Browsing Tag

riz ahmad

Sygic Travel
Gaya Hidup, Jendela Dunia, Personaliti, Pilihan Editor,

Diskriminasi Islam dalam filem Hollywood terus Leluasa

no comment

WATAK Muslim kerap dipapar secara negatif atau tidak wujud dalam industri filem di Hollywood.

“Itu hakikatnya,” kata pelakon Hollywood yang juga beragama Islam, Riz Ahmad.

Riz dan sekumpulan aktivis gigih melancarkan kempen memerangi ‘gambaran beracun’ umat Islam dalam industri filem yang dikuasai oleh Hollywood.

Beliau yang mewakili sejumlah kecil muslim dalam industri filem Hollywood pernah melakar sejarah apabila menjadi muslim pertama dicalonkan untuk kategori Pelakon Terbaik Oscar menerusi filem lakonannnya ‘Sound of Metal’ tahun ini.

Filem terbaharu lakonan Riz Ahmad, Sound Of Metal. Gambar Brookly Film Fanatic.

“Isu gambaran salah Muslim adalah masalah yang tidak dapat dipertikaikan lagi dan sesuatu yang tidak dapat saya perbaiki bersendirian.

“Saya bertanya pada diri sendiri, jika saya dikecualikan daripada peraturan itu, apakah peraturan yang harus dibuat mengenai orang seperti saya? Pengecualian tidak mengubah peraturan, tetapi lebih menonjolkan isu diskriminasi ini.

“Kejayaan yang dicapai oleh segelintir daripada kita tidak menunjukkan gambaran keseluruhan mengenai kemajuan sebahagian besar umat Islam di dalam sesebuah filem, ” kata Riz pelakon berdarah campuran Britain dan Pakistan ini.

Menurut kajian USC Annenberg Inclusion Initiative yang meneliti 200 filem Hollywood, walaupun umat Islam membentuk sekitar 24 peratus daripada populasi global ia hanya diwakili 1.6 peratus di dalam filem popular Hollywood.

Riz Ahmad berjuang wakili selebriti Islam di Hollywood. Gambar Arab News.

Riz telah menyuarakan masalah diskriminasi umat Islam di media selama beberapa tahun lalu, dengan mengambil rujukan daripada kajian “Missing & Maligned: The Reality of Muslims in Popular Global Movies,” yang dijadikan sebagai kekuatan kempennya.

Di antara 200 filem teratas dari Amerika Syarikat, United Kingdom, New Zealand dan Australia, 181 daripadanya tidak mempunyai watak Muslim.

Di antara industri global yang dikaji, industri filem Hollywood mempunyai persepsi terhadap umat Islam terburuk, diikuti United Kingdom.
Sementara industri di New Zealand tidak langsung menggunakan pelakon beragama Islam di dalam filem terbitan negaranya, termasuk untuk watak Muslim dalam 23 filem animasi yang dikaji.

“Filem yang diwakili pelakon Islam jarang ada dan jika ada sekali pun ia hanya bersifat negatif. Sejak dihebahkan isu ini menerusi media sosial, ramai umat Islam menggunakan bahasa satira untuk menyatakan ketidaksetujuan mereka terhadap filem dan watak Muslim yang dianggap sterotaip.

“Bagi ramai umat Islam, lebih baik tiada langsung daripada ditunjukkan dalam filem watak yang kaku dan sangat lemah,” kata Riz.

“Tidak ada wakil lagi,” kata seorang pengguna Twitter sambil bergurau mengenai gambaran yang tidak baik terhadap umat Islam dalam industri filem Barat.

Karakter wanita Muslim yang memakai tudung sering ditunjukkan bertentangan dengan penampilannya. Tindakan melepaskan hijab digambarkan sebagai tanda kebebasan.

Kajian ini menunjukkan bagaimana wanita Muslim digambarkan sebagai tunduk kepada industri filem. Sebagai contoh, drama perubatan Amerika yang popular Grey’s Anatomy menunjukkan dalam sebuah episod seorang doktor Muslim membuka tudungnya dan mengenakannya pada pesakit sebagai pembalut luka, walaupun dia berada di sebuah hospital dan terdapat banyak kain pembalut luka.

Hanya 23.6 peratus watak wanita Islam dipaparkan dalam 200 filem dalam kajian ini.

Lebih daripada 50 peratus umat Islam di dalam filem dikait dengan keganasan dan dianggap sebagai “orang asing” atau pendatang, sementara majoriti daripada mereka tidak digambarkan sebagai Islam dan mengenakan pakaian berbeza daripada tuntutan agama mereka.

“Walaupun umat Islam adalah salah satu kumpulan agama yang memiliki pelbagai bangsa dan etnik di dunia, watak-wataknya kerap digambarkan sebagai orang dari negara Timur Tengah dan Afrika Utara. Mereka juga digambarkan sebagai mengancam dan sebagai tunduk kepada watak utama, menurut Pillars Fund mewakili sebuah organisasi yang bekerjasama dengan Riz.

Ketika keganasan anti-Muslim tercetus di seluruh dunia, sikap anti-Islam dalam dunia perfileman barat, boleh melahirkan kebencian dan keganasan terhadap umat Islam.

Sumber: TYT World