Browsing Tag

saf

tinggal solat jemaah
Hukum,

Solat berasingan ketika berjemaah kerana jaga barang, boleh atau tidak?

Solat berasingan ketika berjemaah kerana jaga barang, boleh atau tidak?

DI sisi agama, solat berjemaah adalah lebih afdal jika dibandingkan dengan melakukan solat secara bersendirian. Bahkan, kebaikan solat berjemaah setinggi 27 darjat dan mampu menghindarkan seseorang daripada azab api neraka.

Pun begitu, untuk mendapatkan fadilat solat berjemaah paling sempurna, antara perkara penting perlu dititikberatkan adalah saf solat.

Sabda Nabi SAW, “Luruskan saf-saf kalian, kerana meluruskan saf termasuk dalam sebahagian menegakkan solat (berjemaah).” (Hadis Riwayat al-Bukhari)

Baca juga Bersendirian di saf belakang atau berada lebih tinggi dari imam, antara posisi makruh makmum perlu elak ketika solat berjemaah 

tinggal solat jemaah

SABDA Nabi SAW, “Luruskan saf-saf kalian, kerana meluruskan saf termasuk dalam sebahagian menegakkan solat (berjemaah).” (Hadis Riwayat al-Bukhari) Foto:123RF

Baca juga Jangan biarkan saf kosong, ini sebab-sebabnya

Turut disyorkan Jangan sesekali tinggal subuh berjemaah di masjid, itu tanda orang beriman

Ilzaq, sunat rapatkan saf

Memetik portal Mufti Wilayah Persekutuan, keadaan saf yang afdal adalah dengan cara Ilzaq.

Ilzaq (إلزاق) dari sudut bahasa memberi maksud menempel atau mencantumkan. Manakala dari sudut istilah ‘Ilzaq di dalam solat’ memberi maksud menempelkan atau merapatkan sehingga bersentuhan bahu bertemu bahu, lutut bertemu lutut, kaki bertemu kaki sehingga tidak ada ruang kosong dalam saf yang didirikan.

Terdapat beberapa hadis sahih yang menyebut tentang Ilzaq. Antaranya:

Daripada Nu’man bin Basyir bahawa Rasulullah SAW menghadap kepada manusia, lalu berkata, “Dirikanlah saf (tiga kali). Demi ALLAH SWT, dirikanlah saf atau ALLAH akan membuat perselisihan di antara hati kalian”. Lalu Nu’man berkata: “Saya melihat seorang lelaki menempelkan kakinya dengan kaki orang disebelahnya, lutut dengan lutut dan bahu dengan bahu.” (Hadis riwayat Abu Daud)

Baca juga 7 pesanan Luqman al-Hakim kepada anaknya yang patut kita amalkan dalam kehidupan seharian

tinggal solat jemaah

BOLEHKAH seseorang melakukan solat berasingan ketika mengikuti solat berjemaah? Foto: Google

Baca juga Terpilih jadi imam di kampung Orang Asli, pelajar tahfiz ini kongsi pengalaman

Tidak mengikuti saf utama kerana jaga barang

Namun, bagaimana jika seseorang mengikuti solat berjemaah tetapi tidak menyertai saf utama atas alasan ingin menjaga barangan peribadi? Adakah sah solatnya?

Pertama sekali, ulama Imam al-Nawawi menjelaskan, hukum solat secara bersendirian atau berpisah daripada saf jemaah adalah makruh jika dibuat tanpa keuzuran yang dibenarkan syarak.

Oleh itu, seseorang sepatutnya masuk ke dalam saf sekiranya masih ada ruang untuk melakukan demikian. Manakala, jika tiada ruang, dia hendaklah menarik salah seorang daripada makmum untuk membuat saf baru bersamanya.

Walau bagaimanapun, para fuqaha juga berpendapat bahawa dibolehkan bagi seseorang untuk tidak mengikuti saf utama disebabkan keuzuran yang dibenarkan syarak. Antara keuzuran itu termasuklah takut kehilangan harta peribadi.

Turut disyorkan Kalau orang curi barang depan mata, kena berhenti solat ke?

JEMAAH perlu memelihara saf solat jika ingin meraih fadilat penuh solat berjemaah. Foto: Pexels

Baca juga Sunat laungkan azan, iqamat di rumah sama ada solat sendiri atau berjemaah

Justeru jika seseorang risau akan kehilangan barangan miliknya ketika melaksanakan solat berjemaah, dia dibenarkan solat berasingan daripada saf utama. Solatnya tersebut sah dan hukumnya tidak makruh serta tidak meluputkan pahala berjemaah.

Namun begitu, dalam keadaan sedemikian, orang itu dinasihatkan agar terlebih dahulu berusaha untuk mencari cara memastikan bahawa beg dan barangan berharga peribadinya selamat.

Tambahan, hal itu tidak boleh dijadikan sebagai alasan untuk tidak menyertai saf jemaah.

Tetapi, jika memang tiada cara lain kecuali dengan solat secara berasingan daripada saf jemaah, maka hukumnya adalah seperti yang telah dijelaskan.

Sumber: Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan 

Foto: 123RF, Google & Pexels

Tinggal solat jemaah kerana jaga barang, boleh atau tidak?