Browsing Tag

rumahtangga

POLIGAMI
Gaya Hidup,

Islam izin kongsi kisah rumahtangga selagi tidak aibkan pasangan

IBARAT membuka pekung di dada apabila media sosial kini menjadi medium popular masyarakat meluahkan rasa termasuk hal rumahtangga.

Terutamanya apabila melibatkan poligami atau curang yang begitu sensitif untuk dibicarakan, sehingga menimbulkan pelbagai spekulasi dan fitnah dalam masyarakat.

Apa saja kisah rumahtangga yang berlaku pasti akan dikongsi di media sosial, adakah Islam membenarkan cara sebegini.

Menurut Penolong Pengarah Kanan, Bahagian Keluarga, Sosial dan Komuniti, Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM), Yuhaniz Mohd Yusop, Islam membenarkan perkongsian kisah rumahtangga untuk diambil pengajaran dan pelajaran selagi tidak mengaibkan dan memudaratkan sesiapa.

Katanya, terdapat banyak kisah rumahtangga baik dan bagus untuk dijadikan motivasi kepada orang lain.

Baca Juga Perbetulkan salah faham perihal poligami

“Kisah hebat ini adalah salah satu terapi buat kita untuk perbaiki diri. Kisah berunsur malang, kekecewaan, kesakitan, penderitaan dan trauma juga membuatkan kita sentiasa waspada serta berhati-hati dalam menjalani kehidupan.

“Bercerita dan berkongsi kisah rumahtangga ada kaedahnya. Jika kisah baik dan pasangan berkenaan tidak ada masalah untuk berkongsi dengan orang lain, maka buatlah dengan cara baik.

Twitter

MEDIA sosial kini menjadi medium popular masyarakat meluahkan rasa termasuk hal rumahtangga.. -Gambar hiasan/FOTO: CANVA.COM

“Jika kisah tidak baik dan apatah lagi pasangan akan rasa diaibkan jika perkongsian kisah mereka dikongsikan, maka rahsiakanlah pemilik kisah itu. Hanya perkongsian kisah sahaja yang dilakukan untuk sama-sama kita mendapat ibrahnya,” katanya.

Yuhaniz berkata lagi, tiada halangan dalam Islam untuk mengadu dan berkongsi masalah rumahtangga namun hanya kepada orang yang layak sahaja.

Mendapatkan nasihat daripada pihak berautoriti

Imam al-Ghazali menegaskan setiap masalah dihadapi pasangan suami isteri atau sebagainya hanya boleh dikongsikan kepada orang yang berautoriti atau layak bagi membantu dalam membuat keputusan dan tindakan selanjutnya.

Artikel Berkaitan 

Dalam hal ini, katanya, setiap pasangan wajar mendapatkan nasihat daripada pihak berautoriti seperti kaunselor, pegawai khidmat nasihat dan peguam.

Sekiranya ingin berkongsi dengan orang sekeliling, seperti kawan rapat atau adik beradik, pastikan individu itu boleh menjadi pendamai.

Sayidatina Fatimah puteri Rasulullah SAW juga pernah menceritakan masalah rumahtangga beliau kepada Baginda.

poligami

WALAUPUN poligami dibenarkan agama, namun perkahwinan monogami lebih disarankan agar tidak berlaku kezaliman sesama pasangan. Foto: Unsplash

Sahl Ibnu Sa’d RA meriwayatkan Rasulullah SAW mendatangi rumah Fatimah dan Baginda tidak melihat Ali RA di rumah. Lalu Baginda bertanya: “Di mana suamimu?” Jawab Fatimah: “Tadi ada masalah denganku, dia terus marah kepadaku, lalu keluar. Siang ini dia tidak tidur di sampingku.”

Kemudian Rasulullah SAW bertanya kepada sahabat mengenai keberadaan Ali. “Wahai Rasulullah, dia di masjid, sedang tidur.”Datanglah Rasulullah SAW ke masjid dan ketika itu Ali sedang tidur, sementara baju atasannya jatuh di sampingnya dan terkena debu. Lalu Rasulullah SAW mengusap debu itu, sambil mengatakan, “Bangun, wahai Abu Thurab… bangun, wahai Abu Thurab.” (Hadis Riwayat Bukhari dan Muslim)

Turut Disyorkan Ada sebab mengapa wanita tak boleh berkahwin 4 dan amalkan poliandri

Suami isteri ibarat pakaian

Seterusnya, memetik perkongsian Timbalan Dekan (Penyelidikan dan Inovasi) Fakulti Pengajian Quran Sunnah, Universiti Sains Islam Malaysia (Usim) Dr. Ahmad Sanusi Azmi menyatakan dalam al-Quran, ALLAH memberikan perumpamaan bahawa suami dan isteri itu adalah ibarat pakaian yang saling menutup keaiban mereka, saling melindungi sesama mereka, dan memelihara dari disakiti.

Firman ALLAH SWT: “Isteri-isteri kamu itu adalah seumpama pakaian bagi kamu dan kamu pula sebagai pakaian bagi mereka.” (Surah al-Baqarah ayat 187)

“Menurut al-Raghib al-Asfahani, perumpamaan bahawa suami isteri itu seperti pakaian adalah kerana mereka seharusnya saling menutup keaiban dan saling memelihara air muka masing-masing.

“Janganlah dijadikan budaya bahawa setiap kesalahan atau kesilapan suami atau isteri itu dipamerkan dalam media sosial,” jelasnya.

syiqaq
Hukum,

Minta cerai atas sebab ‘shiqaq’, apa maksudnya?

Minta cerai atas sebab ‘shiqaq’, apa maksudnya?

TIADA pasangan di luar sana yang berkahwin harapkan untuk berpisah akhirnya. Namun, dalam melayari bahtera perkahwinan, sudah menjadi resam bahawa setiap yang manis, pasti akan ada pahitnya.

Apabila berlaku kemelut di antara suami isteri, penceraian merupakan jalan terakhir bagi menyelesaikan masalah rumah tangga. Hakikatnya, selagi perkahwinan itu boleh dijaga dan diperbaiki, maka perkara tersebut lebih baik di sisi agama.

Apalagi, proses penceraian bukanlah semudah yang disangka. Bukan selepas si suami melafazkan cerai, masing-masing boleh terus meninggalkan pasangan dan membawa haluan sendiri.

Sebaliknya, kes penceraian perlulah mendapatkan pengesahan daripada pihak mahkamah dengan melihat pelbagai aspek sebelum hakim mengesahkannya. Dalam erti kata lain, banyak proses dan prosedur terlibat untuk meleraikan ikatan suami isteri sah.

Baca juga Padah kahwin rahsia, wanita ada dua suami…sebab tu pentingnya daftar perkahwinan

syiqaq

Sejak kebelakangan ini, masyarakat dikejutkan dengan berita memaparkan beberapa pasangan selebriti yang berpisah atau bercerai disebabkan faktor tertentu.

Terbaharu, salah satu pasangan selebriti menjadi bualan para warganet apabila si isteri memfailkan tuntutan cerai ‘shiqaq’.

Apa itu Syiqaq
Menyentuh tentang ‘shiqaq’, barangkali ramai yang tidak tahu apa yang dimaksudkan dengan istilah tersebut.

Memetik portal Jabatan Kehakiman Syariah Negeri Selangor (JAKESS), dari sudut terminologi, al-Shiqaq bermaksud perkelahian di antara suami dan isteri yang berlarutan sehingga menjejaskan kerukunan rumahtangga.

Berbeza dengan nusyuz yang terjadi pada salah satu pihak, syiqaq merupakan perselisihan berlaku pada kedua-dua belah suami dan isteri secara bersama-sama.

Sabitan al-shiqaq dibuat apabila berlaku salah satu daripada keadaan di bawah:

1. Perkelahian yang kerap antara suami dan isteri itu sama ada oleh sebab nusyuz isteri, kezaliman suami, ketidaktentuan siapa yang benar antara kedua-duanya; atau salah satu pihak atau kedua-dua pihak berdusta atau menuntut yang bukan hak.

2. Perkelahian yang kerap antara suami isteri sehingga menimbulkan kesukaran menjalankan tanggungjawab masing-masing dan saling tuduh menuduh tidak melaksanakan hak sebagai suami dan isteri.

3. Suami atau isteri saling tuduh-menuduh antara keduanya mempunyai hubungan yang melampaui hukum syarak dengan perempuan atau lelaki lain.

4. Perkelahian yang kerap hingga menyebabkan pukul-memukul.

5. Salah seorang meninggalkan rumah kediaman, tidak tinggal bersama sedangkan punca sebenar tidak dapat dibuktikan oleh kedua-dua pihak di hadapan Mahkamah.

6. Suami atau isteri saling tuduh menuduh antara keduanya mengenai tanggungjawab masing-masing terhadap anak-anak sehingga berlaku pertikaian dan perkelahian yang kerap.

7. Jika didapati bahawa sebarang tuntutan oleh isteri untuk mendapatkan pembuburan perkahwinan tidak sabit dan ditolak oleh Mahkamah atas alasan dia tidak dapat membuktikan kebenarannya dan Mahkamah mendapati pertikaian itu masih lagi berterusan atau berulang antara suami isteri tersebut.

8. Apa-apa tindakan yang menyebabkan darar syarie ke atas isteri atau suami.

Proses cerai menggunakan tuntutan shiqaq
Jelas laman web Majlis Agama Islam Selangor (MAIS), mahkamah boleh melantik dua orang hakam (juru damai) atau penimbangtara yang akan bertindak bagi pihak suami dan isteri berkenaan bagi menyelesaikan perbalahan tersebut dalam suatu prosiding yang dinamakan sebagai Majlis Tahkim.

Dalam Majlis Tahkim tersebut, hakam suami akan cuba mendapatkan kuasa penuh daripada suami untuk menceraikan isteri dengan talaq jika perdamaian gagal dicapai dan hakam isteri pula akan cuba mendapatkan kuasa penuh daripada isteri untuk menerima lafaz khul’ daripada hakam suami jika suami bersetuju cerai dengan cara khul’.

Selepas selesai Majlis Tahkim tersebut, kedua-dua hakam akan melaporkan kepada mahkamah keputusan daripada Majlis Tahkim tersebut.

Jika suami isteri tersebut berjaya didamaikan, mahkamah akan memerintahkan suami isteri tersebut untuk berdamai dan kembali hidup sebagai suami isteri.

Namun, sekiranya hakam gagal mendamaikan suami isteri tersebut atau mendapatkan kuasa penuh daripada suami untuk menceraikan isteri dengan talaq, mahkamah boleh melantik hakam baru.

Bagaimanapun, jika cara itu juga tidak berkesan, hakam mempunyai kuasa mentalaqkan isteri jika punca shiqaq adalah disebabkan oleh pihak suami atau melafazkan talaq khul’ kepada isteri jika shiqaq disebabkan oleh isteri.

Menerusi cara tersebut, maka terbubarlah perkahwinan secara sah menurut undang-undang dan hukum syarak.

rakam video intim
Hukum,

Suami isteri ‘enjoy’ rakam video intim, seronok hari ini namun celaka menanti kerana ia perbuatan haram

Suami isteri ‘enjoy’ rakam video intim, seronok hari ini namun celaka menanti kerana ia perbuatan haram…

BAGI mereka bergelar pasangan suami isteri, sememangnya antara nikmat dikurniakan ALLAH SWT adalah peluang untuk menjalinkan hubungan intim sebagai penyeri suasana rumah tangga.

Ketika itu, tiada lagi larangan antara kedua-duanya, lantas sang suami boleh melihat aurat si isteri dan begitu juga sebaliknya.

Maka, tidak hairanlah segelintir pasangan begitu aktif ‘bereksperimen’ di ranjangan kerana beranggapan semuanya sudah dihalalkan.

Bahkan ada juga sempat merakamkan aktiviti bermesraan tersebut supaya ia dapat ditonton semula bersama pasangan untuk mengeratkan silaturahim atau melepaskan rindu ketika masing-masing berjauhan.

Baca juga Suami beronani kerana berjauhan dengan isteri. Ini penjelasan Islam.

SEBAIK sahaja ikatan suami isteri terjalin, masing-masing boleh melihat aurat pasangannya. Foto: Unsplash

Baca juga Lakukan amalan ini bersama, rahsia suami isteri bina ‘rumah’ di syurga

Dilarang sebarkan aurat suami isteri

Namun, ketahuilah sekalipun Islam membenarkan suami isteri melihat seluruh bahagian tubuh pasangannya, ia tidak bererti segala perkara boleh dilakukan tanpa batasan.

Agama, terutamanya, menegah suami isteri menceritakan aurat pasangan masing-masing serta perihal hubungan badan mereka kepada orang lain. Sabda Rasulullah SAW:

Seburuk-buruk tempat manusia di sisi ALLAH kelak hari kiamat, ialah tempat suami yang telah saling percaya-mempercayai dengan isterinya, tetapi kemudian si suami membuka rahsia peribadi isterinya sendiri.” (Hadis Riwayat Muslim)

Larangan itu turut dilanjutkan kepada kaum lelaki yang mempunyai dua isteri atau lebih. Justeru, si suami tidak boleh menghebohkan hubungan asmaranya bersama satu isteri kepada para isteri lain.

Turut disyorkan Jangan pamerkan kemesraan suami isteri berlebih-lebihan di media sosial. Ini sebab-sebabnya…

rakam video intim

BAGI pasangan yang suka merakam aktiviti berasmara bersama, ambil tahu beberapa perkara ini dahulu. Foto: Pexels

Baca juga Tak boleh cium mulut sesama jantina walaupun mahram, ia hanya khusus untuk suami isteri. Ini sebabnya…

Hukum merakam video intim suami isteri
Berdasarkan nas berkenaan, hukum merakam adegan ranjang pasangan suami isteri dengan tujuan untuk disebarkan sudah tentu adalah haram.

Bagaimanapun jika ia dilakukan untuk keperluan sendiri, pendakwah Ustaz Azhar Idrus menjelaskan, perbuatan itu dibolehkan namun dianggap tidak bermanfaat.

“Kita ambil gambar sendiri dan kita yang tengok, hukumnya tidak haram. Cuma (dianggap) kurang cerdik,” kata beliau menerusi sebuah perkongsian di laman sosial miliknya.

Turut disyorkan Jadikan kisah keluarga Nabi Ibrahim sebagai pemangkin kekuatan diri untuk mencari keredaan ALLAH SWT

USTAZ AZHAR IDRUS

Agamawan terkenal itu merujuk kepada sebuah hadis Nabi SAW yang mengingatkan umat Islam meninggalkan perkara-perkara tidak bermanfaat sekalipun ia dibenarkan agama.

Sabda Rasulullah: “Di antara kesempurnaan Islam seseorang ialah dia meninggalkan sesuatu yang tidak berkaitan dengannya (tidak berfaedah baginya).” (Hadis Riwayat at-Tirmizi)

Baca juga 5 Tip Cara Bergurau Senda Tanpa Undang Kemarahan Pasangan

Tambahan pula, kita akan menanggung dosa sekiranya video intim tersebut jatuh ke tangan orang lain dan ditonton oleh mereka, kata Azhar Idrus.

Terangnya, “Ada sesetengah perkara, halal untuk kita tengok tetapi hukumnya haram bagi orang lain melihatnya. (Dalam isu merakam video intim suami isteri), haram apabila ia jatuh ke tangan orang lain dan sebagainya.”

Baca juga [VIDEO] Ini perkara makruf dalam perhubungan suami isteri yang perlu kita tahu

rakam video intim

SUNGGUHPUN Islam telah menghalalkan banyak perkara, namun masih ada batas-batas yang perlu dijaga pasangan suami isteri. Foto: 123RF

Baca juga Benarkah kita tak dibenarkan cemburu?

Elakkan rakam video intim suami isteri

Tulis portal Konsultasi Syariah, para ulama sememangnya menegah perbuatan merakam video hubungan intim sesama suami isteri atas sebab-sebab berikut:

1. Makruh lihat aurat sendiri.
Dalam video yang dirakam, suami isteri bukan sahaja melihat aurat pasangan mereka, namun aurat sendiri juga akan terlihat. Ketahuilah hukumnya adalah makruh jika kita melihat aurat sendiri tanpa sebarang keperluan .

2. Menyerupai orang kafir.
Perbuatan merakam video berasmara sesama pasangan dimulakan serta sering dilakukan oleh orang kafir Barat. Oleh itu, kita ditegah melakukannya supaya tidak mengikuti perlakuan golongan bukan Islam.

3. Sebagai bentuk sadd adz-dzari’ah.
Elakkan perbuatan merakam video intim sebagai bentuk sadd adz-dzari’ah (menutup segala jalan) menuju perbuatan haram, kemungkaran dan penyakit sosial lainnya, seperti tersebarnya video lucah, anak-anak melihat hubungan intim orang dewasa, fitnah antara suami isteri serta kerosakan rumah tangga.

Turut disyorkan Cerita masalah peribadi secara terbuka di media sosial, ini hukum yang perlu diketahui

Justeru, sekalipun Islam telah menghalalkan pelbagai perkara, namun hakikatnya masih ada batas-batas yang perlu diambil tahu oleh pasangan suami isteri.

Selain itu, sebagai umat Islam juga kita seharusnya menghindari sebarang perkara yang tidak membawa manfaat, walaupun ia dibolehkan agama.

Sumber: Youtube Ustaz Azhar Idrus, Konsultasi Syariah

Foto: Pexels & 123RF

 

doa jodoh
Gaya Hidup,

Masih belum dikurniakan jodoh? Boleh amalkan 4 doa ini

BOLEH amalkan doa ini jika masih belum dikurniakan jodoh…

Ramai di antara pengguna media sosial kini menggunakan platform ini untuk berkongsi kehidupan peribadi.

Kebelakangan ini, ramai yang berkongsi gambar menerusi ciapan tentang perihal mereka menukar statusnya daripada bujang sehinggalah berkahwin.

Menerusi perkongsian sebegitu, ramai juga yang berharap agar dikurniakan jodoh.

Berbicara soal jodoh, ia bukanlah suatu perkara yang boleh dibuat main kerana ia melibatkan kehidupan masa depan yang bakal ditempuhi bersama.

Baca juga Usah mengeluh mencari pasangan hidup, ada ganjarannya walaupun akhirnya tiada jodoh

Ya benar, golongan yang masih bujang ini bukannya tidak mahu berkahwin tetapi masih belum ada jodoh yang sesuai.

Buat mereka yang masih belum dikurniakan jodoh, usah risau kerana ALLAH itu sebaik-baik perancang.

doa jodoh

AMALKAN beberapa doa ini mohon pertolongan ALLAH SWT untuk dikurniakan jodoh.

Oleh itu, boleh amalkan empat doa ini agar dikurniakan jodoh yang baik.

1. Doa supaya dikurniakan jodoh yang menenangkan hati:

رَبَّنَا هَبْ لَنَا مِنْ أَزْوَٰجِنَا وَذُرِّيَّٰتِنَا قُرَّةَ أَعْيُنٍ وَٱجْعَلْنَا لِلْمُتَّقِينَ إِمَامًا

Yang bermaksud:

“Ya Tuhan kami, anugerahkanlah kepada kami pasangan kami dan keturunan kami sebagai penentram hati (kami), dan jadikanlah kami pemimpin bagi orang-orang yang bertakwa.”

Turut disyorkan Tak boleh cium mulut sesama jantina walaupun mahram, ia hanya khusus untuk suami isteri. Ini sebabnya

2. Doa supaya hidup tidak bersendirian:

رَبِّ لَا تَذَرْنِى فَرْدًا وَأَنتَ خَيْرُ ٱلْوَٰرِثِينَ

Yang bermaksud:

“Tuhanku, janganlah Engkau biarkan aku hidup seorang diri dan Engkaulah Dzat Maha Waris Paling Baik.”

doa jodoh

USAH terburu-buru mendirikan rumahtangga semata-mata untuk berkahwin, sebaliknya nikahlah apabila sudah mampu serta menemui pasangan yang baik. Foto: Unsplash

Turut disyorkan Lakukan amalan ini bersama, rahsia suami isteri bina ‘rumah’ di syurga

3. Doa untuk seorang lelaki yang menginginkan isteri yang solehah:

رَبِّ هَبْ لِي مِنْ لَدُنْكَ زَوْجَةً طَيِّبَةً أَخْطُبُهَا وَأَتَزَوَّجُ بِهَا وَتَكُوْنُ صَاحِبَةً لِى فِى الدِّيْنِ وَالدُنْيَا وَالْأَخِرَةِ

Yang bermaksud:

“Tuhanku, berikanlah kepadaku isteri yang terbaik dari sisi-Mu, isteri yang aku lamar dan nikahi dan isteri yang menjadi sahabatku dalam urusan agama, urusan dunia dan akhirat.”

4. Doa untuk seorang wanita yang ingin dikurniakan suami yang terbaik:

رَبِّ هَبْ لِي مِنْ لَدُنْكَ زَوْجًا طَيِّبًا وَيَكُوْنُ صَاحِبًا لِى فِى الدِّيْنِ وَالدُنْيَا وَالْأَخِرَة

Yang bermaksud:

“Tuhanku, berikanlah kepadaku suami yang terbaik dari sisi-Mu, suami yang menjadi sahabatku dalam urusan agama, urusan dunia dan akhirat.”

Jodoh merupakan cerminan diri maka, sentiasa berusaha perbaiki diri dan berdoa agar ALLAH mengurniakan jodoh yang terbaik buat hambaNya.

Turut disyorkan 5 Tip Cara Bergurau Senda Tanpa Undang Kemarahan Pasangan

The post Masih belum dikurniakan jodoh? Boleh amalkan 4 doa ini appeared first on Sinar Plus.

Menghambakan ibu bapa
Isu,

Perlu ziarah bekas mentua selepas cerai? Ini penjelasannya

PERLUKAH seorang menantu menziarahi bekas mentua selepas cerai atau kematian pasangan?

Apabila berlakunya pernikahan, kedua-dua mempelai bukan sahaja mengahwini satu sama lain, bahkan termasuk seluruh keluarga pasangan.

Sebagaimana kita melayan ibu bapa sendiri, begitulah juga cara kita perlu menjaga kedua-dua ibu bapa mentua.

Namun, apabila terputusnya pertalian suami isteri antara dua insan tersebut atas faktor tertentu, adakah itu bermakna hubungan bersama bekas mentua turut terlerai?

ziarah bekas mentua

IMAM MUDA ASYRAF

Menurut pendakwah, Imam Muda Asyraf, mentua termasuk dalam kategori mahram muabbad iaitu hubungan mahram yang kekal selama-lamanya.

Ini bermakna apabila seorang lelaki bercerai dengan isterinya, hubungan mahram dengan ibu mertuanya tidak hilang dan kedua-duanya tetap tidak boleh berkahwin.

“Ibu mentua termasuk dalam mahram muabbad. Kalau kita bercerai dengan isteri kita, isteri itu bukan lagi dikira mahram. Contoh, habis edah dan sebagainya, kita masih boleh kahwin dengan isteri kita.

Namun, (bagi) mak mentua dan menantu, haram (berkahwin) selama-lamanya,” ujarnya melalui rancangan bual bicara radio yang disiarkan melalui Sinar FM.

Baca juga Tanggungjawab menantu terhadap mertua. Ini yang perlu kita tahu

Jelas pihak Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan, perkara ini berdalilkan kenyataan dalam Surah Al-Nisa’ ayat ke-23 bahawa wanita yang diharamkan berkahwin dengannya termasuklah:

Maksudnya: “Dan ibu-ibu isteri kamu… ,” (Surah an-Nisa’, ayat 23)

Pengharaman yang sama dikenakan antara perempuan dan bapa mentua selepas kematian pasangan atau cerai.

Bahkan hukumnya tetap serupa jika suami dan isteri tidak pernah bersetubuh kerana ayat itu menyatakan semata-mata ibu kepada isteri tanpa mensyaratkan persetubuhan. [Rujuk al-Mu’tamad fi al-Fiqh al-Syafie (4/31-32)]

ziarah mentua

USTAZ KAZIM ELIAS

Pendakwah terkenal, Ustaz Kazim Elias berkata, sungguhpun hubungan mahram tersebut masih ada, namun bekas menantu tidak wajib untuk menziarahi atau memberikan nafkah kepada ibu bapa mentuanya.

“Tetapi bila sudah bercerai dengan isteri, tidaklah menjadi kewajipan kepada bekas menantu untuk ziarah mertuanya. Kalau tidak beri duit kepada mak mentua pun tidak apa. Tetapi kalau nak terus bantu, silakan,” katanya.

ziarah mentua

DATUK PROF DR MUHAYA MOHAMAD

Begitu pun, pakar motivasi Datuk Prof Dr Muhaya Mohamad memesan menantu agar jangan terus memutuskan ikatan silaturahim yang telah terjalin setelah berlaku kematian atau penceraian.

Sebaliknya, tetaplah berbaik-baik dengan bekas mentua kerana pentingnya hubungan silaturahim bukan sahaja dalam agama, bahkan dapat memudahkan urusan seharian.

Baca juga Dilema tinggal dengan mertua dan ipar… Ini pandangan agama yang perlu kita tahu

Tambahnya, cara seseorang melayan bekas ibu bapa mentuanya akan diteladani oleh anak-anaknya maka sangat penting untuk menantu menunjukkan contoh yang baik.

“(Bagi) anak-anak, tentulah (ibu dan ayah mentua masih) datuk dan nenek mereka. Kita nak mengajar anak-anak kita supaya sayang datuk dan nenek dan apa yang kita lakukan kepada mak dan ayah mentua kita sebenarnya anak kita dah belajar dan lihat cara melayan (bakal) ibu bapa mentua mereka juga.

Baca juga 7 Hak Wanita Selepas Diceraikan Yang Perlu Kita Tahu

Titip Dr Muhaya, sentiasa perbaiki diri dan hubungan baik dengan orang di sekeliling agar hidup menjadi lebih bahagia.

“Kita tidak boleh perbaiki hubungan dengan orang (lain) jika hati tidak baik. Malah, hati yang tidak baik itu (boleh) menjauhkan (diri) dari ALLAH,” pesannya.

Perlu ziarah bekas mentua selepas cerai? Ini penjelasannya

Foto: Facebook & Astro Awani

lelaki iddah
Isu,

Jangan terus kahwin, lelaki juga ada tempoh iddah

ACAP kali apabila bercerita tentang iddah, ia seringkali dikaitkan dengan kaum hawa. Contohnya, sepanjang tempoh iddah, para isteri tidak boleh keluar rumah, perlu jaga cara pemakaian dan sebagainya.

Iddah ialah suatu tempoh masa yang dilalui oleh seseorang perempuan selepas perceraian atau kematian suami di mana dia diharamkan berkahwin dengan orang lain, seperti yang dinukil di portal Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan.

Tujuan iddah adalah untuk memastikan wanita tersebut tidak mengandung bagi mengelakkan kekeliruan nasab sebenar anak jika dia menikah dengan lelaki lain.

lelaki iddah

TEMPOH iddah dikenakan terhadap para wanita bagi memastikan tiada kekeliruan berlaku melibatkan asal-usul anak yang dikandung apabila berkahwin sekali lagi.

Biasanya, tempoh iddah ditetapkan bergantung kepada berapa kali dia mengalami haid. Bagi wanita sesudah cerai dengan bekas suaminya, tempohnya adalah tiga kali suci kitaran haid, manakala wanita yang telah kematian suami, waktu iddah adalah selama 4 bulan dan 10 hari (dikira mengikut tahun Hijrah).

Baca juga 7 Hak Wanita Selepas Diceraikan Yang Perlu Kita Tahu

Dalam tempoh iddah tersebut, suami juga dibolehkan rujuk kembali dengan syarat isterinya berada dalam iddah raj’ie.

Namun, dalam hal lelaki yang telah menceraikan isterinya, isu iddah jarang sekali dibangkitkan. Sememangnya, bagi golongan adam, mereka tidak mempunyai tempoh iddah sepertimana iddahnya wanita.

Tetapi dalam hal-hal yang tertentu, sebenarnya wujud juga halangan yang tidak membolehkan lelaki terus berkahwin dengan wanita lain selepas melafazkan talak.

Antara keadaan ‘iddah’ bagi lelaki adalah:

1. Lelaki yang mempunyai empat orang isteri
Apabila dia telah menceraikan salah seorang daripada isterinya maka dia tidak boleh berkahwin dengan isteri yang kelima sehingga isteri yang dicerainya sebelum itu habis iddah talak raj’ie (cerai yang masih boleh rujuk).

Baca juga Natijah Duduk Serumah Walaupun Sudah Bercerai, Peguam Syarie Kongsi Nasihat Berguna

2. Lelaki yang menceraikan isteri dengan talak tiga
Dalam keadaan ini, sekiranya lelaki tersebut ingin berkahwin semula dengan bekas isterinya, maka dia hendaklah menunggu sehingga isterinya berkahwin dengan lelaki lain, melakukan persetubuhan dengan suaminya yang baru, bercerai dan tamat iddah dengan suami yang baru dikahwininya itu.

2. Masih mempunyai pertalian dalam keluarga isteri
Seseorang lelaki yang telah bercerai dengan isterinya dan ingin mengahwini perempuan yang mahram dengan isterinya seperti saudara perempuan, ibu saudara atau anak saudara kepada bekas isteri, dia hendaklah menunggu tempoh iddah isterinya berakhir terlebih dahulu.

lelaki iddah

ISLAM memelihara kaum wanitanya dengan menetapkan beberapa perkara yang menghalang para lelaki daripada terus berkahwin setelah bercerai.

Perlu diketahui, antara sebab adanya iddah bagi lelaki adalah bertujuan untuk memelihara hak isteri yang baru diceraikan secara talak raj’ie juga, demikian kenyataan peguam syarie di Firma Khairul Fahmi & Associates, Khairul Fahmi Ramli.

Sebab itu, jika seorang suami ingin berkahwin dengan wanita lain sedangkan tempoh iddah isterinya belum berakhir, si suami perlu membuat Permohonan Poligami di Mahkamah Tinggi Syariah.

Baca juga Isteri yang diceraikan tanpa sebab boleh tuntut mutaah daripada bekas suami

Ini kerana suami tersebut masih boleh merujuk kembali isteri yang diceraikan dan mungkin suami boleh ambil kesempatan untuk berpoligami sekiranya dibenarkan untuk berkahwin dengan wanita lain semasa iddah isterinya.

Bagi pasangan suami isteri yang bercerai dengan talak raj’ie, masih ada waktu untuk kedua-duanya bermuhasabah kembali dan cuba mencari jalan penyelesaian demi diri dan anak-anak.

Baca juga Bapa tetap perlu sediakan nafkah anak sekalipun sudah bercerai dengan pasangan

Namun, sekiranya memang sudah tiada jalan untuk berbaik semula, pastikan anda cakna tentang perkara-perkara yang baru disebutkan bagi memastikan suami isteri dapat menunaikan tanggungjawab masing-masing sepanjang tempoh iddah.

Sumber: Al-Kafi Li Al-Fatawi Siri ke-439: Iddah bagi lelaki

Foto: Pexels

Suami beronani
Hukum,

Suami beronani kerana berjauhan dengan isteri. Ini penjelasan Islam.

MUNGKIN ada yang tertanya, adakah suami dibolehkan beronani kerana berjauhan dengan isteri?

Bagi dua individu yang ditautkan dengan ikatan sah suami isteri, sememangnya antara nikmat yang dikurniakan oleh ALLAH SWT adalah peluang untuk menjalinkan jasad bersama bagi mempereratkan silaturahim.

Tiada lagi larangan antara kedua-duanya, hubungan intim sesama suami isteri menjadi perkara lazim yang mengutuhkan suasana rumah tangga menjadi lebih harmoni.

Namun ada kalanya tuntutan hidup menyebabkan sesetengah pasangan tidak dapat bersama.

Suami beronani

KADANGKALA tuntutan hidup memaksa pasangan suami isteri untuk tinggal berjauhan.

Di saat gejolak untuk berhubungan intim muncul namun tiada pasangan yang hadir bagi melampiaskan nafsu itu, sang suami, terutamanya terpanggil ke arah perbuatan beronani atau melancap.

Persoalannya, adakah mereka yang sudah berada dalam ikatan yang sah dibenarkan memenuhi keperluan seksual sendiri tanpa adanya pasangan yang satu lagi.

Baca juga 5 Tip Cara Bergurau Senda Tanpa Undang Kemarahan Pasangan

Seperti yang diterangkan Mufti Wilayah Persekutuan, Dr Zulkifli Mohamad al-Bakri, onani berasal dari kata terbitan استمنى yang bererti usaha mengeluarkan air mani. Dari segi istilah, ia bermaksud perbuatan mengeluarkan air mani tanpa melalui proses persetubuhan.

Kebanyakan ulama bersetuju perbuatan beronani atau melancap menggunakan tangan sendiri bagi melampiaskan syahwat atau mencari kepuasan sememangnya haram.

Suami beronani

BUYA YAHYA

Kata pendakwah Indonesia, Buya Yahya, sebaliknya Islam menganjurkan umatnya bernikah. Pergaulan sah suami isteri adalah saluran sebetulnya bagi meredakan golakan nafsu berkenaan.

Sekiranya, individu tersebut tidak berkemampuan untuk berkahwin, maka dia dikehendaki berpuasa. Ini sejajar dengan pesan Nabi SAW:

Hai para pemuda! Barangsiapa yang sudah ada kemampuan dalam kalangan kamu hendaklah dia berkahwin kerana perkahwinan itu lebih menjamin pandangan dan lebih kuat membentengi kemaluan. Tetapi barangsiapa yang tidak ada kemampuan (untuk berkahwin) maka hendaklah dia berpuasa kerana puasa itu menjadi pelindung kepadanya.” (Hadis riwayat al-Bukhari)

Namun, bagaimana pula jika pasangan suami isteri tidak mampu bersama atas sebab-sebab tertentu yang tidak dapat dielakkan?

Sebab-sebab tersebut boleh jadi kedua-duanya sedang berjauhan atas tuntutan kerja mahupun si isteri berada dalam keadaan haid atau sakit?

suami beronani

AZHAR IDRUS

Pendakwah terkenal, Ustaz Azhar Idrus menjelaskan bahawa hukumnya tetap haram untuk beronani menggunakan tangan sendiri baik bagi sang suami mahupun si isteri.

“Orang yang isterinya sakit sama sahaja seperti orang yang tidak mempunyai isteri. Maka dia perlu berpuasa,” ujarnya.

Namun, tidak ada masalah untuk melepaskan syahwat menggunakan tangan suami atau isteri.

“Mengeluarkan mani suami dengan tangan isteri, hukumnya harus. Begitu juga mengeluarkan mani isteri dengan tangan suami,” tambah Ustaz Azhar Idrus.

Suami beronani

APABILA suami isteri berbual menerusi telefon sehingga menimbulkan ghairah, itu dinamakan perbuatan ‘seks telefon’.

Ada juga halnya di mana suami isteri yang sedang berjauhan dan memanfaatkan teknologi seperti menelefon atau membuat ‘video call’ untuk melepaskan rindu setelah sekian lama tidak bertemu mata.

Tidak kurang juga sesetengah yang mengambil kesempatan bermain asmara, mengungkapkan ayat-ayat manis sehingga masing-masing dikaburi berahi meskipun jasad tidak berada di ruangan sama.

Perbuatan ini juga dikenali sebagai seks telefon.

Suami beronani

KHALID BASALAMAH

Mengulas tentang seks telefon, pendakwah bebas dari Indonesia, Dr Khalid Basalamah menerangkan bahawa tiada masalah jika sang suami mencapai klimaks disebabkan terlalu ghairah dengan perbualan yang dikongsikan asalkan ia tidak melibatkan beronani dengan anggota sendiri.

Aktiviti seks telefon tersebut juga hanya dibolehkan buat mereka yang sudah mempunyai ikatan sah dan membayangkan pasangan masing-masing ketika ianya dilakukan.

“Tetapi jangan lakukan perbuatan aneh seperti mencium telefon dan sebagainya. Sebaik-baiknya tinggalkan segala perkara yang boleh mengundang syahwat,” pesan Ustaz Khalid.

Adakah suami dibolehkan beronani kerana berjauhan dengan isteri?

Foto: Unsplash & Ammar TV