Browsing Tag

Solat pada hujung waktu

Solat pada hujung waktu
Video,

[Video] Solat pada hujung waktu dan terdengar azan, perlu teruskan atau tidak?

[Video] Solat pada hujung waktu dan terdengar azan, perlu teruskan atau tidak?

SESIBUK mana pun, sebagai orang Islam kita diwajibkan menunaikan solat fardu lima waktu.

Namun, atas sebab tertentu mungkin ada orang yang tidak sengaja melewatkan ibadah itu dan terpaksa menunaikan solat pada hujung waktu.

Bagaimanapun, dalam situasi kita menunaikan solat pada hujung, kedengaran azan tanda masuknya waktu solat lain berkumandang.

Apakah yang harus dilakukan? Adakah solat tadi yang dikerjakannya?

Ikuti penjelasan Ustaz Mohamad Zulkarnain Khalid dalam Soal Jawab Agama.

Kentut dalam solat
Video,

[Video] Hukum suka menangguh-nangguhkan dan solat pada hujung waktu?

Hukum suka menangguh-nangguhkan dan solat pada hujung waktu?

“BANYAK betul kerja hari ni, nantilah solat Zuhur hujung-hujung, boleh Asar terus,” getus Ema dalam hati.

Ema seorang yang menjaga solat dan tidak pernah meninggalkan kewajipan itu. Namun, perbuatan yang dilakukan wanita itu hampir setiap hari kadangkala mengundang persoalan kepada orang lain yang melihat situasi tersebut. Bolehkah begitu?

Solat pada hujung waktu ibarat menangguh-nangguhkan solat dan perbuatan itu tidak disukai Baginda Nabi Muhammad SAW. Seharusnya sebagai Muslim, Rukun Islam kedua itu adalah keutamaan kita walau di mana sahaja keberadaan diri.

Baca juga Berdosakah melewat-lewatkan solat fardu? Ini penjelasannya

Persoalannya, bagaimana hendak mendidik hati agar bersegera menunaikan solat pada awal waktu?

Pendakwah, Ustaz Mohd Fakhrurrazi Hussin atau lebih dikenali sebagai Imam Muda Fakhrul ada jawapannya.