Browsing Tag

Sinai

384
Berita Semasa, Gaya Hidup, Jendela Dunia, Pilihan Editor,

10 Puasa

no comment

Bukan persitiwa 18 Puasa seperti dikisahkan dalam komedi Barkoba perlu diceritakan, namun kemenangan Perang 10 Ramadan yang perlu ditonjolkan semula kerana mungkin tidak ramai yang masih ingat.

Ia berlaku ketika umat Islam seluruh dunia sedang melakukan ibadah hari ke-10 puasa pada 1973.

Peristiwa membabitkan Pakatan Mesir-Syria-Jordan dan Iraq mengusir Israel dari tanah Sinai Mesir tidak akan dilupakan masyarakat Islam khususnya di negara Timur Tengah kerana ia adalah kejayaan besar tentera negara Arab mengusir tentera zionis daripada meneruskan agendanya untuk merampas tanah hak milik mereka.

Selain dikenali Perang 10 Ramadan, sesetengah masyarakat menggelarnya Perang 6 Oktober, Perang Arab-Israel 1973 atau Perang Yom Kippur di mana kebanyakkan institusi pengajian di Mesir akan bercuti pada tarikh berkenaan sempena memperingati kemenangan peristiwa perang yang menjadi kemenangan mutlak negara Arab.

Tentera Islam Mesir mengawal ketat di Terusan Suez

Pasukan tentera Mesir memaksa Israel ‘angkat kaki’ dari Sinai. Manakala tentera Syria, Libya dan Mesir menyerbu kem tentera Israel secara tiba-tiba di dataran tinggi Golan. Tentera Israel ketika itu hanyalah berjumlah 180 orang, manakala Syria memiliki kekuatan tentera seramai 1,400 orang. Pada masa yang sama, Israel dengan 500 tenteranya terpaksa berhadapan dengan 80,000 angkatan tentera Mesir ketika pentempuran yang berlaku di Terusan Suez.

Seperti yang dilaporkan oleh Skynews, Jurucakap Ketenteraan Mesir, Kolonel Tamer al-Rifai, berkata perang itu tercetus bertepatan dengan hari raya Yahudi Yom Kippur dan bulan Ramadan bagi umat Islam sehingga dinamakan “Perang Ramadan 1973”.

“Banyak laporan disiarkan dari seluruh dunia mengenai perang berkenaan, antaranya momen paling penting adalah ucapan Presiden Mesir, Anwar Sadat yang mengumumkan bahawa beliau telah berjaya menawan kembali Terusan Suez daripada tentera Israel.

Tentera pejuang Islam meraikan kemanangan merampas kembali Terusan Suez dari taklukan Israel.

“Manakala, Major General Arkan Harb yang juga salah seorang pahlawan Perang 6 Oktober dan seorang pakar ketenteraan mengatakan bahawa ada tiga perkara yang tidak boleh dilakukan sesiapa terhadap rakyat Mesir, iaitu penindasan terhadap agama di Mesir, penghinaan terhadap kehormatan warga Mesir serta perebutan wilayah Mesir. Sesiapa yang cuba melakukan tiga perkara itu terhadap rakyat Mesir, maka mereka akan bangkit dan melawan habis-habisan,” katanya.

Dalam sebuah program Misr Innahardah, Arkan Harb menjelaskan bahawa persiapan perang Oktober tidak terjadi sejak 1971 namun sejak pemerintahan Presiden Mesir, Allahyarham Gamal Abdel Nasser mengatakan bahawa apa yang direbut Israel dengan paksa tidak akan dapat kembali direbut kecuali dengan paksa.

Menurut keterangannya, Israel ketika itu berupaya mengubah identiti Sinai dan berhasrat memisahkannya dari Mesir yang telah dirancangnya sejak 1956 hingga 1967.

“Israel menghasut rakyat Sinai untuk berpisah dari Mesir, tetapi mereka dengan tegas menolak pujukan itu. Salah satu pegangan rakyat Sinai mengatakan di muka prajurit Israel, Sinai adalah Mesir. Kamu (Israel) tak lebih dari penjajah, kami tak sudi Sinai jatuh ke tangan kamu,” katanya.

Tidak hanya itu, Israel juga menggunakan cara lain untuk mengambil alih Sinai. Pada 1990-an mereka menawarkan pemuda Sinai untuk menikahi gadis-gadis Israel, tujuannya tak lain agar anak-anak mereka kelak mendukung Israel, namun masyarakat Sinai lebih mengenali tipu daya mereka.

Menurut BBC, pada tahun 1970 yang juga merupakan tahun di mana Perang Dingin sedang memuncak, Amerika Syarikat mendukung Israel dan Soviet Union mendukung Mesir dan Syria. Amerika Syarikat membekalkan senjata terbaik kepada Israel agar Tel Aviv dapat membendung pasukan Mesir dan Syria.

Soviet Union dalam diam juga juga tidak tinggal membantu pasukan tentera Mesir dan Syria. Perkara itu sampai ke pengetahuan Amerika Syarikat, lalu mereka segera mempersiapkan kekuatannya. Raja Faisal bin Abdul Aziz dari Arab Saudi mengumumkan pemberhentian pengeluaran minyak. Krisis tenaga muncul dan negara-negara industri akibat pengumuman itu lalu harga minyak dunia melonjak naik pada paras yang tinggi.

Dua minggu selepas perang, Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu mengeluarkan resolusi 339 serta gencatan senjata.

Tentera Islam Mesir mengawal ketat tahanan Israel.

Secara keseluruhan 2,688 tentara Israel mati dan lebih kurang 7,000 anggota cedera, Manakala seramai 314 tentara Israel juga dijadikan tawanan perang dan puluhan lainnya hilang. 17 orang antaranya sampai tahun 2003 masih belum ditemukan.

Israel kehilangan 102 pesawat tempur dan kurang lebih 800 tank. Di sisi Mesir dan Syiria pula, seramai 35,000 tentara gugur dan lebih dari 15,000 cedera serta 8,300 tentara ditawan. Angkatan Udara Mesir kehilangan 235 pesawat tempur dan Syiria 135 buah. Israel lalu mengundurkan diri dari seluruh daerah Sinai setelah Mesir sepakat akan membuat ‘bufferzones’.

Setelah perang berakhir, banyak terjadi protes di Israel bahkan Perdana Menteri Golda Meir dan Menteri Pertahanan Moshe Dayan serta Panglima Angkatan Bersenjata Israel, David Eliazar harus mengundurkan diri.

Negara-negara Pro-Arab mengiktiraf Mesir dan dunia Arab memenangi peperangan itu dengan alasan pada hari pertama perang, pasukan Arab berhasil menembusi pertahanan Israel.

Pada tahun 1978 di Camp David, Amerika Syarikat satu majlis menandatangani perjanjian yang dikenal dengan Perjanjian Camp David diadakan. Israel berjanji akan mengundurkan diri sampai ke sempadan Antarabangsa dan di mana seluruh Semenanjung Sinai menjadi kawasan demiliterisasi dan diserahkan kepada Mesir.


Bukit Golan menjadi rebutan bagi menakluk Sinai, kini milik tentera Islam.

Fakta Perang 10 Ramadan
———————————–

1) Peperangan ini juga dinamakan sebagai Perang Yom Kippur iaitu hari kebesaran Yahudi dan juga dinamakan Perang Ramadan kerana berlaku dalam bulan kebesaran Islam iaitu Ramadan. Ia berlaku pada 10 Ramadan 1393 bersamaan 6 Oktober hingga 22 Oktober 1973.

2) Konflik Arab-Israel berlaku sejak 1948 selepas negara haram Israel ditubuhkan. Pada Jun 1967 berlaku Perang Enam Hari antara Israel dengan Mesir, Syria dan Jordan. Negara Arab lain seperti Saudi, Sudan, Tunisia, Maghribi dan Algeria turut memberi bantuan ketenteraan.

3) Dalam Perang Enam Hari ini, Israel berjaya menduduki Bukit Golan Syiria dan Semenanjung Sinai di Mesir hingga ke Terusan Suez. Selepas itu Israel membina barisan pertahanan di Sinai dan Bukit Golan. Mereka memperuntukkan tidak kurang US500 juta untuk membina kubu yang diperbuat daripada pasir sepanjang 160 kilometer.

4) Kubu ini dipanggil Garis Bar Lev turut disokong dengan dinding konkrit. Binaan daripada pasir menyebabkan ia bertahan daripada serangan udara dan kereta kebal Mesir. Ia disifatkan oleh Menteri Pertahanan Israel sebagai kubu anti kereta kebal terbaik di dunia.

5) Presiden Mesir ketika itu, Anwar Sadat menggantikan Jamal Abdul Nasser pada 1970. Beliau bertekad melawan Israel dan menawan kembali Sinai yang ditawan Israel pada 1967. Pada 1972 Anwar Sadat mengumumkan Mesir sedia berperang dan menyediakan sejuta tentera, jet-jet pejuang MiG-23, roket SAM6, RPG-7 dan peluru berpandu anti kereta kebal Sagger.

6) Tentera Mesir dan Syria menyerang Israel serentak pada hari perayaan Yahudi Yom Kippur. Mesir menyerang kubu sekitar Terusan Suez dan Sinai sementara Syria menyerang kubu di Bukit Golan dan Israel mengalami kerosakan teruk.

Walaubagaimanapun, Mesir gagal menembusi kubu pasir Bar Lev walaupun menggunakan teknologi ketenteraan yang mahal. Amerika Syarikat membekalkan senjata kepada Israel selepas tiga minggu peperangan dan mereka berjaya mengundurkan tentera Arab dan merampas kembali Sinai dan Bukit Golan.

7) Ulama Mesir bernama almarhum Syaikh Hafiz Salamah yang juga Imam Masjid Bandar Suez bermimpi kaedah merobohkan kubu Bar Lev. Dalam mimpinya, beliau ditunjukkan cara meruntuhkan kubu itu ialah dengan menggunakan air.

Lagipun kubu itu begitu hampir dengan Terusan Suez yang menjadi laluan kapal besar. Ilham ini dipraktikkan apabila Mesir menggunakan meriam air yang biasa digunakan dalam kerja-kerja perlombongan.

8) Selain itu, Mesir turut menggunakan pam gasolin yang lebih kecil dan ringan. Mereka mendapatkan 300 pam buatan British dan 150 pam buatan Jerman. Akhirnya Mesir berjaya meruntuhkan kubu pasir berkenaan dalam tempoh kurang dua jam. Israel menerima tamparan hebat yang tidak diduga oleh mereka.

Tentera Mesir terus menyerbu masuk dan menembusi kubu ini disamping bantuan tentera udara menggunakan 250 jet pejuang MiG-21, MiG-19 dan MiG-17. Pasukan jurutera Mesir juga berperanan membuka laluan kubu pasir Bar Lev. Serangan demi serangan menyebabkan pertahanan Israel menjadi lumpuh.

9) Pada 22 Oktober 1974, perjanjian damai diisytiharkan. Rakyat Israel menyalahkan pimpinan Israel dan menuntut Menteri Pertahanan mereka agar meletakkan jawatan. Akhirnya pada akhir 1974, Menteri berkenaan menyerahkan surat perletakan jawatan.

10) 6 Oktober adalah satu tarikh penting sehingga Mesir dan Syria memilihnya sebagai tarikh hari kebangsaan kedua-dua negara. 6 Oktober juga dipilih sebagai Hari Angkatan Tentera Mesir.

11) Pada 6 Oktober 1981, dalam perbarisan tentera sempena ulang tahun Perang Oktober, Presiden Mesir ketika itu Anwar Sadat mati ditembak kerana tindakannya yang berdamai dengan Israel.