Browsing Tag

stik

makan daging darah
Hukum,

‘Rare’ atau ‘medium well’, bolehkah umat Islam makan daging yang masih ada darah?

‘Rare’ atau ‘medium well’, bolehkah umat Islam makan daging yang masih ada darah?

MALAYSIA seringkali digelar ‘syurga makanan’ bukan sahaja oleh rakyat tempatan malah termasuk pelancong luar negara gara-gara kepelbagaian juadah yang terdapat di negara ini. Nasi lemak, mi wantan, stik, cakap sahaja, semua ada di sini.

Bagi penggemar daging di luar sana, pastinya anda tahu istilah-istilah yang sering digunakan merujuk kepada tahap masak sesuatu stik atau daging itu.

Antara perkataan tersebut termasuk ‘rare’ yang mana daging dimasak dengan begitu sekejap sehingga masih menampakkan warna merah di bahagian tengahnya. Manakala, ‘steak medium well’ pula dimasak lebih lama dan hanya ada sedikit warna merah jambu di tengah-tengah daging.

Baca juga Makan buah dulu sebelum ambil hidangan berat, ini anjuran Rasulullah SAW

makan daging darah

DALAM al-Quran, ALLAH SWT mengharamkan kita makan haiwan yang mengalir darahnya. Foto: Unsplash

Turut disyorkan Rasulullah SAW kunyah makanan 44 kali, betulkah begitu?

Apa pun cara memasaknya, adakalanya kesan darah dan bahagian merah jelas dilihat pada daging yang dimasak. Persoalannya, adakah kita dibenarkan makan daging dalam keadaan sedemikian menurut Islam?

Hal ini kerana dalam surah al-An’aam ayat 145, ALLAH SWT menyebut bahawa antara perkara diharamkan adalah darah yang mengalir.

Firman ALLAH, “Katakanlah (wahai Muhammad): “Aku tidak dapati dalam apa yang telah diwahyukan kepadaku, sesuatu yang diharamkan bagi orang yang hendak memakannya melainkan kalau benda itu bangkai, atau darah yang mengalir, atau daging babi; kerana sesungguhnya ia adalah kotor…

SEBAGAI orang Islam, ada syarat tertentu yang perlu kita mematuhi dari segi haiwan yang boleh disembelih untuk dimakan. Foto: Pexels

Baca juga Tulang dan sisa daging korban perlu ditanam? Ini penjelasannya

Menurut ahli tafsir Islam, Imam Ibnu Jarir al-Tabari, syarat darah yang diharamkan dalam ayat tersebut adalah darah yang mengalir. Sebaliknya, darah yang tidak mengalir adalah halal dan bukan najis.

Dalam Tafsir Ma’alim al-Tanzil pula, Imam al-Baghawi menerangkan lagi bahawa daging yang bercampur dengan darah tetapi bukan darah yang keluar daripada urat semasa penyembelihan, maka daging itu tidak haram.

Turut disyorkan Haram Makan Daging Korban Kerana Kasihan Pada Haiwan Yang Disembelih?

MAKAN daging mengikut kuantiti yang disyorkan oleh doktor agar ia tidak membawa kemudaratan kepada kesihatan diri. Foto: Unsplash

Baca juga Rasulullah SAW memenuhi imej lelaki maskulin, sihat dan cergas

Secara umumnya, darah yang berada pada urat, otak, tulang atau daging yang telah dimasak tetapi masih ada kesan merah darah adalah halal untuk dimakan.

Kesimpulan itu diutarakan oleh pihak Mufti Wilayah Persekutuan yang cenderung kepada pendapat bahawa darah yang diharamkan hanya darah yang mengalir ketika hidup atau sewaktu disembelih sahaja. Selepas mati, darah pada daging tidak lagi mengalir seperti ketika haiwan itu masih hidup, jadi hukumnya halal.

Walau bagaimanapun, daripada aspek kesihatan, keselamatan masih perlu diutamakan. Jika doktor atau pakar pemakanan melarangnya kerana mudarat penyakit, maka haram dan makruh untuk makan daging tersebut mengikut kadar darurat.

‘Rare’ atau ‘medium well’, bolehkah umat Islam makan daging yang masih ada darah?

Sumber: Tzkrh & Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan

Foto: Pexels & Unsplash