kurun ke-19. (Ottoman Archive)

Idea ini mendapat sokongan orang bukan Yahudi dan golongan anti-Semitik, ini bagi memindahkan orang-orang Yahudi ke Timur Tengah. Perkara inilah menjadi titik tolak bagaimana penindasan penduduk asli Palestin diusir dari tanah yang mereka telah duduki sejak ribuan tahun.

Tidak semua orang Yahudi seperti Herzl, bukan semua mendokong idea ini yang menanamkan idea Zionis sejak awalnya sebagai projek penjajahan bersistematik.

Sejarawan Louis Fishman dalam bukunya ‘Yahudi dan Palestin di Zaman Akhir Uthmaniyyah’, menyatakan bahawa “projek kolonial Yahudi berkembang dalam konteks Uthmaniyyah.”

Ternyata sejarah membuktikan penghijrahan Yahudi ke Palestin ini tercetus kerana berkembangnya fahaman anti-Semitik yang semakin meruncing di Eropah pada ketika itu, dan perkara ini disedari oleh Herzl dan cita-citanya  tidak akan pernah reda dan dia terus mencari jalan untuk menjajah.

Tentera Uthmaniyyah di hadapan Masjid Qibli, al-Aqsa,1915.(lostIslamicHistory)

Yahudi di bawah Empayar Uthmaniyyah di bandingkan Yahudi Eropah

Menjelang abad ke-19, ketika ideologi Zionisme mula tersebar di kalangan segelintir orang-orang Yahudi yang bernaung di bawah Empayar Uthmaniyyah, perkara ini dilihat sebagai berbezaan yang tidak sama dengan apa yang mereka(Yahudi naungan Uthmaniyyah) terima berbanding saudara sebangsa mereka di Eropah.

Dalam buku “Late Ottoman Palestine: The Period of Young Turk Rule”, sejarawan Eyal Geno dan Yuval Ben-Bassat menyatakan bahawa bagi Yahudi Uthmaniyyah ketika itu, penubuhan “Zionisme adalah berbentuk nasionalisme budaya , identiti yang muncul itu tidak mengurangkan kesetiaan mereka terhadap Empayar Uthmaniyyah dan yang tidak memerlukan mereka untuk bepindah ke tanah yang jauh dari Palestin milik Uthmaniyah.”

Ideologi Zionis Yahudi Eropah muncul dari konteks penjajahan global Eropah. Mereka berpendapat sekiranya peneroka Eropah dapat melakukan pembersihan etnik kaum asal Amerika dan Australia demi mewujudkan negara baru, mengapa tidak orang Yahudi Eropah?

Bagaimana orang-orang  Yahudi Uthmaniyyah ini wujud?

Mereka telah disambut ke pemerintahan Uthmaniyyah oleh Sultan Bayezid II. 

Empayar Uthmaniyyah telah menghantar kapal untuk membantu orang Yahudi yang melarikan diri dari Pemerintahan Sepanyol yang telah menghalau mereka dari semenanjung Iberia pada tahun 1492.

Bagi ramai orang Yahudi Uthmaniyyah, menjadi sebahagian rakyat di bawah naungan Empayar Uthmaniyyah telah membela nasib mereka dan diberi hak untuk  naik ke kedudukan yang terkenal empayar itu untuk sekian lamanya. Perkara ini berbeza pula bagi orang-orang Yahudi Eropah .

Tentera Uthmaniyyah sedang berarak di Baitumaqdis, Palestine, 1898. (Ottoman Archives)

Orang-orang Yahudi di bawah naungan Uthmaiyyah

Ketika Herzl akhirnya bertemu secara bersemuka dengan Sultan Abdul Hamid ii pada tahun 1901, dia telah mencadangkan  agar syarikat-syarikat  Yahudi  dapat mendirikan perusahaan di Istanbul dan menyalurkan pelaburan, pada waktu yang sama dapat menyelesaikan hutang Empayar Uthmaniyyah dari  kekuatan Eropah.

Sebagai balasan, kerajaan Turki Uthmaniyyah akan memberikan beberapa tanah di Palestin dan memberi otonomi bagi membolehkan orang Yahudi untuk membina penempatan dan memerintah tanah tersebut. 

Cadagan dan idea Herzl adalah salah satu cara untuk memerdekakan Yahudi Eropah, namun, bagi Sultan Abdul Hamid II, beliau lebih cenderung menyelasaikan hutang luar yang terkumpul di bawah pemerintahannya.

Walaupun keadaan ekonomi yang begitu meruncing beliau tetap berpendapat bahawa cadangan Herzl itu tidak akan digunakan demi membiarkan penjajahan Zionis terhadap Palestin.

Tentera British berarak di hadapan Pintu Jaffa, Baitulmaqdis, menandakan penjajahan kota Baitulmaqdis dari Kerajaan Turki Uthmaniyyah pada 11 December 1917. (Public Domain Wikipedia)

Penghijrahan bangsa Yahudi Eropah ke Palestin, yang sedikit pada saat itu, tetap menyebabkan ketegangan dikalangan penduduk asli Palestin.

Akhirnya campur tangan Britain mengubah segalanya, setelah habis berjuang, Uthmaniyyah hanya mampu untuk mempertahankan kekuasaanya di Balkan dalam masa yang sama pergolakan politik dalaman sedang meruncing yang akhirnya melemahkan Empayar yang pernah menguasai dunia.

Peristiwa penghijrahan orang-orang Yahudi Eropah pernah dibincangkan dalam parlimen Uthmaniyyah di mana Ahli parlimen yang bernama Nissim Matzliah yang berbangsa Yahudi menyatakan “Zionisme memang berbahaya bagi Empayar ini, kesetiaan saya terletak pada Empayar.”

Empayar Uthmaniyyah berpendapat fahaman Zionisme Eropah dan cita-cita mereka adalah usaha menjajah demi mengukir sebuah negara haram telah terbukti pada hari ini.

Dalam laporan terperinci ke Istanbul dari Duta Besar Uthmaniyyah ke Berlin, Ahmet Tewfik Pasha, menulis, “kita tidak boleh memandang Zionisme sebagai satu ilusi”  tujuan penubuhan organisasi itu menurut beliau tidak lain adalah bagi “membentuk Negara Yahudi yang besar di Palestin, juga akan tersebar yang bakal berkembang negara tetangga Palestin.”

Dalam memoir Sultan Abdul Hamid ii mengatakan bahawa Herzl telah berusaha untuk menipu Uthmaniyyah mengenai niat utama mereka atas tanah tersebut(Palestin). Kecurigaan Uthmaniyyah kemudian dibuktikan ketika mana Herzl gagal memujuk Sultan Abdul Hamid ii di Istanbul, menyedari hal itu, akhirnya Zionis bersekutu dengan Inggeris maka terbinalah negara haram Israel pada hari ini.

Sumber: Ottoman State Archive/ Academia. edu / hazine. info & TRT World

Detik awal tentera British menawan kota Baitulmaqdis dari empayar Uthmaniyyah.