LEBIH dua billion cawan kopi dianggarkan dinikmati oleh masyarakat dunia setiap hari. Rakyat Malaysia yang boleh dikatakan peminum ‘tegar’ minuman itu turut menjadi penyumbang kepada angka tersebut.
Mana tidaknya, jika dilihat pilihan kopi yang boleh didapati di negara ini begitu meluas dari kedai kopi di tepi jalan hinggalah ke kafe-kafe ‘hipster’. Harga secawan kopi pula semurah RM2.00 dan mampu mencecah puluhan ringgit.
Baca juga Dari ilmu hadis ke bidang perubatan, banyak sumbangan wanita dalam sejarah Islam
Turut disyorkan [VIDEO] Status wuduk selepas minum air kopi. Ramai yang masih keliru tentang hal ini…
Dari segi jenis kopi, rata-rata kedai menjual minuman ‘espresso’ dan ‘latte’ yang dikenali sebagai gaya pembuatan kopi dari Itali. Maka, tidak hairanlah mengapa masih ramai yang salah faham tentang asal usul kopi serta mengaitkannya dengan dunia Barat semata-mata.
Namun, tahukah anda bahawa penanaman kopi pertama dilakukan oleh orang Islam? Bahkan, minuman itu juga pernah diharamkan oleh para ulama di Makkah suatu ketika dahulu.
Turut disyorkan Adakah Orang Islam Yang Memperkenal Kaedah Kuarantin?
Turut disyorkan Festival Makanan Halal London dikunjungi lebih 18,000 pelawat
Kopi minuman ahli Sufi
Memetik program dokumentari, The Muhammadan Bean: The Secret History of Islam and Coffee, pohon kopi itu sendiri sebenarnya berasal daripada Habsyah yang kini dikenali sebagai Ethiopia.
Sekitar abad ke-15, tumbuhan itu dibawa menyeberangi Laut Merah ke sebuah bandar pelabuhan di Yaman bernama Mokha (Mocha). Yaman menjadi negara pertama menanam serta mengusahakan kopi secara meluas.
Pada waktu itu, kopi dikenali sebagai minuman para Sufi yang menggunakannya untuk berjaga malam dan beribadah kepada ALLAH SWT. Namun, melalui aktiviti perdagangan, kopi mula tersebar ke negara-negara Arab lain termasuk Arab Saudi, Mesir dan Turkiye.
Kopi tiba di Makkah pada lewat abad ke-15. Minuman itu menerima sambutan yang begitu menggalakkan dalam kalangan rakyat tempatan. Kedai-kedai kopi pula mula tumbuh bak cendawan sebagai tempat berkumpul dan bersosial bagi masyarakat Makkah.
Baca juga Tok Selehor, ulama sufi yang kental jiwa Melayu
Turut disyorkan [Video] Minuman Muslim Yang Dibaptiskan
Kopi diharamkan di Makkah dan negara Islam lain
Pada tahun 1511, gabenor Makkah ketika itu, Khair Beg tidak tahu tentang kesan rangsangan kopi yang memberikan tenaga. Apabila beliau terlihat sekumpulan orang di kedai kopi, baginya mereka kelihatan seolah-olah sedang mabuk.
Setelah mendapat sokongan daripada beberapa ulama Makkah yang beranggapan kopi adalah arak, beliau kemudiannya bertindak melarang ia diminum di samping mengharamkan operasi kedai kopi di Makkah.
Ada juga sejarawan berpendapat, beliau melakukan sedemikian kerana bimbang kedai-kedai kopi dijadikan tempat untuk menyebarkan propaganda menggulingkan pemerintahannya.
Pengharaman tersebut kekal untuk beberapa minggu sebelum ia dibatalkan oleh pemerintah tertinggi.
Baca juga Kenali Razia Sultan, Sosok Sultan Wanita Pertama Dalam Sejarah Islam
Turut disyorkan Kenali Al-Battani, Individu Penting Dan Cendekiawan Islam Yang Menemui Fakta 365 Hari Setahun
Selain Makkah, kopi juga pernah diharamkan di Mesir dan Turkiye. Dinukil daripada portal The Patriots, pada tahun 1633, pemerintah kerajaan Uthmaniyah, Sultan Murad IV telah mengharamkan kedai kopi di kawasan ibu kota Konstantinopel.
Bimbang kedai kopi dijadikan sarang pemberontakan dan menyebabkan pergolakan politik, beliau juga mengenakan hukuman bunuh terhadap sesiapa didapati meminum kopi secara terbuka.
Bagaimanapun, kegiatan meminum kopi kembali memuncak dalam empayar berkenaan sekitar abad ke-18.
Dalam masa sama, kopi turut berkembang di seluruh dunia sehingga akhirnya ia tiba di Malaysia dan menjadi minuman ruji masyarakat tempatan setiap pagi untuk kekal bertenaga sepanjang hari.
Sumber: The Muhammadan Bean: The Secret History of Islam and Coffee & The Patriots
Foto: Google, Pexels & Unsplash