Browsing Tag

selawat tafrijiyyah

Untitled design (17)
Gaya Hidup,

Tiada Unsur Syirik Dalam Selawat Tafrijiyyah, Ini Penjelasan Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan

no comment

SELAWAT tafrijiyyah sering dijadikan bacaan selepas menunaikan solat dan ketika bersantai. Selawat berkenaan ternyata mempunyai makna yang cukup indah.

Namun, terdapat persoalan yang diutarakan tentang dakwaan mengatakan terdapatnya unsur syirik dalam selawat tafrijiyyah?

Bagi merungkai persoalan tersebut, Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan memuat naik kenyataannya bagi menjelaskan perkara itu menerusi laman Facebooknya.

Ia dijelaskan dalam ruangan Tashih Al Mafahim #20, setelah meneliti lafaz selawat tersebut mendapati bahawa tiada unsur syirik padanya.

“Hal ini kerana huruf ba’ yang terdapat pada lafaz (تنحل به العقد) tersebut adalah al-ba’ al-sababiyyah yang membawa maksud (تنحل بسببه العقد) dengan sebab Nabi Muhammad SAW. Oleh kerana itu, apabila diterjemahkan ke dalam bahasa Melayu akan diletakkan “yang menjadi sebab terungkai kebuntuan”, kebuntuan yang paling besar terungkai dengan sebab Nabi Muhammad SAW di dunia adalah isu kesyirikan dan kekafiran.

“Oleh itu, tidak ada masalah dan diharuskan bagi sesiapa yang ingin mengamalkan selawat ini.

“Ini kerana ia hanya berkaitan dengan isu tawassul kepada Nabi Muhammad SAW dan bukan mempertuhankan makhluk,” jelasnya.

Foto Mediaislamik.com