Browsing Tag

stres

wanita bertudung arak
Gaya Hidup,

Apa dah jadi? Wanita bertudung teguk arak kerana stres. Ketahuilah, walaupun alkohol rendah ia tetap HARAM!

Apa ‘dah jadi?, wanita bertudung teguk arak kerana stres. Ketahuilah, walaupun alkohol rendah ia tetap HARAM!

SEBERAT mana pun masalah kita, mengadulah kepada ALLAH Yang MAHA MENDENGAR dan kembali kepada-NYA.

Jangan kerana ingin mengambil jalan mudah, kita melakukan perkara-perkara terkutuk di sisi agama. Ingatlah bahawa matlamat tidak menghalalkan cara.

Demikian boleh diperkatakan terhadap seorang wanita bertudung yang didakwa meminum air beralkohol secara ‘live’ menerusi media sosial TikTok.

Tangkap layar siaran langsung wanita tersebut sempat dirakam oleh para netizen serta tular di internet, sekali gus mengundang pelbagai kecaman daripada orang ramai.

Baca juga Hati-hati, berdosa mendedahkan aib sendiri

wanita bertudung arak

Minum arak kerana terlalu tertekan
Dalam video tersebut, wanita itu memberitahu sedang mengalami tekanan mental serta mengetahui minuman yang diminumnya haram selepas ditegur orang ramai.

“Ya haram akak tahu dik, akak tahu. Terima kasih untuk nasihat ini ya. Saya tengah ‘down’ gila, dah macam mental ‘breakdown’,” katanya dalam video yang tular tersebut.

ARTIKEL BERKAITAN:

Arak melalaikan diri daripada ALLAH
Dalam pada itu, pengguna media sosial memberitahu, minuman yang dihirup oleh wanita terbabit tidak memabukkan berikutan kandungan alkohol yang rendah, namun tetap haram di sisi Islam memandangkan ia arak.

Sebagaimana diingatkan oleh pihak Mufti Wilayah Persekutuan, arak merupakan najis dan dosa yang wajib dijauhi oleh umat Islam.

Maka, jumhur ulama bersepakat tentang pengharaman meminum arak sama ada sedikit atau banyak disebabkan sifatnya yang memabukkan dan menyebabkan hilang ingatan untuk mengingati ALLAH SWT.

wanita bertudung arak

UMAT Islam diharamkan meminum arak termasuk terlibat dalam apa-apa kegiatan berkaitan dengannya. Foto: Pexels

Baca juga Minuman Nutri Malt keluaran Carlsberg tidak layak mohon sijil halal

Minuman alkohol rendah, tidak memabukkan tetap HARAM

Tambah portal tersebut, selain arak itu sendiri, Rasulullah SAW menegah umat Islam daripada terlibat dengan apa sahaja yang menyumbang kepada arak.

Justeru, pihak mufti menegaskan bahawa minuman ringan yang dibuat dengan niat dan cara yang sama seperti proses membuat arak, sama ada mengandungi banyak atau sedikit alkohol atau alkoholnya disuling adalah tetap haram diminum.

Dalam masa sama, Muslimin diingatkan agar menjauhi segala bentuk produk meragukan yang jelas mempunyai hubungan dengan perkara yang dilarang syarak seperti arak.

Sabda Nabi SAW: “Tinggallah apa yang menjadi keraguan kepadamu kepada yang tidak meragukan. Maka sesungguhnya kebenaran itu adalah satu ketenangan dan sesungguhnya dusta itu adalah satu keraguan.” (Hadis Riwayat al-Tirmizi)

Turut disyorkan Ini cara menghapuskan dosa seminggu pada hari Jumaat

MOHONLAH keampunan kepada ALLAH terhadap kemungkaran dan keterlanjuran yang pernah kita lakukan. Foto: 123RF

Baca juga Wanita dirasuk Iblis, sejak zaman Nabi dulu pun sudah wujud, berikut kaedah merawatnya

4 cara rawat stres menurut Islam

Memetik portal mykmu.net, kaedah terbaik merawat stres mengikut acuan Islam adalah mendekatkan diri kepada ALLAH melalui cara-cara ini:

1. Meluahkan perasaan.
Ada kalanya menceritakan permasalahan kita kepada orang lain akan melegakan hati dari tekanan. Sebaik-baik tempat meluahkan perasaan ialah kepada ALLAH SWT. ALLAH memberi contoh dalam surah Yusuf akan luahan Nabi Yaakub AS yang tertekan kerana kehilangan orang tersayang.

Firman ALLAH: “Dan (bapa mereka – Nabi Yaakub) pun berpaling dari mereka (kerana berita yang mengharukan itu) sambil berkata: “Aduhai sedihnya aku kerana Yusuf, dan putihlah dua belah matanya disebabkan ratap tangis dukacitanya kerana ia orang yang memendamkan marahnya di dalam hati.” (Surah Yusuf, ayat 84)

Anak-anak Nabi Yaakub AS menyangka bahwa ayahnya mengadu perihal Yusuf kepada mereka, tetapi Yaakub berkata: “Sesungguhnya aku hanyalah mengadukan kesusahan dan dukacitaku kepada Allah dan aku mengetahui (dengan perantaraan wahyu) dari Allah, apa yang kamu tidak mengetahuinya.” (Surah Yusuf, ayat 86)

Turut disyorkan Semangkuk bubur talbinah pengubat hati penawar duka, ini cara Rasulullah

wanita bertudung arak

BANYAKKAN berzikir dan beristighfar kepada ALLAH sepanjang masa kerana ia merupakan ‘makanan’ bagi jiwa kita. Foto: 123RF

2. Berzikir menyebut nama ALLAH.
Pada umumnya terdapat hubungan yang erat antara roh dengan zikir bahkan zikir adalah keperluan asas bagi roh. ALLAH meletakkan ketenangan dan ketenteraman dalam hati dengan berzikir seperti yang tersebut dalam al-Quran tetapi mestilah dengan syarat khusyuk ketika berzikir.

Di antara zikir yang digalakkan ialah istighfar. Dalam sabda Rasulullah SAW: “Barangsiapa yang melazimkan diri dalam istighfar maka ALLAH akan menjadikan untuknya jalan keluar dari segala kesempitan, dan akan diangkat segala kesusahan dan diberi rezeki dari tempat yang tidak disangka.” (Hadis Riwayat Abu Daud).

Baca juga Zikir yang memenatkan 70 malaikat mencatatnya “Jazallahu Anna Sayyidina Muhammadan….”

USAHA untuk menumpukan sepenuh perhatian ketika menunaikan solat menghadap ALLAH SWT. Foto: 123RF

3. Solat dengan khusyuk.
Solat adalah tali penghubung antara hamba dengan ALLAH demi memohon petunjuk daripada-NYA. Malah Rasulullah SAW sendiri apabila berhadapan dengan satu permasalahan besar beliau akan solat untuk memohon petunjuk dan bantuan.

Perumpamaannya ialah jika seseorang menghadapi permasalahan besar maka ia akan akan mencari orang besar atau peguam hebat untuk membantunya.

Demikian pula jika seseorang berhadapan dengan masalah stres sudah semestinya ia perlu menghadap kepada yang Maha Kuasa kerana segala permasalahan dan solusinya datang dari ALLAH SWT.

Firman ALLAH: “Wahai sekalian orang-orang yang beriman! Mintalah pertolongan (untuk menghadapi susah payah dalam menyempurnakan sesuatu perintah Tuhan) dengan bersabar dan dengan (mengerjakan) sembahyang; kerana sesungguhnya Allah menyertai (menolong) orang-orang yang sabar.” (Surah al-Baqarah, ayat 153).

Baca juga Sukar Khusyuk Ketika Solat, Boleh Cuba Kaedah Yang Disarankan Ini 

Turut disyorkan Tak mengapa hodoh di dunia, di akhirat nanti kita dapat memilih wajah yang diinginkan

4. Beriman kepada qada dan qadar.
Ini adalah bahagian daripada rukun iman yang enam. Beriman kepadanya memberi kesan penerimaan ke atas apa yang menimpa kepadanya daripada segala yang baik dan buruk.

Firman ALLAH: “Tidak ada kesusahan (atau bala bencana) yang menimpa (seseorang) melainkan dengan izin ALLAH; dan sesiapa yang beriman kepada-NYA, ALLAH akan memimpin hatinya (untuk menerima apa yang telah berlaku itu dengan tenang dan sabar); dan (ingatlah), ALLAH MAHA MENGETAHUI akan tiap-tiap sesuatu.” (Surah al-Taghabun, ayat 11).

Sumber: Kosmo, Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan & mykmu.net

Foto: 123RF, TikTok & Pexels

Apa ‘dah jadi?, wanita bertudung teguk arak kerana stres. Ketahuilah, walaupun alkohol rendah ia tetap HARAM!

Apa ‘dah jadi?, wanita bertudung teguk arak kerana stres. Ketahuilah, walaupun alkohol rendah ia tetap HARAM!

Balik kampung
Isu,

Haram menengking suami walaupun isteri tengah stres

GOLONGAN wanita adakalanya tanpa sedar menengking suami mereka apabila diri dibadai emosi berlebihan. Maklum sahajalah, mood mereka ada pasang surutnya.

Apabila emosi menguasai diri, mulalah fikiran berkecamuk dan cuba melepaskan amarah dan ketidakselesaan yang terbuku dalam hati kepada insan di sekeliling.

Acapkali juga kedengaran suami yang selama ini menjadi tempat meluah, akhirnya terkena sekali tempias tengkingan tersebut.

Benarkah isteri dibolehkan menengking suami disebabkan dirinya dalam keadaan stres?

Menerusi perkongsian Jabatan Mufti Negeri Perak di laman sosial Facebook rasminya, menengking orang lain pun tidak dibolehkan, apatah lagi menjerkah suami sendiri.

Baca juga Jaga-jaga dengan 5 perkara ini, jangan kerana perbuatan kita, maruah suami jatuh

“Andai situasi itu berlaku, disunatkan kepada para suami untuk memaafkan isteri masing-masing.

“Adapun yang dikatakan suami membiarkan isteri menengking dirinya, itu adalah akhlak kepada suami, bukan akhlak kepada seorang wanita.

“Ingatlah, seorang wanita tidak boleh menengking suami. Itu adalah perbuatan yang haram kerana termasuk dalam adab yang tidak baik,” katanya dalam hantaran infografik Soal Jawab Fiqh yang dikongsikan di Facebook Jabatan Mufti Negeri Perak baru-baru ini.

Pandangan sama turut disokong oleh pendakwah Ustaz Azhar Idrus sebagaimana video yang dikongsikan dalam Facebook bertajuk ‘Hukum isteri tengking suami’.

solat 3 kali

USTAZ AZHAR IDRUS. -FOTO: SUMBER INTERNET

Jelas beliau, haram bagi mereka yang berstatus isteri menengking, menjerkah apalagi meninggikan suara terhadap suami masing-masing.

“Dalam peristiwa Israk Mikraj sebagaimana disebut menerusi kitab al-Kabair, terdapat empat jenis wanita yang menjadi ahli neraka. Salah satunya ialah mereka yang mulutnya jahat terhadap suami.

“Para ulama mensyarahkan, maksud mulut jahat itu merangkumi beberapa perkara termasuk meninggikan suara dan menjerkah mereka kecuali jika perlu,” katanya.

Baca juga Syurga di bawah tapak kaki suami, tapi ia bukan ‘tiket’ perlakukan isteri sesuka hati 

Menyambung hujahnya, Ustaz Azhar Idrus menjelaskan, larangan itu disebabkan perbuatan tersebut boleh menyakitkan hati suami.

“Perkara yang boleh menyakitkan hati suami itulah penyebab ke neraka. Suami mana yang suka isteri menengkingnya kerana dia yang mencari nafkah dan dirinya juga yang akan disoal oleh ALLAH SWT sama ada isterinya solat atau tidak di akhirat nanti?

“Jadi kenapa pula dirinya yang ditengking oleh orang di bawahnya (isteri sendiri)? Melainkan jika suami suka apabila isteri bersuara tinggi dengannya, tapi jarang orang sebegitu,” ungkap beliau.

Bagaimanapun, dalam situasi tertentu seperti seseorang dalam keadaan berbahaya, pendakwah itu menjelaskan, dibolehkan untuk meninggikan suara.

Tengking suami

JANGAN meninggikan suara ketika bercakap dengan suami. -FOTO: 123RF

“Misal kata, ada kereta terbabas berhampiran tempat ayah kita berdiri. Ayah kita di tepi jalan. Kalau tak panggil dengan kuat, dia tak dengar dan boleh merisikokan nyawanya,” katanya.

Tegur dengan beradab

Sekalipun berniat untuk melakukan teguran kepada orang lain termasuk suami, Ustaz Azhar Idrus mengingatkan agar biarlah ia dilakukan secara beradab, bukannya dengan menjerkahnya.

“Hidup kita ini kena ada ilmu. Antara ilmu yang kita belajar termasuklah berkaitan dengan adab. Sebab itu dalam kita mengajar kitab ataupun belajar, mesti ada adab seperti adab berguru, berjiran, bagaimana akhlak dengan ibu bapa, anak, pemimpin dan sebagainya.

“Begitulah juga dengan cara kita menegur mereka apabila ada melakukan kesalahan. Jika mahu memberi nasihat kepada ibu bapa, tidak boleh mengherdik mereka kerana martabatnya lebih tinggi daripada kita. Cakap dalam cara yang baik untuk beri teguran tersebut,” nasihat beliau.

Baca juga Isteri tegur suami berbuat salah

Kepada para suami yang menjadi ketua keluarga, pendakwah Ustaz Ahmad Dusuki Abd Rani mengingatkan agar mereka bersabar dengan karenah isteri masing-masing.

Jelas beliau, ALLAH SWT mengajar kita sifat sabar kerana di sebalik sesuatu itu, DIA menyembunyikan berjuta hikmah daripadanya.

USTAZ AHMAD DUSUKI

“Jauhkan diri daripada menengking, mercerca, memaki hamu dan sebagainya. Bahkan, gunakanlah bahasa yang indah melayani karenah isteri agar pahala itu sentiasa merimbun di hadapan kita.

“Kepada isteri pula, usahlah meninggikan suara di hadapan suami kalian. Hidup ini menjadi damai jika seorang isteri mendidik diri, menjaga hati daripada bersikap kasar di hadapan pasangan hidup masing-masing,” katanya sebagaimana dipetik menerusi hantaran di laman sosial Facebook miliknya.

Penceramah itu turut mengajak umat merenung kembali firman ALLAH SWT dalam Surah an-Nisa’, ayat 19 yang bermaksud: “…Dan bergaullah dengan mereka menurut cara yang patut. Jika kamu tidak menyukai mereka, (maka bersabarlah) kerana boleh jadi kamu tidak menyukai sesuatu, padahal ALLAH menjadikan kebaikan yang banyak padanya.”