Browsing Tag

solat

doa abu bakar
Ibadah,

Ini doa yang diajarkan Nabi SAW kepada Abu Bakar As-Siddiq

Ini doa yang diajarkan Nabi SAW kepada Abu Bakar As-Siddiq

DOA berasal daripada perkataan Arab yang bermaksud menyeru dan meminta. Seseorang yang berdoa menandakan bahawa dia tidak sombong dan masih memerlukan sesuatu daripada ALLAH YANG MAHA PEMBERI.

Dalam pada itu, berdoa tidak memerlukan skrip atau ayat khusus. Berdoalah dengan apa sahaja lafaz yang terlintas di minda kerana apa yang lebih penting adalah keikhlasan dan kesungguhan kita ketika menitipkan permohonan kepada ALLAH.

Bahkan, ada banyak doa sahih yang diajarkan oleh Rasulullah SAW sendiri menerusi hadis-hadis baginda.

Baca juga Jangan sesekali sakiti ibu, ini 6 kehebatan doa seorang emak

doa abu bakar

SENTIASA berdoa memohon keampunan daripada ALLAH SWT. Foto: 123rf

Baca juga Cuaca panas melampau buru nyawa manusia, dinginkan suasana dengan membaca doa ini

Antaranya, pernah suatu ketika sahabat rapat Nabi SAW, Saidina Abu Bakar As-Siddiq memohon baginda agar mengajarkan kepadanya doa untuk dibacakan di dalam solat. Maka, Rasulullah berkongsikan doa ini:

اللَّهُمَّ إِنِّى ظَلَمْتُ نَفْسِى ظُلْمًا كَثِيرًا وَلاَ يَغْفِرُ الذُّنُوبَ إِلاَّ أَنْتَ، فَاغْفِرْ لِى مَغْفِرَةً مِنْ عِنْدِكَ، وَارْحَمْنِى إِنَّكَ أَنْتَ الْغَفُورُ الرَّحِيمُ

Ertinya: “Ya ALLAH, sungguh aku telah banyak menzalimi diriku sendiri dan tidak ada yang dapat mengampuni dosa melainkan Engkau. Maka itu ampunkanlah dosaku dan rahmatilah daku. Sesungguhnya Engkau Maha Pengampun lagi Maha Penyayang.” (Hadis Riwayat al-Bukhari)

Turut disyorkan 9 doa para nabi yang boleh dijadikan amalan harian kita

doa abu bakar

DOA yang diajarkan kepada Abu Bakar as-Siddiq itu boleh diamalkan oleh kita semasa solat. Foto: Unsplash

Baca juga Sudah lama berdoa, tapi tidak dimakbulkan? Ketahui cara ALLAH terima doa kita

Amalkan dalam solat
Dalam kitab Ihkam al-Ahkam Syarah Umdah al-Ahkam, ulama Ibn Daqiq al-‘Eid berpendapat, doa itu boleh dibaca pada salah satu tempat berikut:

1. Ketika sujud
2. Sebelum salam

Selain daripada doa memohon keinginan dan kemahuan, jangan lupa untuk berdoa meminta keampunan atas segala kesalahan yang telah dilakukan, sama ada yang sengaja atau tidak sengaja. Doa di atas adalah salah satu contoh doa yang sangat baik untuk diamalkan.

Sumber: Tzkrh & Twitter Muhammad Fahmi Rusli

Foto: 123RF & Unsplash

menguap
Ibadah,

Enaknya menguap, tapi jangan terlalu kuat sampai solat terbatal

MENGUAP adalah sesuatu yang normal bagi manusia. Proses itu terjadi bagi mengawal suhu otak.

Dalam Islam sendiri, menguap itu adalah fitrah dan keperluan manusia. Jika anda menguap yang menunjukkan tanda-tanda mengantuk, maka ambillah masa sebentar untuk berehat atau tidur bagi mengecas semula tenaga anda.

Sebagaimana hadis yang telah diriwayatkan daripada Anas bin Malik, Baginda SAW bersabda: “Jika salah seorang daripada kalian mengantuk ketika solat, hendaklah dia tidur hingga dia mengetahui apa yang dibaca.” (Hadis Riwayat Bukhari)

Baca juga Bolehkah pejam mata ketika solat untuk tambah khusyuk?

menguap

Baca juga Terlelap ketika solat. Batal atau tidak?

Bagaimana jika kerap menguap dalam solat
Bagaimanapun, tidak semestinya menguap itu menunjukkan tanda-tanda mengantuk. Ada juga yang disebabkan keletihan atau kerana tanda-tanda penyakit yang dialaminya.

Jadi, apabila dibawa ke dalam solat, adakah sah solatnya?

Dalam hal ini, ulama berpendapat bahawa menguap tidak membatalkan solat jika ia tidak mengganggu lisan dan perbuatan di dalamnya.

Jika menguap di dalam solat, tahanlah ia atau boleh menutup mulut dengannya. Sebagaimana sabda Rasulullah SAW, “Jika salah seorang dari kalian menguap di dalam solat, maka tahanlah semampunya kerana sungguh, syaitan itu akan masuk.” (Hadis Riwayat Muslim)

menguap

JIKA mengantuk, sebaik-baik tidurlah dahulu sebelum menunaikan solat. Foto: Pexels

Baca juga Ini tatacara solat fardu atas kapal terbang yang ramai terlepas pandang

Bila menguap boleh membatalkan solat
Menguap tidak membatalkan solat selagi ucapan dan perbuatannya tidak diganggu olehnya.

Adapun, jika menguap sehinggakan bacaannya rosak (membawa maksud yang berlainan atau salah), maka hukumnya adalah tidak sah.

Sebagaimana Imam Malik RA berkata: “Mulutnya ditutup dengan tangannya ketika solat sampai selesai menguap, Jika menguap ketika sedang membaca bacaan solat, kalau dia memahami apa yang dibaca, maka hukumnya makruh namun sudah mencukupi baginya (bacaan dia). Tetapi jika tidak memahaminya, maka dia harus mengulangi bacaanny. Kalau bacaan tersebut adalah Al-Fatihah, maka itu tidak mencukupi (tidak sah solatnya).” (Mawahibul Jalil Di Syarki Mukhtasar Asy-Syaikh Khalil, 11/308)

Baca juga Risau anak merengek lama ketika ibu tengah solat, bolehkah batalkan sembahyang? Ini penjelasannya

SOLAT adalah medan pertemuan kita bersama TUHAN, lantas ia perlu dilakukan dalam keadaan ikhlas dan khusyuk. Foto: Unsplash

Baca juga Sukar Khusyuk Ketika Solat, Boleh Cuba Kaedah Yang Disarankan Ini 

Imam Nawawi serta Imam al-Hafiz Ibnu Hajar RA berkata, jika seseorang itu menguap ketika sedang membaca bacaan dalam solat, maka perlu dihentikan bacaan tersebut.

Kemudian, sambunglah ia dari tempat yang sepatutnya. Dengan ini, ia tidak akan menjejaskan solat tersebut.

Justeru, menguap tidak membatalkan solat selagi mana ia tidak mengganggu ucapan dan perbuatan solat tersebut.

Adapun, jika mempunyai waktu terluang, maka lebih baik untuk berehat seketika bagi mengecas kembali tenaga sebelum menunaikan solat dan meneruskan pekerjaan lain.

Sumber: Tzkrh 

Foto: 123RF, Pexels & Unsplash

Solat apabila azan masih berkumandang
Ibadah,

Tak sah solat apabila azan masih berkumandang? Hadam dulu penjelasan ini

Tak sah solat apabila azan masih berkumandang? Hadam dulu penjelasan ini

MENDENGAR sahaja azan berkumandang, ada orang bingkas bangun untuk mendirikan solat. Walhal, seruan masuknya waktu untuk umat Islam mendirikan sembahyang itu belum habis lagi dilafazkan.

Ya, memang terdapat segelintir individu yang bersikap sedemikian. Perbuatan itu kelihatan seolah-olah tidak ‘menyempat-nyempat’ pula hendak sembahyang.

Dari satu segi, nampak seperti kurang sopan pula apabila berbuat begitu. Apakah pandangan Islam mengenainya?

Menjawab persoalan itu, Pengerusi Lembaga Pengarah Universiti, Universiti Sains Islam Malaysia, Datuk Seri Dr Zulkifli Mohamad Albakri menjelaskan, solat seseorang yang didirikan ketika azan masih lagi dikumandangkan adalah sah.

DR ZULKIFLI

Ini kerana katanya, dengan bermulanya azan tadi, ia menunjukkan bahawa telah masuknya waktu solat fardu.

Baca juga Makruh tak jawab azan lebih-lebih lagi bila kita dengar dengan jelas

“Tidak disyaratkan seseorang itu untuk menunggu sehingga selesai azan bagi mengerjakan solat.

“Bagaimanapun, disunatkan bahkan lebih baik dan afdal andai seseorang itu mendengar azan yang dilaungkan oleh muazin serta menjawabnya,” katanya sebagaimana dipetik menerusi Maktabah Albakri.

Saranan itu selari dengan hadis yang diriwayatkan daripada Abdullah bin ‘Amr RA bahawa Rasulullah SAW bersabda: “Apabila kamu mendengar seruan muazin, maka jawablah sepertimana yang diucapkannya. Kemudian berselawatlah ke atasku kerana sesiapa yang berselawat ke atasku sebanyak sekali, maka ALLAH akan berselawat ke atasnya sebanyak 10 kali. Kemudian mohonlah kepada ALLAH wasilah untukku iaitu satu kedudukan di dalam syurga yang tidak dikurniakan kecuali kepada seorang hamba dalam kalangan hamba-hamba ALLAH, dan aku berharap akulah orang tersebut. Sesiapa yang memohon kepada ALLAH wasilah untukku, pastilah dia mendapat syafaat.” (Hadis Riwayat Muslim)

Baca juga Jika tengah solat pada hujung waktu dan dengar azan, jangan berhenti, teruskan sembahyang

Mantan Mufti Wilayah Persekutuan itu menasihatkan agar kita merebut peluang yang disediakan oleh ALLAH SWT itu dengan melakukan segala perkara sunat semasa azan dilaungkan.

Solat apabila azan masih berkumandang

SOLAT seseorang yang didirikan ketika azan masih lagi dikumandangkan adalah sah. Akan tetapi, disunatkan bahkan lebih baik dan afdal andai seseorang mendengar azan dilaungkan oleh muazin dan menjawabnya sebelum mendirikan solat. -Foto: 123rf

“Ia termasuklah dengan menjawab seruan azan, berselawat dan memohon doa kepada ALLAH SWT.

“Mudah-mudahan kita memperoleh keampunan daripada ALLAH SWT dan meraih ganjaran besar yang dijanjikan oleh Rasulullah SAW,” katanya.

***Foto: Pexels

Ikuti kami di TiktokInstagramFacebookTwitter dan Youtube Sinar Islam Plus.

Solat sunat gerhana matahari
Ibadah,

Perhatikan lima jenis kentut dalam solat, lakukan perkara ini bila berlaku

Perhatikan lima jenis kentut dalam solat, lakukan perkara ini bila berlaku

KENTUT dalam solat atau ketika menunaikan kewajipan tersebut memang akan membatalkan ibadah yang dilakukan.

Ketetapan itu memang terang lagi bersuluh menerusi sebuah hadis riwayat Abbad bin Tamim bahawa seorang lelaki mengadu kepada Rasulullah SAW tentang perihal dirinya yang diganggu khayalan terdapat sesuatu (hadas seperti kentut) dalam solatnya.

Baginda SAW lantas bersabda: “Janganlah lelaki itu beralih atau beredar (daripada solat) sehingga dia mendengar bunyi (kentut) atau mendapati ada bau.” (Hadis Riwayat al-Bukhari)

Bagaimanapun, ada segelintir orang mengalami masalah kerap membuang angin. Adakalanya ia menyukarkannya untuk beribadah.

Baca juga Terasa seperti terkentut tapi ragu, perhatikan dua perkara ini sebelum membatalkan solat

Masakan tidak, individu berkenaan terpaksa mengambil wuduk berkali-kali hanya untuk menunaikan solat fardu lantaran masalah dihadapinya itu.

Bagaimanapun, pendakwah Ustazah Asmak Husin memberikan panduan jelas tentang lima jenis kentut yang berlaku dalam solat bagi memudahkan kita menunaikan kewajiban sebagai hamba ALLAH dan umat Islam.

USTAZAH ASMAK

Beliau memperincikannya berdasarkan keadaan menerusi laman sosial Facebook miliknya seperti berikut:

1. Kentut keluar bunyi dan bau.

Dalam keadaan yang jelas itu, ia pasti membatalkan sembahyang.

2. Kentut, tetapi tidak keluar bunyi dan bau.

Meskipun tidak berbunyi atau ada bau, tetapi kita pasti ia benar-benar kentut, maka batallah solat yang dikerjakan.

3. Selalu terkentut terutama dalam solat.

Ada orang mengalami ‘penyakit’ kentut hinggakan setiap dua rakaat tarawih terpaksa mengambil wuduk baharu.

Ketahuilah, situasi itu perlu aplikasikan kaedah daimmul hadas (orang sentiasa berhadas).

Kentut dalam solat

WALAUPUN tidak berbunyi atau ada bau, tetapi kita pasti ia benar-benar kentut, maka batallah solat yang dikerjakan. -Gambar hiasan/ Foto: 123rf

Caranya adalah individu berkenaan perlu membersihkan kemaluannya dan perlu tunggu masuknya waktu solat, barulah mengambil wuduk.

Baca juga Terkentut ketika baca al-Quran, perlu ke berhentikan bacaan?

Kemudian, segerakan solat. Jika ada kesulitan yang menghalang untuk awal, tidak mengapa.

Namun, perlu diingat bahawa satu wuduk tadi hanya sah untuk satu solat fardu sahaja. Bagaimanapun, ia boleh digunakan untuk banyak amalan sunat lain seperti bertarawih dan membaca al-Quran.

4. Kerap rasa waswas sama ada keluar kentut atau tidak.

Kepada mereka yang mengalami masalah ini, banyakkan beristighfar dan mesti yakin sama ada keluar bunyi, bau atau rasa angin keluar dari dubur.

Jangan biarkan waswas menguasai diri kerana ia akan menyebabkan kita rasa malas untuk beribadah.

Ketahuilah bahawa apabila kita yakin bahawa ia bukan kentut, maka sah solat yang dikerjakan. Ia berdasarkan kepada kaedah fiqh ‘keyakinan tidak dihilangkan dengan keraguan’.

Baca juga Jangan layan sangat perasaan waswas bila hendak beribadah. Cuba sedaya upaya lawan penyakit gangguan syaitan itu…

5. Kentut vagina atau faraj.

Kentut dalam solat

KEBANYAKAN ulama menyatakan, kentut vagina atau faraj tidak membatalkan solat disebabkan oleh geseran otot dalam faraj. -Gambar hiasan/ Foto: 123rf

Terdapat khilaf dalam hal itu. Namun begitu, kebanyakan ulama mengatakan, tidak batal solat yang ditunaikan disebabkan geseran otot dalam faraj.

Sama-samalah kita perhatikan keadaan kentut itu ketika solat. Pastikan diri kita tidak dibelenggu dengan perasaan waswas yang boleh mengganggu ibadah.

Semoga setiap amal yang dilakukan akan diterima oleh ALLAH SWT hendaknya.

Solat tanpa berpakaian dalam
Ibadah,

‘Solat tidak boleh dikompromi dengan sebarang urusan lain’ – Mufti Wilayah Persekutuan

SOLAT merupakan tiang agama yang menjadi teras utama dalam Islam. Sebagaimana bangunan yang tidak kukuh tanpa tiangnya, begitu jugalah dengan ibadah berkenaan.

Begitulah analogi mudah bagi memberikan kefahaman orang ramai tentang kefarduan tersebut.

Kepada Sinar Islam Plus, Mufti Wilayah Persekutuan, Datuk Dr Luqman Abdullah menegaskan, sesibuk mana pun, sebagai umat Islam, kita tidak boleh mempermain-mainkan kewajiban berkenaan dengan alasan tersebut.

“Kita perlu fahamkan pihak berkaitan bahawa solat merupakan satu perkara teras atau tiang agama yang tidak boleh dikompromi dengan sebarang urusan lain.

DR LUQMAN

“Ketahuilah, apabila solat, ertinya kita tunduk kepada satu teras dalam agama ini. Apa-apa sahaja urusan lain daripada perlu perlu dihentikan apabila tiba waktu untuk sembahyang,” katanya ketika dihubungi pada Rabu.

Baca juga Solat tidak jejaskan urusan, prestasi seseorang – Mufti Pulau Pinang

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas berkaitan isu solat yang diperkatakan susulan kenyataan berbaur perkauman dan menyentuh perihal kewajipan umat Islam itu sehingga menjejaskan urusan kerja oleh bekas pemain pelapis percubaan badminton kebangsaan, Bong Guang Yik menerusi akaun TikTok miliknya baru-baru ini.

Bagaimanapun, bekas pemain tersebut sudah membuat permohonan maaf melalui akaun media sosial miliknya.

Menyambung perkongsian ilmunya, Dr Luqman menjelaskan betapa pentingnya hubungan kita dengan ALLAH SWT dan sesama manusia.

Bahkan, katanya, sembahyang merupakan hubungan manusia dengan ALLAH SWT dan pada masa sama, kita turut melaksanakan tugasan harian dan sebagainya. Ia sama sekali tidak pernah menjejaskan urusan harian.

“Apa pun, keutamaan mesti diberikan kepada solat. Kelompok yang mempertikaikan perihal (ibadah) itu barangkali terhasil daripada kesilapan mereka terhadap teras kepada agama suci ini.

Solat

TUNAIKANLAH sembahyang mengikut waktunya dan usah melengah-lengahkannya. -Foto: Bernama

“Tambahan pula, solat fardu tersebut tidak mengambil masa hingga berjam-jam lamanya. Hanya beberapa minit sahaja kita tunaikannya. Ia adalah perkara ubudiyah kepada ALLAH SWT,” ungkapnya.

Baca juga Wajib qada solat walaupun sudah puluhan tahun tinggalkan

Kepada satu soalan, agamawan itu menjawab: “Apabila bercakap tentang kefarduan solat, kita perlu meletakkan manfaat (sembahyang) itu nombor dua. Pertama sekali (yang diutamakan adalah) ketundukan kita kepada perintah ALLAH SWT.

“Soal bermanfaat atau tidak, kita serahkan kepada ALLAH. Sebagai hamba-NYA dan umat Islam, sewajarnya kita patuh dengan semua arahan-NYA dan beramal dengannya tanpa bertanyakan tentang manfaat dan sebagainya.

“Itu yang perlu ditekankan, bukannya soal manfaat (sembahyang). Sekalipun tiada manfaat, kita tetap kena laksanakan sebab ia merupakan perintah ALLAH SWT.”

Suatu perkara menarik tentang Rukun Islam kedua itu, jelas Dr Luqman, ia berbeza dengan kefarduan ibadah-ibadah lain dalam Islam.

Bayangkan kewajipan solat itu difardukan semasa peristiwa Israk dan Mikraj yang mana ia diterima secara langsung daripada ALLAH SWT tanpa melalui perantaraan Malaikat Jibril AS sepertimana kebiasaan penerimaan wahyu.

Baca juga Selain kefarduan solat, berikut perkara lain semasa peristiwa Israk dan Mikraj

“Bahkan, penerimaan solat itu (berlaku) di langit, bukan di bumi. Sebab itulah ia menjadi tiang agama. Maknanya ia suatu perkara khas yang istimewa. Demikianlah kedudukan solat dalam Islam,” katanya.

Solat

KEFARDUAN sembahyang lima waktu disyariatkan ketika peristiwa Israk dan Mikraj. -Foto: 123rf

Sebelum peristiwa perjalanan agung itu, beliau menjelaskan, solat sudah sedia ada, tetapi asasnya adalah mengikut syariat Nabi Ibrahim AS yang berbeza dari segi jumlah rakaat dan waktu.

“Disebabkan itulah, ada diriwayatkan sebelum peristiwa Israk dan Mikraj berlaku, Nabi Muhammad SAW menunaikan solat bersama para anbia yang lain atas syariat Nabi Ibrahim.

“Selepas syariat diterima pada peristiwa Mikraj itu, maka bermulanya solat dengan syariat Nabi Muhammad SAW yang kita amalkan sampai sekarang,” ujar beliau.

Ikuti kami di TiktokInstagramFacebookTwitter dan Youtube Sinar Islam Plus.

Sebut lafaz amin
Ibadah,

Sebut ‘amin’ selepas imam baca al-Fatihah, akan berguguranlah dosa yang telah lalu

SETIAP kali solat berjemaah, makmum akan sebut lafaz amin dengan kuat selepas imam menyudahkan bacaan Surah al-Fatihah.

Ramai yang menganggap ia hanyalah perbuatan biasa ketika menunaikan solat bersama-sama.

Ketahuilah bahawa terselit imbalan yang bukan calang-calang daripada perilaku tersebut.

Dalam sebuah hadis diriwayatkan daripada Abu Hurairah RA, Rasulullah SAW bersabda: “Apabila salah seorang kamu menyebut amin (آمِينَ) dan para malaikat di langit pun mengucapkan amin, lalu (berlaku) serentak ucapan antara satu sama lain, nescaya dosanya yang telah lalu diampunkan.” (Hadis Riwayat al-Bukhari dan Muslim)

Menerusi satu lagi hadis lain yang diriwayatkan juga oleh Abu Hurairah RA bahawa Rasulullah SAW bersabda: “Apabila imam mengucapkan amin, maka ucapkanlah amin kerana sesungguhnya sesiapa yang ucapan aminnya serentak (bertepatan) dengan ucapan amin para malaikat, nescaya dosanya yang telah lalu diampunkan.” (Hadis Riwayat al-Bukhari)

Mengulas lanjut tentang hadis itu, pendakwah Ustaz Azhar Idrus menjelaskan, dua riwayat berkenaan menerangkan perintah sebut lafaz amin selepas membaca Fatihah.

USTAZ AZHAR IDRUS. Foto: Google

“Dalam riwayat tersebut, begitu jelas dinyatakan kelebihan menyebut amin serentak dengan sebutan amin para malaikat oleh mereka yang solat. Tidak kiralah sama ada imam atau makmum lelaki atau wanita; atau solat sendirian; dan sama ada solat orang yang sihat atau solat orang sakit; dan sama ada solat ketika mukim atau ketika musafir; atau selesai membaca Fatihah di luar solat.

Baca juga Makna Lafaz Amin Ketika Solat, Usai Berdoa

“Dalam kedua-dua hadis di atas dan hadis-hadis lain memang jelas menyebut bahawa para malaikat juga menyebut amin apabila Surah al-Fatihah dibacakan sama ada di dalam mahupun di luar solat, kata para ulama,” katanya sepertimana dipetik menerusi perkongsian di Instagram miliknya.

Dalam sebuah hadis Riwayat Imam al-Baihaqi, Rasulullah SAW bersabda: “Apabila imam membaca غير المغضوب عَلَيْهِم وَلَا الضَّالّين dan berkata orang di belakangnya amin dan muafakat yang demikian itu oleh ucapan penduduk langit, nescaya diampunkan baginya apa yang telah lalu daripada dosanya.”

Menurut Ustaz Azhar Idrus, sesetengah ulama menyatakan, apa yang dimaksudkan dengan ‘penduduk langit’ adalah para malaikat.

“Sebahagian ulama pula menyatakan, malaikat yang dimaksudkan dalam hadis menyebut amin itu adalah sekalian para malaikat,” katanya.

Begitupun, penceramah terkemuka itu mengingatkan agar lafaz amin yang disebutkan oleh makmum biarlah seiring atau muafakat bersama imam.

“Maksud muafakat adalah amin yang disebut oleh makmum dan amin yang dilafazkan oleh imam adalah bersamaan masa sebutannya dari awal hingga akhir.

“Seperkara lagi, sesiapa yang menyebut amin serentak dengan sebutan para malaikat, pasti dosanya itu diampunkan kerana ucapan tersebut adalah doa. Apabila malaikat yang berdoa, doa mereka adalah ikhlas dan tiada riak, maka ia akan dimakbulkan. Maka apabila disebut bahawa dosa orang yang sebut amin akan diampunkan, maka sudah pasti akan dimaafkan.

“Namun begitu, Imam al-‘Aini dalam kitab Syarah Sunan Abi Daud menjelaskan, biarlah ungkapan amin yang dilafazkan tersebut seperti amin para malaikat iaitu tanpa rasa ujub dan sum’ah serta tiada riak. Mudah kata, dalam keadaan ikhlas kerana ALLAH SWT, maka ketika itu akan diberi keampunan kepadanya,” ujarnya.

Hukum tak sebut amin selepas imam baca Fatihah

Apakah hukumnya jika makmum tidak membaca amin selepas imam selesai membaca Surah al-Fatihah?

Memetik artikel Irsyad al-Fatwa ke-689: Hukum Tidak Menyebut Amin Setelah Imam Selesai Membaca Surah al-Fatihah, Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan menjelaskan, bacaan amin selepas imam membaca Fatihah adalah sunat.

Ia sebagaimana disebut oleh Imam al-Nawawi dalam Raudah al-Talibin wa Umdah al-Muftin bahawa disunatkan bagi setiap orang yang membaca Surah al-Fatihah sama ada di dalam mahupun di luar solat untuk mengucapkan amin usai membacanya.

Baca juga Al-Fatihah tidak boleh ditinggalkan dalam solat kerana itu dialog kita bersama ALLAH SWT

“Oleh itu, andai makmum tidak sempat menyebut amin selepas imam menyudahkan surah berkenaan, maka solatnya tidak terbatal.

Lafaz amin

SUNAT menyebut amin selepas membaca Surah al-Fatihah termasuklah mereka yang solat secara bersendirian. -FOTO: 123RF

“Hukum sunat menyebut amin selepas bacaan Fatihah tadi ini meliputi imam dan juga makmum serta mereka yang solat secara bersendirian. Bahkan, mereka perlu melantangkan suara ketika menyebutnya selepas bacaan Surah al-Fatihah oleh imam,” katanya.

Justeru, ringan-ringankanlah mulut untuk menyebut lafaz mulia berkenaan agar kita dapat meraih kelebihan yang dijanjikan.

Puasa tapi tak solat
Ibadah,

Al-Fatihah tidak boleh ditinggalkan dalam solat kerana itu dialog kita bersama ALLAH SWT

SURAH al-Fatihah termasuk dalam rukun solat yang jika ditinggalkan atau tidak dibaca dengan baik, maka solat tersebut menjadi tidak sempurna dan tidak sah.

Malah, sebahagian ulama menyebut bahawa surah tersebut dinamakan sebagai al-Fatihah kerana ia adalah pembuka kepada ibadah.

Tahukah anda, surah al-Fatihah diulang dalam setiap rakaat solat kerana ia merangkap sebuah dialog antara kita dengan ALLAH SWT

Dalam erti kata lain, apabila kita membaca surah berkenaan ketika solat, ia seolah-olah kita sedang berbicara bersama ALLAH.

Baca juga Lambat baca al-Fatihah ketika solat berjemaah. Perlu ‘kejar’ imam atau tidak?

SURAH al-Fatihah termasuk dalam rukun solat yang jika ditinggalkan atau tidak dibaca dengan baik, maka solat tersebut menjadi tidak sempurna dan tidak sah. Foto: 123RF

Turut disyorkan Fikiran menerawang ketika solat, bagaimana status ibadahnya?

Dalam sebuah hadis qudsi yang telah diriwayatkan oleh Abu Hurairah RA, beliau telah mendengar Rasulullah SAW bersabda:

ALLAH berfirman: “AKU membahagi solat antara diri-KU dan hamba-KU menjadi dua. Untuk hamba-KU apa yang dia minta.

Apabila hamba-KU membaca: “Alhamdulillahi rabbil ‘alamin.”

ALLAH TAALA berfirman – “Hamba-KU memuji-KU.”

Apabila hamba-KU membaca: “Arrahmani Rahim.”

ALLAH berfirman – “Hamba-KU mengulangi pujian untuk-KU.”

Baca juga Jangan abaikan 10 adab ini supaya doa dimakbulkan ALLAH SWT

Apabila hamba-KU membaca: “Maaliki yaumid diin.”

ALLAH berfirman – “Hamba-KU mengagungkanKU.” (Dalam riwayat lain, ALLAH berfirman; “Hamba-KU telah menyerahkan urusannya kepada-KU.”)

Apabila hamba-KU membaca: “Iyyaka na’budu wa iyyaka nasta’in.”

ALLAH berfirman – “Ini antara diri-KU dan hamba-KU dan untuk hamba-KU sesuai apa yang dia minta.”

Apabila hamba-KU membaca: “Ihdinas Siratal mustaqim sehingga akhir surah.”

ALLAH berfirman – “Ini adalah milik hamba-KU dan untuk hamba-KU sesuai yang dia minta.” (Hadis Riwayat Muslim)

Baca juga Ingin berubah ke arah lebih baik di tahun baru ini, rajin-rajinlah ke masjid 10 ganjaran ALLAH menanti

KITA dituntut membaca dan menghayati bacaan kerana solat merupakan medan pertemuan buat kita dan ALLAH SWT. Foto: Pexels

Turut disyorkan Perbetulkan posisi saf solat berjemaah bersama keluarga, raih pahala berganda

ALLAH sentiasa mendengar kita

Kita meyakini bahawa salah satu sifat ALLAH adalah MAHA MENDENGAR segala bisikan hamba-NYA sama ada yang diucapkan melalui lisan mahupun dalam hati.

Solat sebenarnya adalah waktu kita berbicara dengan YANG MAHA PENCIPTA. Ayat demi ayat yang kita baca sebenarnya mempunyai jawapan dari ALLAH dan ia seolah-olah DIA sedang menyaksikan kita secara dekat.

Baca juga Mengapa masih seronok buat larangan ALLAH sedangkan solat cukup dan sudah baca al-Quran?

Disebabkan itu, kita dituntut untuk menghayati bacaan solat dengan baik, memahami maksud di sebaliknya dan sentiasa memperbaiki bacaan tersebut.

Semakin kita menghayati makna di sebalik surah Al-Fatihah, maka nikmat berdialog dengan TUHAN itu akan semakin dirasakan.

Sumber: Tzkrh & Konsultasi Syariah

Foto: Pexels & 123RF

solat tersalah kiblat
Ibadah,

Ini cara menegur orang tersalah kiblat ketika solat

SEBANYAK 28 daripada 55 masjid warisan berusia lebih 100 tahun di Melaka dikesan tersasar antara tiga hingga 18 darjah dari arah kiblat sebenar, dedah Majlis Agama Islam Melaka (MAIM) baru-baru ini.

Mufti Negeri, Datuk Abdul Halim Tawil berkata, penemuan itu hasil pemeriksaan Jabatan Mufti Melaka (JMM) dengan kerjasama Jabatan Ukur dan Pemetaan (JUPEM) negeri yang dilakukan secara berperingkat sejak empat tahun lalu.

Menurutnya, arah kiblat semua masjid berkenaan bagaimanapun sudah diperbetulkan serta merta seperti diputuskan Jawatankuasa Fatwa Negeri Melaka ketika pemeriksaan dibuat.

Baca juga Tabung Haji rangkul anugerah Perkhidmatan Bimbingan Haji Terbaik Dunia Islam

DATUK ABDUL HALIM TAWIL

Turut disyorkan Maksiat peribadi dan maksiat terbuka, Dr Asri cadang perketatkan garis panduan.

Abdul Halim berkata lagi, antara 28 masjid yang sudah diperbetulkan arah kiblatnya termasuk Masjid al-Abrar Semabok, Masjid Kampung Hulu, Masjid Kampung Keling, Masjid Kampung Duyong dan Masjid Serkam.

“Kemungkinan penentuan arah kiblat (sebelum itu) dibuat secara tradisional berdasarkan cerapan matahari atau penentuan bayang

“Jadi inilah usaha kita untuk betulkan keadaan itu. Jawatankuasa Fatwa memutuskan mana-mana arah kiblat jika kadar terpesong di bawah tiga darjah adalah dimaafkan dengan alasan ia masih menghala ke Baitullah.

“Tetapi jika ia tersasar lebih daripada tiga darjah, kemungkinan menghala ke Afrika Utara dan sebagainya, ia perlu dibetulkan,” katanya ketika sidang media selepas Majlis Penyerahan Sijil Arah Kiblat dan penarafan bintang di Semabok, Melaka semalam.

Baca juga Solat pandang Kaabah tanpa melihat tempat sujud, apa hukumnya?

solat tersalah kiblat

PIHAK Jabatan Mufti Melaka (JMM) turut menawarkan perkhidmatan menyemak semula arah kiblat bagi sesuatu premis. Foto: Unsplash

Baca juga Amalan sunat berbaring sebentar selepas menunaikan solat sunat fajar

Cara menegur orang tersalah kiblat ketika solat

Menyentuh tentang pencarian arah kiblat, ada pelbagai aplikasi solat atau kompas digital yang telah
dibangunkan untuk kegunaan telefon pintar kini bagi memudahkan umat Islam dalam hal itu.

Pun begitu, bukan semua alat teknologi sempurna. Adakalanya masalah teknikal boleh menyebabkan perisian yang digunakan gagal menentukan arah kiblat sebetulnya.

Dalam keadaan anda terlihat orang bersolat tetapi pada arah kiblat yang salah, maka bagaimana caranya untuk menegur mereka?

Turut disyorkan Pakaian para sukarelawan banjir penuh lumpur, waktu solat pula kian tamat dan mereka perlu segera tunaikannya, sahkah solat mereka ?

Seperti yang digariskan pihak Mufti Wilayah Persekutuan, jika anda menyedari seseorang sedang menunaikan solat ketika menghadap arah kiblat yang salah, anda boleh menegur melalui perkataan dengan memberikan nasihat.

Selain itu, teguran juga boleh dilakukan dengan perbuatan iaitu dengan mengalihkan badan orang yang sedang solat tersebut ke arah kiblat yang betul.

Namun, sebelum menegur, pastikan kiblat yang anda tahu itu diyakini kiblat yang sebenar dan bukan sekadar ijtihad.

Baca juga 5 cara ALLAH SWT menghapuskan dosa hamba-NYA. Cara yang kelima sangat sukar dilalui manusia, namun besar ganjaran menanti

LAIN orang lain aplikasi kompas digital yang digunakan menyebabkan ada perbezaan dari sudut penentuan arah kiblat yang tepat. Foto: Pexels

Baca juga Ingin berubah ke arah lebih baik di tahun baru ini, rajin-rajinlah ke masjid 10 ganjaran ALLAH menanti

Tersedar salah kiblat ketika solat

Bagaimana pula jika anda sendiri sedang solat dan tersalah kiblat?

Sekiranya ketika solat, anda tersedar bahawa anda tersalah kiblat, atau anda pula mendengar orang lain menegur, maka di sini ada dua pendapat di sisi Mazhab Syafie.

Pertama, anda perlu memulakan semula solat ke arah ijtihad (arah kiblat) yang baru.

Kedua, anda tidak perlu memulakan semula solat. Sebaliknya cukup hanya memalingkan badan ke arah ijtihad kiblat yang baru dan meneruskan solat seperti biasa.

Kesimpulannya, tidak ada masalah untuk bergerak menukar arah kiblat walaupun sedang solat. Tetapi, berhati-hati supaya tidak bergerak terlalu banyak sehingga membatalkan ibadah tersebut.

Turut disyorkan Telinga berdengung tanda Rasulullah rindu, benarkah begitu?

Sumber: Tzkrh & Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan

Foto: Pexels & Unsplash

rambut terkeluar solat
Ibadah,

Sedar rambut terkeluar selepas solat. Perlu ulangi atau tidak?

RAMBUT terkeluar sedikit atau ternampak kaki ketika solat? Masalah itu mungkin nampak remeh, namun sedar tidak sedar, ia sebenarnya mampu memberikan impak yang besar kepada ibadah dilakukan.

Hal ini kerana menutup aurat merupakan syarat sah solat. Bagi kaum wanita, mereka diwajibkan menutup keseluruhan anggota badannya kecuali muka dan tapak tangan.

Umumnya masyarakat di rantau Nusantara melazimkan pemakaian telekung untuk memenuhi syarat tersebut. Sebenarnya pakaian apa-apa pun dibolehkan selagi mana menutup aurat dan mengikut tuntutan yang ditetapkan.

Tetapi, dalam situasi jika terlihat aurat seperti terkeluar sedikit rambut dan ia hanya disedari selepas selesai solat, adakah ibadah itu perlu diulangi?

Baca juga Syaitan dan jin boleh melihat aurat kita. Ini cara untuk elak dari dipandang

rambut terkeluar solat

RAMBUT termasuk aurat wanita yang perlu dipelihara ketika mendirikan solat. Foto: Unsplash

Turut disyorkan Suami tanggung dosa apabila isteri enggan tutup aurat? Ini penjelasannya…

Berkaitan hal ini, ada pelbagai pendapat dikeluarkan jumhur ulama, seperti yang dinukil daripada portal Mufti Wilayah Persekutuan.

Namun, kesimpulan yang boleh didapati melalui perbahasan daripada para fuqaha adalah seperti berikut:

Aurat yang terkeluar secara sedikit dan tanpa disedari, maka ia adalah dimaafkan. Hal ini kerana, ia berlaku tanpa kawalan (selepas kita berusaha menutupnya) dan dalam masa yang sama tidak disedari.

Baca juga Turban, tudung pendek nampak dada berdosa. Tidak ikut syariat Islam

SOLAT menjadi medan pertemuan kita dengan ALLAH SWT perlulah dilaksanakan dengan sempurna dan seikhlas hati. Foto: Pexels

Baca juga [VIDEO] Wanita berhadas besar tak boleh masuk ke masjid walaupun untuk menimba ilmu dalam majlis agama

Jika pada awalnya disedari, maka wajib ke atas wanita tersebut untuk segera menutupnya dan menyambung solat itu seperti biasa. Solatnya tidak terbatal.

Namun, jika dia menyedari bahawa rambutnya ternampak tetapi tidak mengendahkannya dengan menutup aurat tersebut, maka solatnya adalah batal dan wajib mengulanginya semula.

Ulama Islam, Imam asy-Syirazi berkata,“Maka, jika terdedah suatu pun daripada jenis aurat, sedangkan dia mampu untuk menutupnya, maka tidak sahlah solat.”

Hal ini adalah sama dengan aurat yang lain baik untuk lelaki mahupun perempuan. Jika anda menyedari bahawa aurat terbuka ketika solat, maka cubalah untuk melindungnya tanpa melibatkan pergerakan besar sehingga membatalkan ibadah.

Sumber: Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan 

Foto: Pexels & Unsplash

Saf kanak-kanak
Ibadah,

Perlu ke asingkan saf kanak-kanak ketika solat? Hadamkan penjelasan agamawan ini

MASIH ada lagi sebilangan kecil masjid atau surau yang mengkhususkan saf kanak-kanak di barisan belakang. Pendek kata, ia terpisah daripada saf orang dewasa.

Ada pula yang melarang terus kanak-kanak untuk berada di saf hadapan atau sebaris dengan orang dewasa. Alasannya bimbang jika keberadaan kanak-kanak itu merencatkan ibadah yang dilakukan.

Bagaimanakah sebenarnya aturan saf bagi kanak-kanak? Apakah memang wujudnya pengasingan tersebut dalam ajaran Islam?

Mengulas hal itu, Ketua Penolong Mufti (Bahagian Penyelidikan), Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan, Dr Syed Shahridzan Syed Mohamed menjelaskan, dalam sunnah Rasulullah SAW, secara umumnya, golongan lebih tua (akil baligh) perlu diutamakan dalam menentukan siapa yang berhak dalam saf terawal.

DR SYED SHAHRIDZAN

Ia sebagaimana yang diriwayatkan oleh Abu Mas’ud RA. Beliau berkata bahawa Rasulullah SAW menyapu bahu-bahu kami semasa solat, lalu bersabda: “Samakan barisan-barisan kamu, dan jangan ada yang berselisih kerana perbuatan ini menyebabkan hati kamu semua berselisihan. Orang yang dewasa dan berakal di antara kamu hendaklah berada berhampiran di belakangku, kemudian barisan saf yang berikutnya.” (Riwayat Muslim)

Baca juga Tak boleh ulangi solat fardu saja-saja, ini yang perlu kita tahu

Dr Syed Shahridzan kemudian menukilkan pandangan Imam Nawawi yang menjelaskan tujuan dan hikmah hadis tersebut menerusi Syarh Sahih Muslim.

Ujar ulama terkemuka dalam Mazhab Syafie itu: “Hadis ini menunjukkan perlu mendahulukan orang yang lebih afdal, maka yang lebih afdal lebih layak untuk hampir kepada imam kerana dia lebih utama untuk dimuliakan. Ini kerana imam memerlukan pengganti (jika terbatal solatnya), maka yang menggantikan itu perlulah orang yang lebih afdal kerana dia lebih faham untuk menegur imam yang terlupa yang tidak difahami oleh orang lain, begitu juga untuk memperbetulkan sifat solat, menjaga bentuknya dan mengajar(menjadi contoh) orang ramai supaya perbuatan-perbuatan(solat) ditiru oleh orang-orang di belakang mereka.”

“Maka sebab itulah disunatkan memberi keutamaan kepada orang dewasa untuk berada di saf hadapan berbanding kanak-kanak.

Saf kanak-kanak

SUNAT memberi keutamaan kepada orang dewasa untuk berada di saf hadapan berbanding dengan kanak-kanak. -FOTO: 123RF

“Sebelum itu, kena jelas dahulu bahawa maksud kanak-kanak dalam perbahasan ini ialah kanak-kanak yang sudah mencapai tahap mumaiyiz iaitu sudah dapat membezakan sesuatu yang baik dengan yang buruk menurut kesesuaian umur mereka dan belum mencapai tahap akil baligh.

 Baca juga Merotan Bukan Untuk Menghukum, Sebaliknya Ia Pendekatan Akhir Didik Anak-anak Kita

“Lazimnya, kanak-kanak mumaiyiz bermula dari usia tujuh tahun ke atas, manakala yang belum tahap berkenaan tidak termasuk dalam etika susunan saf ini kerana ibadah mereka tidak dikira sah sebab tidak memenuhi syarat sah solat, iaitu tamyiz (mumaiyiz),” hurainya panjang lebar menerusi hantaran di laman sosial Facebook miliknya.

Meskipun Mazhab Syafie memberikan keutamaan kepada orang dewasa dan berakal di saf hadapan, pendakwah itu mengingatkan, kanak-kanak mumaiyiz disunatkan untuk mengisi ruangan saf yang masih kosong bersama-sama sebaris dengan orang lebih tua daripada mereka.

“Ini bermakna, orang dewasa yang datang lewat tidak boleh dan tidak berhak untuk menarik kanak-kanak yang tiba lebih awal di saf hadapan.

“Oleh yang demikian, tiada istilah pengasingan saf kanak-kanak yang telah mencapai tahap mumaiyiz. Bahkan, mereka boleh berdiri sebaris dengan golongan dewasa jika masih ada ruang saf yang kosong.

“Cuma dalam Mazhab Syafie, sunat untuk mengutamakan golongan dewasa yang berakal di saf hadapan. Oleh itu, mereka perlu beradab dengan memberi keutamaan kepada orang dewasa di barisan hadapan, namun tidak bermakna perlu memperuntukkan saf yang khusus atau terpisah untuk kanak-kanak mumaiyiz,” jelasnya.

Menyambung hujah, jelas Dr Syed Shahridzan, peruntukan saf yang terpisah untuk kanak-kanak merupakan amalan masyarakat Melayu terdahulu.

Saf kanak-kanak

SELAIN boleh menunaikan solat sebaris dengan orang dewasa jika ada kekosongan saf, kanak-kanak mumaiyiz juga boleh menjadi imam jika berkelayakan. -FOTO: PEXELS

“Ia berkemungkinan atas tujuan memberi peluang kepada kanak-kanak yang belum mumaiyiz untuk dibawa ke masjid dan surau.

Baca juga Bawa anak kecil solat di masjid. Ini tip elak ganggu jemaah lain

“Ini kerana mereka tidak layak berada sebaris dengan golongan dewasa dan kanak-kanak mumaiyiz sebab ibadat solat mereka (belum mumaiyiz) tidak sah dan sepatutnya tempat itu diambil oleh mereka yang sudah memenuhi syarat-syarat sah solat,” katanya.

Kanak-kanak mumaiyiz boleh imamkan solat

Seperkara lagi, agamawan itu mengingatkan, kanak-kanak mumaiyiz tadi juga diharuskan menjadi imam solat yang mana jemaahnya terdiri daripada orang dewasa, asalkan mereka berkelayakan.

Ia berdasarkan kepada Hadis Riwayat Imam al-Bukhari yang meriwayatkan seorang sahabat, ‘Amr bin Salamah RA menjadi imam solat untuk golongan dewasa pada zaman Rasulullah SAW ketika usianya sekitar tujuh tahun.

Memetik artikel Al-Kafi #1715: Bolehkah Kanak-Kanak Menjadi Imam Solat yang disiarkan dalam laman web rasmi Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan, kanak-kanak yang dilantik menjadi imam mestilah mampu membaca al-Quran dan mengetahui syarat-syarat sah solat dan imam.

Baca juga Lambat baca al-Fatihah ketika solat berjemaah. Perlu ‘kejar’ imam atau tidak?

“Kanak-kanak yang masih belum berkhatan (quluf), solatnya sah setelah disucikan anggota yang terkena najis kencing, di mana ia merupakan salah satu daripada syarat sah solat. Namun, sebaiknya pilihlah imam yang sudah berkhatan,” katanya.

Kepada ibu bapa yang membawa anak masing-masing untuk berjemaah di surau mahupun masjid, tiada masalah jika mahu solat sebaris dengan mereka andai sudah mumaiyiz.