Browsing Tag

sihir perniagaan

sihir perniagaan
Aqidah,

Waspada dengan barang-barang digunakan untuk sihir perniagaan, nombor 1 dan 2 paling kerap kita temui

WASPADA dengan barang-barang digunakan untuk sihir perniagaan, nombor 1 dan 2 paling kerap kita temui…

Dunia sudah menginjak tahun 2022. Berbanding dahulu, kesedaran agama dalam masyarakat kini lebih tinggi digerakkan oleh fenomena teknologi yang berkembang pesat.

Siapa sangka amalan sihir, santau dan ilmu lain yang bercanggah dengan ajaran Islam masih banyak diamalkan oleh kaum Melayu di negara ini.

Antara sihir yang kekal berleluasa sehingga ke hari ini termasuk sihir perniagaan. Ia adalah suatu perlakuan syirik bertujuan untuk menjatuhkan perniagaan orang lain bagi mencapai kepentingan diri sendiri dengan meminta pertolongan makhluk halus.

Baca juga Rasulullah SAW pernah disihir? Ini sebab surah al-Falaq diturunkan.

sihir perniagaan

JIKA terlihat wang syiling bertaburan sekitar kawasan kedai yang tidak diketahui asal usulnya, jangan terus mengutipnya.

Menerusi suatu perkongsian di TikTok, seorang pengamal perubatan yang dikenali sebagai Ustaz Lah mengingatkan para peniaga berwaspada terhadap tiga barangan berikut yang sering digunakan dalam ilmu hitam tersebut.

1. Duit syiling.

Bagi para peniaga, hati-hatilah jika anda terlihat duit syiling yang bertebaran di kawasan kedai kerana mata wang logam itu sangat sinonim dengan sihir perniagaan.

Untuk melaksanakannya, tukang sihir akan menjampi syiling tersebut, kemudian wang tersebut akan ditinggalkan di meja atau lantai kedai milik mangsa sihir.

Kesan sihir pula akan terus berkekalan apabila pemilik kedai yang tidak tahu apa-apa, mengutip dan menyimpan duit berkenaan.

Baca juga Pernah dizalimi akibat sihir, boleh ke jika kita tak maafkan individu yang lakukan perbuatan itu?

2. Rokok.

Dalam sesetengah kes, puntung rokok juga digunakan sebagai barangan sihir.

Sihir itu dilakukan dengan cara tukang sihir membaca mantera sambil menghisap rokok. Puntung rokok tersebut kemudiannya ditinggalkan di kawasan kedai yang hendak disihir.

Baca juga Sihir pakatan keji, lindungi diri dengan 6 cara dianjurkan dalam al-Quran dan hadis

sihir perniagaan

SIHIR termasuk antara dosa besar dalam Islam dan perbuatan itu dilarang sama sekali oleh ALLAH dan Rasul.

3. Minyak jampi.

Minyak jampi juga adakalanya digunakan dalam sihir perniagaan.

Kebanyakan minyak yang digunakan mempunyai unsur khinzir. Sihir dilakukan dengan mencalit minyak tersebut pada barangan seperti kerusi dan meja di kedai yang hendak disihir.

Baca juga Apa itu sihir pengasih dan tanda-tandanya?

sihir perniagaan

Selain premis perniagaan, sihir itu juga mampu memberi kesan kepada pemilik kedai.

Tanda terkena sihir perniagaan

Menurut portal Perawatislam, sihir perniagaan boleh berlaku kepada salah satu, sama ada pemilik kedai atau premis perniagaan. Namun, kebiasaannya, sihir ini dituju kepada dua-duanya sekali.

Jika sihir perniagaan dikenakan pada pemilik atau premis perniagaan, beberapa tanda akan wujud, menunjukkan kehadiran sihir berkenaan.

Baca juga 11 tanda anda diganggu makhluk halus, berikut pencerahan oleh pakar perubatan Islam.

Tanda-tanda jika sihir dihantar kepada pemilik perniagaan adalah:

1. Sering sakit kepala.
2. Rasa malas untuk ke tempat perniagaan tanpa sebab.
3. Kurang bersemangat untuk menjalankan tugas-tugas berkaitan perniagaan.
4. Jika sudah berkahwin, sering bergaduh dengan pasangan.
5. Badan akan tiba-tiba menjadi sakit apabila hendak ke tempat perniagaan atau ketika hendak memulakan perniagaan.

Baca juga Amalan-amalan yang boleh dilakukan untuk membatalkan sihir yang dituju pada kita

sihir perniagaan

BARANGAN dan makanan cepat rosak biarpun baru dibuat juga antara tanda perniagaan terkena sihir.

Sementelah, jika sihir ditujukan kepada premis perniagaan, biasanya anda akan perasan beberapa gejala berikut:

1. Pekerja anda saling bertengkar sesama sendiri.
2. Staf selalu berhenti kerja hingga mengganggu perjalanan bisnes anda.
3. Kakitangan anda mengadu terdengar bisikan dan melihat lembaga menakutkan.
4. Anda atau pekerja terjumpa duit syiling di merata tempat tanpa diketahui sumbernya.
5. Dan yang paling ketara, pelanggan selalu memberitahu anda bahawa kedai anda selalu kelihatan seakan-akan ditutup, padahal kedai anda buka seperti biasa.

Baca juga Penyihir Rusia akui sukar menyihir Muslim yang menjaga solat

sihir perniagaan

MOHONLAH pertolongan ALLAH YANG MAHA BERKUASA dalam menghadapi ujian ditimpa sihir perniagaan.

Kaedah mencegah sihir perniagaan

Portal tersebut berkongsikan empat cara asas untuk mencegah sihir perniagaan yang mudah diamalkan oleh sesiapa.

1. Jangan tinggalkan solat lima waktu.
2. Bersedekah.
3. Selepas solat, amalkan zikir-zikir di bawah:
Al-Fatihah (1x).
3 Qul (1x).
Ayat Kursi (1x).
Surah at-Talaq, ayat 2 dan 3 (Ayat seribu dinar) (1x).
Baca zikir ‘La ilaha illah wahdahu la syarikalah, lahul mulku walahul hamdu yuhyi wa yumit wahuwa ‘ala kulli syai’in qodir (20x).
4. Sentiasa memasang bacaan al-Quran, terutamanya Surah al-Baqarah dan ayat-ayat rukyah.

Baca juga Waspada rumah tidak berpenghuni kerana jin gemar bertandang

Ingatlah, jangan sesekali terjebak dengan perbuatan sihir atau mana-mana ilmu yang bercanggah dengan agama kerana azab neraka menanti pelakunya.

Ketahuilah, hanya ALLAH SWT MAHA PEMBERI REZEKI. Oleh itu, jangan berpaling daripada-NYA dan sentiasalah memohon perlindungan serta pertolongan-NYA agar terhindar daripada terkena sihir perniagaan.

Sumber: TikTok @ustazLah@qausar99 & Perawatislam.com

Foto: Pexels, Unsplash & Facebook